August 24, 2011

wordless wednesday

Salam.










Kad raya untuk EBS dan keluarga.

DIY je uolsss.

Nak beli tak de masa. Hihi.

Baru pos petang semalam lepas kerja. Harap sempat sampai hari ni atau esok.


August 23, 2011

kisah cincin lagi

Salam.


Alhamdulillah rancangan nak survey cincin kahwin dekat JB ahad lepas menjadi juga lepas di postpone dari minggu sebelumnya.


Mengukur shopping mall ke shopping mall waktu berpuasa ni memang menguji ketahanan betul la. Huhu.


Dalam satu hari kami jelajah 3 shopping mall semata-mata nak cari kedai cincin je. Erm ok la 3 tu tak cukup banyak kot tapi untuk kami yang gerak dari Kluang ke JB lepas tu terus menawaf 3 shopping mall tanpa henti kira cabaran la juga kan. ;)



Shopping mall 1:

Dari Kluang kami straight ke Jusco Tebrau dulu. Tujuan ke situ sebab EBS nak tengok cincin dekat Diamond n Platinum. Cari parking weekend macam ni memang azab la lagi-lagi orang sibuk shopping raya kan. Kitorang pula sibuk hal ehwal kahwin je. Hehe.

Dekat DnP kami da tertarik pada sepasang cincin platinum ni. Sangat suka. Design nya simple je macam pilihan no. 1 dalam entry Cik Anis yang ni. Bukan 100% sama macam ni tapi hampir sama. Nak tahu pergi tengok web DnP sendiri. ;)

Harga?
Telan air liur je la buat masa ni.
After diskaun pun kena telan air liur lagi.
Haha.

Tapi ada rezeki insyaAllah kami pilih cincin DnP yang menjadi pojaan hati ni.



Shopping mall 2:

Destinasi kedua adalah KSL City. Tujuannya nak ke SK Jewellery. Cik Anis tanya dekat fanpage fb diorang katanya ada white gold dan platinum tapi hampa bila pergi S.A tu kata SK cuma ada white gold dan suasa je. Huu. Buang masa je pergi. Kami dalam KSL cuma 26 minit je termasuk masa yang terbuang nak cari parking. Sangat sekejap kan? Haha.



Shopping mall 3:

Lepas stuck dalam jammed area kampung melayu majidee dekat sejam lebih, kami teruskan sesi jelajah ke Angsana pula. Alamak dekat area Angsana ada bazar ramadhan. Bertambah sesak dan masa terbuang lagi nak mencari parking.

Dekat Angsana kami nak tengok cincin dekat Diamoney. Tapi punya la susah nak cari lot kedai ni. Berpusing-pusing la Cik Anis dan EBS satu Angsana tu mencari. Last-last tanya je orang. Ciss pusing sampai tingkat 3 rupa-rupanya Diamoney dekat ground floor je. Sabar je la.

Cincin dekat diamoney ada platinum campuran. Harga memang kurang dari 1k la. Design pun ok. Tapi sebab kami nak cincin sepasang so memang takde pilihan la.

Tapi...berita menariknya, S.A Diamoney kata bulan 10 nanti ada wedding expo dekat Angsana dan diorang akan sediakan couple ring masa expo tu nanti. Weehooo. Bulan 10 nanti boleh pergi survey dekat Diamoney lagi. Kalau ada yang berkenan tak payah telan air liur teringat cincin idaman dekat DnP lagi. Haha.





Selesai sesi jelajah kami. Memang kami masuk tiga-tiga shopping mall terus cari kedai cincin je. Kedai lain tu tengok sekejap-sekejap je la. Sebab plan ke JB memang nak survey cincin kan tu yang tak fikir hal lain da. Raya pun tak fikir. Haha.




August 19, 2011

JOM!


Salam.














Jom tutup aurat dengan betul.


Salam Jumaat semua!


^_^



August 18, 2011

karaoke di majlis perkahwinan? ughhh!!!

Salam.


Karaoke, deejay dan emcee dekat majlis perkahwinan sekarang ni da bukan dikira sebagai trend kan. Sekarang ni benda tu semua da macam benda mesti ada dalam setiap majlis perkahwinan.


Cik Anis tak pasti la sejak bila trend ni mula menular. [Wah menular katanya.] Tapi penting ke semua ni? Hurm.


