November 30, 2011

groom's outfit
























Cik tunang nya gilakan k-pop lantas meminta Encik tunang beliau menggayakan suit seperti group k-pop untuk majlis mereka nanti. 


Berambut spiky. Bersuit fit di badan. Bertali leher kecil. Berkasut tirus. Haih. *meleleh air liuq*


Jawapan Encik Tunang:

Amboi. Nak suruh transform jadi group k-pop jugak ke?


Miahahaha.


Berangan je la. ;)



November 25, 2011

Petua 8P dari Ustazah Siti Nurbahyah



Petua 8P untuk peroleh kebahagiaan dalam melayari rumahtangga kelak.


1) PUJI
P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.


2) PELUK
Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.


3) PENGHARGAAN
P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.


4) PERHATIAN
'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.


5) PERSEFAHAMAN
Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'


6) PERGAULAN
Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain.


7) PERCUTIAN
Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.


8) PERMOHONAN
Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.



Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.


Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya..

"sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat"


source: fb

November 24, 2011

berurut dengan Cik Nab

Cerita pengalaman pertama berurut. Hehe.


Masih berkisar tentang aktiviti weekend lepas. Sabtu malam lepas isyak Cik Anis ditemani EBS ke rumah makcik urut.


Tahu je la masalah Cik Anis tentang period cycle ni kan. Huhu. Lepas makan vco dulu memang period cycle ok sekejap. Tapi bila Cik Anis da ambil beberapa botol, da takde pape kesan pun. Makan dengan tak macam sama je. Mungkin vco da tak serasi dengan sistem dalaman Cik Anis. Orang lain Cik Anis tak tahu la kan. Kesannya mungkin berbeza.


Sebelum cuba vco, Cik Anis pernah ambil ubat klinik. Kira cuba perubatan moden la kan. Tapi kesannya hanya nampak bila makan ubat je la. Bila da berhenti ambik ubat, terus jadi balik macam sebelumnya.


Hari tu Cik Anis teman EBS ke kenduri cukur jambul pegawai tempat kerja beliau. Tengah borak-borak dengan akak tu, Cik Anis dengar la dia cerita tentang makcik urut yang dia jumpa lepas dia nikah dulu. Terus la Cik Anis minta contact number mak cik urut tu. Hehe. Jadi kali ni nak mencuba cara tradisional pulak. Kita usaha lepas tu tawakal pada Allah la kan. Kalau sembuh Alhamdulillah.


Temujanji dengan makcik urut ni sabtu malam lepas la. Peramah je makcik ni. Muda je lagi dalam 40-an camtu la. Cik Anis cerita masalah Cik Anis lepas tu dia syorkan urut satu badan. Cik Anis ok je la. Maklum la orang takde pengalaman berurut, tak tahu la macam mana rasanya kan. Hehe.


Pengalaman pertama?


Tak tahan geli!! Haha.


Bayangkan makcik ni urut Cik Anis sambil bercerita dan beritahu keadaan dalaman Cik Anis. Dalam pada dia berborak dengan Cik Anis tu Cik Anis dok tahan ketawa je. Haha. Serius tak tahan geli. Ni sambil taip bila teringat makcik tu urut memang rasa nak gelak lagi. Haha.




Kalau ikut cerita Cik Nab ni, macam-macam;

  • badan Cik Anis banyak angin; dia kata belakang Cik Anis merah-merah banyak sangat sebab angin
  • urat ke tulang belikat ek, tersimpul ni yang buat selalu rasa mengantuk
  • Cik Anis ni jenis da penat tapi nak buat kerja lagi. Badan macam kena paksa. Huhu. (kerja banyak terpaksa la tolak rasa penat ke tepi)
  • Sensitif ni.(ngee)
  • Selalu stress. Lain kali ada masalah jangan pendam sendiri. Cari orang untuk luahkan. (baik la Cik Nab)
  • Badan ok, muka ok, senyum cantik (auww kemain Cik Nab puji) tapi acik rasa kau ni mesti lemah kan. Sikit-sikit nak nangis. (haha..betul la tu. Sensitif la ni)
  • Bahagian bawah perut buncit sebab kedudukan rahim tak betul. (huhu)



Banyak lagi komen Cik Nab ni tapi ni antara yang Cik Anis teringat la. Yang bahagian bawah perut tu memang Cik Nab urut untuk betulkan kedudukan rahim semula. Sakit? Tak payah cakap la. Bayangkan nak tahan rasa sakit dan geli dalam satu masa. Mana satu nak fokus dulu? Huhu.


Masa dia buat urutan tolak rahim tu memang senak sangat perut ni. Nasib masa pergi urut tu belum makan lagi. Huhu. Keesokkan harinya memang bahagian bawah perut ni sakit jugak la. Lagi-lagi bila terlanggar barang ke. Sakit. >_<


Cik Nab kata urut ni bagus tau. B2b yang tak pernah berurut cuba la. Tapi harap kalian bukan penggeli macam Cik Anis la. Hehe.


Cik Nab pun bagi nasihat, amalkan pakai panty dan pad herba sebab tu bagus untuk dalaman. Selain tu mesti ambil minuman kesihatan. Jamu tu optional la. Nak ambik boleh, kalau tak nak pun takde masalah.


B2b atau ex-b2b yang rasa nak cepat tukar title jadi ibu, cuba la berurut. Mungkin dapat membantu. Mengikut cerita pegawai EBS, lepas diurut dengan Cik Nab terus pregnant. Rezeki dia kan. ;)



Sebagai penutup;





Hasil rembatan bahan-bahan untuk DIY VIP doorgift di mydin jb. Hehe.




November 23, 2011

wedding b2b: chacha

Wedding review hari ke-3.


Kali ni Cik Anis nak review majlis walimah ex-b2b chacha pulak.


Cik Anis dan EBS sampai agak lewat jugak. Dekat pukul 4 da kot. Majlis pun da nak berakhir pun. Tapi nasib sempat jumpa chacha n hubby sebelum diorang keluar buat outdoor photoshoot.


