June 29, 2011

wordless wednesday



Salam.





Semangat nak ber-DIY.


Dalam kereta pun boleh memintal reben ye kawan-kawan.


^_^

June 28, 2011

ngada-ngada je kan

Salam.


Bersiaran secara curi-curi di opis. Hehe.


Tadikan, ada la sorang gegurl tu,


Lagi dua jam da nak balik kot, tapi ngada-ngada je nak gayut-gayut kat telefon dengan puan emak dia.


Padahal balik nanti bukan tak jumpa depan mata pun.


Hihi.


Takkan nak rindu EBS je kan.


Rindu puan emak dekat rumah best jugak.


Da tu je.


Ngada-ngada kan?


^_^




menjawab soalan seorang rakan

Salam.

Seorang kawan sekolah Cik Anis pernah naikkan status dekat fb beliau. Antara ayat dalam status beliau adalah

 "dari mana la korang dapat duit nak kawen awal ni ek? konfius aku."

lebih kurang macam ni la status beliau.

[kawan Cik Anis da bekerja]


Cik Anis tertarik pula nak buat entry berkaitan hal ni. Sebab macam ada kaitan juga la dengan life Cik Anis sekarang ni kan. Hehe.



Yup Cik Anis sendiri baru je bekerja. Lagi la takde simpanan yang membukit untuk buat majlis grand-grand ni kan. Bajet Cik Anis ciput je. Sekangkang kera gitu. Tapi Cik Anis masih boleh buat persiapan dari sekarang. Segala barang yang Cik Anis beli untuk persiapan majlis Cik Anis dan EBS adalah sepenuhnya duit Cik Anis. Alhamdulillah walaupun hampir 8 bulan lebih menganggur, Cik Anis TAK PERNAH minta wang belanja dari mak ayah Cik Anis. Apa yang Cik Anis beli; dari keperluan harian, hadiah, barang majlis; semuanya duit Cik Anis sendiri. Tapi kalau mak ayah hulur duit belanja pada Cik Anis takde la Cik Anis menolaknya. Hehe. Tu kalau mak ayah nak bagi la. Untuk meminta dari mereka memang tak la.


Agak-agak b2b mana Cik Anis dapat duit ek? Hehe.



EBS bagi?
Owh tidak. Belum masanya untuk menggunakan duit EBS. Hehe.


Apa yang Cik Anis boleh katakan secara ringkas, habis je buat degree pertengahan tahun lepas, Cik Anis buat online business. Sebenarnya online shop ni Cik Anis da buat sejak dari Cik Anis 2nd year lagi. Waktu tu Cik Anis buat handmade craft. Tapi bila da habis belajar Cik Anis berjinak-jinak pula dengan buat dan jual custom made inner syria. So dari situ la Cik Anis dapat duit poket sepanjang bergelar penganggur ni. Tapi hujung mac lepas da stop la. Cik Anis da tutup bisnes sebab rasa da takde daya nak menguruskan semua benda dalam satu masa. Yela dari beli stok kain, menjahit, ambil order, pergi pos barang lagi. Fuhh da mula terasa penat. Jadi Cik Anis buat keputusan untuk stop sekejap atau mungkin tutup terus online business Cik Anis ni.


Profit memang boleh kata banyak la juga tapi bila tolak beli stok baru, takde la banyak mana pun untung bersih yang Cik Anis dapat. Dulu waktu takde hala tuju yang jelas dalam hidup [wahh ayat!] duit hasil jualan ni kebanyakannya terhabis macam tu je. Shopping benda-benda lagha macam kasut baru la, baju la, barang make up la. Benda yang takde kepentingan sangat. Tengok-tengok duit habis. Macam tu je la. Huhu.


Tapi sejak januari lepas, bila EBS da mula serius ajak Cik Anis memikirkan hal ehwal persiapan majlis kami, waktu tu baru la Cik Anis ada kesedaran yang Cik Anis kena pandai urus sumber kewangan Cik Anis. So sejak dari awal tahun 2011 ni Cik Anis da mula kawal duit keluar masuk Cik Anis. Sekarang ni boleh dikatakan duit simpanan Cik Anis adalah sepenuhnya untuk persiapan majlis kami. Tak banyak pun. Tapi insyaAllah cukup untuk meringankan beban EBS. =)








Kita sebagai bakal isteri rasanya takde la terbeban sangat dengan perbelanjaan majlis perkahwinan kan. Sebab majoriti perbelanjaan adalah dari pihak lelaki. [bersyukur jadi perempuan ;p] tapi rasanya tak salah kalau kita ada niat nak ringankan beban perbelanjaan bakal suami kita. Lagipun kalau nak majlis yang memenuhi kehendak kita, kena la keluarkan duit belanja sendiri juga kan.


Kalau boleh majlis kami terutamanya belah Cik Anis nanti tak nak menggunakan duit belanja dari mak ayah Cik Anis. InsyaAllah semua perbelanjaan adalah dari simpanan kami sendiri. Pinjam bank memang tak la. Mak Cik Anis da warning dari dulu lagi tentang hal ni. Kami pun memang takde terfikir pun nak meminjam dari bank. 


