September 29, 2011

sponsor

Salam.


Siapa yang sponsor siapa?


Hehe. Tajuk propa je tu. *wink*


Abang Cik Anis hari tu ada dapat satu bekas kaca macam mini bowl tau. Warna pink lagi. Tak tahu la dapat dekat kenduri kahwin ke jemputan rumah terbuka masa raya ke apa. Tapi orang lelaki bukan kisah sangat benda-benda ni kan. Jadinya mak Cik Anis la yang ambil bekas tu.


Yang ala-ala touching sikit ni sebab mak Cik Anis cerita la waktu mak Cik Anis belek-belek bekas tu, mak  Cik Anis terfikir pasal majlis walimah Cik Anis nanti.


Siap plan nak beli bekas macam tu untuk doorgift tetamu!


Harus la Cik Anis terkesima sekejap. Maklum la kalau ikut bajet sekangkang kera Cik Anis ni, memang macam tak mampu la nak bagi doorgift benda pada semua tetamu. Kalau bagi makanan insyaAllah Cik Anis mampu. Yela baru kerja terus menyimpan untuk majlis je kan. Bajet memang tight sikit la. Huhu.


Tapi daripada bunyi plan emak Cik Anis ni kan, macam nak sponsor! Haha. Yela emak Cik Anis cuma cakap pada Cik Anis macam ni je; 


Puan Emak: "Nanti pergi survey harga bekas macam tu dekat kedai. Cari yang kecik sikit la yang muat letak telur. Kalau harga ok boleh beli. Senang bagi bekas ni je. Tak payah bagi banyak-banyak benda."


Cik Anis: "Nak bagi bekas ni je? Habis paper bag kita tu?"
(Masa ni da susah hati kalau mak Cik Anis tak nak guna paper bag yang Cik Anis da beli tu.)


Puan Emak: "Yela, beli bekas ni, lepas tu masuk paper bag tu. Bagi tu je cukup la."


Kalau emak Cik Anis nak sponsor bekas tu, dengan hati terbuka Cik Anis rela pergi survey bekas tu secepatnya. Hehe.


Lepas ni tak payah susah-susah fikir nak bagi apa pada tetamu sebab emak Cik Anis da ada plan beliau sendiri. Cik Anis ikut je asalkan di sponsor. Haha. Kejam pulak rasa.


Sayang mak! ;)









Gambar ihsan Google.


Cantik juga bekas telur macam ni. Tapi disebabkan ini adalah sponsor dari emak Cik Anis, tak nak la pilih yang mahal-mahal. Yang biasa-biasa je pun cukup la.



Weekend ni nak ke Air Hitam lagi la. Boleh survey bekas telur macam yang mak Cik Anis berkenan tu. PISB yukk! ;)



p/s: Malam tadi tidur sampai mimpi-mimpi pergi shopping barang kahwin dengan EBS. EBS kata tu hari Ahad nanti la. Tanda jangan rebut-rebut masa shopping. Haha. Sabar je la. ;)


September 28, 2011

pesanan untuk kita-kita




Pasangan bahagia itu bukan tidak pernah bergaduh, cuma mereka tidak berdendam, tidak mengungkit, tidak mengadu masalah rumahtangga pada orang lain, terus berusaha untuk saling menyayangi dan sentiasa memaafkan kesilapan masing-masing. Dengan mengetahui manual kebahagiaan seperti ini, InsyaAllah hubungan kita dengan orang tersayang sentiasa bahagia...






copy paste dari fb.


;)


September 27, 2011

senarai pendek hantaran

Salam.


Mari sambung kisah hantaran. Hehe.


Kali ni Cik Anis nak share senarai hantaran yang Cik Anis plan sendiri. Kira senarai ni da bincang sikit-sikit je dengan EBS. Cuma belum diputuskan sama ada nak terima semuanya atau tidak.


