July 31, 2011

sabtu ku yang sibuk

Salam.


Update ringkas tentang sabtu Cik Anis.


Semalam half day kerja la macam biasakan. Masuk kerja pagi tu relax je macam takde kerja. Siap boleh blogwalking dengan riang ria. Hehe.


Tapi kerja mula menimbun bila bos masuk. Aiyark. Lupa da hujung bulan. Banyak claim nak kena check. Nak kena update buku hutang. Nak semak quotation. Pheww.


Workspace pun menimbun dengan fail, buku hutang, claim dan segala mak nenek berkaitan kerja la sampai tak nampak meja pun. Haha.






Atas printer pun belasah letak fail projek. Atas keyboard pun boleh letak paperwork asal ada space. Penuh sesak meja pagi sabtu tu. Huhu.



Tengah khusyuk dan tawadhak mengadap segala kerja ni tiba-tiba Mr. Boss datang tempat Cik Anis;


"Pukul 1 nanti, BCB ok. Lunch."


Wah. Mr. Boss nak belanja semua staff makan kat hotel uolsss. Haha maaf teruja lebih. Hehe.


Sekali jeling dekat jam desktop, OMG da pukul 1:01 rupanya. Kerja semua tak habis lagi ni. Memang kelam kabut la mengemas kan. Makan free punya pasal. Hehe.




Hanya gambar tisu yang mampu Cik Anis abadikan. Nak ambik gambar depan boss malu la. Hehe.


Kami dijamu dekat chinese restaurant Prime City Hotel. Dalam VIP room lagi.


Mula-mula masuk Cik Anis macam susah hati juga sebab restoran makanan cina kan. Halal ke? Bila sup sampai Cik Anis ceduk-ceduk nak tengok apa ada dalam sup tu, Mr. Boss pun tegur;


"Jangan risau. Makanan sini semua halal."


Pheww lega di situ. Baru la boleh makan dengan girang. Haha.


Antara hidangan yang disediakan untuk kami:

sup sayur dengan marinated egg
ayam panggang
ikan merah kicap masin
kari udang dengan mini bun
kangkung rangup
tauhu apa entah
sayur goreng
nasi goreng cina


Ini je yang Cik Anis ingat. Rasa macam ada lagi. Serius banyak gila hidangan yang Mr. Boss order. Lepas tu siap tanya Cik Anis lagi, kalau nak makan nasi putih boleh order. Wahaha memang tak la kan. Malu kot. Da la baru join company ni kan. Hehe.


Paling terharu Mr.Boss sendiri bangun dari tempat duduk dia semata-mata nak letakkan tauhu, udang dan ikan dalam mangkuk staff-staff dia. Anak Mr. Boss merangkap manager company pun sama tolong servekan untuk kitorang. Terharu kot. Hehe.


Ok la. Entry ni da bukan ringkas da tapi meleret-leret. Hehe. Kena ceritakan sekarang sebab esok insyaAllah kita akan berpuasa. Tak boleh nak taip nanti teringat-ingat makanan sedap ini. Hihi.


Terima kasih Mr. Boss belanja makan!

^_^



p/s: Ahad hanya di rumah.




July 29, 2011

tak cerewet kuasa dua

Salam.


Bila si tak cerewet bertemu dengan si tak cerewet maka jadi la gabungan si tak cerewet kuasa dua. Hehe.


Macam mana EBS rasa senangnya keluar cari barang dengan Cik Anis, macam tu la Cik Anis rasa senangnya keluar cari barang dengan EBS. Sangat pantas dan ringkas.


Selalunya lelaki mesti cerewet nak cari barang dia kan. Tapi EBS Ya Allah senang sangat nak cari barang dia. Kalau masuk satu kedai, confirm terus jumpa yang berkenan pada mata dia. Macam Cik Anis juga la. Hehe.


Hari tu Cik Anis teman EBS cari kemeja. Dalam setengah jam terus dapat 3 helai dalam satu kedai je. Senang sangat kan.  Decide warna, pattern dekat display lepas tu terus cari saiz, bayar, keluar. Selesai.


Cerita lain, Cik Anis dan EBS pergi cari samping untuk baju raya EBS. Punya la banyak kedai samping dalam satu kawasan tu, kami baru masuk kedai pertama. Pilihan tak banyak mana pun. Tapi ada sehelai tu memang matching dengan baju melayu EBS untuk raya tahun ni dengan baju melayu sedia ada dia. Belek-belek, lagi sekali, tak sampai setengah jam terus selesai urusan pembayaran. Mudah. Hehe.


Cerita Cik Anis pulak, [Cerita lama je pun. Nak selit jugak. Haha.] kami pergi cari kain untuk letak atas dulang masa tunang dulu. Kain tu kira untuk baju raya tahun ni la kan. Masuk kedai pertama, keluar semula. Bukan sebab cerewet tapi sebab harga kain kat kedai tu mahal sangat. Cik Anis bukan suka sangat kain mahal-mahal ni. Cheapskate kan. Haha. Masuk kedai kedua yang terletak sebelah kedai pertama je pun. Cakap je kat SA tu nak kain warna sekian sekian. Dia tunjuk pada Cik Anis, Cik Anis belek-belek kain tu, rasa teksturnya dan terus Cik Anis suruh dia potong. Senang kan. SA tu siap cakap lagi “akak la customer saya yang paling senang.” Haha.