Gambar sekitar majlis chacha pun tak banyak mana sebab masa tu kendarat pun da sibuk kemas-kemas meja pun. Hehe.





Sempat menconteng guestbook chacha. Kali ni tangan tak vibrate da. Malah boleh menulis dengan riangnya. Warna-warni lagi ucapan kami. Lebih hebat siap mintak pen warna dekat sorang adik yang ada kat guestbook corner tu jugak. Haha. Maaf adik, akak kejam kan. Haha.


p/s: EBS kini memahami tunangnya seorang blogger. Setia menjadi photographer untuk cik tunangnya berposing sakan. Haha.




Hasil contengan. Kalau boleh semua warna yang ada Cik Anis nak guna. Hee. Tak nampak sangat pulak.




Borak-borak kejap dengan chacha then minta izin pengantin baru ni nak ajak posing dekat pelamin. Hehe.




Kita tolak tepi yang lelaki. Kasi can la b2b ambik berkat dengan ex-b2b je atas pelamin kan. ;)




Ni semua hasil doorgift dari rumah chacha je tau. Banyak kan?




Isi dalam kotak besar tu. Yang ni untuk kawan-kawan pengantin je. ;)




Doorgift yang ni dapat dari parents chacha. Ada nasi minyak, sweets dan kotak juga.




Isi dalam kotak kecik pulak.



Dua-dua kotak ada pocket calendar. Cantik! ;)


Dekat guestbook corner dapat sweets satu bungkus tu. Hehe.


Wedding reen dan chacha sama tarikh dan sama warna tema. Hijau-putih. Dua-dua wedding b2b ni cantik tau. Seronok jumpa both of u dear!


Selamat pengantin baru reen dan chacha!



Maka tamat la wedding review sepanjang weekend lepas.


Next weekend ni ada jemputan lagi tak? Hehe.




November 22, 2011

wedding b2b: reen

Salam.


Mari ke review berikutnya.


Kali ni seperti yang dijanjikan Cik Anis nak review majlis walimah ex-b2b reen pulak.


Cik Anis tak nak taip panjang-panjang sebab nak tepek banyakkkkkk gambar. Hehe.


Apa yang Cik Anis boleh kata, wedding reen sangattttttt best! Cantik sangat semuanya. Korang nilai la sendiri dari gambar-gambar yang ada lepas ni ok!





Sampai je terus menuju ke guestbook corner. Cik Anis nak conteng satu page besar-besar. Hehe. Tulisan getar-getar entah kenapa boleh nervous dekat situ. Haha.





Lepas tu ada satu OP ni suruh posing dekat photobooth corner pulak. (reen ada banyak OP tau. dslr merata-rata. huhu) owh dekat tangan Cik Anis tu adalah gift lepas sign guestbook. Marshmallow. ;)




Photobooth corner reen. CANTIK!!!


EBS tengok dia pun berkenan. Siap plan nak buat photobooth juga untuk walimah kami nanti. Tak kisah la EBS. Hehe.



Paper lantern as a deco.




Stall concept dekat bahagian makanan. EBS dapat kambing terus tak pandang lauk lain. Hehe.

p/s: reen lauk sedap tau! ;)






Centerpiece. Setiap meja bunga nya warna yang berlainan. Kami pilih merah. Hehe.





Pelamin luar rumah.





Yang ni pelamin dalam rumah pulak.

Reen banyaknya pelamin kamu!!!





Masa Cik Anis jumpa Reen beliau tengah make-up lagi. Belum sempat pakai tudung lagi. Cik Anis tak dapat tunggu sampai Reen sanding sebab berkejar nak ke wedding chacha dekat Kluang pulak lepas tu. Huhu.


Bilik Reen cantik ok!!! (takde full gambar bilik Reen, tunggu Reen review nanti ek)





Sebelum balik posing dekat deco tepi jalan ni. Idea menarik kan?


Reen, Anis nak tiru la idea ni. Boleh kan? Hehe.




Bunting simple je tapi menarik kan?





Signage dekat area kereta kami.





Doorgift pulak dapat mug dan telur masin.



Seronok sangat pergi wedding Reen. I love every single things on ur wedding reen! Its awesome darling!



Last sebagai penutup;



Gelak besar dekat photobooth. Ngehngehngeh.



Next entry review wedding chacha pulak ok!



p/s: banyak sangat wedding dekat area taman perumahan reen ahad lepas. Selang jalan je ada wedding ok. Kira-kira 4 wedding berjalan serentak satu hari tu. Jalan sesak sangat. Penangan tarikh 20112011. ;)


p/s/s: EBS pun excited juga dekat wedding reen ni tau. Dia yang suruh ambil gambar hampir semua detail yang ada. Meja makan damai yang jauh dari tempat kami duduk pun EBS suruh ambil gambar juga tapi tak de la gambar proper. Maklum la jauh sangat. Malu nak ambil dekat-dekat. Hehe.


November 21, 2011

jemputan walimah: wawa

Salam isnin semua!


Macam mana weekend anda??


Weekend Cik Anis sangat awesome!


Sabtu dan Ahad takde ruang rehat dekat rumah langsung. Aktiviti cik tunang dan encik tunang. Bukan dating tau. Hehe.


Ada banyak cerita nak kongsi dengan kalian. Nak buat dalam satu entry memang tak sanggup. Senak mata nak baca/tengok nanti. Hehe.


Untuk pemanas entry pada Isnin ini, Cik Anis kongsikan cerita ringkas majlis walimah rakan sekerja EBS dan Cik Anis iaitu Wawa. Cik Anis dan EBS cuma ke majlis resepsi beliau pada 19112011 je.


Wawa ni masa Cik Anis praktikal dekat tempat kerja EBS, dia satu jabatan dengan EBS. Tapi sekarang dua-dua da tukar jabatan lain-lain. Cik Anis pun kenal-kenal gitu je dengan dia. Kami cuma beza umur setahun je.