Ni antara senarai awal hantaran kami nanti:

From Cik Anis to EBS:

1. Wallet n belt
2. Perfume
3. Kemeja n slack
4. Kasut
5. Handphone
6. Naskah hadis
7. ?


From EBS to Cik Anis:

1. Handbag n purse
2. Kasut
3. Perfume
4. Jam tangan
5. GPS



Belum finalize lagi ni. Mungkin akan ada perubahan lagi lepas ni. Huhu.


Ada idea nak bagi apa lagi untuk dulang ke-7 daripada Cik Anis kepada EBS?



September 26, 2011

hantaran oh hantaran

Salam.


Pening la fikirkan barangan hantaran ni.


Huhu.


Cik Anis dan EBS plan hantaran kami nanti 5 berbalas 7.


Tapi nak penuhkan kuota 5 dan 7 tu pun punya la payah.


Eh tolong jangan rasa pelik pulak ye.


Hal pilihan barangan hantaran ni jadi sedikit rumit sebab EBS kata asingkan hantaran benda dengan makanan.


Maksudnya, penuhkan dulang dengan benda yang boleh simpan dulu kemudian makanan tu cuma jadi top-up je. Tapi selagi boleh masukkan barang, makanan memang takde la dalam dulang hantaran kami nanti.


Cik Anis memang setuju sangat sebab part ni memang kami punyai pendapat yang sama. Hehe.


Tapi tu la, menjadi masalah bila nak pilih barang apa nak letak atas dulang hantaran. Tak cukup lagi. Huhu.


Part Cik Anis nak bagi EBS lagi la payah sebab ada 7 tempat kosong nak kena isi.


Bila Cik Anis nak bagi baju melayu dan songkok [sebab songkok yang EBS pakai hari-hari tu da tunggu masa nak kena tukar], EBS kata nanti nikah kan nak beli songkok da. Tu kain pasang masa hantaran tunang tu kan nak buat baju melayu. Berapa kali nak bagi. Huhu.


Bila Cik Anis nak bagi kasut, EBS kata nanti kan nak beli kasut sanding. Waaaa!!!


Bila Cik Anis nak bagi buku, EBS kata buku yang hari tu bagi pun tak habis baca lagi. Sob. Sob.


Bila Cik Anis nak bagi PSP, EBS kata mahal la nanti lari bajet pulak. Wuuuu.


Tengok, semua benda nak bagi EBS dia bagi alasan macam tu. So kena la Cik Anis fikirkan lagi benda apa nak letak atas hantaran. Huhu.


Nanti Cik Anis update senarai hantaran yang Cik Anis da plan ek.





September 22, 2011

flow majlis yang saya impikan

Salam. 


Reception Cik Anis nanti mungkin tak ada adat menepung tawar tapi pelamin ada la kot.


Terfikir juga duduk atas pelamin nak buat apa kan. Yela sesi menepung tawar takde. Takkan nak duduk macam tu je.


Jadinya Cik Anis nak tukar sikit flow majlis yang menjadi kebiasaan. Cik Anis nak selepas rombongan pengantin lelaki berarak, Cik Anis sambut mereka dan terus ke meja makan beradap/beradab. [mana satu?]. Kita makan dulu, bagi perut kenyang baru kasi gegar itu pelamin. Haha.


Pelamin tu sekadar untuk ambil gambar je la kot. Tapi lepas makan kena suruh MUA touch up semula sebab lipstick da kena lap. Haha.


Ramai je ex-b2b yang buat flow majlis macam ni kan. Ok je rasanya. Yang penting kena rancang betul-betul je la.


Selalunya yang menjadi kerisauan adalah lepas makan takut rombongan lelaki terus balik. Takut tak sempat nak bergambar dekat pelamin lagi. Tu je. Tapi insyaAllah boleh dielakkan. Kena beritahu rombongan awal-awal la lepas makan beradap/beradab ada sesi bergambar pula.