Kami berdua memang tak cerewet. Owh sangat suka. Tak sangka EBS juga seorang yang tak cerewet macam Cik Anis. Cik Anis pun baru tahu sifat EBS yang ni. Maklum la kami masih dalam proses mengenali lagi. Seronok kan bila ada persamaan dengan pasangan kita. Hihi.



p/s: Weekend datang lagi! Nak plan projek DIY la. Hehe.

miracle

Salam Jumaat.


"Everyday its a miracle."


At least for me.


^_^


July 28, 2011

DIY: nak cerita apa dulu?

Salam.


DIY?


Sebenarnya da ada beberapa projek DIY yang Cik Anis da gerakkan.


Secara jujurnya, sejak blog 2hati-jadi1 ni lahir, kerja DIY untuk wedding kami pun da bermula.


Tapi slow motion je la. Kura-kura. Hehe.


Salah satu projek DIY Cik Anis adalah dalam entry lepas.


Disebabkan da ada beberapa projek yang da bergerak. Meh Cik Anis nak tanya korang.


Korang nak Cik Anis cerita projek apa dulu?


Hehe.


Tanya tapi tak bagi list macam mana orang nak pilih kan. ;)


Nak bagi list nanti da tak surprise la nak cerita setiap projek kan.
*dasar minta pelempang*


Ok la lepas ni Cik Anis cuba cerita sikit-sikit projek DIY Cik Anis ek. Perlukan vitamin 'RAJIN' untuk buat entry tersebut.


;)



p/s: Tak. Tak. Cik Anis tak kreatif pun. Buat kerja DIY sebab minat dan nak kurangkan kos untuk majlis je.


July 27, 2011

wordless wednesday

Salam.


Rentetan entry wedding theme damask yang lalu.


Aktiviti weekend lepas.




printing




editing




and tarrraa!!!


Aktiviti DIY weekend lepas. Hehe.

Baru siap sikit je.


Pheww.



July 26, 2011

wedding theme: damask

Salam.


Perkongsian kali ni Cik Anis nak berkongsi idea tentang wedding theme lagi.


Kalau sebelum ni Cik Anis bagi idea dari segi gabungan warna je kan. Tapi kali ni Cik Anis nak berkongsi satu lagi idea wedding theme yang agak menarik juga.


DAMASK.


Rasanya tak perlu diperkenalkan lagi apa itu damask kan?


Dalam bahasa melayu ianya dikenali sebagai kimka. Cik Anis pun baru tahu. Hehe.


Tak nak cerita panjang. Kita layan gambar hasil ihsan google ok. ;)






wedding dress berperincian damask





kek





kotak doorgift.
cantik kan?




yang ni boleh jadikan doorgift untuk kanak-kanak.
gula-gula mungkin. ;)





boleh jadikan doorgift vip takpun sebagai centerpiece




wedding card




deco meja tetamu





centerpiece





yang ni pula pelamin damask.
pelamin ni pelamin sepupu Cik Anis dalam entry ini.


Menarik kan?

Corak damask ni selalunya hitam dengan background putih.
Tapi kalau nak berseri lagi tambah la warna lain yang lebih ceria macam gabungan dengan warna pink pada gambar kotak doorgift tu ke tak pun gabungan dengan bunga matahari ke. Baru naik seri lagi kan.


Untuk b2b yang belum ada tema lagi mungkin boleh pertimbangkan tema damask ni.


Sekian.




July 25, 2011

buat mantan b2b

Salam.


Entry ringkas sebelum nak keluar rehat ni. Hehe.


Cik Anis nak tanya para mantan b2b,


Rasa rindu pada lelaki yang jadi pasangan kita sebelum dan selepas nikah, berbeza tak?


Adakah rasa rindu tu makin bertambah, sama atau berkurang selepas da nikah ek?


Harap ada mantan b2b yang sudi jawab soalan yang bermain dalam kepala Cik Anis ni.


Bukan apa, selalu orang cakap kalau asyik rindu je sebelum nikah nanti lepas nikah da tak rindu sangat.


Cik Anis tak tahu nak percaya atau tak. Tu yang nak tanya pengalaman mantan b2b semua.


Terima kasih. ;)


update senarai harga daripada vendor

Salam.


Rentetan daripada entry survey isnin lepas.


Vendor tu da update Cik Anis dengan senarai beberapa harga pakej yang Cik Anis minta dia quotekan untuk Cik Anis.


Erm tak pasti la harga yang ditawarkan berbaloi ke tak.


Cik Anis share dalam blog la ek.