Majlis kami nanti insyaAllah sederhana saja. Kami buat setakat kemampuan kami je. Tu adalah antara sebab kenapa Cik Anis suka nak ber-DIY untuk majlis kami. Kadar penjimatan perbelanjaan adalah berbaloi-baloi. ^_^


Sebenarnya nak kahwin awal ni takde masalah pun kalau da pandai kawal perbelanjaan harian kita, da pandai menyimpan dari awal dan da ada plan macam mana nak menjimatkan perbelanjaan untuk majlis. Semuanya bergantung pada diri masing-masing juga la. Tapi adalah satu bonus untuk mereka yang da bekerja sebab simpanan pasti lebih banyak kan. Huhu.


Apa yang penting adalah hidup selepas tu. Itu lebih perlu diberi fokus daripada majlis yang hanya berlangsung selama satu hari. ^_^



Mengharapkan keberkatan Allah untuk segalanya. Ameen.





Artikel dari iluvislam ini mungkin boleh memberikan sedikit kesedaran/panduan/pemahaman buat semua.










June 27, 2011

bertabahlah wahai hati

Salam.


Hari Isnin selalu dikaitkan dengan monday blues kan?


Minggu sebelum ni adalah sangat bersemangat nak ke tempat kerja bila Isnin menjelma.


Tapi hari ni rasa lemau gila.


Rasa moody je. Hohoho.


Tak tahu la. Mungkin Cik Anis sedang mengalami sindrom 'flying to the moon' agaknya. Ada eh sindrom tu? Memandai je haku. Haha.


Tak ah. Cik Anis macam hilang semangat sikit hari ni. Sebenarnya dari semalam lagi hilang semangat. Sampai lupa ada date dengan Puteri malam semalam. Huhu. Sori Put! Anis lupa sangat-sangat. Sob sob. Da tak dapat jumpa Put depan mata. Huhu.


Kononnya boleh tahan la dengan tak melayan sangat perasaan melayang-layang ni kan. Sekali petang tadi waktu dekat pejabat, lepas setel kerja dalam bilik QS, Cik Anis balik kat meja tengok hp ada miskol dari EBS. Bila Cik Anis call EBS semula rupanya beliau tertekan number Cik Anis secara tak sengaja je.


Oh tahu tak, dengar suara EBS selama beberapa saat petang tadi je terus buat mata ni rasa nak banjir. Huu. Sindrom rindu kah?? ='>


Balik rumah lepas solat Asar pula, Cik Anis rehat-rehat sekejap. Lepas tu tangan ni gatal nak hantar mesej pada EBS padahal tahu waktu tu EBS atas motor otw balik Yong Peng. Tengok mesej da delivered je dandan air mata ni menyembur takde tahan-tahan da. Huhu.


Ok la. Rasa lembik gila sekarang ni. Tunggu isyak pula, nak doa banyak-banyak. Semoga bertabahlah wahai hati.

T_T


p/s: Baca entry malyn tengah hari tadi, buat Cik Anis rasa bersyukur dengan apa yang Cik Anis miliki. Alhamdulillah EBS sangat ambil tahu tentang persiapan majlis kami. Sampaikan soal bunga tangan Cik Anis pun dia yang tolong fikirkan. Hihi. Buat malyn, bertabahlah menghadapi dugaan tersebut ye dear. :)

perihal kotak doorgift 30sen




Salam.

Dulu rasanya Cik Anis ada terhutang satu entry nak kongsi info dengan b2b lain kan.

Ingat tak Cik Anis pernah janji nak cerita pasal kotak doorgift 30sen dalam entry ini?

Maaf la ye baru berkesempatan nak buat entry sekarang. Hehe.






Ini la kotak doorgift yang Cik Anis maksudkan tu. Kotak doorgift ke kotak kek ek? Sama je la. Hehe.

Kotak ni ada banyak warna. Antaranya yang Cik Anis ingat adalah soft blue, cream dan ada lagi warna lain rasanya.





Harga untuk dua kotak ni berbeza tau.


Yang putih tu lebih murah berbanding dengan yang pink sebab yang pink ni jenis kertasnya bertekstur sikit. Macam kertas yang kita selalu guna untuk jadikan kulit scrap book atau kertas untuk buat kad jemputan walimah.







b2b boleh bayangkan saiz kotak doorgift ni dengan saiz botol losyen garnier 250ml ni.




berikut Cik Anis sertakan detail untuk kotak doorgift ni:

saiz: 
3 inch x 3 inch x 2 inch

harga: 
20sen (kotak putih)
30sen (kotak pink)

lokasi:
Yummie Bakery
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi


Cik Anis tak gunakan box ni pun untuk doorgift kami nanti. Sekadar berkongsi info dengan b2b je. Hehe.


June 24, 2011

terima kasih

Salam Jumaat.


Sekadar luahan ringkas di malam hari.


Petang tadi masa dekat office, Cik Anis borak-borak la dengan site manager yang kebetulan tak turun ke site hari ni. Selama Cik Anis kerja dekat situ, baru beberapa kali je jumpa site manager ni. So tadi sempat la dia interview Cik Anis.


Dia pelik sebab Cik Anis ada degree dalam bidang IT tapi kenapa sanggup kerja dalam bidang yang terlalu jauh dari bidang yang Cik Anis belajar. Sedangkan peluang kerja dalam bidang IT tu ada je.


Belum sempat Cik Anis nak jawab, site manager ni jawab sendiri;

"Mesti U ada someone dekat sini kan. Family? Boyfriend? Kan?"


