May 31, 2011

rindunya~

Salam.


Minggu ni da start cuti sekolah kan. Bererti minggu ni Cik Anis bukan lagi babysitter kepada Muhammad. Sob sob. Sedih sangat da tak jaga Muhammad lagi lepas ni. Hari jumaat lepas pun rasa berat hati je nak hantar Muhammad ke muka pintu bila ibu Muhammad sampai. Huhu.


Walaupun Cik Anis jadi pengasuh Muhammad hanya untuk lima minggu tapi da rasa sayanggggg sangat pada Muhammad. ;(






Muhammad suka hisap jari sebab gusi gatal nak tumbuh gigi lagi. 
Kalau dapat jari Cik Anis pun dia gigit jugak. 
Rasanya? Fuhh boleh bengkak jari kena gigit. Haha.






Jelir-jelir lidah bila kena agah. 
Gambar ni sementara tunggu EBS datang rumah waktu birthday beliau hari tu.







Muhammad akan buat muka takde perasaan kalau dia tahu orang nak ambil gambar dia.
Nak dapat muka macam ni memang kena ambil cepat-cepat. Hehe.







Sejak Cik Anis belikan Muhammad teether, asal bangun tidur je bagi dia teether ni. Hehe.
Gigit teether sambil layan Discovery Channel.
Sangat educated kan. Haha.







Menyusu sambil lena atas riba Cik Anis.
Muhammad da 9 bulan dan masih fully breastfeed lagi.







Budak tembam muka comot belum mandi.
Khayal bila bawa dia duduk atas buaian.







Salah satu favourite picture Cik Anis.
Senyuman paling lebar dari Muhammad.
^_^







Dan gambar terakhir pada hari terakhir Muhammad di rumah Cik Anis.
Gambar ni paling Cik Anis suka.
Suka sangat-sangat!!!





Rindu sangat pada budak tembam ni. Bukan Cik Anis je terasa lain bila minggu ni Muhammad da tak datang rumah, tapi ayah Cik Anis pun rasa lain. Siap cakap pada mak Cik Anis lagi; "Rindu pulak pada Muhammad." 


Semua orang dekat rumah ni rindu Muhammad. Sebab Muhammad sangat manja dengan semua orang dan tak takut dengan orang yang dia baru jumpa. Huu..rindunya~




May 29, 2011

jemputan walimah b2b: nolie

Salam.


Semalam Cik Anis dan EBS berkesempatan ke jemputan walimah b2b johor, Nolie dan pasangannya Fir. Yeay! Dapat jumpa Nolie depan mata. Hehe.


Kami gerak dari Kluang dalam pukul 12 camtu. Sebelum ke rumah Nolie, singgah Uitm Larkin dulu sebab nak menghantar barang-barang adik Cik Anis. Lepas tu baru menuju ke rumah Nolie.


Sebenarnya Cik Anis dengan EBS tak expert langsung jalan JB. Memang waktu nak ke rumah Nolie tu kira main redah je la. Berpandukan peta pada kad jemputan dan berpandukan pada google maps. Nasib tak sesat. Hehe.


Sampai rumah Nolie dalam pukul 2.15 macam tu, da dekat waktu Nolie nak sanding. So Cik Anis dengan EBS makan-makan dulu sementara tunggu rombongan Fir sampai. Owh kami duduk betul-betul dekat belakang Fir waktu beliau tengah tengok orang bersilat. Hehe.






Gambar 1st yang Cik Anis ambil. Masa ni nak tegur Nolie tapi Cik Anis malu-malu. Ambil gambar pun dari jauh je. Hehe.







Fir dan Nolie.

Maroon ni sangat cantik.

^_^



Lepas EBS push suruh Cik Anis pergi tegur Nolie, makanya Cik Anis pun datang la dekat dengan Nolie. Yeay! Nolie cam Cik Anis. Hehe.

Make-up Nolie sangat cantik. Suka tengok bulu mata Nolie. Cik Anis pulak yang kelip-kelip mata macam sendiri yang pakai bulu mata lentik tu. Haha.





Sebelum bergerak kita ambil satu gambar dulu. Yang sebelah Cik Anis tu adalah adik bongsu EBS yang ikut kami sekali.