@ kad kahwin material simili 120gsm, 1500 keping

- saiz A4 lipat tiga = RM0.35/sekeping
- saiz 19cm x 21cm lipat dua = RM0.28/sekeping

:: Cik Anis minta dia quote 1000 keping je tapi dia quote 1500 pula ::



@ sticker tq tag 2' x 2.5', satu warna, 1500 = RM170
purata sekeping = RM0.11

:: Nak tq tag dua warna. Huhu ::



@ pakej photography 1

- 120 keping gambar 4R
- 3 keping 8R
- DVD
- custom album A4 size 20 pages

RM950

outdoor + RM50



@ pakej photography 2

- 170 keping gambar 4R
- 4 keping 8R
- DVD
- custom album A4 size 20 pages

RM1100

outdoor + RM50



@ belum dapat quotation harga

- doorgift
- kad VIP



So, rasa-rasa berbaloi tak harga yang Cik Anis dapat ni?
Ke boleh dapat lagi murah dari yang ni?



July 22, 2011

it's friday yaww

Salam Jumaat!


Yeah Jumaat datang lagi.


Walaupun esok masih ada setengah hari kerja lagi tapi hari ni rasa semangat je nak tunggu weekend. Hehe.


Dating?


Mana ada.


Hihi.


Takde program lagi untuk weekend ni tapi nak gunakan masa yang ada sebaik mungkin.


Ber-DIY mungkin??


Hehe.


Saya sayang weekend!


Happy weekend uolsss!





p/s: Banyak kerja dekat pejabat sampai sakit belakang. Adehh.


July 21, 2011

alahai si bongsu

Salam.


Cerita adik bongsu Cik Anis yang da pun form 3 tu. Hehe.


@ cerita satu

Masuk bilik Cik Anis sebab nak suruh repair seluar dia. Biasa la kata tukang jahit keluarga kan. Seluar koyak ke apa ke semua hulur pada Cik Anis je. 5 minit lepas letak seluar, dia masuk bilik lagi nak ambik pulak. Hishh akak ko nak online pun tak senang. Huhu. Terus dia bagi sedass ayat dekat Cik Anis.

"Malas-malas ni macam mana nak kahwin"

Haha. Cehh. Yang bongsu pun da pandai guna ayat ni pada Cik Anis. Sabar je la haku.




@ cerita dua

Tengah syok blogwalking tengok baju-baju pengantin dekat blog b2b lain, adik Cik Anis tumpang sekaki tengok sekali. 

"Mana baju kahwin akak?"

Adoyai adik ku ni. Kain pun tak beli lagi la. Mana nak ada baju kahwin nya. Baju nikah pun tak jahit-jahit lagi ni. Lepas hantar jahit tepi terus simpan je dalam almari. Hehe.




@ cerita tiga

Dia nampak gambar EBS dan Cik Anis [gambar waktu outdoor photoshoot walimah kak ngah EBS dulu]

"Akak, nak tengok jap gambar dia."

Beberapa saat kemudian.

"Ish apesal pendek je? Boleh buli ni."

Haha. Hampeh betul adik haku ni. Mentang-mentang dia yang paling galah dalam family Cik Anis kan. Cik Anis pulak paling rendang. EBS pulak sama tinggi dengan Cik Anis. Sesedap rasa je dia cakap camtu kan.




@ cerita empat

Balik kerja sabtu lepas, rumah bau wangiiiii sangat. Tapi macam ku kenal bau ni.

"Bau perfume akak, siapa guna ni?"

"Owh tadi Lan sembur sebab bau busuk dekat sini."

=.='

A'ah dik, perfume tu memang akak beli untuk guna sembur satu rumah pun. Huhu.






Adik, adik. Nasib la ko adik. Kalau tak memang da kena sekeh. Haha.


July 20, 2011

seiring sejalan

Salam.



:: seiring sejalan ::


Bacaan masa lapang daripada mini library dekat surau taman perumahan tempat anis tumpang solat zohor setiap hari kerja.


Bacaan yang bermanfaat untuk bakal pengantin.


Cuba la baca ye b2b semua!

^_^


July 19, 2011

kisah kacang, jerawat dan traffic light

Salam.


Sabtu lepas kan Cik Anis ada kerja sikit dekat JB. Berkaitan dengan hal masa depan. Apa dia biarlah rahsia dulu. Hehe.


Cik Anis ke sana ditemani encik tunang kesayangan. Auww. Tiba-tiba panggil encik tunang pulak kan. Tukar-tukar. Cik Anis ditemani EBS. Hehe.


Ok sebenarnya Cik Anis nak ke JB ditemani mak ayah Cik Anis tapi apakan daya pada hari yang sama, family belah ayah Cik Anis nak buat kenduri tahlil dekat kampung. Jadinya mak ayah Cik Anis tak dapat la hantar Cik Anis ke JB. Tu sebab kena minta tolong EBS temankan Cik Anis ke sana.


Apa kaitan EBS teman Cik Anis ke JB dengan tajuk entry ini?


Hehe.


Ceritanya macam ni,

Lepas selesai urusan Cik Anis di sana, kami pun bergerak nak balik ke Kluang. Cik Anis memang tak drive pun sepanjang pergi dan balik. EBS drive sepenuhnya. Terima kasih dear! Kesian EBS malam tu memang flat terus dia. Lepas hantar Cik Anis balik, dia kena patah balik Yong Peng pulak. Huhu.