Kalau tanya Cik Anis, Cik Anis memang tak nak ada karaoke. Paling tak nak!!!


Majlis kami nanti insyaAllah akan diadakan dekat rumah je. Cik Anis awal-awal da keluarkan karaoke dari checklist. Sangat tidak penting pun.


Kami mahukan majlis perkahwinan yang berkat. Kalau adanya sesi karaoke ni, bagi kami ianya melalaikan. Bila ada wanita yang menyanyi itu da kira kami dapat syer saham dosa dia mendedahkan aurat suaranya pada umum. Tak nak la kan. Benda-benda lagha ni selagi boleh elak, kita elak la. ;)


Berkaitan dengan deejay dan emcee pula, kami masih mempertimbangkan tentang ini. EBS sangat strict dalam hal ni. Bagi EBS, boleh nak ada deejay tapi hanya lagu islamik je boleh dimainkan. Lagu-lagu duniawi tak perlu. Cik Anis setuju je. Sama-sama berusaha mahukan majlis yang berkat. Lagu-lagu islamik sekurang-kurangnya menjadikan tetamu lebih behave. Dalam masa yang sama, semua orang dapat sedikit ilmu daripada lagu-lagu tersebut. ;)


Cik Anis pernah survey pakej deejay secara online dan tertarik dengan pakej deejay islamik dari Alunan Firdausi. Harga yang ditawarkan berpatutan cuma disebabkan servis ni bukan di Johor, kalau nak guna khidmat mereka harga jadi lebih tinggi la kan sebab kena kira caj transportation lagi. Sangat menarik perkhidmatan yang ditawarkan. Dendangan lagu diselang-seli dengan perkongsian hadis. Segalanya islamik. Sesuai dengan tagline mereka; Hati Ceria Islam Terpelihara. :) Ada rezeki, insyaAllah kami hire mereka. Sekarang ni cuma masukkan dalam list potential vendor je dulu.


Tapi paling senang adalah tak perlu semua. Haha. Majlis kak ngah EBS dulu takde pun deejay, emcee waima karaoke tapi meriah je. Lagi selesa nak berborak sesama tetamu. Tak perlu nak cakap kuat-kuat. Tenang je rasa.


Apa-apa pun tunggu meeting family nanti. Apa yang perlu dan apa yang tak perlu bincang terus semua sekali. Yang penting, no karaoke!


Majlis korang ada karaoke tak??


August 16, 2011

kisah bunga manggar

Salam.


Kejadian satu malam yang lepas.


Cik Anis tengah gelak-gelak girang dengan adik Cik Anis dalam bilik. Tak ingat pulak entah apa kitorang cerita sampai boleh nak gelak-gelak tak ingat dunia. Hehe. Mak Cik Anis yang ada kat luar pun boleh dengar terus dia join sekali melepak dalam bilik Cik Anis.



Entah macam mana, tiba-tiba mak Cik Anis bersuara;


"Buat bunga manggar nanti."


Cik Anis da blur-blur. Yela tiba-tiba mak Cik Anis bagi arahan macam tu kan. Bunga manggar untuk siapa pulak mak Cik Anis suruh buatkan ni. Untuk sepupu Cik Anis kah?



Sekali mak Cik Anis suruh Cik Anis DIY sendiri bunga manggar majlis Cik Anis dan EBS nanti daaa. Adehhh.


Paling tak tahan siap ada request tambahan tahu;


"Mak nak kau buat bunga manggar termoden."


Ambikkk. Termoden tu. Kalau moden masih boleh terima tapi ni termoden. Camne tu. Huhu.


Cik Anis memang ada niat nak DIY bunga manggar sendiri untuk majlis kami nanti tapi belum ada idea yang menarik untuk Cik Anis pilih. Nak yang simple tapi cantik. Nak yang termoden tapi senang nak buat. Nak macam-macam tapi tak tahu mana nak mula. Hehe.


Hasil bantuan google, Cik Anis tertarik dengan dua bentuk bunga manggar ni.



1. bunga manggar feather




2. bunga manggar gula-gula



Antara dua bunga manggar ni Cik Anis rasa mak Cik Anis teringin nak yang pertama tu sebab dia pernah tengok dalam majalah 3 review majlis pernikahan nurul syuhada tu. Tapi Cik Anis macam lagi suka bunga manggar gula-gula. Sebab budak-budak kan suka cabut bunga manggar lepas pengantin berarak kan. Kalau cabut dapat gula-gula boleh makan. Hehe.


