October 31, 2011

suka duka ber-pjj


Salam.


Menjadi rutin Cik Anis setiap kali online mesti nak blogwalking ke mana-mana blog b2b, mantan b2b atau blog apa saja la. Kiranya membaca blog ni da macam perkara wajib yang Cik Anis akan buat setiap kali online. Boleh kira macam satu ketagihan juga la kot. Hehe.


Antara entry yang selalu menyentuh perasaan Cik Anis bila setiap kali blogwalking adalah bila mantan b2b buat entry luahan perasaan tentang suka duka ber-pjj dengan pasangan masing-masing,  Cik Anis sendiri macam dapat merasa oh beratnya perasaan yang mantan b2b rasakan.


Walaupun Cik Anis insyaAllah takkan ber-pjj dengan EBS selepas nikah nanti tapi bila kita menyelami perasaan yang rakan-rakan kita alami sedikit sebanyak akan terbit rasa syukur dengan nikmat yang Allah kurniakan untuk kita kan?


Cik Anis syukur sangat sebab Cik Anis diberi peluang untuk mencari rezeki makan gaji di daerah kelahiran Cik Anis ni tanpa perlu ke luar daerah/negeri, sementara EBS pula bekerja  juga di daerah yang sama dengan Cik Anis walaupun buat masa ni EBS tinggal ni daerah  yang berbeza. Ulang-alik Yong Peng – Kluang – Yong Peng setiap hari. InsyaAllah selepas nikah nanti EBS akan menetap di Kluang terus.


Rakan-rakan Cik Anis pun ada beberapa orang yang pm Cik Anis dekat facebook minta tolong dapatkan kerja di daerah Kluang  ni. Tapi Cik Anis sendiri kerja dalam syarikat kecik je. Nak tolong carikan pun memang agak susah. Mungkin rezeki Cik Anis di sini, tapi rezeki mereka di daerah lain kan. Harap mereka sabar dalam pencarian mereka nak bekerja di daerah kelahiran kita ni. Huhu.


Buat mantan b2b dan b2b yang bakal ber-pjj dengan pasangan masing-masing nanti, di harap kalian semua kuat menghadapi suka duka ber-pjj ya? Sentiasa minta pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Sekian.



October 30, 2011

My Dream Veil Contest by Non-Cinderella Story

Salam.


Jalan-jalan blog b2b kemudian Cik Anis perasan Cik Anis telah di tag oleh b2b annor untuk join contest anjuran Cik Lijah. Cik Anis memang da plan nak join contest ni tapi bila da kena tag baru la ada semangat sikit nak mula mengarang. Hehe. Thanks ye annor sebab sudi tag Cik Anis. ;)





Kalau di tanya veil idaman Cik Anis untuk majlis walimah nanti, Cik Anis cuma mahukan sesuatu yang ringkas tapi menarik. Tak perlu perincian yang terlalu sarat untuk setiap bahagian veil tersebut.


Cik Anis impikan veil dari fabrik sifon dengan perincian sama ada patch lace atau sulam manik yang lebih tertumpu pada bahagian atas kepala sahaja. Ianya adalah alternatif untuk Cik Anis tidak perlu menggunakan tiara semasa majlis nanti. ;)


Dari segi pilihan warna, memandangkan baju sanding kami nanti bertemakan purple, Cik Anis mengimpikan veil dari tone purple yang lebih lembut daripada warna baju sanding kami nanti. Kemudian untuk perincian yang Cik Anis sebutkan di atas tadi, tone warnanya lebih gelap atau hampir sama dengan warna baju sanding kami.


Selain tu, untuk menambah seri pada veil tersebut, renjisan manik putih di tambah pada bahagian perincian tersebut supaya nampak mengikut tema purple-putih kami. 


Untuk panjang veil pula, Cik Anis sangat suka veil yang labuhnya setakat paras pinggang. Dengan panjang veil yang menutup hingga ke pinggang, dapat la meng-'cover' lebihan-lebihan lemak bila duduk bersimpuh nanti. Haha.