Dalam kereta Cik Anis da siap la beli macam-macam kudapan. Saja nak buat hilang mengantuk sepanjang perjalanan tu kan. EBS suka asam, so Cik Anis beli asam untuk dia. Untuk Cik Anis pulak kacang.

Tragedi pun bermula;

Cik Anis: "Nak makan kacang tak?"

EBS: "Tak nak la."

Cik Anis: "Nape? Takut naik jerawat eh? Hee"

EBS: "Eleh mana ada jerawat pun"

Cik Anis: "Eleh tu ada jerawat."

EBS: "Kat mana? Takde la."

Cik Anis: "Tu tepi mata kanan tu. Tiru je. Orang ada jerawat tepi mata dia nak ada jerawat tepi mata jugak." [nampak sangat suka explore muka EBS. haha]

EBS: "Kat mana?"

Cik Anis: "Ada la tepi mata kanan tu. Cuba toleh sini"

EBS pun toleh kat Cik Anis. 90 darjah tahap pusingan kepala dia. Haha.

Tahu apa Cik Anis cakap lepas tu?

Hehe.


Cik Anis: "Eh da hijau.Cepat jalan"

EBS da kelam kabut waktu tu. Haha.

Sori sori.

Cik Anis kalau traffic light da tukar warna memang terus alert. Takde cerita pasal lain da. Hehe.


Bila kereta da gerak terus kena bebel dengan EBS.


EBS: "Saja je kan. Buat orang kelam kabut. Nak tengok jerawat la. Apa la. Nasib baik kete auto."

Hehe.

Cik Anis hanya mampu sengih macam kerang busuk je la waktu tu. Serius kelakar gila tengok EBS kelam kabut masuk gear apa sume. Haha.


Sori EBS. Tak sangka traffic light tu cepat sangat tukar warna. ;)






p/s: Taip entry ni sambil menghabiskan sisa kacang sabtu lepas. Lapar. Hee.

p/s/s: Sabtu lepas tak sempat pun pergi Matta Fair sebab nak cepat balik. Tapi takpe. Da ada plan B untuk pakej honeymoon nanti. Hehe.


couple ring

Salam.


Cik Anis dan EBS da decide pilihan cincin nikah kami.


Kami pilih couple ring!!!


Yeay!! Suka!! Suka!!


^_^


Sebelum ni pening jugak la Cik Anis nak fikirkan cincin untuk EBS. Yela taste takut tak sama kan. Dulu pun teringin juga nak buat couple ring ni sebagai pilihan cincin nikah tapi takut EBS tak berkenan pulak. Tapi ditakdirkan, EBS tiba-tiba suarakan hasrat dia nak buat couple ring untuk nikah nanti. Haiii Cik Anis memang berbesar hati la setuju kan. Hehe.


Pilihan kami mungkin titanium untuk kedua-dua cincin. Tapi Cik Anis nak survey dulu la. Rasa macam berkenan dengan palladium. Cik Anis tak nak cincin emas da sebab masa tunang da dapat 2 cincin emas. Tu yang nak buat sama jenis dengan cincin EBS je untuk nikah nanti.


Design yang kami berdua da setuju adalah cincin kosong dengan batu tenggelam. Batu tu pulak warna purple. Tak tahu pulak nama spesifik nya apa. Tapi nak purple juga sebab warna tema kami. Hehe.


Antara design cincin dengan batu tenggelam yang sempat Cik Anis google.



Design 1

Suka yang ni. Simple. Cuma tukar batu tu jadi warna purple je.






Design 2

Ada bentuk sikit pada cincin tapi batu masih tenggelam.






Design 3

Ada jalur dekat bahagian tengah dengan bahagian tepi yang membulat.






Antara tiga-tiga design ni, Cik Anis berkenan dengan yang pertama.


Suka sangat design simple macam tu.


Nak minta tolong b2b, boleh bagi info tak dekat mana nak cari couple ring titanium atau palladium atau yang sewaktu dengannya. Terima kasih.


^_^



July 18, 2011

sesi survey lagi

Salam.


Aktiviti yang tidak dirancang pada hari Ahad.


Pagi semalam adik Cik Anis tengok-tengok dalam peti surat ada macam flyer. Ala biasa la kan orang selit-selit flyer dalam peti surat rumah tu kan.


Mula-mula adik Cik Anis nak buang je flyer tu. Sekali dia tengok flyer tu berkaitan dengan promosi kedai printing kad jemputan walimah, terus dia bagi pada Cik Anis. Hehe.


Promosi pada flyer tu macam menarik perhatian Cik Anis juga la. Range harga adalah sangat bajet. Tapi yang lebih menarik perhatian sebab kedai printing ni ada sediakan pakej OP sekali. Hahh lagi la rasa nak tengok kan.


Tengah hari lepas zohor terus keluar nak cari kedai ni. Dekat flyer alamat kedai baru, tapi kedainya masih dekat tempat lama. Sanggup juga Cik Anis telefon tanya kedai kat mana. Teruja sangat kan. Haha.