Flow ni belum finalize lagi. Ini cuma apa yang Cik Anis fikirkan. Harap-harap takde masalah pada mak ayah Cik Anis dan family EBS la.


Kalau nak terus naik pelamin lepas berarak pun boleh je. Takde masalah. Tapi serius tak tahu nak buat apa atas pelamin. Mungkin kena la adakan adat menepung tawar olok-olok. Macam mana tu? Alaa setakat tabur bunga rampai dan renjis air mawar je la. Takde beras kunyit, telur rebus or what so ever yang mengarut-ngarut tu.


B2b pilih flow yang mana satu?

September 21, 2011

wordless wednesday






Mahu hunting cincin kahwin di sini!!!


Jom pakat g ramai-ramai!!!


^_^




September 20, 2011

tak padan dengan sakit

Salam.


Semalam, Cik Anis mc. Sakit mata kena ketumbit. Hihi.


Semalam juga, EBS pun mc. Batuk-batuk, selsema dan bengkak kaki sebab terlibat dengan aktiviti tempat kerja dia 3 hari berturut-turut.


Da dua-dua mc kan, memang tak padan dengan orang sakit la. Dua-dua merayap kot. Hehe. Nak buat macam mana, da dua minggu lebih tak jumpa. Rinduuuuuu. ;)


Semalam Cik Anis dan EBS menghabiskan masa dengan berjalan tak tentu hala. Mula-mula ke BP Mall dan tawaf satu mall tu sampai blur tak tahu nak ke mana sebenarnya. Hehe.


Sebab da tak tahu nak ke mana, EBS ajak makan dekat MB Air Hitam. Boleh la. Lepas tu boleh cuci mata dekat kedai-kedai kraf area situ kan.


Lepas makan kami singgah cuci mata dekat PISB. Cantik-cantik barang dekat situ. Sangat banyak doorgift yang menarik dan harga murah-murah pulak tu. Cik Anis da berkenan dengan satu doorgift tu. Maybe nanti akan beli untuk dijadikan doorgift VIP - untuk rombongan EBS.


Walaupun EBS kata jangan bezakan doorgift tetamu dengan family dia, tapi Cik Anis tetap rasa nak belikan juga doorgift tu untuk family EBS nanti. Degey ni. Hehe.


Sambil-sambil tu sempat juga cuci mata cari idea gubahan dulang hantaran. Walaupun da ada idea tapi apa salahnya tengok-tengok lagi idea lain kan. Mana tahu boleh cut cost lagi ke. Hehe.


Apa pun memang agak menarik kedai ni. Buat bakal pengantin yang masih mencari-cari doorgift yang sesuai, cuba la singgah ke PISB. Keluar tol Air Hitam, belok kiri dan terus je sampai nampak bangunan warna merah. Mesti rambang mata punya. Hehe.


Selesai aktiviti cuci mata dekat PISB, kami pulang ke Yong Peng. Hujan sangat lebat. Nasib baik EBS yang drive. Kalau Cik Anis memang tak berani la kot. Hehe.


Aktiviti orang yang tak padan dengan sakit. Harap-harap tak melarat la sakit-sakit kami ni. Wahai mata, cepat la sembuh ye. Tengok cermin macam mata kena tumbuk sebelah je. Huhu.


September 19, 2011

reception anak Mr Boss

Salam.


Review majlis akad nikah adik EBS tak buat-buat lagi tapi kita terus ke review majlis resepsi anak Mr Boss Cik Anis dulu la ek. Hehe.


Semalam, 18 September bertempat di Prime City Hotel, Cik Anis dan staff-staff lain dijemput bagi meraikan majlis perkahwinan anak sulung Mr Boss kami.


Ini adalah kali pertama Cik Anis menghadirkan diri ke majlis perkahwinan kaum cina. Walaupun berdarah kacukan cina, tapi memang belum pernah ada pengalaman menghadiri mana-mana majlis perkahwinan sepupu Cik Anis. Hehe.