Tapi masalahnya pula, kalau nak buat bunga manggar gula-gula ni tak boleh buat awal-awal sebab takut gula tu rosak atau kena serang dengan semut. Nak buat waktu dekat majlis nanti takut tak sempat pulak. Camne?


B2b ada idea lain tak untuk bunga manggar ni?


Yang TERMODEN please~
Haha.



August 15, 2011

rancangan bertukar

Salam Isnin sahabat sekalian.


Bagaimana weekend anda?


Pagi Isnin ni Cik Anis tak berkeluh kesah macam minggu lepas da. Hehe.


Rancangan asalnya semalam sepatutnya Cik Anis dan EBS ke JB untuk survey cincin kahwin kami. Tapi plan tersebut kami postpone ke weekend depan sebab EBS nak tunggu gaji + bonus dulu baru seronok nak shopping sakan. Untung la kerja kerajaan kan. Cik Anis tak merasa la bonus ni. Eh tapi kira dapat merasa la juga sebab EBS nak belanja minggu depan. Hehe.


Jadinya aktiviti weekend Cik Anis da pun bertukar. Tak jadi ke JB untuk survey cincin, tapi Cik Anis keluar tawaf satu bandar Kluang dengan adik Cik Anis.


Misi kami adalah nak cari sesuatu yang unik untuk dulang hantaran.
Dan ianya berjaya diperoleh!
Hoyeahhh!!!






Hasil rembatan untuk DIY dulang hantaran.



Ok tu je nak kongsi di pagi Isnin ni.
Hasil DIY nya kena tunggu la ye. Sekarang bahan-bahan ni da tersimpan rapi dalam almari. Hehe.



Senyum~
^_^


August 12, 2011

kerana aku bukan ustazah

Salam Jumaat yang penuh barakah.


Sebenarnya hari ini Cik Anis tiada idea untuk menulis pun. Tapi pagi tadi mendapat satu sms daripada adik Cik Anis berkaitan satu perkara. Jadi elok la Cik Anis kongsikan dalam blog ni.


Ianya isu berkaitan cincin.
Memang sesuai sangat la dengan entry keluh kesah Cik Anis pada isnin lepas kan.
Minggu ni memang asyik tekankan isu cincin je.
Hehe.


Begini kisahnya.
Adik Cik Anis sms pagi tadi dan dia menyatakan ini:


“Ustazah aida kate emas pth tu bkn emas,tp platinum”


Translate bahasa melayu penuh:


“Ustazah aida (aida ni adik Cik Anis) kata, emas putih tu bukan emas tapi platinum.”


Ok.


Sms berikutnya:


“Ustazah tu kate sbb tu cmpuran emas..yg xley yg kte ley taw tu mas ble kte tgk”


Translate bahasa melayu penuh:


“Ustazah tu kata sebab tu campuran emas. Yang tak boleh yang kita boleh tahu itu emas bila kita tengok.”


Ok.


Boleh nampak apa yang Cik Anis nak beritahu sebenarnya?


1.      Ustazah tu samakan emas putih dengan platinum

2.      Ustazah tu bermaksud emas putih tu HALAL bagi lelaki sebab campuran emasnya kita tak nampak.


Dekat sini da jelas dan nyata la ustazah ni buat kesilapan dalam hujah dia kan. Sebab da jelas emas putih tu adalah emas dan platinum adalah platinum. Dan da jelas juga emas putih adalah HARAM bagi lelaki.


Memetik satu potongan ayat dari satu artikel yang Cik Anis baca:


Emas putih, 75% kandungannya adalah emas kuning (yg diharamkan)
apakah sama hukumnya dgn makanan yg 75% kandungannya adalah babi?
ataukah sama hukumnya dgn minuman yg 75% kandungannya adalah khamr?



Dalam bahasa Cik Anis,

Nasi goreng yang kita masak bila bercampur dengan 75% babi adakah nasi goreng tu masih dikira halal walaupun kandungan babi cuma 75% dan bukan 100%?

Perkara yang haram kalau dicampur dengan perkara yang halal adakah ianya dikira halal?