Paling rasa dihargai oleh vendor ni sebab dia sanggup datang buka kedai dia hari Ahad sebab Cik Anis nak datang survey servis dia. Yela waktu kedai ni buka isnin sampai jumaat, lepas tu sabtu sampai pukul 3 je. Mana la sempat Cik Anis nak pergi kan. Ahad je Cik Anis free. Dia pulak tutup. Tapi demi Cik Anis nak datang survey dia sanggup buka juga ahad lepas. Auww tacing i. Haha.


Layanan vendor ni adalah memuaskan hati Cik Anis. Apa je yang Cik Anis tanya semua dia jawab dengan ramah je. Design kad pun menarik dan sesuai dengan harga yang ditetapkan. Nak custom made kad sendiri pun free je takde cas tambahan.


Untuk pakej OP tu Cik Anis tak boleh nak review lagi sebab masa datang tu dia takde sampel hasil kerja tangan dia. Nanti bila da ada sampel dia akan call Cik Anis untuk datang tengok. Kalau hasilnya WOW mungkin Cik Anis akan book vendor ni sebagai official OP walimah Cik Anis nanti.


Owh range harga untuk pakej photog adalah kurang dari RM1.5K untuk cover semua event [nikah, sanding, outdoor], sticky album, custom album dan storybook. Berbaloi kan? Cuma kena tengok hasil kerja dia dulu baru boleh putuskan nak book atau tak. Yela takut harga murah, hasil pun 'murah'. Tak nak la kan. Huhu.


Cik Anis bukan setakat survey kad jemputan dan pakej OP je, tapi untuk doorgift, tshirt rewang, kad VIP pun semua Cik Anis minta dia quote kan harga. Senang berurusan semua perkara bawah satu vendor je. Untung-untung boleh dapat murah. Kan? Hehe.


Ok la. Nanti da dapat quotation semua ni dan da dapat tengok hasil kerja OP vendor ni, Cik Anis akan kongsi dengan b2b semua ek. Kalau berbaloi la.



p/s: 

Baru minggu lepas verangan nak DIY macam-macam, tengok-tengok minggu ni da pergi survey vendor. Apecer?? Haha. Da kerja ni tak cukup tangan la nak buat semua. Yang mana mampu kita DIY la ek. Hehe.



July 15, 2011

mentera DIY

Salam.


Hoho.


Enjin DIY Cik Anis macam baru nak hidup je ni.


Sangat 'siput' kan.


Dekat 7 bulan berblog, cerita DIY entah bila nak keluar pun tak tahu. Hee.


InsyaAllah kita mula slow-slow ek.


Sikit-sikit lama-lama banyak la cerita DIY yang akan Cik Anis kongsikan dalam blog ni.


Perlukan mentera DIY biar rajin sikit nak mulakan segala projek.


Huhu.



July 14, 2011

Dia kata...



"Senangnya keluar cari barang dengan awak, tak cerewet."


Haha.


Rasa nak gelak guling-guling bila EBS cakap macam ni pada Cik Anis.


Ok la. Mungkin ini salah satu sifat Cik Anis yang EBS baru tahu kot.


Cik Anis bukan jenis cerewet nak cari barang.


Tak rajin nak survey banyak-banyak tempat untuk tengok benda yang sama.


Ye ye. Mungkin ada tempat yang bagi harga lebih murah kan. Tapi kalau kita da puas hati dengan harga di kedai pertama, da ada pilihan yang kita suka di kedai pertama, buat apa susahkan diri nak ke ke kedai kedua. Betul kan?


Lepas tu jadi berbelah bagi bila dekat kedai seterusnya pun ada pilihan yang menarik hati. Lagi la tak senang duduk nak buat pilihan kan.


Kira untung la EBS sebab Cik Anis tak macam tu. Nanti da nikah keluar shopping pun sekejap je. EBS mesti suka kan. Haha.


Tu sebab selalunya plan nak survey memang akan bertukar jadi satu pembelian.


Lepas tu tutup mata je. Tak nak tengok da barang tu bila keluar shopping lagi. ;)



p/s: Apa yang Cik Anis pergi beli dengan EBS ni?  R A H S I A !!! ;)


July 13, 2011

sangat WOW sekali

Salam.


Petang tadi lepas habis kerja Cik Anis jumpa EBS sekejap. Saja nak ber-tea-time dengan EBS. Hehe.


Sambil makan-makan [Cik Anis je pun yang makan. EBS teman je. Lalala] kami borak la pasal hal ehwal kahwin, family, kerja, politik, etc. etc. Macam-macam.


Dan yang paling WOW sekali dalam banyak-banyak topik tu adalah;


FAMILY EBS NAK CARI RUMAH AREA KLUANG SEBAB NAK PINDAH DUDUK SINI!!!


WOW!!!


WOW!!!


WOOOOOOO!!!!


Haha.


Maaf la terlebih excited. ;)


Lepas ni insyaAllah keluarga kami adalah sangat dekat.


Sekarang pun dekat je tak sampai sejam perjalanan pun da boleh sampai rumah EBS tapi lepas ni mungkin akan lagi dekat. Hehe.