Berbeza juga la flow majlis mereka dengan orang melayu. Kalau majlis kita, tetamu makan terus jumpa tuan rumah dan balik kan. Tapi untuk majlis kaum cina pula, hidangan disajikan satu persatu. Semalam je ada lapan hidangan jadi kena la tunggu sampai selesai kelapan-lapan hidangan baru boleh bersurai. Memang agak lambat juga la.


Makanan yang dihidangkan juga lebih pada lauk pauk je. Mula-mula appetizer, lepas habis makan tu baru sampai lauk-pauk pulak. Kira lebih pada meratah lauk la. Da hujung-hujung baru ada nasi goreng dan desert.


Apa pun, agak menarik dapat pengalaman macam mana majlis perkahwinan kaum cina diadakan. Tapi kalau tengok dari segi perbelanjaan memang tak setanding majlis perkahwinan melayu. Sangat tinggi kot kos majlis diorang. Huhu.


Sepanjang majlis ditayangkan video bride and groom. Auww sangat sweet ok. Terus tak sabar nak kahwin juga. Haha.


Sebagai penutup;

beberapa gambar yang sempat di ambil sepanjang majlis.



Cik Anis dengan kawan sekerja. Belakang tu adalah photobooth & guestbook corner. Tak sempat nak ambik gambar kat situ.




Ketibaan bride dengan ayahnya. Gambar gegar sikit sebab waktu ni semua lampu ditutup.




Centerpiece merangkap menu. Oh itu la bride and groom. Anak Mr Boss yang lelaki tu.




Sekian review dari Cik Anis.

For both bride and groom, Congratulation!!!



September 15, 2011

apa nak update ye?

Salam.


Cik Anis macam kekeringan idea pula nak berceloteh dalam blog ni.


Nak kongsi wedding preparation progress memang kelaut sangat sejak raya ni. Langsung tak ada sentuh apa-apa. Hehe.


Aktiviti persiapan walimah yang terakhir Cik Anis sentuh adalah DIY veil masa puasa dulu. Tu pun baru separuh jalan. Sekarang veil tu da elok je terletak atas meja tapi tak bersentuh pun. Nanti Cik Anis snap gambar dan kongsi dalam blog eh.


Sejak kebelakangan ni tumpuan Cik Anis lebih kepada persiapan mak ayah nak menunaikan ibadah haji je. Nak alter jubah dan jahitkan baju kurung untuk mak Cik Anis. Tu pun slow kemain. Mak Cik Anis pun da bising risau baju dia tak siap. Hihi.


InsyaAllah selesai persiapan mak ayah Cik Anis nanti, baru Cik Anis akan fokus semula pada wedding preparation. Tangguh-tangguh je risau jugak projek DIY yang da banyak di rancang tu tak dapat dilaksanakan.


Buat b2b yang bakal menamatkan zaman bujang hujung minggu ni,
Selamat Pengantin Baru!
Barakallahu lakuma wabaraka alaikuma wajama'a bainakuma fi khair!


^_^





September 12, 2011

Review Ringkas Raya

Salam.


Mood nak update blog nampak gayanya sangat kelaut dua tiga menjak ni. Banyak cerita nak kongsi tapi tak tahu kenapa rasa malas betul nak taip cerita. Hehe.


Raya korang camne eh?


Raya Cik Anis tahun ni boleh dikatakan awesome! ;)


Mungkin sebab tahun ni pertama kali beraya sebagai tunangan orang dan mungkin sebab tahun ni InsyaAllah tahun terakhir beraya sebagai bujangan kan. Tu sebab feel lain sikit. Hihi.