Isu satu:

Ye dia ustazah tapi dia juga manusia biasa yang buat salah. Sepatutnya sebelum dia keluarkan statement tersebut adalah lebih elok dia mengkaji dulu. Sebab menurut adik Cik Anis di situ cuma ustazah ni seorang je tenaga pengajar pengajian Islam wanita di situ. Bayangkan kalau ada pelajar perempuan yang bertanya hukum-hakam agama dari beliau dan menurut sahaja pendapatnya tanpa mengkaji. Apa jadi kalau pendapatnya itu bercanggah dengan ajaran Islam sebenar? Bimbang kalau ianya berkaitan akidah dan ustazah tersebut memberikan hujahnya hanya mengikut logik sahaja.



Isu dua:

Emas putih walaupun kandungan emasnya cuma 75%, ianya tetap emas. Emas walaupun hanya 1% tetap haram bagi lelaki tak kira apa sahaja campuran selepas itu.



Cik Anis harap semua faham bahawa emas itu adalah haram bagi lelaki walaupun sedikit. Kalau nak cari cincin pun cari la yang bebas dari emas. Platinum, palladium atau perak. InsyaAllah ketiga-tiga ini bebas dari emas.


Lagi satu, kalau nak berbicara soal agama adalah lebih baik kita bertanya pada yang pakar seterusnya buat kajian juga sebelum menerima apa yang di kata.


Semoga kita semua berada di bawah lindungan dan keberkatan Allah.
InsyaAllah.


Baca artikel ini berkaitan hukum lelaki memakai emas putih:



p/s: 
Cik Anis bukan pelajar aliran agama, bukan juga seorang ustazah tapi dengan membaca insyaAllah kita boleh menambah pengetahuan agama kita. Perlu bijak menapis segala maklumat yang diperoleh dan jangan menyerap semuanya tanpa usul periksa.


August 11, 2011

apa yang akan anda lebihkan?


Salam.




@ Pelamin

@ Hantaran

@ Baju

@ Make up

@ Kamar beradu

@ Makanan tetamu

@ Doorgift


Dalam banyak-banyak list yang ada dekat atas ni, yang mana satu b2b lebih tekankan dari segi peruntukkan kewangan ek?


Bagi Cik Anis, semuanya perlu diberikan penekanan. Cuma kalau disuruh pilih salah satu je, Cik Anis nak lebihkan peruntukkan pada makanan untuk tetamu. Pilihan muktamad.






Kenapa nak lebihkan peruntukkan makanan untuk tetamu?


Sebab kita jemput mereka ke majlis kita, jadi mestilah kita sediakan yang terbaik untuk tetamu kita kan. Setiap tetamu yang datang ke majlis kita datang dengan doa dan pulang dengan dosa-dosa kita. [Betulkan jika Cik Anis salah tentang statement ini ye.]


Walaupun kita adalah raja dan ratu pada hari tersebut tapi kita jangan lupa tujuan kita mengadakan majlis perkahwinan itu adalah untuk berkongsi kegembiraan kita dengan tetamu-tetamu yang kita undang. Tak nak la tetamu datang kemudian pulang dengan umpatan pula kan. Kalau boleh biarlah mereka pulang dengan perut yang kenyang dan hati yang senang. Hehe. Bila tetamu gembira, tuan rumah pun senang hati. Tak gitu? ;)


Bagi Cik Anis, mahal atau murah hidangan kita biarlah ianya kita bagi dengan seikhlas hati kita. Sebab makanan tersebut akan menjadi darah daging tetamu kita.  Tak mampu sediakan nasi minyak, nasi putih pun cara apa. Yang penting lauk-pauknya sedap. Kan? Kan?






Doorgift pula tak perlu doorgift mahal jika kita tak mampu. Cukup sekadar makanan. Yang penting niat kita nak mengenyangkan/mengembirakan tetamu bukan nak menunjuk-nunjuk. Setuju?


Bab hantaran dan lain-lain tu biarlah seadanya. Bukan tak perlu diberi penekanan, yang lain-lain pun perlu diberikan penekanan. Macam hantaran, bilik beradu tu kan untuk pasangan kita juga kan. Takkan la nak bagi cincai je kan. Elok-elok la sikit. Hehe.