Puas cari gambar yang sesuai dekat Google tapi macam tak jumpa pulak yang mengikut spesifikasi Cik Anis. Kalau contest tak letak gambar kena disqualified tak? Hehe. Harap Cik Lijah faham penerangan dream veil Cik Anis kat atas ni.


Buat b2b yang nak join contest masih sempat lagi. Esok baru due date.


Good luck buat b2b yang join contest ni!!!






October 27, 2011

kisah dulang hantaran

Salam.


Hari tu kan Cik Anis ada cerita yang Cik Anis kena tambah jumlah dulang hantaran sebab kena sedas dengan emak Cik Anis kan. Hehe.


Beberapa weekend lepas Cik Anis dan EBS pun cari la bahan-bahan DIY untuk tambahan dulang tersebut. Da kata nak DIY kan, jadi kena la tambah bahan-bahan mentahnya.


Nak dijadikan cerita, Cik Anis pergi la ke kedai yang Cik Anis pergi masa beli bahan DIY dulang hantaran beberapa minggu lepas tu. Sedihnya. Bahan asas nak DIY dulang hantaran Cik Anis da habis stok kat kedai tu. Punya la hot item kononnya.


Sedih ok! Da la Cik Anis akan DIY hantaran dua-dua belah pihak. Nak tambah dua dulang setiap pihak tapi bahan DIY da takde stok pulak. Huhu.


Da susah hati da macam mana la lagi dua dulang ni. Takkan nak buat bentuk lain. Takkan nak tukar DIY bentuk lain pula sedangkan bahan untuk 5-7 hantaran da beli.


Tenang-tenang. Hehe.


Cik Anis cuba pergi branch kedai tu dekat area Kluang ni juga. Fuhhhh..lega sikit sebab dekat situ jumpa dua bahan asas nak DIY dulang hantaran Cik Anis dan EBS. Terus sumbat masuk bakul. Hehe. Tapi ada lagi bahan asas da takde stok jugak! Adoyai. Mana nak cari lagi ni. Huhu.


EBS relax je la. Dia kata takpe kita pusing dulu kedai ni cari alternatif lain untuk bahan lagi satu tu. Ok, menurut arahan. Hehe.


EBS jumpa satu benda ni dan dia tunjuk Cik Anis. Hurm ok juga. Walaupun berbeza tapi rasanya lepas di 'touch-up' nanti orang takkan perasan kot dulang kami nanti ada yang tak sama! ;)


Terus ambil dan sumbat dalam bakul. Hehe.


Ok setel part bahan asas DIY dulang hantaran. Bahan sampingan next time baru beli pulak. Sedikit lega di situ. Harap emak Cik Anis takkan tambah jumlah hantaran lagi. Karang entah ceruk mana nak cari bahan tambahan lagi. Hehe.



Sebagai penutup;







Teaser sikit bahan alternatif tu. Hehe.




October 25, 2011

perempuan cantik

Salam.


Cerita pendek di pagi Selasa. Hehe.


Petang semalam habis kerja Cik Anis ke kedai buku sekejap dengan plan nak membeli kotak-kotak kertas A4 untuk simpan paper bag wedding. Nak ambil yang dekat pejabat memang da takde jadi nak tak nak kena la ke kedai buku beli kotak-kotak tu. Huhu.


Sementara tunggu anak owner kedai buku tu ambil kan jumlah kotak yang Cik Anis nak, Cik Anis borak-borak dengan owner kedai buku ni.


"U mahu angkat kotak nak buat apa?"

"I nak simpan barang kahwin la uncle." *senyum*

"Haiyaa. Perempuan cantik sudah mahu kahwin."


Haha. Nak highlight kat dialog uncle tu yang last tu je sebenarnya. ;)


Selebihnya uncle tu banyak bagi nasihat pasal alam rumahtangga. Macam-macam cerita dia kongsikan. Best sebab dapat nasihat percuma. Hehe.


Thanks uncle buat Cik Anis senyum-senyum je. Hehehehehe.


Bagi can la nak perasan cantik jap. Lalalala.


Kthnxbye.