Hehe. Tahu-tahu je kan dia.


Cik Anis cuma betulkan sikit je jawapan dia;

"Bukan boyfriend la Ms. W, tunang." ;)



Erm. Cik Anis punya alasan tersendiri kenapa Cik Anis tak kisah kerja bukan dalam bidang yang Cik Anis belajar.


Kerja apa sekalipun Cik Anis tak kisah sebenarnya. Yang menjadi keutamaan Cik Anis adalah Cik Anis berada dekat dengan keluarga dan yang paling penting juga Cik Anis tak nak menghadapi pjj bila da nikah nanti.


Tu je.


Tak sanggup rasanya hidup berjauhan bila da halal nanti. B2b fahamkan perasaannya?


Buat yang bertanya dan mengerti, terima kasih sebab faham. :)





p/s: Kerja bidang lain, boleh tambah ilmu. Bukankah ilmu Allah itu luas.


hormat?

as-salam










Mengadap skrin laptop beberapa ketika sebab tak tahu nak mulakan cerita macam mana. Haha.






Nak cerita tentang persiapan pernikahan memang tak ada perkembangan pun lagi. Nak cerita pasal DIY, enjin pulak belum panas-panas lagi. Hehe.



Sebenarnya saya rasa nak berkongsi satu rasa. Iaitu tentang perkataan hormat. Apa yang boleh saya cakap, kalau nak cari pasangan atau lebih tepat bakal suami, cari la yang kita boleh hormat pada dia. Hormat kat sini maksudnya bila kita dengan dia, kebarangkalian untuk kita melawan cakap dia atau nak jadi miss diktator tu hampir takde dalam diri kita.



Benda ni nampak remeh tapi sebenarnya sangat memberi kesan pada hubungan selepas bernikah nanti. Err memang la saya belum pun bernikah tapi ni pun berdasarkan pengalaman-pengalaman lepas jugak la. Tu sebab tiba-tiba dapat idea nak buat entry ini.



Saya sebenarnya seorang yang panas baran. Pantang orang buat silap sikit saya cepat nak hangin satu badan. Haha. Faktor mengikut acuan bapa mungkin. (;p) Tapi tu dulu. Yup. Alhamdulillah sekarang sifat tu boleh kira da takde dalam diri saya.







Mengenali EBS sewaktu saya praktikal dulu, saya rasa saya paling selamba berbanding student praktikal lain. Siap kau-aku lagi. Kutuk-kutuk dia depan-depan pun selalu jugak la. Haha. Tapi dalam hati sebenarnya rasa macam tak hormat la pulak pada dia kan. Yela da la dia lebih tua dari saya tapi saya selamba badak je buat camtu dekat dia. Tapi tu dulu la.



Lama-lama macam nak tukar panggilan nama tu pada panggilan yang lebih sopan tapi agak susah. Sedangkan abang kandung sendiri pun saya tak panggil abang. Haha. So sampai saya habis praktikal saya masih lagi panggil dia dengan nama je. Cuma panggilan kau-aku tu da bertukar jadi saya-awak la. Sopan sikit kan.



Eh kenapa saya masuk cerita pasal panggilan pulak. Kelaut pulak. Haha. Ampun..ampun..



Sebenarnya, dari duluuuuu lagi saya hormat gila pada EBS. Sebenarnya dari duluuuuu lagi saya malu nak kawan dengan EBS. Bagi saya, saya rasa macam saya ni budak jahat tapi dia budak baik. Rasa tak layak nak kawan dengan dia. Huhu. Dengan penampilan dia dekat tempat kerja. Macam imam muda. *pengsan* Haha. Saya pulak da la macam kepala masuk air. Huhu..



Sebelum EBS lamar saya dulu, saya pernah terlintas dalam hati. Rasa tak layak nak kawan dengan orang baik-baik ni. Rasa takut kalau tiba-tiba ada hati pada EBS waktu tu. Ditambah pula waktu tu saya masih dengan ex saya. Ok la tak curang pun. Masih setia dengan ex saya masa tu. Tapi ditakdirkan, setelah apa yang berlaku pada hubungan saya yang lepas, EBS muncul sebagai lelaki yang melamar saya. Saya? *pengsan lagi* Haha..



Tapi syukur la. Sebab lelaki yang melamar saya ini adalah lelaki saya hormat. Hormat dalam erti kata lain, saya boleh terima teguran dan nasihat dia dengan berlapang dada. Takde la nak bantah ke, lawan cakap ke. Nak bandingkan dengan hubungan saya yang sebelum ni, hehe. Jauh beza sangat perangai saya. Mungkin faktor usia turut memainkan peranan dalam hal ni. Rasanya la..



Owh ya, cerita saya ni lebih fokus pada hormat seorang perempuan kepada lelaki. Tapi sebenarnya saya nak tekankan tentang hormat lelaki kepada perempuan juga. Kira dalam masa yang sama kita sebagai perempuan pun kena la cari pasangan yang boleh menghormati diri kita sebagai seorang perempuan. Betul tak?



Perkataan hormat ni mungkin nampak remeh bagi sesetengah orang. Tapi percayalah, sekadar cinta je tak cukup ok. Ada sesetengah pasangan belum apa-apa lagi da boleh naik tangan kat muka, da boleh buat macam-macam mengalahkan mak ayah kita pula. Yang tu kalau benda elok takpe la kan. Tapi kalau yang memudaratkan kita tak rasa takut ke kalau benda tu berlarutan bila da bernikah nanti? *gulp*



Apa-apa pun, tanya la pada diri kita sendiri kenapa kita pilih dia sebagai bakal suami kita? Sebab harta? Rupa? Keturunan? Diri dia sendiri? Agamanya? Atau cinta semata-mata? 



Semoga hidup kita dan bakal pasangan hidup kita diberkati dan diredhai Allah. Ameen..






p/s: just my 2 cents ^^

p/s/s: entry ni da lama taip tapi tersimpan dalam draft je. hihi


June 22, 2011

da mula tak lena tidur

Salam.


Situasi Cik Anis dua tiga menjak kebelakangan ni;


TAK LENA TIDUR!!!


waaaaaaa....


Gaya macam la tarikh nikah da dekat kan. Padahal lambat lagi kot.


Ni entah simptom apa entah.


Tidur kejap, terbangun. Tidur kejap, terbangun.


Serius Cik Anis pun rasa pelik.


Tak lena tidur mengalahkan orang yang da dekat nak nikah. Hehe.


Harap semuanya ok la kan.


Dipermudahkan Allah dalam segalanya.


InsyaAllah.



Eh tahu tak, dua tiga menjak kebelakangan ni juga kan, Cik Anis mudah sangat tersentuh bila tengok video nikah mantan-mantan b2b. 


Asal tengok video mana-mana mantan b2b mesti tak sedar air mata bergenang tak pun da mengalir pun. Sob sob.


Debar-debar la.


(>__<)


wordless wednesday


Salam~



sebahagian darinya





hakikatnya ada 23 gulung reben nak dikerjakan








potong-potong dan letak dalam kotak kasut

pasni nak simpul jadikan bentuk reben pulak.


chaiyok! chaiyok! Cik Anis!

^_^



p/s: adakah projek DIY Cik Anis da nak bermula? Jeng jeng jeng...



June 21, 2011

sekitar walimah sepupu

Salam.


Sebenarnya wedding sepupu Cik Anis ni da lama sangat langsung nya. Hujung tahun lepas kot. Haha.


Tapi waktu tu blog 2hati-jadi1 ni belum tercipta pun lagi.


Hari tu waktu belek-belek semula folder album majlis walimah sepupu Cik Anis ni, terfikir pulak, why not masukkan dalam blog kan. Boleh juga share dengan b2b lain.


Kita tengok gambar je la ek. Nak cerita panjang lebar pun, Cik Anis tak terlibat sangat dalam persiapan diorang. Datang sebagai tetamu je. Hehe.







posing lepas sah menjadi puan





encik suami sepupu Cik Anis





the dais
tema majlis sepupu Cik Anis ni hitam-putih





from bride to groom
9 dulang




from groom to bride
7 dulang




berarak untuk resepsi
suami sepupu Cik Anis ni polis tu yang sanding pakai uniform





pengapit tu sepupu Cik Anis juga. Suami isteri.





Lastly, Cik Anis menyelit di tengah-tengah mereka. Hehe.




Majlis walimah ni berlangsung dekat JB.
Kos untuk keseluruhan majlis ni sekitar RM15 ribu.
Kira berbaloi juga la kan. Pelamin smart, baju cun, mekap lawa, makanan sedap.
Dekat JB kalau dapat kos majlis kurang RM20 ribu memang kira jimat la. Tahu je la JB tu kos sara hidup adalah sangat tinggi. Kalah KL. Huhu.



Ok tu je perkongsian Cik Anis kali ni.


Daa~







June 20, 2011

survey-mensurvey

Salam.


Macam mana weekend anda?


Cik Anis macam biasa la hari sabtu half day kerja lepas tu baru free. Huhu.


Sabtu lepas habis kerja Cik Anis dan EBS ke jemputan walimah kakak kawan kami.


Tema mereka pun purple juga. Cantik nyeeee.... Hee.


Selesai ke jemputan, Cik Anis dan EBS jemput adik Cik Anis dekat rumah pula lepas tu kami bertiga ke Kluang Mall dengan niat nak membuang masa. Haha. Tak la. Sebenarnya EBS hantar motor dia pergi servis so sementara tunggu motor dia siap, dia ikut la Cik Anis dan adik jalan-jalan cuci mata dekat shopping complex sekejap.


Sampai je dekat Kluang Mall memang masing-masing blur tak tahu nak buat apa. Sudahnya Cik Anis dan EBS survey barang hantaran kami je la. Hehe.


Oh, survey barang hantaran je memang buat kita tak sedar masa yang berlalu. Tu belum nak beli lagi. Kalau nak beli rasanya tak sedar kedai da nak tutup kot. Haha.


Antara yang da selamat kami survey dan tinggal tunggu masa nak beli je adalah perfume untuk Cik Anis dengan set kemeja dan slack untuk EBS. Yeay! Tak sabarnya nak beli. 


Hari tu Cik Anis terus nak belikan set kemeja dan slack untuk EBS dia pulak tak bagi beli sekarang. So terpendam je la hasrat nak beli hantaran cepat-cepat kan. Orang tak nak buat kerja last minute tapi takpelah ikut je cakap EBS tu. Huhu.


Cik Anis teruja sebenarnya bila pergi survey barang hantaran dengan EBS. Hehe. Yela kami bukan jumpa selalu pun kan. Bila jumpa macam ni dan pergi uruskan beberapa hal berkaitan walimah kami mesti la hati bunga-bunga kan. Hihi.



June 17, 2011

Soalan: selalu dating kat mana?

Salam.


Cik Anis selalu juga dapat soalan macam tajuk entry ni. Hurm. Perlu ke Cik Anis jawab Cik Anis dating kat mana? Huhu.


Walaupun orang yang bertanya tu tak tahu akan kewujudan blog 2hati-jadi1 ni, tapi Cik Anis lebih selesa menjawab panjang lebar pertanyaan dia dekat sini. Hehe. Kira halal la.








Ok la, sejujurnya, Cik Anis pun bukan la baik mana. Masih banyak kekurangan dalam diri ni. Jalan perubahan diri Cik Anis masih lagi dalam proses. Bukan la da 100% Cik Anis berubah dari sifat/sikap Cik Anis yang dulu.


Menjawab soalan si penanya ni, Cik Anis dan EBS tak pernah dating. Yup itulah hakikatnya. Tapi bila Cik Anis jawab macam tu pada dia, dia buat muka. Tak percaya dengan jawapan Cik Anis. Huhu.


Tempat kerja EBS memang dekat sangat dengan rumah Cik Anis, dalam 10 minit sampai da. Tapi kami bukan la jumpa tiap-tiap masa. Hujung minggu pun bukan la kami keluar pun. Masing-masing bermalas-malasan dekat rumah sendiri je.


Kalau Cik Anis dan EBS keluar atau berjumpa pun, biasanya ada orang lain. Ada masa, adik Cik Anis akan ikut, ada masa pulak emak, kak ngah atau adik EBS akan ikut. [depend pada aktiviti yang kami lakukan] Kalau perjumpaan ni boleh dikira sebagai dating, so kira ni la dating kami kot.


Keluar berdua?

Tipu la kalau tak pernah kan. Waktu EBS nak ke interview masa awal bulan 2 hari tu, Cik Anis yang hantar dia ke stesen ktm. Dan waktu Cik Anis menghadiri interview di JB bulan 3 hari tu pulak, EBS la yang teman Cik Anis ke sana. Ni boleh kira dating ke? Tak dapat dipastikan. Huhu. Owh kami pernah juga berdua ke jemputan walimah beberapa kawan EBS. Adakah ini juga dikira sebagai dating?


Cik Anis buat entry ni bukan nak tunjuk baik atau apa, Cik Anis da tulis awal-awal tadi, Cik Anis pun tak baik mana kan. Cuma bagi Cik Anis takde la pelik mana kalau tak dating. Dalam erti kata lain, tak pergi shopping complex berdua, tak pergi tengok wayang ke, makan-makan ke. Tak berjumpa untuk tempoh masa panjang pun takde la pelik mana walaupun kami dekat je. Hehe. Tapi pelik pulak bagi orang sekeliling. Huhu.


Dulu Cik Anis da rasa semua, waktu jahiliah dulu da puas habiskan masa dekat shopping complex, pergi tengok wayang, pergi karaoke la. Balik tengah malam pun da rasa. Tapi manusia boleh berubah kan? Alhamdulillah sekarang da tak sejahiliah dulu. Dulu rasa jauh sangat dengan hidayah Allah. Tapi sikit-sikit Allah jentik hati ni suruh berubah. Maka, ini la Cik Anis. Seorang yang masih dalam proses menjadi seorang yang terbaik untuk keluarga dan suami. InsyaAllah.


So agaknya kalau lepas ni dapat soalan macam ni, mungkin Cik Anis akan jawab macam ni:

"Kami dating dekat kenduri walimah orang, dating masa otw nak ke interview, dating dengan keluarga juga"

Ok kan? Haha.


Cik Anis tak terkilan pun tak dapat dating ni. Sebab Cik Anis pun sekarang rasa lebih suka habiskan masa dekat rumah je. Fikirkan persiapan majlis walimah kami nanti. EBS pun bukan la jenis suka keluar tak tentu hala. So tak perlu dating pun. Takde kepentingan. Huhu. 


Aktiviti zaman jahiliah banyak yang Cik Anis da tinggalkan. Dulu kaki karaoke tapi sekarang tak la. EBS tak bagi buat da. Suara tu kan aurat wanita. So sendiri faham la kan. EBS cakap sikit je selebihnya Cik Anis fikir la sendiri. Hehe.


Syukur juga kawan-kawan Cik Anis ramai yang memahami situasi Cik Anis sekarang ni. Yang mana pernah ajak Cik Anis karaoke semua sanggup tukar aktiviti lain semata-mata demi menghormati permintaan Cik Anis. Terima kasih kawan-kawan semua. Sayang korang ketat-ketat!!!


Kalau ada yang kata Cik Anis nak tunjuk baik atau apa sekali pun, itu terpulang la. Cik Anis taip entry ni sekadar nak lepaskan apa yang tersimpan dalam hati.  ^_^




June 16, 2011

walimah kak ngah EBS: corat-coret sepanjang majlis

Salam.


Mungkin ini adalah entry penutup untuk review majlis walimah kak ngah EBS. Rasanya semua Cik Anis da kongsikan. Buat entry depend pada gambar kan. Rasa hampir semua gambar Cik Anis da tepek dalam blog ni. Hehe.