Wawa ni part time model tau. Jadi masa wedding dia memang grand sangat la make-up dan dress nya. Orang ramai kenalan dari segala ceruk bridal dan OP dekat Kluang ni. Untung la kan. Tapi tak tahu la dapat sponsor ke tak wedding dia ni. Hehe.


Masa Cik Anis dan EBS datang kami masing-masing tak bawak kamera. Jadi ni gambar-gambar yang Cik Anis copy dari fb wawa.



Akad nikah 18112011










Resepsi 19112011










Bertandang 20112011










Ok tu je. Tak seronok nak review sebab bukan gambar dari kamera sendiri. Huhu.



Tunggu next entry ok!


Review majlis walimah b2b reen lepas tu b2b chacha pulak. Ada banyak gambar nak resize ni. Tunggu tau. ;)




November 17, 2011

sambungan cerita doorgift nikah

Salam.


Hari ni Cik Anis nak sambung cerita doorgift nikah minggu lepas. Terharu sangat ramai rakan-rakan blog yang sudi bagi pendapat dalam entry tersebut. Sayang kalian ketat-ketat. ^_^


Majoriti pendapat mengatakan tak perlu doorgift untuk nikah sebab keesokkan harinya da ada doorgift juga kan. Bila Cik Anis fikirkan semula ada betul juga. Dekat situ da boleh jimat belanja. Hihi. Saya pengantin cheapskate je. ;)


Yang sebenarnya tujuan Cik Anis tanya tu sebab Cik Anis teringin nak DIY satu doorgift ni. Benda simple je tapi Cik Anis tak mampu nak buat banyak-banyak. Tu sebab Cik Anis teringin nak bagi waktu hari nikah. Jumlah tetamu nya takde la banyak sangatkan.


Tapi setelah meneliti pendapat kalian, Cik Anis mungkin akan teruskan juga projek DIY doorgift ni tapi hanya akan dijadikan doorgift untuk rombongan keluarga EBS dan saudara-mara Cik Anis je masa majlis resepsi nanti.


Sebenarnya Cik Anis tak mahu bezakan doorgift antara keluarga dan tetamu lain. EBS pun tak suka macam tu. Tapi demi memenuhi keinginan dan niat nak bagi benda ni, Cik Anis harap EBS izinkan juga. Huhu.


Eh kalian yang tahu pasal keinginan Cik Anis nak buat doorgift DIY ni jangan kecik hati pula tau kalau datang majlis Cik Anis nanti tak dapat benda tu. Hihi. Perasan macam ada blogger nak datang!


Weekend ni Cik Anis dan EBS insyaAllah akan ke JB sebab nak menghantar adik Cik Anis masuk kolej semula. Lepas tu nak ke wedding b2b reen. Sebelum balik Kluang Cik Anis nak singgah ke mydin sekejap nak mencari bahan-bahan untuk DIY doorgift yang satu ni. Balik Kluang kalau sempat nak ke wedding b2b chacha pula. Oh weekend ni jadual padat sangat. Harap sempat ke semua tempat yang di rancang. Ameen.


Eh tak beritahu pulak apa doorgift yang nak di-DIY tu kan?
Hehe yang tu nanti Cik Anis tunjuk teasernya bila da mula buat ek.
^_^




p/s: ada mana-mana b2b yang akan ke wedding reen atau chacha? jom jumpa.. ;)


November 16, 2011

35 Tips Talian Hayat Buat Isteri (part iii)

Sambungan Tips Talian Hayat ke-21 hingga ke-35


TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 21 - Janganlah sesekali putus asa dari rahmat & kasih sayang Allah. Jika suamimu kini bukanlah seorang soleh yg taat pada perintah Tuhannya - sungguh amat besar ujian Allah buatmu. Mohonlah satu dari dua kekuatan - agar kau kuat menghadapi cabaran ini & cukup kuat utk membebaskan diri jika itu pilihan yg terbaik ataupun suamimu diberi kekuatan oleh Allah utk bertaubat nasuha, berubah dan beristiqamah menjadi insan yg jauh lebih baik!


TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 22 - Lindungi dirimu dan anak-anakmu dari didera secara fizikal, emosional dan seksual oleh suamimu. Allah telah memerintahkan suamimu agar sentiasa berlaku maaruf (baik) terhadapmu. Sebesar manapun silapmu, suamimu tidak berhak menghinamu dengan kekerasan, kekasaran dan keganasan. Jgn malu memohon bantuan keluarga, rakan dan taulan. Sesungguhnya engkau berhak mendapatkan pembelaan dan perlindungan!


TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 23 - Semaikanlah kecintaan terhadap ilmu pengetahuan, sebaik-baik penyuluh kehidupan dan neraca pertimbangan. Kutiplah mutiara kebijaksanaan di mana jua engkau menemuinya. Jadilah manusia berilmu dan bermaklumat. Buatlah keputusan berasaskan ilmu, hadapi segala cabaran dengan senjata ilmu, pelihara hakmu melalui keteguhan ilmu dan pertahankan hujahmu dengan kubu ilmu.


TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 24 - Perbaiki mutu komunikasi antara engkau dan suami. Semoga tiada yg terselindung, hingga yang satu pihak lagi hanya bersangka-sangka dan berteka-teki. Sekiranya suamimu makin kasar tingkahnya, mungkin ada terselit kekecewaan di hatinya - hingga keganasan jadi pilihan. Jangan terus-menerus menjadi mangsa penderaan. Hentikan segala kemelut rumahtangga!


TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 25 - Jangan jemu berbakti kepada keluargamu. Semuanya InsyaAllah, dikira ibadah oleh Allah SWT. Memang kadangkala seperti tiada siapa yg peduli apatah lagi menghargai penat lelah dan payah jerihmu. Bukankah manusia sememangnya pelupa. Namun, kita punya Allah SWT yg tidak pernah terleka, terlalai atau tertidur dari memerhatikan kita!


TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 26 - Perbanyakkan sedekah kepada ahli keluargamu. Bagi isteri bekerjaya, peruntukkan sebahagian gajimu utk infaq dan perbelanjaan keluarga. Namun, izinkanlah suamimu menyara dirimu, semampunya. Jgn ambil alih tgjwbnya mencari rezeki yg halal buatmu dan keluarga. Mudah2an kehidupanmu sentiasa dalam kecukupan yg barakah....


TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 27 - Luahkan keinginanmu untuk dihargai dan disayangi. Khusus bagi yg tidak bekerjaya di luar rumah, keperdulian suami dan anak2 buatmu adalah penyegar tubuh dan emosi yg kepenatan. Jangan terus menjeruk perasaan. Amat wajar untuk engkau nyatakan apa yg terbuku secara terus dan terang. Sesungguhnya, engkau memang berhak disayangi dan dihargai.


TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 28 - Pastikan solatmu kerap diimami oleh suamimu. Jgn lepaskan peluang utk mengaminkan setiap titipan doanya. Jika suamimu seorang yg tersangkut hatinya di masjid/surau - sesekali, mohonlah hakmu untuk dipimpin dalam solatmu. Namun jika suamimu seorg yg sengaja engkar dan berani meninggalkan solatnya - jgnlah jemu memperingatkan tugas utamanya sbg abdi Allah yg Maha Besar kekuasaan-Nya!


TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 29 - Jangan berdendam terhdp perbuatan silap suamimu yg silam. Cubalah memaafkan dan hilangkan amarah di dada. Engkau mungkin sukar utk melupakan, namun engkau ada pilihan sama ada mahu memaafkan atau sebaliknya. Jgn biarkan api membakar sekam, nanti yg tinggal hanyalah abu dan arang.


TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 30 - Carilah seorang sahabat setia yg boleh berkongsi kesedihanmu, namun cukup amanah utk menjaga segala keaibanmu. InsyaAllah, engkau tidak akan sukar mencari sahabat sebegitu, jika engkau sendiri sentiasa menjalankan tgjwb seorang sahabat sejati kpd org lain. Jgn cuba dipendam-pendam, disorok dan dijeruk perasaan yg luka....bimbang kelak tak tertanggung lagi.


TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 31 - Ingatlah bhw engkau umpama pakaian (libasa) bagi suamimu dan dia pula pakaian bagimu ( Al-Quran - AlBaqarah : 187). Bertindaklah yang molek agar suami boleh berbangga dengan setiap lakumu. Peringatkan jua suamimu agar dia memperelokkan setiap tingkahnya, kerana engkau jua ingin tumpang bangga dengannya.


TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 32 - Pertingkatkan komitmen keluargamu utk mempraktikkan cara hidup Islam yg syumul. Peliharalah solat, jgn sekali abaikan perintah Allah. Didik anak2mu utk mematuhi suruhan Allah. Moga2 keluargamu terbimbing menjadi keluarga sakinah.


TALIAN HAYAT BUAT ISTERI - Nota 33 - Ikhlaskan setiap detik yg telah, sedang dan akan dihabiskan bersama suamimu. Ganjaran segala pengorbanan & susah payahmu bukannya datang dari suamimu, melainkan hanyalah daripada Allah SWT semata-mata.


TALIAN HAYAT BUAT ISTERI - Nota 34 - Sentiasalah saling nasihat-menasihati. Bagi sebahagian isteri, menasihati suami mungkin sesuatu tugas yg hampir mustahil. Namun, kita tidak boleh berhenti berusaha, berikhtiar dan mencuba. Mulakan dgn meminta nasihat dari suamimu terlebih dahulu. Timbang-tara segala nasihatnya. Perbaiki mana yg kurang, tampung mana yg bocor. InsyaAllah, tak lama lagi, suamimu akan meminta dinasihati pula, InsyaAllah!


TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 35 - Peringatkanlah suamimu akan pesanan ayat ke6 Surah At-Tahrim - di mana dia diperintahkan Allah untuk memelihara dirinya dan dirimu serta anak2 dari azab api neraka! Besar sungguh tanggungjawab yg dipikulnya! Engkau dan anak2 tidak akan menanggung dosanya, namun kemungkaranmu dan anak2 akan ditanggungkan ke atas bahunya! Cukuplah pesanan itu menjadi peringatan!



Da habis semua 35 tips Cik Anis kongsikan dalam blog ni. Harap kalian dapat manfaat bersama melalui perkogsian ini. Sharing is caring. ;)



November 15, 2011

35 Tips Talian Hayat Buat Isteri (part ii)


Hari ni kita sambung lagi tips talian hayat ke-11 hingga ke-20 pulak ek.



TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 11 - Beranikan dirimu untuk mempercayai kejujuran suamimu dalam melayari bahtera ini bersama. Sesungguhnya, kepercayaanmu ibarat titisan air yg diperlukan oleh rimbun untuk kekal menghijau. Tanpanya, ia akan layu kekuningan. Namun, suamimu perlu jua diperingatkan - agar cermat menjaga kepercayaan itu ibarat kaca yg mudah retak & calar. Sekali tercalar, mungkin selamanya terluka...


TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 12 - Imbangilah antara kebergantunganmu kepada suami dgn keupayaanmu untuk berdiri di atas kaki sendiri. Pasrahmu yang total hanyalah kepada yg Maha Agung. Saling bergantung, perlu memerlukan adalah perencah kenikmatan hidup bersama. Jikalau masih sendiri-sendiri, apalah erti hidup sebumbung. Sementara dia masih ada di sisi, kita serahkan kemudi bahtera di tangan suami. Namun jika dia harus pergi, kita akan mampu memikul amanah yg ada, InsyaAllah!


TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 13 - Dapatkan maklumbalas sejujurnya dari suamimu mengenai akhlak dan tingkahlakumu. Biarkan dia berkata-kata tanpa sebarang gangguan, sekalipun hatimu melonjak-lonjak mahu bersuara membela diri. Mohonlah giliranmu pula memberikannya maklumbalasmu. Pilihlah perkataan terbaik dalam menyusun buah tuturmu. Istiqamah dalam muhasabah, kunci tautan dua hati yg ikhlas mencintai kerana Allah SWT.


TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 14 - Ubati segera hatimu yang terluka mendengar pengakuan suamimu : cintanya sudah beralih kepada wanita lain. Jgn pantas menyalahkan dirimu, apatah lagi mengalah dan berundur. Jgn pula biarkan cemburu merasuk diri, mengocak ketenangan & membakar amarahmu. Tenanglah dahulu, santuni emosimu yg terhiris pilu. Biarkan airmatamu mengalir buat seketika. Namun yakinlah, sesungguhnya engkau masih belum kehilangan segala-galanya.


TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 15 -Pilihlah tindakan yang bijak dalam menangani kemelut suamimu mahu atau sudah berkahwin lain. Berikannya peluang menjelaskan keadaan. Dapatkan segera bantuan org tengah yg adil & amanah. Berpandulah kepada akal, melebihi emosimu di saat ini. Jgn biarkan dirimu seratus peratus dipersalahkan,kelemahanmu dikatakan punca suami terpaksa mencari yang lain. Ingatlah, suamimu yang sepenuhnya bertanggungjawab atas pilihan dan tindakannya.


TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 16 - Hindarkan nada keras, kasar dan lantang apabila berbicara dengan suamimu. Banyakkan mendengar dari bersuara, kerana sesungguhnya Allah melengkapkan manusia dengan sepasang telinga dan hanya satu mulut sahaja. Janganlah ambil kesempatan dari sifat pendiam dan mengalah suamimu. Berikan rasa hormat dan penghargaan yang sebaik-baiknya. Percayalah, anak-anak sedang memerhatikan kemahiran berkomunikasi kalian berdua!


TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 17 - Serahkan anak-anakmu untuk dijaga sepenuhnya oleh ayah mereka (suamimu) sekali sekala. Yakinlah, mereka akan kelihatan gembira, selamat dan masih bernyawa bila engkau kembali. Hampir pasti, cara suamimu amat berbeza dengan gaya rutin kebiasaanmu. Apalah salahnya membiarkan suamimu mempraktikkan kemahiran kebapaannya. Sebaik manapun engkau sebagai ibu, takkan dapat menjadi seorang bapa terbaik untuk anak-anakmu.


TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 18 - Hentikan segala kritikan, komen, sungutan dan rungutan terhadap kelemahan dan kekurangan suamimu. Sifat bongkaklah yang menjerumuskan syaitan ke lembah kehinaan dan laknat Allah. Dengan sifat itu jualah syaitan akan merosakkan hubungan perkahwinanmu. Gunakan kaedah penuh hikmah dan merendah diri dalam menegur suamimu. Berikannya peluang dan masa untuk memperbetulkan kesilapan serta ketidakcekapannya selama ini.


TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 19 - Hiasi kediamanmu penuh kesederhanaan, sekalipun engkau mampu menyalutinya dengan kemewahan. Nyamankan hawa segenap ruangan rumahmu dengan alunan tadarus Al-Quran. Hangatkan kedinginan dengan kemesraan ziarah ukhuwwah tetamu yang datang. Hijaukan halaman dengan pepohon yang segar mengiringi zikirmu. Jadikan ketenangan tema utama yang dikongsi bersama dengan semua yang sudi bertandang.


TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 20 - Layanlah ahli keluarga suamimu sebagaimana engkau mahu dia melayani keluargamu. Janganlah tunjukkan kebencian dan rasa kurang senang semasa bersama ipar-duaimu. Hindarkan sebarang pertembungan yang memaksa suamimu memilih antara engkau dan keluarganya. Berikanlah hadiah, sambutlah kedatangan mereka ke rumahmu dengan ramah tamah dan senyuman keikhlasan - nescaya keberkatan rezeki melimpah ruah dalam kehidupan.



tips berikutnya bersambung esok pulak tau. Part last. ^_^


November 14, 2011

35 Tips Talian Hayat Buat Isteri (part i)

35 TIPS TALIAN HAYAT BUAT ISTERI hasil nukilan Dr. Harlina Halizah Siraj, seorang tokoh motivasi. Semoga kita; para isteri dan bakal isteri akan mendapat banyak manfaat darinya.


Cik Anis pecahkan tips ni pada 3 bahagian. 1 bahagian 1 hari. Takdelah senak mata kalian nak baca semua tips dalam 1 masa. Hehe.


Tips Talian Hayat 1-10


TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 1 - Ikhlaskan niatmu menjadi teman hidup pasanganmu. Ketetapan Allah memilih yang seorang ini buatmu, dari berjuta lelaki di dunia. Pasti ada hikmah yg tersirat dan tersurat. Ayuh, kita selongkar rahsia Allah itu dalam hidup seharian bersama, pasti di situ kau kan temui bahagia....


TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 2 - Pertahankan ikatan pernikahan yang dibuat atas nama Allah yg Maha Agung. Hanya dgn nama-Nyalah, apa yang asalnya haram antara engkau & sidia, menjadi halal dan dibolehkan. Genggam erat ukhuwwah yg terjalin - penuh pasrah dan tawakkal.


TALIAN HAYAT UNTUK PARA ISTERI : Nota 3 - Pandu arah kehidupan bersama ini semata2 utk mencari redha Allah. Saling bantu membantu dalam usaha kebaikan dan takwa. Kumpulkan sebyk mungkin bekalan. Moga tika kita terpaksa berlutut di depan Allah sendiri-sendiri, amal bakti yg kita kutip bersama mampu meraih belas ihsan Allah buat kita sekeluarga.


TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 4 - Fahamilah erti sebenar taat kepada suami yang disarankan agama. Ketaatan itu bukannya menurut semua perintah suami tanpa usul periksa. Demi hubungan yg harmoni & sejahtera, elok benar kalau siisteri yang mengalah / `surrendered',di saat kita mampu menunjuk lagak menyombongkan diri terhadap suami. Merendah diri bukan minta dipijak-pijak! Sekadar menunjuk akhlaq terpuji, agar tenang hati suami. Rugikah kita para isteri kalau kita taat secara rela diri?


TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 5 - Selitkan doa setiap masa, moga Allah SWT mencampakkan hidayah-Nya ke dalam hati suami kita. Moga lebih cinta dia kepada iman, takwa dan ihsan. Moga dia terus gigih mencontohi suami teragung, Muhammad SAW. Mudah-mudahan jua, bersama kita meniti kehidupan dalam redha dan kasih sayang Allah setiap masa dan ketika!


TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 6 - Hargailah setiap usaha, kasih sayang, saraan hidup dan pemberian suamimu, insan kerdil yg begitu gigih cuba melaksanakan amanah berat di bahunya. Hentikan cemuhan, kritikan, sindiran dan perli dlm setiap patah ayat yg ditujukan utknya. Gantikan dgn kata semangat dan keyakinan yg mampu mendorongnya menjadi suami yg lebih menyerlah, InsyaAllah.


TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 7 - Didiklah hati agar menyayangi wanita yang melahirkan suamimu, kenanglah jasanya mendidik anak lelakinya menjadi pasangan yang mengasihimu kini. Jangan sekali jadi musuh @ saingannya, sekalipun itu mungkin tanggapan ibu mertua terhadapmu. Yakinkan hatinya, bahawa engkau bukanlah perampas kasih anaknya. Engkau sebenarnya permata yang menyinari hidup suami dan juga penyeri hidupnya, jika dia sudi memberi peluang tersebut kepadamu!


TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 8 - Belajarlah untuk ikhlas dalam memberikan kasih sayang dan cinta utk suamimu. Seringkali ada sahaja niat dan sebab musabab lain semasa kita melafazkan ikrar kasih. Jika benar ikhlas, engkau takkan mudah kecewa jika sesekali seperti cintamu tidak berbalas, penat lelahmu tidak dihargai. Keikhlasanmu kan menjadi daya penarik yg kuat mengikat hati suamimu kepadamu!


TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 9 - Serlahkan bakat dan potensimu, gunakan kecerdasan dan keupayaanmu untuk memberi manfaat kepada orang lain. Prihatinlah kepada keperitan hidup masyarakat di luar sana, bantulah semampu boleh. Jadilah manusia yang banyak jasanya - pasti suami dan anak-anakmu bangga beristeri dan beribukan seorang yang istimewa seperti kamu!


TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 10 - Bijaklah mengurus masa, modal anugerah Allah kepada kita semua. Senaraikan keutamaanmu dan tumpukan usaha mendahulukan mana yang sepatutnya dibereskan dahulu. Dapatkan bantuan suami dan anak2 untuk menyelesaikan tugasan. Jangan bebankan dirimu cuba menjadi `wanita luarbiasa' - suamimu cuma inginkan seorang isteri solehah yg bijaksana!


Sambung esok pulak.. ;)


November 11, 2011

erti hidup pada memberi [update 14/11/11]

Salam.


Dulu-dulu Cik Anis pernah berkongsi koleksi buku karya Ustaz Hasrizal. (link) Owh tiba-tiba rasa da lama tak kongsi bahan bacaan baru dalam blog ni. Erm. Ustaz Hasrizal suka menekankan prinsip beliau iaitu "Erti hidup pada memberi". Kalau kalian da baca buku-buku beliau kalian akan faham apa yang dimaksudkan dengan erti hidup pada memberi ni. 


Menurut Ustaz Hasrizal, dalam hidup ni kita mesti lebih memikirkan apa yang kita bagi pada orang sekeliling daripada sibuk memikirkan apa yang orang bagi pada kita. Lebih kurang macam tu la maksud kata-kata prinsip tersebut.


Cik Anis juga pernah terbaca dalam blog mantan b2b sis nawal (blog da ditutup) yang dalam perkahwinan/perhubungan takde istilah give and take. Sebaliknya kita kena lebih menekankan apa sumbangan yang kita da bagi pada pasangan kita.


Sekadar berkongsi pengalaman sendiri, Cik Anis mula mengamalkan prinsip Ustaz Hasrizal ni sejak Cik Anis khatam ketiga-tiga buku karya beliau kira-kira setahun yang lepas. Tiada istilah give and take yang diamalkan sebaliknya lebih berusaha untuk mengamalkan prinsip erti hidup pada memberi.


Pada awalnya memang terasa agak pahit dan sukarnya nak amalkan sebab yela kita manusia biasa kan. Bila da selalu sangat kita memberi kadang-kadang terdetik juga dalam hati kenapa macam tak dihargai je. Kenapa tak dapat macam yang da diberi. Dan macam-macam lagi. Manusia biasa kan, iman pun ada turun naiknya.


Tapi kunci utamanya adalah SABAR. Sabar dalam usaha kita untuk berpegang pada prinsip erti hidup pada memberi tu. Sebab bagi Cik Anis sebelum status berubah menjadi seorang isteri ni la Cik Anis mesti berusaha mempraktikkan sesuatu yang baik untuk kebaikan rumahtangga yang bakal dibina kelak. Mungkin ada yang bercanggah pendapat mengatakan dalam rumahtangga mesti la ada give and take. Mana boleh give je memanjang. Owh itu terserah pada pendapat masing-masing ya. ;)


Apa yang Cik Anis boleh katakan, mengamalkan prinsip erti hidup pada memberi tanpa mengharapkan balasan rasanya adalah sangat manis. Masha-Allah memang tak disangka Cik Anis dapat balasannya seawal ini. Tapi memang rasa syukur sangat. Bukan nak gebang atau menunjuk-nunjuk tapi percayalah, sesuatu prinsip yang kita amalkan dengan seikhlas hati balasannya adalah tak disangka dan tak diduga! Itu yang Cik Anis rasakan la. ;)


Sampai saat entry ini ditaip, Cik Anis masih merasakan tidak layak untuk menerima apa yang Cik Anis peroleh sekarang ni. Nilainya terlalu besar kalau nak dibandingkan dengan apa yang pernah Cik Anis berikan. Balasan yang Cik Anis terima juga melebihi pemberian yang Cik Anis hulurkan sebelum ni. Sungguh! 