Apa yang penting, dalam nak buat sesuatu tu, kita ukur baju pada badan sendiri. Atau bak kata EBS, ukur seluar dekat pinggang sendiri. Eh tapi seluar EBS boleh ukur dekat pinggang Cik Anis tahu. Haha. Seluar EBS saiz lelaki adalah sama saiz dengan seluar Cik Anis saiz perempuan. Oh keciknya pinggang EBS! Lepas nikah boleh rembat seluar EBS. Haha. ;)


August 10, 2011

buah tangan untuk hari raya

Salam.


Walaupun hari ni hari rabu tanpa kata, tapi nak berkata-kata juga. Hehe.


Yang pertama, Alhamdulillah cik cibir da menghilang. 
Syukur tak mengalami keracunan makanan yang serius. 
Syukur juga masih mampu berpuasa sampai saat ni.


Yang kedua, berbalik kepada tajuk entry.
Walaupun mood nak beraya tu belum ada lagi tapi satu hal untuk raya da Cik Anis selesaikan.


Cik Anis baru sudah buat payment untuk kuih raya. Hikhik.
Tahun ni kuih raya beli untuk dua family.
Family Cik Anis dan family EBS sekali.


Tahun ni merasa la kuih raya dari duit gaji sendiri kan.
Cik Anis order blueberry cheesetart dari kawan sekolah Cik Anis.
Murah je 50 biji cuma RM30.


Ada sesiapa nak order sekali?
^_^



wordless wednesday







tidurku terganggu disebabkan cik cibir.

benci.

peniaga mana jual makanan rosak ni??


>_<


August 09, 2011

senarai kedai cincin

Salam.


Kalau minggu lepas entry banyak berkaitan OP, minggu ni macam nak tekankan pada misi mencari cincin pula. Hehe.


Kalau semalam Cik Anis berkeluh-kesah susahnya nak cari cincin lelaki sekitar Kluang ni, entry kali ni Cik Anis kongsikan dengan b2b semua senarai kedai-kedai cincin yang Cik Anis da cuba cari secara online.


Ingatkan Cik Anis je yang mengalami masalah susah nak cari cincin lelaki ni, rupanya ada juga b2b lain yang mengalami masalah yang serupa. Cik Anis kongsikan maklumat yang Cik Anis ada ok!



1. Habib Jewels - Plaza Angsana (kalau tak silap) yang ni tak pasti ada cincin selain emas atau tidak

2. Tiffany & Co - KLCC (tak pasti ada tak outlet dekat JB)

3. Love & Co - tak pasti ada tak outlet dekat JB

4. Tomei - white gold

5. Cartier

6. Selberan - KLCC

7. OE Jewellery

8. The Carat Club

9. Poh Kong - ada jual platinum (nama set: romantica).
outlet: 
1. Diamond & Gold - Tesco Seri Alam Masai
2. Diamond Boutique - Jusco Tebrau, Jusco Bukit Indah
3. Oro Bianco - Jusco Bukit Indah

10. K.M Oli Mohammed - mostly emas. tak pasti ada outlet dekat JB atau tak

11. The Love Diamond

12. Bvlgari

13. TSL Jewellery

14. Amoris

15. Lazo Diamond - yellow & white gold only

16. Gold Heart - ada jual platinum. outlet dekat Mines dan Mid Valley

17. Soo Kee Jewellery

18. Diamoney - ada platinum kalau tak silap. Giant Plentong

19. Diamond & Platinum - Jusco Tebrau

20. Aurora Jewellery - Mines

21. Bausch K - KLCC, Mid Valley

22. SK Jewellery - City Square, Jusco Bukit Indah, KSL City

23. DeGem - Holiday Plaza

24. Zirconia Jewellery - KSL City


Setakat ni je yang Cik Anis jumpa. Kebanyakan yang Cik Anis cari adalah kedai yang ada outlet dekat JB la. B2b negeri lain kalau nak dapatkan maklumat lanjut tentang kedai-kedai ni search online je. Cari website kedai tersebut insyaAllah ada senarai outlet negeri masing-masing.

Sekarang sedang berkira-kira nak ke mana dulu weekend nanti. Hehe.


August 08, 2011

aduyai cincin lelaki

Salam Isnin.


Entry di awal minggu da berkeluh-kesah. Hehe.


Ini adalah rentetan aktiviti hujung minggu Cik Anis.