Beberapa aktiviti hari raya tahun ini yang mesti Cik Anis kenang-kenangkan : -

  1. Duit raya pertama dapat dari Mr Boss. Tiga angka uolsss. Alhamdulillah rezeki
  2. Raya pertama beraya rumah pakcikmakcik dan atok saudara sekitar Johor.
  3. Raya kedua menghabiskan masa seharian beraya dekat rumah EBS. Penat melayan adik-beradik EBS yang gila-gila. Hehe.
  4. Raya ketiga pula, turn EBS beraya dan menghabiskan masa seharian dekat rumah family Cik Anis. Kena layan tetamu juga. Hehe.
  5. Weekend pula Cik Anis ikut family EBS ke Klang sebab adik EBS melangkah bendul. Dia nikah dulu. Nanti kalau ada masa Cik Anis review majlis pernikahan bakal adik ipar eh.
  6. Dua hari raya yang pertama Cik Anis rotate baju yang sama. Haha. Sebabnya EBS suruh pakai baju raya sedondon masa beraya rumah dia. Tapi Cik Anis da pakai baju tu masa raya pertama. Nak tak nak balik rumah terus basuh cepat-cepat. Huhu.

Buat masa ni, cuma ni je yang terlintas dalam kepala Cik Anis. Nanti ada lagi, Cik Anis update ek. Raya kan sebulan. ;)


Selamat meneruskan akiviti berhari raya semua!!!
Buat b2b, jangan lupa kawal makan ye. Nanti tak pasal-pasal kena berdiet pulak. Hehe.



Sebagai penutup entry;




Tema raya kami adalah purple. ;)

(Dengan adik-adik EBS.)


Tata!!!



September 05, 2011

review ringkas ramadhan

Salam.


Kembali bersiaran setelah diam seketika. Hehe.


Di kesempatan ini, saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua yang sudi baca blog 2hati-jadi1 ini. Andai ada entry yang mengguris hati, menerbitkan rasa jelak pada yang membacanya, saya susun sepuluh jari memohon maaf atas kekhilafan diri ini.


Dalam bulan Syawal ini, rindu pada Ramadhan yang telah berlalu. Sempatkah untuk bertemu Ramadhan yang akan datang? Wallahulam.


Cik Anis tak banyak cerita aktiviti Ramadhan dalam blog ni jadi dalam entry ini teringin nak mencatatkan segala memori yang berlaku sepanjang Ramadhan yang lalu. Untuk kenangan. ;)


Perkara-perkara manesss sepanjang Ramadhan 1432H:-

  1. Pertamanya syukur sangat Ramadhan kali ni Cik Anis mampu berterawih penuh mengikut jumlah hari yang Cik Anis puasa. Walaupun penat bermusafir ke sana sini tapi tetap nak berterawih juga. Alhamdulillah.
  2. Niat nak khatam dalam bulan Ramadhan tercapai. Alhamdulillah.
  3. Niat tak nak ke bazar Ramadhan hampir berjaya. Tapi 2 kali gagal sebab kena jadi peneman orang lain. ;)
  4. Tak pernah terlintas nak berbuka dengan EBS tapi tak di sangka-sangka da 3 kali rupanya kami berbuka puasa bersama. ;)
  5. Niat nak belikan kuih raya untuk keluarga dan keluarga bakal mentua terlaksana.
  6. Sempat siapkan sepasang baju raya dari kain pemberian EBS. ;)
  7. Sempat jahit baju nikah tapi belum ada detail lagi. Masih kosong.
  8. DIY veil nikah. Masih dalam proses. Nanti Cik Anis share eh.
  9. Proses survey cincin perkahwinan kami bermula.
  10. Dapat beli bahan-bahan untuk DIY dulang hantaran.


Perkara-perkara tawar masin kelat sepanjang Ramadhan:-

  1. Mengalami gangguan emosi disebabkan kerja. Huhu. Nak berhenti kerja sekarang boleh tak? Tapi EBS kata kena cari kerja lain dulu baru boleh berhenti. Hati, bertabahlah. T_T


Ok la tu je untuk entry warming up. Nanti update review ringkas raya pulak ek.
Selamat memulakan kerja!