Sebagai penutup review majlis walimah ni Cik Anis nak coretkan beberapa perkara yang mungkin boleh Cik Anis simpan sebagai kenang-kenangan dalam blog 2hati-jadi1 ni.


  1. Pagi hari nikah [jumaat] Cik Anis sampai je terus masuk bilik FMIL. Boleh? Haha. Takdenya nak cari EBS ke apa. Pape hal cari FMIL dulu. Tu yang jadi bidan terjun kena gubah hantaran gula-gula sampai siap. Hee. 
  2. Pagi hari nikah tu agak kelam kabut sikit suasana dekat rumah EBS. Yela salah satunya sebab hantaran gula-gula tu tak siap lagi kan. FMIL pun tak sempat nak bersiap sebab kena ngadap hantaran tu je. Akhirnya Cik Anis volunteer nak siapkan hantaran gula-gula tu sorang-sorang sebab kesian tengok FMIL da kelam kabut kan. Takde pengalaman buat hantaran tapi ok la as a newbie kan. Hehe.
  3. Tengah hari sementara tunggu waktu nak ke masjid [bagi lelaki], Cik Anis, bakal biras dan adik beradik EBS semua lepak depan TV sambil makan aiskrim. Waktu tu macam takde apa-apa je dekat rumah tu kan. Memang santai sangat. Nak manja-manja pun boleh. Haha. [gatal ;p] 
  4. Sementara yang lelaki ke masjid, Cik Anis dan bakal biras ambik kesempatan qada tidur dalam bilik EBS. Sebab bilik tu je kosong. Haha. Nekad je la.  
  5. Pagi sabtu pulak, Cik Anis sampai rumah EBS dalam pukul 9. EBS pun tak mandi lagi. Haha. Nak tolong buat kerja pun semua nya da siap. Cik Anis duduk berborak dengan makcik-makcik EBS je la pagi tu. Tak tahan gelak je borak dengan diorang.   
  6. Habis lepak dengan makcik-makcik, lepak pulak dengan adik-beradik EBS dekat tengah rumah. [Sebab tetamu da mula penuh dekat ruang tamu] Part ni pun tak tahan gelak je. Adik-beradik EBS ni kuat membahan jugak. Haha.
  7. Bila da tak tahu nak buat apa, end up mengekor EBS ke pekan yong peng sebab nak beli plastik alas meja. Ikut je la sebab tak tahu nak buat apa da. Hehe. 
  8. Sementara kak ngah bersiap, Cik Anis jadi guard depan pintu bilik beliau sebab tetamu yang datang asyik tanya je mana bilik pengantin. Cik Anis la penunjuk jalannya. Hehe.  
  9. Sepupu EBS yang kecik-kecik semua mula rapat dengan Cik Anis. Sikit-sikit panggil..sikit-sikit panggil. Layankan je la. Seronok layan budak-budak ni. Hehe.  
  10. Adik perempuan EBS yang 2nd last mula mengorek cerita perkenalan Cik Anis dengan EBS dan perkenalan bakal biras dengan bakal adik ipar. Comel je. ;)  
  11. Sepanjang berada dekat rumah EBS memang mengumpul soalan-soalan ni je la; "Anak siapa ni?", "Yang ni bakal nya yang mana satu, adik ke abang?", "Owh ni la uda punya bakal eh?" dan macam-macam soalan lagi yang membawa maksud yang sama. Malu nak jawab, sudahnya Cik Anis senyum je la. Bakal biras pun macam tu jugak. Huhu. 
  12. Kena sakat dengan makcik-makcik EBS pun redha je. Nasib ada geng dengan bakal biras kan. Sama-sama kebal bila kena sakat. Haha.
  13. Ada sesetengah makcik yang keliru antara Cik Anis dan bakal biras siapa pasangannya [yang mana untuk EBS, yang mana untuk adik EBS]. Sampai tertukar-tukar pasangan bila diorang bercakap dengan kami. Penat Cik Anis dan bakal biras betulkan ke-ter-sasulan diorang. Haha. 
  14. Suasana gamat waktu FFIL Cik Anis nak menepung tawar pengantin. Maklum lah pengalaman pertama kan. Memang lawak betul ayah EBS ni. Ada je lawak beliau atas pelamin tu. Semua yang beliau nak buat beliau komen-komen dulu. Comel je. Hehe.
  15. Selepas EBS menepung tawar pengantin, sepatutnya EBS yang cium tangan pengantin sebab yang kahwin tu kan kak ngah EBS tapi pengantin lelaki nervous sangat sampaikan dia pulak yang cium tangan EBS. Semua pakat gelak. Haha.  
  16. Cuaca sepanjang majlis Alhamdulillah cerah. Tapi bila selesai je majlis memang hujan mencurah-curah sampaikan Cik Anis nak balik pun kena tunggu hujan reda dulu. Hujan memang lebat sangat-sangat petang sabtu tu. 
  17. FMIL bekalkan macam-macam waktu Cik Anis nak balik. Alhamdulillah rezeki.
  18. Selesai kenduri Cik Anis mula sakit pinggang, sakit belakang, bengkak tangan dan macam-macam lagi. Pakej lengkap gitu kan. Hehe.
  19. Mengadakan majlis perkahwinan kali pertama dalam keluarga kalau ada kekurangan, kekalutan, kelam kabut tu biasa la kan. Nama pun pengalaman pertama. :)  
  20. Ok da tak tahu nak taip apa-apa. Bye.