Alhamdulillah untuk segalanya. ^_^



p/s: Tak semestinya kita aplikasikan prinsip erti hidup pada memberi ni pada pasangan saja. Praktikkan untuk setiap orang di sekeliling kita. Keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan sesiapa sahaja. ;)


[update 14/11/11]

atas permintaan Dhiera, Cik Anis bagi contoh supaya dhiera lebih faham ye.. ;)


Macam mana pengaplikasian prinsip erti hidup pada memberi ni?


Sebenarnya prinsip ni senang je, melalui prinsip ini, kita lebih menekankan apa yang kita nak bagi pada orang. Bukan ke tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima kan? Lebih kurang macam tu la. Daripada kita memikirkan sumbangan orang pada diri kita adalah lebih baik kita sendiri memperbanyakkan sumbangan kita pada manusia sekeliling kita.


Contoh termudah kita tengok dalam sebuah keluarga, seorang isteri sentiasa sibuk menguruskan hal ehwal rumahtangga. Balik dari pejabat terus ke dapur, memasak, mengemas, sambung malam lipat kain, sediakan pakaian suami dan diri sendiri untuk ke pejabat esok pula dan banyak lagi tugas lain isteri. Kalau si isteri berpegang pada prinsip erti hidup pada memberi, dia takkan merungut dalam melakukan setiap tugasan tu. Isteri juga takkan membebel atau marah-marah pada suami sebab tak membantu dalam setiap kerja yang dilakukan. Sebaliknya si isteri akan sentiasa memastikan setiap yang dilakukan adalah yang terbaik untuk suaminya.


Nampak macam berat sebelah kan? Sebab isteri buat semua kerja tapi tak boleh merungut pada suami. Tapi cuba lihat dengan lebih mendalam. Kalau pada awalnya mungkin si suami langsung tak membantu, tapi bila hari-hari dia lihat isterinya buat setiap tugasan dengan sangat sempurna dan tak merungut, takkan tak tercuit langsung hatinya nak menghulurkan bantuan bersama bukan? Selepas tu, mungkin suami pula berusaha nak memberikan yang terbaik buat isteri dan keluarganya. Kemudian masing-masing saling berusaha untuk memberikan yang terbaik antara satu sama lain. Manis bukan? ;)


Konsep prinsip ini mudah. Tekankan pada MEMBERI dan tidak memikirkan tentang MENERIMA. Mungkin kita tak terima balasan segala pemberian kita pada saat ini tapi siapa tahu pada masa depan kita akan menerima yang lebih baik daripada pemberian kita pada hari ini.


Dhiera faham tak? Anis cuba terangkan secara mudah je ni. ;)

November 10, 2011

doorgift nikah

Salam.


Cik Anis nak mohon pendapat b2b dan mantan b2b ni.


Macam ni kisahnya. Ecehh.


Cik Anis tiba-tiba rasa nak sediakan doorgift untuk majlis akad nikah nanti. Doorgift yang berbeza dengan doorgift majlis walimah.


Persoalannya sekarang, wajar ke tak ek?


Majlis akad nikah nanti akan diadakan di rumah je. Majlis walimah pula InsyaAllah keesokkan harinya juga di rumah.


Ke masa hari akad nikah tak payah sediakan doorgift tapi cukup sekadar jamuan makan ringkas je?


Mohon pendapat kalian ya.



Terima kasih.


^_^


November 09, 2011

teaser sikit lagi








Identiti bride dan groom 2hati-jadi1 mungkin??


Review penuh, tungguuuuu~~~




^_^



November 08, 2011

can't wait!!!

Salam.


Baru sudah berbincang dengan adik Cik Anis tentang future plan Cik Anis.


Tak sabar nak mulakan.


InsyaAllah akan berkongsi cerita andai ianya terlaksana.


Doakan Cik Anis ye.





cerita hari raya ku

Salam.


Selamat memulakan kerja semua. Hehe.


Hari raya Aidiladha tahun ni keluarga Cik Anis takde pape persiapan pun. Yela mak ayah mengerjakan ibadah haji kan. Tinggal lah kami adik beradik je dekat rumah ni.


Dulu Cik Anis rancang nak masak rendang ayam untuk pagi raya tahun ni tapi makin dekat raya makin malas maka takde rendang ayam air tangan Cik Anis. Haha.


Tapi Alhamdulillah. Walaupun kami adik beradik takde buat satu apa persiapan pun, tapi orang sekeliling kami baik-baik semuanya.


Makcik depan rumah hantar nasi ayam pagi raya tu. Maksu Cik Anis bagi lauk-pauk dengan ketupat. Mak gf adik Cik Anis pun kirim lauk-pauk. Syukur. Banyak sangat makanan yang kami dapat hari raya lepas. Sampai penuh meja makan kami! Mujur Cik Anis tak masak. Kalau tak memang bertambah-tambah la makanan yang ada. Pheww~ kemalasan yang berbaloi. Haha.


Hari raya ni Cik Anis dan adik2 semua duduk rumah je la. Cik Anis tak beraya rumah keluarga EBS pun. Terasa malas pula nak keluar rumah. Sampai FMIL Cik Anis siap tanya EBS lagi Cik Anis tak datang rumah ke. Hihi. Maaf ye FMIL ku, next week insyaAllah Anis datang melawat ye. ~_^


Hari Isnin pula abang Cik Anis buat bbq dengan daging qurban yang kami dapat. Cik Anis dan adik pula sediakan cocktail. Makanya semalam ber-picnic dalam rumah la kami. Hehe.


Sekadar cerita ringkas raya aidiladha Cik Anis. Tak menarik mana pun kan. Huhu. Menanti tiga minggu berakhir dengan pantas. Rindu emak ayah sangat-sangat!



November 04, 2011

patah tak tumbuh, tak hilang tapi berganti!

Salam.


