January 25, 2012

bunga manggar dan temubual di pejabat agama

Salam.


Cik Anis masih bercuti lagi hari ni. Ofis tutup seminggu uollsss. Haha.



Pagi ni sepatutnya Cik Anis akan ke pejabat agama daerah untuk selesaikan urusan borang permohonan nikah bahagian Cik Anis pulak. Tapi sepertinya takkan ke sana hari ni sebab ayah Cik Anis dengan baik hatinya nak selesaikan urusan borang Cik Anis. Harap-harap lepas la ye ayah. Huhu.



Disebabkan tak jadi ke pejabat agama hari ni, mari Cik Anis kongsikan bunga manggar DIY hasil air tangan puan emak dan adik Cik Anis.





Masa ni baru siap warna purple je. Lagi satu warna adalah putih.


Ianya sepenuhnya hasil kerja emak dan adik Cik Anis. Cik Anis cuma bagi idea dan bila mereka setuju mereka lah yang menguruskannya. Cik Anis perlu fokus pada projek DIY lain. Hehe.






Bunga maggar ni diperbuat daripada reben plastik yang ditarik-tarik hingga bergulung kemudian dililit pada lidi menggunakan pita putih. Remeh sikit kalau baru nak mula buat. Da lama-lama senang je.



Bunga manggar Cik Anis nanti adalah campuran warna purple dan putih. Mengikut tema gitu kan. Hehe.



Mak Cik Anis awal-awal da pesan pada adik Cik Anis, make sure masa majlis nanti budak-budak tak ambik bunga manggar ni sebab nak simpan untuk wedding abang Cik Anis pulak. Haha.



Ok la, sampai sini dulu ye. Mahu sambung kerja DIY lain lagi ni.



Wasalam.




6 comments:

Asfiza said...

cantikkk :)
berambu2 gitu...

S.n.Fariza said...

wow. hebat :)

dhiera said...

rajin ye cik anis~

nurul izayani said...

kreatifnye!! :)

Cik Nasha said...

lain dari yang lain la bunga manggar tu. cantik. suke. :D

Cik Mashi said...

cantik la :)