January 02, 2012

sorotan 2011

Salam.

Sebelum meneruskan cerita berkaitan persiapan walimah, mari kita soroti corat-coret 2011 sebagai kenang-kenangan. Hihi.

Alhamdulillah 2011 bermula dan berakhir dengan baik. Terlalu banyak kenangan dan memori manis berlaku sepanjang tahun lepas.


Januari

Pertemuan pertama antara Cik Anis dan keluarga bakal suami. Pertemuan pertama yang bermula dengan sangat cantik. Cik Anis disambut dengan senang hati oleh keluarga EBS. Alhamdulillah.


Februari

Ulang tahun kelahiran Cik Anis yang ke-23 dan pertama kali menyambutnya sebagai tunangan EBS. Nervous nak sambut birthday dengan EBS. Haha.


Mac

Cik Anis dapat panggilan temuduga di JB. EBS yang menjadi peneman setia sepanjang dua kali tapisan temuduga. Alhamdulillah rezeki Cik Anis lulus temuduga tersebut tapi terpaksa tolak tawaran kerja tu sebab emak ayah Cik Anis tak benarkan Cik Anis kerja di JB. Huhu. Redha walaupun agak sedih.

Da memulakan pembelian barang persiapan walimah.


April

Menjadi bidan terjun bila mana Cik Anis kena jadi babysitter anak kakak usrah Cik Anis. Seronok tapi agak meletihkan melayan baby lincah. Huhu. Persediaan untuk menjadi ibu buat anak-anak sendiri nanti. Hihi.


Mei

Bilik Cik Anis mula diubahsuai bila mana wardrobe lama ditukar dengan wardrobe baru yang mengikut warna tema majlis kami nanti iaitu purple. Hehe.

Menghadiri satu lagi temuduga tapi kali ni di daerah kelahiran Cik Anis je.

Sambutan ulang tahun kelahiran EBS ke-28 diadakan secara sederhana di rumah Cik Anis sebab Cik Anis terikat dengan tugasan baby sitter jadi tak dapat la nak sambut dekat luar kan. Hehe. Seronok tengok EBS terkejut bila dapat kek sebiji dari Cik Anis. ^_^


Jun

Walimah kak ngah EBS. Masa ni la Cik Anis baru dapat kenal dengan saudara-mara EBS. Malu kena usik. Haha.

Alhamdulillah dapat memulakan kerja pertama selepas habis degree setahun yang lalu. Kerja yang masih bertahan hingga ke hari ni. Tapi sudah berkira-kira mahu beralih arah. Hehe.


Julai

Sebenarnya pada bulan Julai ini merupakan bulan kami bertunang secara adat. Hihi. Tanggal 10 Julai 2011 keluarga EBS datang membawa hajat. Dan terikat la kami dalam ikatan pertunangan adat. Alhamdulillah. Tiada majlis. Hanya pertemuan ringkas antara dua keluarga. Ye ye kami baru bertunang lebih kurang 6 bulan saja. Cik Anis tak pernah kongsi dalam blog sebelum ni. Hehe.

Rezeki lain, dapat menghadiri peperiksaan kelayakan untuk jawatan dalam sektor awam. EBS masih lagi menjadi peneman setia. Tapi bukan rezeki untuk ke peringkat seterusnya. ;)


Ogos

Bulan puasa kan? Jadi tak banyak aktiviti luar. Lebih pada persiapan untuk beraya dan sedikit persiapan untuk walimah.

Tak pernah merancang untuk berbuka puasa bersama tapi Alhamdulillah beberapa kali juga kami dapat berbuka puasa bersama. Hihi.

Raya tahun ni juga merupakan raya pertama Cik Anis sambut dengan EBS sebagai tunangan. Tahun 2012 insyaAllah sebagai suami isteri. ^_^

Mengikut rombongan keluarga EBS untuk pernikahan adik EBS di Klang pada raya ke-3.


September

Masih dalam bulan raya. Persiapan walimah pun masih perlahan. Tiada aktiviti menarik untuk dikenang. Haha.

Owh, hujung September ada kenduri doa selamat sempena pemergian emak ayah Cik Anis ke Tanah Suci. Malam kenduri ni la EBS mula mengenali saudara-mara Cik Anis pula. Habis kami kena usik sepanjang malam kenduri ni. Hehe.


Oktober

Pemergian emak ayah ke Tanah Suci. Sedih sangat sebab ini pertama kali kami adik beradik akan berjauhan dengan emak ayah untuk satu waktu yang panjang.

Ulang tahun pertunangan kami secara tunang hukum. Alhamdulillah. EBS sendiri tak percaya da setahun berlalu sebab dia merasakan baru 5-6 bulan kami berkawan. Hihi.


November

Persiapan walimah semakin rancak berjalan. Beberapa projek DIY da pun memulakan operasi.

November juga bulan yang paling meriah dengan jemputan walimah sahabat dan blogger. Seronoknya dengan dunia blogging!


Disember

Bulan yang penuh kejutan. Kejutan apa? Nanti Cik Anis kongsikan dalam entry lain ok. Hehe.


Alhamdulillah perjalanan 2011 sangat cantik. Walaupun ada pahit kelat juga sedikit tapi yang manis itu lebih banyak untuk dikenang. Permulaan 2012 juga diharapkan akan lebih cantik. 2012 merupakan permulaan fasa baru dalam hidup Cik Anis insyaAllah sedikit masa lagi.


Semoga perjalanan anda semua juga cantik-cantik belaka pada tahun 2012 ini. Aamiin. ^_^

No comments: