January 17, 2012

guestbook reminder


Salam.



Salah satu projek DIY Cik Anis adalah menyediakan guestbook reminder.



Tujuan Cik Anis buat guestbook reminder ni adalah untuk dilekatkan pada kad jemputan nanti. Tapi hanya kad jemputan untuk kawan-kawan je la. Untuk tetamu mak ayah Cik Anis tak usik. Hehe.



Ini adalah salah satu cara nak memastikan tetamu tak terlepas pandang akan kewujudan buku tetamu semasa majlis nanti. Cik Anis buat guestbook reminder ni inspirasi daripada ex-b2b reen. Tapi reen buat agak besar. Cik Anis buat kecil je. Jimat belanja dan sesuai dengan saiz kad jemputan Cik Anis nanti. Hehe.







Cik Anis print atas tracing paper kemudian dilekatkan atas kertas purple.




Gambaran lebih dekat. Agak blur sebab guna kamera hp je. Hehe.



Selepas siap dilekatkan pada kertas purple, Cik Anis akan lekatkan pula pada kad jemputan. Kad jemputan sekarang ada pada adik Cik Anis. Dia yang tolong ambilkan dekat vendor kad kahwin Cik Anis di jb. InsyaAllah cuti cny ni kad jemputan da berada dalam tangan Cik Anis. Hehe.



Masih banyak projek DIY nak disiapkan. InsyaAllah Cik Anis share sikit-sikit lepas ni ek. Daa~

5 comments:

Hunny Kitty said...

teruskan kerajinan anda!

dhiera said...

bagus jugak kan reminder macam ni. tak pernah terfikir pun. hukhuk

Cik Azizah said...

wow terbaik la yang..confirm kawan2 tak terlepas pandang guestbook ni kan..

Mr.F & Miss N said...

wah..~ nice2... xsbr ni nk dpt kad dr cik anis.. hehe :)

maryaaaaaaa said...

hi, tumpang tanya... tracing paper tu beli kat mana eh? berapa ya harga dia?

thanks :)