Sabtu lepas, waktu sedang bertugas (katanya), dapat sms daripada EBS yang tiba-tiba memberi usul untuk pergi survey cincin perkahwinan kami. Sangat tiba-tiba tahu. Memandangkan sabtu lepas memang takde apa-apa aktiviti lepas waktu kerja maka Cik Anis pun terima je la pelawaan EBS tu. Siap dapat berbuka sama-sama buat pertama kali lagi. Hihi.


Kalau ikut pilihan Cik Anis, Cik Anis teringin nak tengok cincin palladium sebab harga lebih berpatutan tapi hari tu waktu Cik Anis tanya S.A kedai jewellery berkaitan cincin palladium, EBS tegur Cik Anis;


“Tak payah tanya palladium la. Kita cari platinum je.”


“Platinum kan mahal.”


“Alaa. Cincin kahwin beli sekali je kot. Apa salahnya mahal sikit.”


Uhuu. Baik la EBS. Kena la ikat perut lepas ni. =.=’


Tapi sangat frust kot. Banyak-banyak kedai emas dekat Kluang ni semua jual emas kuning dan putih je. Pergi kedai diamond pun semua guna emas putih. Takde yang lain pun.


S.A kedai tu beritahu kami ramai juga pasangan melayu angkat cincin dari kedai mereka. Uikss. Diorang yang beli ni tak tahu ke emas haram untuk lelaki walaupun sedikit?? Wallahualam.


Selain kedai emas, kami survey juga kedai silver. Tapi da EBS kata nak platinum juga kan. Jadi sekadar tengok-tengok je la kat kedai silver tu.


Aduyai. Susah betul nak cari cincin lelaki yang sesuai dekat Kluang ni. Next week mungkin kami akan survey dekat Johor Bahru. Cari kedai emas besar-besar sikit. Harap boleh jumpa cincin platinum sepasang.


B2b ada cadangan tak nak cari cincin platinum dekat mana dengan harga yang affordable?


Kalau boleh yang ada cawangan dekat Johor Bahru.





p/s: Sabtu dan Ahad memenuhi jemputan berbuka dekat luar je. Orang belanja. Alhamdulillah.


August 05, 2011

majlis perkahwinan vs majlis kesyukuran

Salam.

Majlis kesyukuran dan majlis perkahwinan. Ada beza tak?


Mengikut pemahaman Cik Anis yang tak berapa nak faham ni, hehe, dua-dua majlis ni adalah berbeza.


Majlis kesyukuran adalah majlis yang ringkas, serba sederhana, tak complicated dan jumlah tetamu yang sederhana. Mungkin sekadar saudara-mara dan jiran terdekat je.


Majlis perkahwinan pula seperti yang sedia maklum la kan; perlukan perancangan yang teliti, bajet yang besar, tetamu yang ramai dan agak complicated sikit nak melaksanakannya.


Antara dua pilihan majlis ni yang mana lebih menarik perhatian?


Mestilah majlis perkahwinan kan. Dekat situ la kita nak tunjukkan kebolehan kita ber-DIY, kebolehan kita merancang majlis kita dan kebolehan menjadi bridezilla juga. Haha.


Hari tu borak-borak dengan emak Cik Anis. Kami bincang la pasal majlis Cik Anis nanti. Kira-kira bajet secara kasar. Bincang secara santai je pun. Belum bincang secara formal lagi. Kemudian emak Cik Anis kongsi cerita perbualan antara emak dan ayah Cik Anis.


Emak Cik Anis kata kalau ikutkan ayah Cik Anis, dia nak buat majlis kesyukuran je. Senang. Lagi jimat. Buat seringkas mungkin la kan.


Cik Anis tak kisah yang mana-mana pun. Majlis kesyukuran boleh, majlis perkahwinan pun boleh. Yang penting nikah. Yang penting ikatan da halal. Tu je yang utama.


Walaupun ada banyak list DIY yang Cik Anis nak usahakan untuk majlis perkahwinan kami, bagi Cik Anis tak jadi masalah pun nak transfer hasil DIY tu untuk majlis kesyukuran. Guna je la kan.  Apa ada hal? ;) 


Yang penting keberkatan Allah dan keredhaan ibu bapa. Yang lain-lain tu jatuh nombor 2 je la. Hehe.





kap ba ra kap alif ta nun
keberkatan
;)
tapi nape dalam gambar tu takde alif??


August 04, 2011

OP = kawan; pros and cons

Salam.