Patut pun hari tu FMIL Cik Anis ada cakap kalau tanah belakang rumah Cik Anis ni tuannya nak jual boleh beli. Dulu tak faham apa tujuan nak beli. Sekarang da faham sangat. Hehe. Nak pindah Kluang rupanya. ;)


Kalau dapat tanah belakang rumah Cik Anis ni lagi best la. Memang tak rasa pun la babak berebut turn nak balik raya lepas nikah nanti. Haha.



wordless wednesday

Salam.







^_^



p/s: Abaikan je 'dia' yang buat Cik Anis bengang semalam. Apa yang penting, UNTUNG KALAU KAHWIN! ;)


July 12, 2011

bengang

Salam.


Baru semalam buat entry tak bengang dengan sesiapa, eh eh hari ni tiba-tiba bengang.


Geram sangat bila orang luar yang takde kaitan dengan kita sibuk-sibuk nak buatkan keputusan untuk pihak keluarga kita.


Anak kau anak kau la, apehal nak sibuk urusan anak orang?


Tak payah nak tunjuk banyak sangat pengalaman la.


Sigh.


Tak suka orang luar masuk campur hal persiapan walimah kami. Itu hak kami.


Jumlah hantaran berapa sekalipun, bukan 'dia' yang layak untuk buat keputusan.


Anak kau nak majlis kahwin vouge tapi semua beban dekat suami dia, kau pun tahu order je kan. So tak payah nak buat dekat anak orang macam tu la.


Mak ayah Cik Anis tak kecoh, 'dia' pulak sibuk.


Grrrrr.


July 11, 2011

cheapskate? ada aku kesah?

Salam.


Wah tajuk Cik Anis kali ni macam ada bunyi tak puas hati je kan. Haha.


Takde la. Cik Anis ok je ni. Takde bengang dengan sesiapa pun. Hehe.


Hey korang semua, ketahui la bahawasanya Cik Anis adalah bakal pengantin budget tahu. ;)


Selagi ada kekuatan dan kesempatan, memang banyak benda yang akan Cik Anis DIY untuk majlis kami nanti.


Cakap je nak apa.



Doorgift? = DIY


Kad jemputan? = DIY


Bunga telur? = DIY


Hantaran? = DIY


Bilik pengantin? = DIY


Deco bersama eric? = DIY


Baju nikah? = DIY


Baju sanding? = Nak DIY boleh?


Pelamin? = Nak DIY boleh?


Kasut? = Nak DIY boleh? Haha.





DIY bagi Cik Anis adalah Cik Anis buat dengan 10 jari Cik Anis ni. Bukan tempah ok. Haha. Memang agak cheapskate la bila kasut pun nak masuk list DIY kan. Apa nak buat kasut pakai kertas kah? ;)


Cik Anis memang kedekut pun. Lalala. Tapi ni kedekut bukan tahap hajah bakhil la. Kedekut sebab nak jimatttt. Nak lebih kan peruntukkan untuk hidup selepas bernikah. Hehe.


Doakan Cik Anis mampu DIY apa yang Cik Anis inginkan ok?


Sayang korang!


takziah untuk mereka

Salam.


9 Julai 2011.


Hari berlangsungnya perhimpunan BERSIH kan.


Hari tu pulak hari sabtu.


Mesti la ada beberapa pasangan pengantin yang pilih tarikh tu untuk majlis hari bersejarah mereka kan.


Cik Anis baca dekat Metro Ahad semalam ada satu pasangan pengantin buat majlis dekat tasik titiwangsa.


Pagi tadi Cik Anis blogwalking dekat blog strawberimanis pun ada cerita tentang majlis perkahwinan yang cik strawberi pergi hari sabtu lepas.


Dua majlis perkahwinan ni berlangsung dekat dalam KL la kan. Sangat simpati pada kedua-dua pasangan pengantin dan keluarga mereka.


Yela perhimpunan tu berlangsung dekat KL kan, hampir semua tempat ada sekatan. Dan dua majlis perkahwinan ni merupakan antara sebahagian daripada mereka yang terkena tempias ekoran daripada perhimpunan tersebut.


Disebabkan perhimpunan tersebut, tetamu yang da dijemput kebanyakannya tak dapat menghadirkan diri. Kena road block je da berapa lama kan. Belum kira yang tak berani nak keluar rumah lagi.


Kasihan buat sahabat pengantin kita ni. Buat persiapan untuk hari bersejarah mereka tapi semuanya lebur macam tu je. Nak batalkan majlis, da bayar macam-macam kan. Kad jemputan pun da di edar.


Apa-apa pun semoga mereka tabah dengan dugaan ini.


Takziah buat mereka.


Sayang sangat bila hari bersejarah jadi macam tu tapi itu semua ketetapan dari Allah kan. Kita sebagai hamba-Nya mesti redha dengan setiap musibah yang melanda.


July 10, 2011

ladies night

Salam.


Cerita aktiviti weekend Cik Anis.


Jumaat lepas, merupakan ladies night untuk family Cik Anis. Hehe.


Cik Anis, mak dan adik perempuan bertiga keluar dating.