Tajuk entry kali ni bukan lah peribahasa melayu yang suka-suki Cik Anis je nak ubah. Hehe. Tapi ada maksudnya tersendiri. Bagi Cik Anis la. Hehe.


Cik Anis tak pernah kongsi cerita hari pertunangan Cik Anis kan. Korang nak tahu ke? ;) Lain kali la ek. Kali ni Cik Anis sekadar nak berkongsi cerita tentang cincin tunang Cik Anis je. Hehe.


Cincin tunang Cik Anis bentuknya berlekuk-lekuk. Lepas tu ada permata halus-halus je. Bentuk cincin tu adalah pilihan EBS. Cik Anis hulur jari cari saiz je. Proses pembelian cincin tunang Cik Anis makan masa kurang dari sejam. Senang kan. Hihi.


Nak dijadikan cerita, pada hari berlangsungnya pertunangan kami tu Cik Anis terasa cincin tunang dan risik longgar! Biar betul. Baru beli dua minggu sebelum majlis da jadi longgar sangat. Tapi masa tu abaikan je la. Asalkan pakai tak melurut jatuh lepas tu hilang kira masih ok lagi la kan.


Masalah cincin longgar Cik Anis masih boleh abaikan lagi. Tapi satu hari tu kejadian yang tak disangka. Masa tengah sibuk cari fail projek dalam bilik fail dekat tempat kerja Cik Anis, entah macam mana masa Cik Anis nak masukkan fail dalam rak fail, cincin tunang Cik Anis tersangkut dekat fail lain bersebelahan fail yang Cik Anis pegang tu. Ukiran love pada cincin tunang Cik Anis bengkok ke atas! T_T


Bila da betulkan Cik Anis tengok ok je so biar je la kan. Tapi kemuncaknya adalah pada hari pernikahan adik EBS awal bulan september lepas. Ukiran love tu tersangkut pada handsock Cik Anis lepas tu patah terus!!! Waaaaa. Menceceh Cik Anis cari bentuk love tu dekat karpet hotel. Nasib baik jumpa. Cik Anis tak beritahu EBS pun cincin tunang patah. Senyap je. Haha.


Jumaat minggu lepas baru Cik Anis beritahu EBS kejadian yang menimpa cincin tunang ni. Dekat 2 bulan da patah baru ada keberanian nak beritahu. Hihi. Yang bagusnya EBS sendiri tak perasan cincin tu da takde satu love. Bagus betul. Hehe. Nasib baik EBS tak marah. Phewww lega. ;)


Cik Anis beritahu pada EBS hajat nak tukar cincin risik dengan cincin tunang ni, nak ambil saiz yang lebih kecik dan design yang hampir sama atau yang memang sama dengan design sedia ada ni. EBS kata ok je. Dia siap bagi cadangan tukar jadikan satu cincin je tapi cari yang tebal sikit. Takde la tanda dia nak bayar kan ke apa kan. Jadinya Cik Anis memang nak guna gaji Cik Anis je la untuk topup harga cincin baru nanti.


Rabu lepas kami ke kedai emas tempat beli cincin tunang sebelum ni. Kedai emas biasa-biasa je. Sekali tengok macam kedai da nak bankrupt pun. Hehe. Sekali bila tanya harga trade in dua-dua cincin ni, alamak tak berbaloinya harga dia. Bila minta dia tolong sambungkan semula love yang da patah tu, dia tak berani jamin bentuk love tu akan kekal sebab halus sangat. Takut lebur masa nak disambungkan tu. Huhu.


Akhirnya EBS bersuara,


"Takpelah kita tolak cincin tunang tu je. Cincin risik tu boleh pakai lagi kan. Cincin tunang tu nak simpan pun da patah. Baik cari lain."



Maka sesi pemilihan cincin tunang yang baru pun dilakukan dalam masa kurang 30 minit. Hihi. EBS pilih cincin yang kurang ukir dan lebih padu. Dengan harapan cik tunang dia ni takkan patahkan cincin lagi. Haha.



Bila sesi nak membayar pula, memang tak disangka EBS yang nak bayar cincin tunang yang baru ni. Alamak memang Cik Anis serba salah sangat. Yela da la ambik cincin baru kan, harga kena tambah lagi. Tapi da EBS kata takpe sebab dia ada duit lebih maka Cik Anis diamkan je la. *terharu sangat*



Maka sekarang Cik Anis da ada cincin tunang baru! Design yang lebih simple dan saiz yang lebih kecik dari cincin tunang yang terdahulu. Hehe.





Kenangan dengan cincin tunang yang lama. Sebab longgar asyik la nak berpusing-pusing cincin tu. Huhu.



Gambar full cincin tunang lama dan yang baru rasanya tak perlu la ek Cik Anis letak dalam entry ni. Risau ada yang fikir Cik Anis nak menunjuk pula. Tak seronok la kan.


Kisah cincin tunang Cik Anis ni; yang da patah tu memang takkan tumbuh lagi, walaupun tak hilang tapi dapat ganti yang baru. Hihi.


Buat EBS, terima kasih sebab sanggup keluarkan peruntukkan lagi sebab cik tunang beliau yang kasar sangat pakai cincin sampai patah ni. Huhu.


"Ya Allah, Kau murahkan rezeki bakal suamiku, bukakan seluasnya pintu rezeki beliau. Berkati hidupnya, limpahi rahmat dan keberkatan dalam hidupnya. Hanya Kau yang mampu membalas kebaikan yang beliau lakukan Ya Allah. Ameen."


apa yang berlaku dalam bbf group??

Salam Jumaat semua.


Maaf menyibuk tapi Cik Anis perasan macam ada yang tak kena je dengan bbf group lepas baca entry Miss X dan entry mantan b2b Hazlynda.


Ada sesiapa boleh share story?


Cik Anis bukan ahli bbf group dalam fb. Pernah request nak join group tapi sampai ke sudah takde yang approve. Akhirnya Cik Anis cancel je request tu sebab sedar diri. Huhu.



November 02, 2011

Teaser sikit.






Veil nikah DIY in progress. ;)