Dapat dua doorgift.

Yummy!





Kek kukus ni sangat sedap. Bila gigit tu terasa lagi dia punya moist tu. Aaaa tak tahu la nak describe macam mana tapi sangat sedap dan teksturnya sangat best.



Ok ni je gambar yang sempat Cik Anis ambil sepanjang berada dekat majlis Nolie. Kita tunggu Nolie update blog pulak untuk tengok banyak-banyak gambar ek.



Buat Nolie dan Fir,
Selamat Pengantin Baru.
Semoga hubungan yang terbina ini diberkati Allah sentiasa.
Kekal bahagia hingga ke syurga.
Barakallah!!


Majlis Cik Anis dan EBS nanti mesti jemput kalian. Hehe.


Till then..daaa~


May 27, 2011

pakatan pinggan mangkuk??

Rentetan daripada operasi mengosongkan wardrobe Cik Anis hari tu.



Cik Anis kemas la bahagian letak lampu untuk meja solek Cik Anis. Well, takde lampu pun dalam tu. Nama bahagian je la untuk lampu. Hehe. Yang ada dalam bahagian tu adalah al-Quran lama. Lama sangat da rasanya al-Quran ni sebab da agak lunyai dan uzur keadaannya. Mungkin al-Quran arwah datuk Cik Anis. Selain itu ada juga buku-buku lama. Rasanya semua dalam tu milik arwah datuk Cik Anis la. Sebab Cik Anis memang tak pernah sentuh bahagian ni dari kecik lagi kot. Huhu.






Dalam pada kemas-kemas dekat bahagian tu Cik Anis terjumpa la satu surat ni. Rasa macam nak bedah surat ni jap. Hehe. (agaknya ni la sebab ambil masa sampai 3 jam nak kosongkan wardrobe tu kot. sibuk nak bergambar je. hehe)



Arwah datuk Cik Anis. Pejam celik pejam celik da dekat 15 tahun arwah datuk pergi. Al-fatihah untuk arwah.




Bahagian dalam sampul ni masih ada surat lagi. Hahh lagi la curious Cik Anis kita ni nak tahu apa isinya. Hehe. Cik Anis baca tajuk surat ni. Uiksss.. *terkesima* *macam nak gelak* *biar betik*





nampak tak?

mehh Cik Anis zoom bagi jelas.




nampak tak? nampak tak? hehe.



Tajuk surat ni adalah PENYUSUNAN SEMULA PAKATAN PINGAN MANGKUK


Pingan tu typing error tu. Sebenarnya Pinggan.


WOW! Ada rupanya pakatan pinggan mangkuk ek. Da macam bunyi pakatan parti pembangkang pulak. Hehe.



Sebenarnya kawasan perumahan Cik Anis ni sangat mementingkan amalan gotong-royong atau rewang. Selalunya bila ada apa-apa majlis yang akan berlangsung dalam kawasan perumahan Cik Anis ni, penduduk kampung akan bawa pinggan mangkuk dari rumah masing-masing bagi mencukupkan jumlah pinggan mangkuk yang nak digunakan dalam sesuatu majlis. Mungkin itu sebabnya wujud nama pakatan pinggan mangkuk ni kot. Hehe. Tapi sekarang takde da. Sekarang bila ada majlis, urusetia beli pinggan pakai buang je. Lebih senang. Tapi bab masak masih gotong-royong ramai-ramai. Teringat pula sambutan hari raya tahun lepas. Hehe.




Arwah datuk Cik Anis ni dulu antara orang kuat persatuan penduduk kawasan perumahan Cik Anis ni. Tu sebab arwah dapat surat jemputan ni. 




Tu je cerita Cik Anis dalam entry ni. Entry entah apa-apa je. Hehe.




p/s: surat ni bertarikh 31 Oktober 1992 kira-kira 19 tahun yang lalu. Surat ni sebaya dengan adik perempuan Cik Anis. Huhu.

May 26, 2011

Lelaki kurang senyum, pemalu lebih seksi di mata wanita



VANCOUVER: Jika anda seorang lelaki dan mahu memikat wanita, jangan terlalu banyak tersenyum, sebaliknya lebihkan termenung serta menunjukkan sifat kemalu-maluan.