Yang lelaki semua kita tinggal kan je dekat rumah. Haha.


Bukan buat apa pun. Cuma keluar makan-makan dan window shopping je.






Kami dinner di RFC. Pernah cuba?





Cik Anis punya. 
Yang ni set setengah ekor ayam panggang. Cik Anis share dengan adik Cik Anis. Yang atas ni sebahagian daripada setengah ekor tu la.






Mash potato RFC sedap. Cik Anis sukaaaaa.




Untuk yang tak tahu, RFC ni adalah Radix Fride Chicken, tapi tempat yang Cik Anis pergi ni branch dia yang guna nama Radix Chicken House. Tu sebab ada ayam panggang.

Radix ni bisnes orang Islam. Ayam diorang pun ayam organik. Sedap tau ayam panggang ni. Harga pulak standard restoran fast food la.


Ok setel bab makan, kami bergerak ke Kluang Mall pulak.


Kali ni nak cuci mata je.


Pacific ada sale woo. Mak dengan adik Cik Anis rambang mata tengok handbag.


Cik Anis?
Relax je dekat tepi. Tak minat la. Haha.


First time bawak mak Cik Anis pusing satu shopping complex sampai semua kedai tutup. Lepas tu ayah Cik Anis siap tanya lagi bila nak balik. Risau kat isteri dia la tu. Hihi.


Sabtu pulak, orang sibuk dengan BERSIH, Cik Anis kerja macam biasa la kan.
Polis trafik bersepah-sepah tu. Drive pun penuh berhemah gitu kan. Kalau tidak memang takdenya sopan macam tu. Haha.


Owh, orang sibuk dengan BERSIH, Cik Anis sibuk dengan bersih juga hari sabtu tu. Tapi bersihkan rumah je la. Kemas apa-apa yang patut. Hehe.


Ahad pulak, ada aktiviti menarik, tertarik berlaku. Yang ni takmo cerita la. Want to keep it as a secret till i'm ready to share with others. ;)


Till then, selamat bekerja esok!!!

^_^


July 08, 2011

Matta Fair Johor

Salam.


Cik Anis blogwalking dekat blog b2b Aida tadi.


Ada entry berkaitan Matta Fair dekat Johor.


Weehuuu!!!


Thanks Aida for the info.


Minggu depan maybe Cik Anis akan ke JB. Maybe paksa EBS ikut jugak. Wahaha.


Hajatnya nak cari pakej honeymoon. Hihi. Harap ada rezeki dapat la jejak kaki ke Matta Fair ni. Harap dapat juga cari pakej honeymoon yang menarik. ;)


Details Matta Fair Johor:

15-17 Julai 2011
Danga City Mall


p/s: Nak ke mana ek? Hurm..

skirting katil


Hari tu kan Cik Anis ada dapat voucher RM10 dari parkson lepas beli comforter bilik pengantin tu kan. Tak sedar dok simpan lama-lama rupanya expiry date da dekat. Wah rugi ni kalau tak guna walaupun hanya RM10. Jadinya hari selasa lepas kebetulan Cik Anis nak keluar pos barang sekejap Cik Anis pun singgah la ke parkson untuk cuci mata.




Mula-mula plan nak beli bathrobe untuk bride and groom, tapi tengok pilihan warna tak banyak pula. Jadinya tak jadi la beli. Lepas tu Cik Anis tawaf la bahagian comforter dan yang sewaktu dengannya tu kan dan Cik Anis ternampak la bed skirting. Wah bagus ni. Baru plan nak jahit sendiri tapi da kebetulan ada jual ni kita beli je la. Hehe. Pilihan warna tak banyak jugak tapi Cik Anis ambil je la warna dark brown. Rasanya ok kot dengan comforter purple yang Cik Anis beli hari tu. Warna gelap takde la nampak kotor kalau lama tak basuh. Haha.


Kalau ikutkan nak jahit skirting warna putih dengan design kembang macam ni. Dekat parkson ada jual juga design macam ni tapi warna semuanya tak match dengan comforter yang da beli dulu tu. Sangat frust. Tapi kalau rajin nak ber-DIY mungkin akan jahit juga satu set kot. Hehe.







Skirting yang Cik Anis beli lebih kurang macam ni la. Dari segi warna dan lipatannya. Katil pun lebih kurang macam ni jugak cuma kepala katil Cik Anis warna cream. Harap tak nampak warna-warni sangat la. =.='





Selain beli bed skirting ni, Cik Anis beli juga 2 pillow case warna pink belacan sebab nanti nak jadikan bantal untuk katil semua sekali 4 biji. Dalam set comforter tu cuma ada 2 pillow case warna purple bersulam jadinya Cik Anis akan matchingkan dengan 2 pillow case pink belacan plain ni. Cun!




Total belian kali ni? Tak sampai RM60 pun. Jimat.. ^_^


July 07, 2011

jiwang

Salam.


Sebenarnya kan, Cik Anis tak tahu la Cik Anis ni jiwang ke tak. Romantik ke tak. Haha.


