January 18, 2012

signage for guestbook corner

Salam.


Minggu ni kita cerita pasal perihal berkaitan buku tetamu je la ek. Hehe.



Kalau semalam Cik Anis cerita pasal guestbook reminder, hari ni Cik Anis cerita pasal signage untuk guestbook corner pula.



Pada asalnya Cik Anis nak gunakan doiley paper sebagai signage untuk guestbook corner ni. Tapi nak dijadikan cerita Cik Anis ada beli satu pinggan putih yang sebenarnya nak digunakan sebagai alas dulang hantaran. Tapi bila da beli satu tengok-tengok stok dekat kedai tak mencukupi untuk Cik Anis beli lebih banyak selepas tu. Jadi Cik Anis cuma ada satu je la pinggan putih tu. 



Daripada tak digunakan langsung kan. Maka timbul la idea lain untuk signage guestbook corner ni. Iaitu menggunakan pinggan putih tersebut.



Dan hasilnya;





Simple je kan. Hehe.


Untuk wording tu Cik Anis cuma buat guna Microsoft Word je.


Bunga-bunga dan reben tu pulak lebihan daripada projek-projek DIY sebelum-sebelum ni.


Ada bunga lebihan gubahan hantaran tunang dulu, lebihan gubahan hantaran cuba-jaya dan segala macam lebihan la. Gunakan selagi boleh. Hehe.


Untuk kawan-kawan yang datang ke majlis kami nanti, sila cari signage ini untuk cari buku tetamu Cik Anis ye. Hehe.





6 comments:

UyaRayza said...

kreatif!! hehe

Hunny Kitty said...

cantik kot...xclusive~

Anis_Apis said...

suka idea ni...fresh :)

Cik Azizah said...

wah cantik la yang..simple macam ni nak buat pon senang kan :)

Cik Zimie said...

kreatif guna pinggan eh?ni namanya recycle.go green!!! ;p

Cik Nasha said...

wow..
kreatif. suke2!