October 24, 2011

hantaran hunting part i

Salam.


Hantaran hunting part i berlangsung dengan jayanya bila Cik Anis belikan barang hantaran untuk EBS mengikut citarasa Cik Anis sendiri. Haha.


Pembelian dilakukan tanpa kehadiran EBS. Memang 100% mengikut citarasa Cik Anis je. Bila Cik Anis beritahu EBS, dia ok je la. Da kata kami tak cerewet kan. Senang la sikit. Hehe.




Hadiah hantaran 1






Hadiah hantaran 2



Bagi Cik Anis, hadiah hantaran lagi seronok kalau kita beli barang untuk pasangan kita daripada kita beli barang hantaran kita sendiri lepas tu pasangan kita beli barang hantaran dia sendiri. Macam takde makna la pulak pemberian tu kan sebab beli guna duit masing-masing je.


Macam Cik Anis pun, hadiah hantaran untuk Cik Anis nanti, EBS yang akan decide nak beli yang mana. Walaupun EBS bagi Cik Anis pilih sendiri tapi Cik Anis tetap nak EBS pilih ikut citarasa dia.


Tapi bukan semua hadiah hantaran kami buat macam tu. Nanti mungkin ada yang kami pilih sama-sama. Kalau EBS da suka baru la Cik Anis bayar dan sebaliknya. Rasa lebih seronok buat macam ni. Hehe.


Lain orang lain caranya.
;)




October 19, 2011

errr..speechless



Jumaat lepas Cik Anis dan EBS genap setahun bertunang kan.


Balik kerja petang tu EBS ajak jumpa sekejap.






Dan..errr...






Cik Anis dapat ni dari EBS















Hadiah dari EBS sempena setahun bertunang.



*speechless*



p/s: Cik Anis tak sediakan hadiah untuk EBS pun. Huhu.


October 17, 2011

review: hantaran dan pelamin Hafiez dan Athirah

Edisi review bersambung lagi.


Kali ni kita tengok gambar hantaran dan pelamin pulak.


Untuk majlis pernikahan adik EBS ni hantaran 7 berbalas 9 yang mana diorang beli sendiri-sendiri punya lepas tu tukar untuk gubah je. Hantaran lelaki kepada perempuan macam biasa adalah hasil tangan FMIL Cik Anis la. Hehe.


From bride to groom:


1. Kasut




2. Buah-buahan




3. Jam tangan




4. Buku agama




5. Inner shine




6. Set mandian




7. Wallet n belt




8. Tali leher




9. Sirih junjung





From groom to bride:


1. Tuala




2. Telekung




3. Sejadah




4. Terjemahan Al-Quran




5. Handbag n heels




6. Set mandian n coklat




7. Tiada dalam gambar:

Gelang dan rantai emas.



Sebagai penutup;



Mini pelamin nikah mereka.






Rasanya setakat ni je la review majlis pernikahan adik EBS ni.


Majlis walimahnya insyaAllah hujung tahun ni di Klang. Belah lelaki pulak macam takkan sekali dengan walimah kami je. Huhu. Redha.





October 14, 2011

Alhamdulillah





Alhamdulillah.


Sekejap je masa berlalu kan?


Rasa macam baru 5-6 bulan kami bertunang.


Tapi hari ni rupanya da setahun.


Alhamdulillah.


Alhamdulillah.


Semoga dipermudahkan segala urusan untuk hari-hari yang mendatang.


Semoga dipermudahkan urusan untuk penyatuan 2hati-jadi1 ini.


Ameen~


^_^



October 13, 2011

wedding b2b: rai bitbitterbuter dan dunia raja sehari 4 (part ii)

Salam.


Tak sempat nak mengadap blog beberapa hari ni. Hari ni baru boleh kongsi cerita aktiviti weekend Cik Anis yang lalu. Hehe.


Sabtu habis je kerja Cik Anis dan EBS terus menuju ke Batu Pahat untuk ke wedding Rai (Bitbitterbutter). Waktu kami sampai tu dalam pukul 2 lebih macam tu la kot. Rai dan hubby masa tu tengah bergambar dekat pelamin lagi.