Sambungan entry lepas. Kali ni Cik Anis senaraikan pros and cons memilih kawan sendiri sebagai OP majlis kita. Ini berdasarkan pendapat Cik Anis je tau.



Pros:

- Senang nak bincang secara informal, anytime anywhere gitu. Kata kawan kan. Bila-bila pun boleh jumpa.
- Boleh demand macam-macam. Hehe.
- Nak posing takde la malu sangat sebab da lama kenal. Kalau dengan OP yang baru kenal mungkin pada awalnya kita malu-malu nak pose.
-Boleh dapat diskaun. Siapa tak suka diskaun kan. ;)



Cons:

- Kalau hasil akhir tak memuaskan hati takut putus kawan. Tu je. Haha.



Rasanya tak banyak pun cons memilih kawan sendiri sebagai OP sebab sama je kalau pilih orang luar sebagai OP kita..[sebelum buat list rasa macam banyak je cons padahal tak pun]  Cuma kalau kita jenis perfectionist, semua nak ikut kehendak kita, kalau kawan kita tak mampu tunaikan mungkin la sampai tahap putus kawan kan.



Rasanya masih boleh dipertimbangkan lagi untuk memilih Momok sebagai OP kami. Think. Think.




harga kawan-kawan

Salam.

Da tengok koleksi gambar photoshoot dalam entry Cik Anis yang lepas?
Kalau belum, boleh tengok dalam post ini [link].


Hasil tangkapan tersebut bukan la daripada OP yang da ada nama di kalangan pengantin-pengantin sekitar Kluang ni. Orangnya masih newbie lagi dalam dunia photography ni. So kalau ada antara anda yang da tengok hasil gambar dalam entry lepas dan merasakan hasilnya so-so je, terima je la seadanya. Hehe. Memang dia belum pro lagi. Masih dalam proses pembelajaran gitu. ;)


Siapa dia yang Cik Anis maksudkan?


Photographer untuk gambar-gambar tersebut adalah kawan Cik Anis dan EBS. Yup. Kawan kami berdua. Dia ni satu pejabat dengan EBS. Cik Anis kenal dia pun sebab dulu kan Cik Anis praktikal dekat tempat kerja EBS kan. Kawan kami ni sebaya dengan Cik Anis. Hehe.


Nama glamer dia Momok. Momok tu bahasa Johor eh? Bahasa luar maksudnya hantu. Kenapa panggil Momok tidak la Cik Anis tahu. Yang Cik Anis tahu Cik Anis pun da biasa panggil dia Momok. Hehe.


Momok ni dengan Cik Anis kira kawan baik jugak la. Masa dia baru berjinak-jinak dalam dunia photography ni pun dia selalu kongsi cerita dengan Cik Anis. Waktu dia beli kamera baru pun dia share cerita dengan Cik Anis. Kira segala berkaitan kamera dan photography mesti dia share story dengan Cik Anis. Maklum la Cik Anis pun minat juga dengan photography ni cuma tak serius sangat la nak belajar segala teknik tu. Mana yang tahu masa dekat U je la yang Cik Anis praktikkan. Hehe.


Apa yang Cik Anis boleh simpulkan, hasil kerja Momok ni makin lama makin ada kualiti. Masa awal-awal dulu Cik Anis tengok gambar-gambar dia biasa je. Tapi sekarang da makin ok. Hari tu Cik Anis minta la sebut harga dari dia. Yela da ada kawan yang jadi freelancer wedding photograpy kan, why not kita masukkan dia dalam list potential vendor untuk majlis kita. Ye tak?


Cik Anis kongsikan senarai pakej harga Momok ni dalam blog eh.

Sticky album: [RM 700]
- 140 keping 4R
- 4 keping 8R
- Frame 18’ x 12’
- DVD

Custom Album:
- 8’ x 12’ = RM 1,300.00
- 10’ x 12’ = RM 1,600.00
- 12’ x 15’ = RM 2,200.00
- 12’ x 32’ = RM 2,600.00 [2 album combine jadi 1]

Semua custom album;
+ free sticky album macam dalam pakej dekat atas
+ frame 18’ x 12’
+ DVD


Outdoor photoshoot free of charge
Photographer 2 orang dan ke atas. [Momok bawa kawan dia yang jadi freelancer jugak]


Ok tak senarai harga kawan Cik Anis ni?