Menurut kajian, wanita menganggap lelaki yang riang kurang daya tarikan seks berbanding lelaki memaparkan sikap berbangga atau membayangkan pernah berbuat salah.


Kajian Persatuan Psikologi Amerika itu - diterbitkan semalam dalam jurnal Emotion - menunjukkan lelaki gemar tersenyum kurang menarik pada pandangan wanita.


Profesor yang mengetuai kajian itu, Jessica Tracy, berkata bagi lelaki pula, wanita yang gemar tersenyum lebih menawan.


Bagaimanapun, kata Jessica, kumpulan pengkaji mengakui tidak pasti mengapa lelaki dan wanita memberikan reaksi berbeza terhadap senyuman.


“Bagi seorang lelaki, senyuman mungkin menampakkan sifat terlalu kewanitaan atau terdesak mahukan seks,” katanya.


Hasil kajian itu juga menghangatkan pandangan bahawa wanita lebih berminat kepada lelaki nakal.


Kata Jessica, kajian itu hanya melihat kepada reaksi awal terhadap daya tarikan seksual dan tidak mencadangkan lelaki supaya kurang senyum.


“Jika seseorang mahukan hubungan jangka panjang, banyak aspek lain diambil kira. - Reuters


sumber: harian metro


p/s: setuju atau tidak? ;)

menjaga nilai eksklusif

Salam.


Awal bulan Jun nanti insyaAllah kak ngah EBS akan melangsungkan pernikahannya. Cik Anis yang memegang title bakal ahli keluarga EBS ni telah pun menerima undangan daripada kak ngah EBS supaya dimestikan ada pada malam beliau nikah dan majlis resepsi keesokkan harinya. 


Cik Anis memang la seronok bila dapat jemputan camni kan. Lebih-lebih lagi bila dapat bagi sumbangan tenaga dan masa untuk majlis kak ngah EBS ni. Nanti majlis kami, kak ngah dan suami pula sumbang tenaga. Kira tolong-menolong la kan. Hehe.


Tapi Cik Anis dalam dilema sikit. Huhu.


Akad nikah kak ngah akan berlangsung waktu malam. Kak ngah siap request Cik Anis kena tidur yong peng malam kak ngah nikah tu. Cik Anis tak bagi jawapan pun lagi. Serba salah sebenarnya. Huhu.


Hari tu Cik Anis borak dengan mak Cik Anis pasal kak ngah EBS nak menikah ni. Pastu Cik Anis cakap kat mak yang Cik Anis akan ke yong peng pagi majlis resepsi tu dan stay sampai petang. Cik Anis tak cakap pun la pasal kak ngah suruh tidur sana tu.


Mak Cik Anis keberatan nak bagi Cik Anis stay sana lama-lama. Mak Cik Anis kata belum apa-apa lagi tak payah la tunjuk muka sangat dekat saudara mara EBS. Nanti masa nikah da tak surprise. Aaaaa...


Sekarang Cik Anis rasa tersepit dan serba salah. Apa yang mak Cik Anis kata tu betul juga sebab dalam fasa bertunang ni kena la jaga ke-eksklusif-an sebagai tunang kan. Tak boleh nak menonjol sangat lebih-lebih lagi pada saudara mara EBS. Tapi dalam masa yang sama Cik Anis nak sangat melibatkan diri dalam persiapan majlis kak ngah EBS ni. 


Nak stay satu hari masa hari majlis resepsi pun mak Cik Anis da keberatan nak bagi Cik Anis pergi inikan kalau Cik Anis cakap nak tidur sana kan. Memang lagi la tak boleh. Cik Anis pun segan nak tidur sana sebab EBS ramai adik-beradik lelaki. Malu la. Huhu. 


Kalau nak ulang-alik Kluang-Yong Peng malam majlis nikah tu pun tak mungkin la. Cik Anis kan rabun malam. Mana nampak jalan nak drive tengah malam tu kan. Huhu.