Dekat wedding Rai ni Cik Anis dapat la bertemu mata dengan Bahirah (Put down your pen). Hehe. Maaf ye ira, anis ni tak pandai nak beramah mesra sangat. Kadang-kadang lost jugak tak tahu nak bercerita pasal apa. ;)



Bergambar kenangan dengan pengantin, b2b ira dan encik tunang beliau.




Tukar turn pulak. EBS pulak masuk bergambar. Hehe.




Sebelum berpisah singgah guetsbook dan photobook corner dulu.


Overall, Cik Anis sangat suka suasana majlis Rai. Deco, makanan, servis caterer, mc. Semua nampak teratur dan tenang je.


Buat Rai dan Alif, Selamat Pengantin Baru. Semoga rumahtangga yang terbina berkekalan hingga ke syurga. Barakallahu lakuma!


~~~~~~~~~~~~~~~~


Selesai menghadiri majlis Rai, Cik Anis dan EBS terus ke Johor Bahru. Tujuannya nak ke Dunia Raja Sehari 4 lagi la. Hehe. Sampai Angsana da lewat petang dan kami terus ke tujuan utama kami iaitu nak booking OP. Alhamdulillah deposit da bayar. Review tentang OP pilihan ni pun nanti Cik Anis buat satu entry lain ye. OP ni pilihan EBS. Kalau ikut Cik Anis memang nak ambil kawan kami je. Tapi da EBS nak pakej dari OP ni dan sanggup nak bayar harga tu, Cik Anis ikut je la. Jimat bajet Cik Anis. Kekeke.


Selesai aktiviti Sabtu kami. Bersambung ke hari Ahad pula. Cik Anis dan EBS sekali lagi turun je JB. Kali ni bawa adik lelaki Cik Anis sekali. Maklum la nak balik lewat malam berdua dengan EBS je tak manis la kan. Tu mesti bawa adik lelaki Cik Anis. Gigih betul demi dunia raja sehari 4 ni. Haha. Kali ni kami pergi sebab nak tunggu lucky draw pameran pengantin ni la. Tunggu sampai habis majlis pukul 10 lebih tapi takde rezeki nak menang satu pun lucky draw. Huhu. Tengah malam baru balik Kluang. Esoknya pula kerja. Memang terbaik la. Hehe.


Alhamdulillah part OP pun boleh kira da selesai. Lepas ni tinggal cari potential bridal pulak. Yang ni lambat sikit la kot. Projek DIY pun tak kongsi-kongsi lagi ni. Slow-slow ek. Hehe.


Macam da panjang gila entry kali ni. Cik Anis stop dulu ye. Tata!




October 07, 2011

Aduhai~



Salam.


Malam tadi sebelum tidur rasa berdebar je. Macam tak sedap hati.


Rupa-rupanya pagi ni kereta nak minta dihantar ke ‘spa’.


Aduhai. Kenapa mesti buat hal hari ni wahai kereta. Esok weekend tahu. Banyak benda nak di selesaikan. Huhu.


Harap kereta ok sebelum petang ni.


Kalau tak melepas la nak ke wedding b2b Rai (Bitbitterbutter).


Melepas la nak berjumpa dengan b2b Bahirah (Put down your pen)


Melepas la nak ke Plaza Angsana untuk Dunia Raja Sehari 4.


Melepas la.


T_T


p/s: Siapa lagi pergi wedding Rai? Jom jumpa. (Kalau kereta da ok la. Huhu)


October 06, 2011

review: majlis pernikahan hafiez dan athirah

Salam.


Baru berkesempatan untuk edit dan resize gambar sepanjang majlis pernikahan adik EBS 3hb september lepas. Hehe. Da sebulan pun majlisnya baru terhegeh-hegeh nak cerita. ;)


Secara ringkasnya, - sebab majlis pun da lama kan, ingat-ingat lupa je ceritanya- kami bergerak dari Yong Peng pagi sabtu 3 september tu dan sampai ke Klang dalam pukul 2 lebih. Petang tu sekadar rehat-rehat dekat hotel je la. Lepas maghrib baru semua bersiap-siap untuk ke rumah pengantin perempuan.