:: Cik Anis otw nak balik Kluang petang majlis ::

Gigih sangat kan sambil drive nak ambik gambar bagai. Haha.

Jalan adalah jammed petang tu. Huhu.






June 15, 2011

wordless wednesday

Salam.



kononnya pre-wed photoshoot

meng-gedik sementara pengantin tengah ber-photoshoot

aksi spontan dua-dua cekak pinggang

kalau cakap ni gambar pertama diri sebelah EBS pulak boleh tak?

^_^


p/s: kami sama tinggi..hee


June 14, 2011

walimah kak ngah EBS: tudung nikah DIY

Salam.


Kali ni Cik Anis nak review tudung nikah DIY hasil tangan Cik Anis untuk kak ngah EBS.


Dua minggu sebelum nikah, kak ngah call Cik Anis minta tolong buatkan tudung dan inner syria untuk beliau. Sebab kak ngah tahu Cik Anis pernah buat bisnes tudung dan inner dari EBS. Huhu. Cik Anis ok je la sebab memang takde hal lain kan. Sempat je nak buatkan tudung untuk kak ngah.


Tudung yang Cik Anis DIY tu merupakan tudung syria sifon double layer dengan inner custom made rekaan Cik Anis.




Gambar kak ngah waktu nikah.

Inner tu bukan yang Cik Anis buat. Tu inner mak andam. Kak ngah kata waktu ni da kelam kabut tak sempat nak ambik inner yang Cik Anis buat dalam almari. Huhu. Outer tudung pulak tak nampak sebab masuk dalam baju.


Petang masa buat majlis khatam al-Quran, kak ngah pakai inner yang Cik Anis buat tapi Cik Anis pulak tak sempat ambik gambar sebab sibuk dekat dapur. Huhu.




Ini gambar nak makan beradab. Kak ngah re-use tudung nikah. Tapi tak nampak jelas layernya. Inner yang ni pun inner custom made Cik Anis jugak. Tapi waktu khatam al-Quran kak ngah pakai inner lagi satu. Ada dua jenis inner yang Cik Anis buatkan.



Untuk lebih jelas, Cik Anis letak gambar adik Cik Anis menggayakan tudung syria sifon double layer yang Cik Anis jahit.




Yang ni double layer red-black
Inner merah ni merupakan inner custom made rekaan Cik Anis.
Beza sikit dari inner syria dekat pasaran.


Kak ngah puas hati dengan tudung ni. [lega]
Tapi dia kecewa sikit dengan mak andam sebab kasar sangat masa cucuk peniti pada tudung tu. Habis urat kainnya tertarik-tarik. Sabar je la.




p/s: Ada sesiapa berminat dengan tudung dan inner rekaan Cik Anis ni? Hehe.



June 13, 2011

walimah kak ngah EBS: outdoor photoshoot

Salam.


Entry sambungan dari last week.

Hee. Maaf la yer kalau da ada yang muak dengan review yang tak habis-habis ni. ;p


Lepas je majlis sanding, EBS nak ajak kak ngah dan suami buat outdoor photoshoot. Tapi EBS pun tak buat keputusan lagi nak bawak ke mana kan. Last-last Cik Anis bagi idea pergi satu lorong pokok getah ni. 


Jalan ni kira macam jalan alternatif nak ke kawasan perumahan EBS la. Cik Anis first time lalu lorong ni masa keluar dengan EBS dan kak ngah ke pekan Yong Peng awal bulan 4 dulu masa nak hantar jahit baju nikah kak ngah. Masa lalu tu dalam hati da terlintas, 'Cantik kalau buat photoshoot dekat sini'


So impian tu direalisasikan untuk wedding kak ngah. Hehe.


Hasilnya~
Yang ni dari kamera cabuk Cik Anis je la. Gambar lagi cantik kena tunggu dari OP.




"Abang, ada semut"
[dialog rekaan semata-mata]




Suka gambar ni.
Soooo sweeeetttt~
^_^




"Sayang, you can dance"
[dialog rekaan semata-mata]

Yang ni gambar candid.




"Pokok getah ni da boleh toreh lagi ni"
Haha.




Gambar candid.
Kak ngah tak tahan nak gelak kena sakat dengan kitorang. Haha.




Ba Ba Cak.
Yang ni idea Cik Anis. Hehe.


Selesai dengan pokok getah, kami bergerak ke padang sekolah pulak.



Gambar candid.
Kak ngah tak tahan nak gelak lagi. Haha.




Aksi cium dahi setelah kena paksa dengan bakal-bakal adik ipar. [Cik Anis dan bakal biras]
Haha.


Sebenarnya ada macam-macam aksi lagi tapi kebanyakannya OP yang ambik. Cik Anis sibuk bagi arahan je. Hahh Cik Anis boleh jadi director untuk photoshoot tahu. Haha.


Kak ngah dan suami memang tahan je la kena ikut arahan Cik Anis kena posing macam mana. Hehe. Kena tunggu gambar dari OP ni. [tak sabar..hee]


Otw nak balik rumah, Cik Anis siap cakap dekat kak ngah, "Akak, maaf la dapat bakal-bakal adik ipar dua-dua kepala masuk air macam ni." Haha. Cik Anis dan bakal biras dua-dua membuli kak ngah dan suami je sepanjang photoshoot tu. Hee.


