January 16, 2012

borang nikah lelaki - selesai!

Salam isnin.



Cerita jumaat lepas. Hehe.



EBS cuti sebab nak uruskan permohonan nikah pihak lelaki dekat pejabat agama daerah Batu Pahat.



Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Borang semua lengkap. Takde kena reject ke apa ke. Hee.



Kalau kat johor ada temubual masa hantar borang nikah tu tau. Lepas EBS btau dia da balik terus Cik Anis tanya kat dia kena soal apa tadi? 



EBS kena jawab dua je daripada enam soalan. Dia cuma kena mengucap dua kalimah syahadah dan tanggungjawab suami je. Lepas tu berlagak sungguh sebab dapat jawab dengan yakinnya. Ish2 tunang sapa la  ni. Haha.



Giliran Cik Anis pulak insyaAllah lepas cny nanti sebab Cik Anis cuti panjang masa tu. Nak cuti minggu ni rasa rugi la jadi Cik Anis selesaikan next week je. Nervous nak kena jawab soalan. Hehe.



Soalan standard yang akan di tanya cuma ada enam je. Terpulang pada ustaz/ustazah tu nak tanya yang mana satu. Kalau nasib baik tak payah jawab pun boleh lulus. Hehe.



Enam soalan tu adalah:

1. mengucap dua kalimah syahadah

2. surah al-Fatihah

3.doa Qunut

4. taharah

5. munakahat

6. tanggungjawab suami/isteri



Ni kalau tak silap Cik Anis la. Yang no. 6 tu tak pasti pulak betul tak. Tunggu Cik Anis kena jawab minggu depan baru Cik Anis confirmkan semula soalan-soalannya ek. Hehe.



1 comment:

ain said...

saya pulak kena niat mandi wajib, mengucap, dan rukun nikah =)