Tak nak cerita panjang, kita tengok gambar je eh.




Dengan adik-adik perempuan EBS dan FMIL.

Tema raya family EBS purple sebab diorang da tahu awal-awal tema majlis walimah belah Cik Anis nanti. Tu yang terus semua buat baju purple. Sweet gila. Hehe.




Gadis-gadis hantaran. ;)




Sesi melengkapkan borang dengan tok kadi. Yang belah kiri tu la adik EBS. Dia nampak lebih berusia dari EBS. Hehe.




Bakal biras Cik Anis. ;)




Akad nikah dilakukan oleh bapa pengantin perempuan sendiri.

Tak tahu berapa kali akad baru lepas. Bukan pengantin yang gemuruh tapi bapa pengantin perempuan yang gemuruh. Cik Anis dan EBS sampai naik boring tunggu saksi jawab sah. Huhu.




Selesai akad, pasangan mempelai laksanakan solat sunat berjemaah buat pertama kali. So sweet kan? ;)




Sesi 'batalkan air sembahyang'

Note: Dalam Islam, wudhuk suami dan isteri tak batal ye bila bersentuhan. Cuma adat Melayu je namanya 'batal air sembahyang'. Sila bezakan adat dan agama.




Pengantin baru.



Buat Hafiez dan Athirah;
Selamat pengantin baru!


Review berikutnya; hantaran dan pelamin ok!










October 05, 2011

perbincangan yang serius

Salam.


Entry di petang hari. Hehe.


Tadi Cik Anis berborak dengan EBS. Dalam sms je la. Hehe.


Mula-mula rasanya borak-borak santai je tapi entah macam mana ianya menjadi perbincangan yang serius. Huhu.


Perbincangan kami tadi lebih kepada kehidupan selepas nikah. Tapi bukanlah berkaitan rumah selepas nikah, honeymoon atau apa. Sebaliknya perancangan kami nak sambung study. Yup itu la yang kami bincangkan dengan sangat serius tadi. 


Dua-tiga minggu lepas Cik Anis pernah suarakan hasrat pada EBS nak sambung study lagi. Kebetulan sebelum-sebelum ni pun EBS pernah beritahu Cik Anis yang dia nak sambung study jugak. Jadinya sekarang kami dua-dua ada hasrat yang sama nak sambung study lagi.


Cik Anis pada mulanya macam tak serius je nak sambung study ni tapi tadi EBS da beria surveykan tempat study untuk Cik Anis. Huhu. Mengikut plan EBS, lepas nikah ni kami sama-sama akan jadi student semula. Hihi.


Harap niat kami nak sambung study lepas nikah ni dipermudahkan Allah.


Macam mana rasanya jadi student dengan title suami-isteri ye? Hehe.




^_^






alahai adat

Masih ingat senarai pendek hantaran Cik Anis tempoh hari?


Hari tu kan, Cik Anis bincang la dengan emak Cik Anis tau. Cik Anis pun beritahu la emak Cik Anis, hantaran nanti tak nak la sirih junjung. Nak bagi barang je.


Sekali kan..


Mak Cik Anis kan...


Terus mengeluarkan kata-kata hikmatnya...


"Kau jangan nak ngada-ngada. Sirih tu kan mesti ada dalam hantaran. Orang makan ke tak ke yang penting bagi. Jangan nak moden sangat sampai benda macam tu pun kau nak tolak tepi."


Hihi. Kena sedas. ;)


So demi menghormati permintaan emak Cik Anis dan adat ni, maka bertambahlah jumlah dulang nanti. Dari 5 berbalas 7 kena la jadi 7 berbalas 9 pula.


Alahai adat. Tak memasal kena beli lagi bahan-bahan DIY untuk dulang Cik Anis tu.


Cik Anis bukan buta adat cuma benda ni bukan wajib pun. Kalau bagi pun sekadar menambah peruntukan kewangan untuk dulang hantaran je. Tapi demi menghormati emak Cik Anis dan adat ni maka buat je la.