Kalau dari segi  apa yang disediakan memang lagi banyak daripada senarai yang Cik Anis dapat daripada vendor  sebelum ni. [post ini]


Cik Anis masih berkira-kira sama ada nak gunakan khidmat dia atau tidak. Kena bincang dengan EBS juga walaupun EBS awal-awal da kata dia tak kisah nak ambil siapa jadi OP majlis kami nanti. Owh yang pastinya harga yang bakal kami dapat nanti semestinya harga kawan-kawan. Momok janji nak bagi diskaun kalau kami ambil dia sebagai OP. Hehe. 50% boleh? Haha. Demand. ;)


Tapi ada pros and cons nya menggunakan khidmat kawan sendiri dalam majlis kita kan. Risau juga sebenarnya tapi belum confirm lagi ambil dia so tak payah fikir sangat. Hehe.


Next entry Cik Anis share pros and cons guna khidmat kawan-kawan sebagai OP ok.


Rasa da panjang sangat pulak entry kali ni. Till then, daaa~



August 03, 2011

wordless wednesday























Pendapat b2b tentang hasil gambar di atas??

Nanti Cik Anis kongsi dengan kalian siapa photog gambar-gambar ni eh.





August 02, 2011

baju nikah siap!

Salam.


Semalam lepas habis teraweh tiba-tiba ada mood rajin nak mengadap mesin jahit yang da lama tak berusik tu.


And guess what?


Cik Anis berjaya menyiapkan baju nikah Cik Anis.


Hooray!!!


Haha tak payah nak seronok sangat la Cik Anis oi.


Baru sambung part baju je kot.


Kain tak jahit pun lagi.


Detail-detail pun takde lagi.


Hihi.


Gambar?


Nanti ek.


Tak sempat ambik gambar malam tadi sebab da siap jahit terus tidur. Hehe.


Malam ni tak tahu la ada mood rajin ke tak nak sambung jahit. Mungkin akan terbengkalai semula?? Jeng jeng jeng. ;)

August 01, 2011

ciri-ciri photographer idaman hati

Salam.

Kali ni Cik anis nak share tentang pemilihan OP dengan b2b semua.

B2b pilih OP berdasarkan kriteria yang macam mana ek?

Kalau Cik Anis yang cheapskate tapi selera besar ni, demand lebih. Haha.

Cik Anis tak kisah siapa pun OP majlis kami nanti sama ada newbie dalam dunia fotografi ataupun otai.

Bagi Cik Anis antara ciri-ciri OP yang boleh menarik perhatian Cik Anis untuk hire mereka sebagai OP majlis kami nanti mestilah memenuhi kriteria yang Cik Anis inginkan.


Antaranya,

  • Cik Anis inginkan OP yang mampu menghasilkan hasil seni yg WOW! Bila mana kita tengok gambar hasil tangkapan dia, kita rasa nak lagi dan lagi dan lagi. Tak puas tengok.
  • OP yang faham kehendak kita. Bila kita kata nak macam sekian, sekian, dia terima permintaan kita dengan senang hati.
  • Boleh imagine apa yang pengantin inginkan cth: nk gambar style macam mana. B2b mesti senaraikan gambar apa yang OP mesti ambil kemudian OP mampu merealisasikan senarai gambar tersebut dalam bentuk yang WOW!
  • Harga sesuai dgn servis, berbaloi dengan pakej. Apa yang kita dapat dalam pakej tersebut berbaloi dengan bayaran yang kita buat.
  • Tahap imaginasi lebih tinggi dari pengantin. Kiranya kalau pengantin kata nak A tapi OP mampu bagi A+. Lebih kurang macam tu la. Hehe.


Ini antara ciri-ciri yang Cik Anis harap ada pada bakal OP majlis kami nanti. Tapi Cik Anis pun sedar diri kan, tak mampu la nak hire nama-nama besar untuk cover majlis kami nanti. Tapi akan usahakan juga untuk mencari seorang OP yang boleh memenuhi angan-angan Cik Anis nanti. Hehe.


salam ramadhan

Salam.


Hari ini 1 Ogos bersamaan 1 Ramadhan.


Cik Anis mengambil kesempatan ni nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan buat semua b2b.


Semoga ramadhan kali ni adalah ramadhan terbaik untuk kita semua.


InsyaAllah.





Johor cuti umum hari ni tapi tempat kerja Cik Anis tak cuti. Huhu.