Kadang-kadang tu teringin nak buat entry luahan perasaan a.k.a jiwang-jiwang ke ayat bunga-bunga ke.


Tapi rasa malu pulak sebab ramai b2b dan silent reader yang baca blog Cik Anis ni. Kawan Cik Anis pun ada la beberapa yang tahu kewujudan blog ni. Tu yang jadi malu sikit nak jiwang-jiwang dalam blog ni. Huhu. Tak masuk lagi anonymous yang annoying lagi kan. Haha.


Kesimpulannya, Cik Anis simpan dalam hati je la hasrat nak berjiwang ni. Hehe.


Cik Anis buat entry ni sebenarnya nak cakap satu je.


RINDU SANGAT DEKAT EBS!
>0<


Hihi.
Cukup la tu je luahan 'jiwang' malam ni.


EBS outstation dari isnin lepas, pagi tadi baru sampai rumah.
Isnin sampai saat entry ni ditaip kami cuma berhubung dengan hanya 7 sms sahaja.
Boleh bayangkan rasa rindu tu macam mana. Huhu.

EBS sibuk dengan pertandingan apa entah mewakili tempat kerja dia.
Dari minggu lepas bz sampai stay up dekat pejabat sampai pukul 3 pagi semata-mata untuk pertandingan ni. Pheww~


Sebab tak jadi nak berjiwang kan, makanya Cik Anis bagi korang yang baca ni satu lirik lagu ok! Hehe.



Rindu - Saiful

Rintik hujan mengatur jendela
Seakan bertanyakan berita
Apa khabar mu di sana
Moga kau bahagia sentiasa…

Reff 1;
Setiap bayu menghembus ke bumi
Seakan sentuhan jari mu
Apa kau juga begitu
Menanti penuh setia pada kasih kita

Reff 2;
Dengarkan diriku degupan cintaku bergetar
Dikala ku sebut nama mu,
Hati ku berdebar
Ingin ku selami semua apa yang kau rasa
Jarak yang memisah menguji kasih kita

Ku titipkan rinduku bersama bayu senja
Ku layarkan cintaku dibalik cahaya suria
Bahagia lah kiranya kau berada disisi
Sungguh kau ku kasih yang selalu ku rindui….

Ulang reff 1

Ulang reff 2

Ku titipkan rinduku bersama bayu senja
Ku layarkan cintaku dibalik cahaya suria
Bahagia lah kiranya kau berada disisi
Sungguh kau ku kasih yang selalu ku rindui….












^_^


*taip entry sambil layan lagu ni*


July 06, 2011

July 04, 2011

brown paper bag

Salam.

Cerita lama tapi baru nak buka cerita sekarang. Hehe.

Dulu-dulu, kira-kira 2 bulan lepas Cik Anis ada post satu gambar dalam entry wordless wednesday ni.

Ada kalangan b2b yang teka. Hehe.


Betul la. Memang yang dalam gambar tu adalah brown paper bag.


Gambar tu adalah mms dari adik Cik Anis. Dia yang tolong belikan paper bag tu dekat pekan banting.






Satu bungkus ni ada 100pcs








Yang adalah ciri-ciri paper bag ni setelah Cik Anis menilainya:

- Tekstur ok. Tak kasar dan tak licin sangat. Kira sedap la kalau pegang.

- Jenis kertas adalah tebal jadi kalau letak barang tak risau paper bag ni akan terkoyak atau tak

- Agak panjang. Lepas lipat sikit bahagian atas paper bag ni pun masih lagi banyak ruang untuk letak barang.


Ni ciri-ciri yang ok la.


Yang Cik Anis tak berapa berkenan dengan paper bag ni cuma bentuk zig-zag dekat mulut paper bag tu je. Tak berapa kemas. Huhu.



Kenapa beli sampai dekat banting?


Sebabnya hari tu da survey kedai area Kluang ni. Harga adalah sangat mahal. Tak tersangka harganya mahal sampai macam tu. Jadi kebetulan waktu adik Cik Anis jalan-jalan dekat pekan banting tu dia nampak la paper bag ni dengan harga yang sangat murah. Makanya haruslah suruh dia belikan dekat sana je kan. Hehe.


Sebelum ni Cik Anis ada survey juga dengan satu kilang paper dekat Penang. Mula-mula rasa harganya da berpatutan dan Cik Anis pun da plan nak order dari kilang ni je. Sekali ada yang lagi murah rupanya. Baik la ambik je la yang murah ni kan.


Untuk 100pcs ni, harganya RM3.60 je tapi sebab Cik Anis borong 20 bungkus dapat la RM3.30 je sebungkus. Murah kan? Kualiti pun ok. Berbaloi-baloi.






Sekali tengok alamat, alahai Muor je.

Kalau tahu baik beli dekat kilang dia terus. Mesti lagi murah. Hehe. Tapi da belikan takpe la. Harga tu pun masih boleh kira murah.




Kegunaan paper bag ni?


b2b mesti da familiar dengan tujuan beli paper bag ni kan. Hehe.
InsyaAllah doorgift majlis Cik Anis dan EBS nanti akan menggunakan paper bag ni je.
JIMAT.


^_^