Da bincang dengan EBS hari tu, dia kata tambah je la dulang. Letak sirih dengan makanan. Boleh la. Yang penting semua pihak puas hati.


Update senarai hantaran kami adalah macam ni:



From Cik Anis to EBS:

1. Wallet n belt
2. Perfume
3. Kemeja n slack
4. Kasut
5. Handphone
6. Naskah hadis
7. Set mandian
8. Sirih junjung
9. Kek/buah-buahan


From EBS to Cik Anis:

1. Handbag n purse
2. Kasut
3. Perfume
4. Jam tangan
5. GPS
6. Sirih junjung
7. Kek/buah-buahan



Yang ni pun belum 100% confirm lagi. Mungkin akan ada perubahan lagi lepas ni. Selagi tak beli selagi tu boleh bertukar. Hehe. Harap takde tambahan jumlah dulang lagi da la. Koyak poket nak tambah peruntukkan untuk dulang je nanti. Huhu.



October 04, 2011

sekitar dunia raja sehari 4 (part i)

Salam.


Ahad lepas Cik Anis dan EBS berkesempatan menjayakan misi kami nak ke karnival dunia raja sehari 4 dekat plaza angsana.


Tujuan kami nak ke karnival ni adalah nak survey cincin kahwin sambil-sambil tu nak survey kos printing kad kahwin custom made juga.


Alhamdulillah misi berjaya. Dua-dua perkara yang kami nak survey ni da pun bertukar jadi satu pembelian. Haha. Da kata setiap kali nak survey memang akan terbeli terus kan. So deposit untuk cincin kahwin dan kad kahwin da setel.


Lepas ni da boleh design kad kahwin kami. Yeay!
Sebenarnya dulu Cik Anis plan nak print sendiri je tapi bila fikirkan jumlah masa yang sangat banyak diperlukan untuk buat kad DIY satu persatu, maka terpaksalah kita tempah juga. Tapi design sendiri kira projek DIY juga la kan. ;)


Cerita lanjut tentang cincin kahwin dan kad kahwin ni nanti Cik Anis buat entry satu persatu ek. Mungkin dapat membantu b2b lain ke. Hehe.




Jumlah brochure yang berjaya dikutip sepanjang berada di karnival tersebut.




Yang ni pulak voucher yang Cik Anis dapat lepas booking kad kahwin kami. Tapi macam tak nak guna. Kalau Cik Anis buat giveaway bagi korang voucher ni mahu? ;)





p/s: Tajuk entry ada 'part i' sebab weekend ni mungkin akan ke sana lagi. Mahu booking OP pula mungkin?? ;)


October 03, 2011

kenduri doa selamat

Salam.


30 September 2011


Kina dah sah jadi isteri Pudin. Tahniah dear!
Sepatutnya tarikh kami sama tapi takpe la. Da redha pun. Hehe.


Malam 30 September tu rumah Cik Anis ada buat kenduri doa selamat bersempena nak meraikan kedua ibu bapa Cik Anis yang akan mengerjakan ibadah haji pada tahun ni.


Alhamdulillah majlis berlangsung dengan lancar walaupun ada juga cacat celanya sikit. Biasa la mana ada yang sempurna segalanya kan.


Malam kenduri ni juga merupakan malam saudara mara Cik Anis berkenalan dan bertemu muka dengan EBS. Maklum la kami tunang tak buat majlis pun. Jadi saudara mara Cik Anis memang tak pernah tengok EBS. Kesian EBS asyik kena usik je dengan pakcik makcik Cik Anis. Hehe.


Tak banyak cerita. Cik Anis kongsikan sikit suasana sepanjang kenduri berlangsung ok.













Banyak sangat gambar sampai tak tahu nak upload yang mana. Ni pun main combine je la. Asal ada. Hehe.



Sebagai penutup;





EBS dikelilingi pakcik-pakcik Cik Anis.

Cuak tak EBS kena soal siasat??

Haha.