Tapi outdoor tak buat lama pun sebab waktu gerak dari rumah cuaca da mendung. Posing tak sampai setengah jam hujan da mula turun renyai-renyai. Huhu.




Gambar penutup entry kali ni, EBS sebagai pak andam terjun merangkap pembantu director. Boleh? Haha.



Erm..tak pasti ada lagi tak cerita-ceriti berkaitan majlis kak ngah ni. Kalau ada nanti ada la entry berbangkit lagi ek. Hee.


June 10, 2011

belajar menyintai

Salam.


Hari jumaat da pun hari ni.


Esok Cik Anis kena kerja lagi. Half day. Huhu.


Setakat hari ni Alhamdulillah banyak yang Cik Anis da belajar.


Bidang engineering adalah best!!!


No wonder dulu lepas spm Cik Anis banyak mohon kursus civil engineering. 
Tapi tak mendapat sokongan padu keluarga kan. 
Terpaksa tukar bidang IT. 
Walaupun IT pun mendapat bantahan juga. Hehe.
Tapi jodoh dengan engineering jugak nampak gayanya. Hehe.


Sekarang da mula tengok drawing/plan. 
Kena faham drawing. 
Kena tahu setiap projek yang tengah run. 
Kena tahu tender, quotation, yada yada yada. 
Macam-macam. 
Tapi Cik Anis suka. 
Macam sedang mencabar diri sendiri untuk hadapi semua tugas ni. 
Hehe.


Bulan 8 nanti ada satu lagi projek baru nak mula kerja. 
Cik Anis dapat turun site pulak. 
Wah teruja!!!
Tapi masa tu bulan puasa. 
Terus rasa lemah. 
Haha.




:: best tak ek turun site? ::



Bulan depan maybe dapat holiday fully sponsor by director. 
Ala dalam malaysia je. 
Tapi best la kan. 
Baru mula kerja da dapat join holiday company. 
Hehe.


Pastu nanti ada lagi sekali holiday. 
Tapi yang ni kalau tarikh nya dalam bulan puasa Cik Anis tak dapat la join. 
Huhu.



:: tak sabar tunggu yang ni. hehe ::




InsyaAllah ini adalah pilihan kerja yang tepat Cik Anis da pilih.
Dulu kan Cik Anis dalam dilema nak pilih antara dua kerja.
Harap ini adalah pilihan tepat!
InsyaAllah.



Happy weekend uolsss!!!



walimah kak ngah EBS: doorgift

Salam.

Masih berkaitan majlis walimah kak ngah EBS. Kali ni nak tunjuk sikit doorgift DIY hasil tangan FMIL Cik Anis.



Bakul DIY hasil tangan FMIL Cik Anis.
Hanya untuk VVIP - rombongan lelaki, saudara-mara dan bakal-bakal menantu. [;p]
Agak banyak juga FMIL Cik Anis anyam bakul ni. Buat sorang-sorang je tau. Best kan jadi suri rumah. Macam-macam boleh buat. Hehe.


Dalam bakul ni ada kerepek, kek, bunga telur dan gelas comel macam gambar bawah ni. 




Ok tu je untuk entry hari jumaat.

Entry outdoor photoshoot next week ek. Nak edit gambar dulu. Hee.

June 09, 2011

walimah kak ngah EBS: hantaran

Salam.


Kali ni Cik Anis review hantaran majlis kak ngah EBS pulak ok.


Jumlah hantaran adalah 9 berbalas 11 tapi Cik Anis pelik entah kenapa jumlah gambar tak sama dengan jumlah dulang hantaran. Rasa macam da ambik gambar setiap satu. Huhu.


Hantaran kak ngah adalah DIY daripada FMIL Cik Anis.
^_^


Hantaran perempuan kepada lelaki


1. Coklat dan gula-gula

Yang ni hantaran kontroversi. Haha. Sebabnya yang ni adalah hantaran DIY daripada 3 tangan; FMIL, bakal biras Cik Anis dan Cik Anis. Da akad nikah pun hantaran yang ni masih dalam proses penyiapan. Haha.





2. Tuala bersulam




3. Set wallet dan belt




4. Buah-buahan




5. Telur rebus dengan bakul DIY FMIL Cik Anis.

Bawah telur tu tak tahu ada apa. Tak sempat tengok. Hehe.




6. Set penjagaan diri




7. Sirih basikal? Haha.

Basikal ni beli waktu Cik Anis dan EBS keluar dengan FMIL bulan 3 hari tu.




8. Pulut kuning




9. Kemeja dan slack




10. Bunga rampai


Tiada gambar;

11. Kasut

Baru perasan bila tengok gambar hantaran set penjagaan diri tu. Huhu.




Hantaran lelaki kepada perempuan


1. Cincin dan mas kahwin RM23 [mas kahwin Johor RM22.50 je]




2. Telekung




3. Sirih junjung




4. Kain pasang




5. Tak dapat dipastikan apa sebab tak berapa jelas. Mungkin tuala tak pun kain pasang jugak.




6. Clucth dan kasut




7. Buah-buahan




8. Set perfume


Tiada gambar;

9. Kek




Ok tu je untuk entry kali ni. InsyaAllah ada lagi sikit review untuk wedding kak ngah EBS ni.
^_^