Mungkin terpaksa kecewakan kak ngah EBS dengan tidak menghadirkan diri di malam pernikahan beliau. Tapi insyaAllah Cik Anis akan sumbangkan tenaga dan masa waktu majlis resepsi nanti. Tak dapat tolong banyak, dapat tolong sikit pun memadai kan? ^_^









p/s: Waktu bakal biras Cik Anis datang Yong Peng hari tu pun kak ngah EBS, EBS dan bakal biras Cik Anis da ajak Cik Anis bermalam kat sana. Mujur masih ada kekuatan untuk menolak. Harap boleh kekalkan nilai eksklusif sebagai tunang sehingga hari kami bernikah nanti.




May 25, 2011

wedding theme: red-orange


Salam.


Gabungan dua warna garang untuk yang berani.








wedding dress

sila imagine warna putih tu adalah warna merah.
walla!
(kes tak jumpa lagi wedding dress red-orange)
;)




tak pun bridesmaid pakai red-orange, pengantin pakai putih je
wuuu~





centerpiece





doorgift





cake








wedding card







dais
yang ni asalnya tema merah-putih-hitam 
tapi sebab ada lampu oren kira masuk tema red-orange juga la kan
;)




pelamin yang ni ikut tema red-orange





guest table





deco dengan paper lantern red-orange




Cik Anis google gambar hantaran red-orange tak jumpa lagi yang buat tema ni.

Untuk b2b yang berani, boleh la ambil tema red-orange ni sebagai tema wedding anda nanti.

Mungkin boleh jadi yang pertama menggunakan tema ini?

;)


sumber: google





p/s: dapat idea gabungan warna ni masa tengah susun kain waktu mengemas. hehe

wordless wednesday



KENAPA COMEL SANGAT!!! >_<

**********

















xoxo



wordless wednesday




:: hadiah yang tak terusik ::



Cik Anis dapat mainan ni dari little cousin Cik Anis masa birthday Cik Anis yang ke-14 kot. Hehe. Tak buka pun sampai sekarang. Cik Anis jumpa semula mainan ni masa misi mengosongkan wardrobe hari tu. Tiba-tiba rasa nak main pondok-pondok pulak!
XD

May 24, 2011

dan bila ada yang bertanya lagi~

Salam.


Minggu lepas Cik Anis publish post ini.


Itu soalan yang Cik Anis terima daripada family Cik Anis.


Petang tadi pulak Cik Anis dapat soalan ni:


"Sekarang macam mana? Da banyak siap belum persiapan majlis kita?"


Haha. Ambik ko Cik Anis! EBS pulak da mula tanya progress persiapan majlis kami. Huhu.


Cik Anis seperti biasa hanya menjawab dengan sengihan je. Lalala. ;)


Lepas tu terus dapat ceramah free dari EBS. Huhu.


Entah la ek. Sejak jadi babysitter ni memang malas sangat-sangat nak mengadap kerja DIY. Penat jaga baby kot. Tu mood nak ber-DIY bagai hilang entah ke mana.


Minggu ni minggu last jadi babysitter Muhammad. Minggu depan da free harapnya Cik Anis boleh siapkan beberapa perkara. So lepas ni bila ada yang bertanya lagi boleh la tukar format jawapan kan. ;)


gurauan 18sx

Salam.




Tajuk tak boleh belah sungguh entry Cik Anis kali ni. Hehe.




Sekadar berkongsi pengalaman sendiri. Huhu.




B2b pernah tak mengalami situasi yang sama dengan Cik Anis?





Bila orang sekeliling yang tahu kita nak menamatkan zaman bujang dalam waktu terdekat ni, terus timbul gurauan-gurauan berbentuk 18sx. Bentuk gurauan yang macam mana tak perlu la Cik Anis ceritakan secara detail dalam blog ni. Maluuuuuu~  >.<















Walaupun umur da 23 tahun, tapi bila orang cakap macam tu depan kita secara terbuka macam, alamak mana nak letak muka ni?? Huhu.









i malu u~



May 23, 2011

tips pikat hati FMIL?

Salam.


Entry bagi memenuhi permintaan Kina. Hehe.


Kina, Anis tak pasti la apa yang Anis tulis ni tips yang sesuai ke tak tapi ni based on my experienced ok! ;)


Entry ni juga untuk kawan Cik Anis yang pernah tanya Cik Anis camne boleh rapat sangat dengan family EBS. ;)




**********************************************





^_^



Alhamdulillah sehingga ke hari ini, hubungan Cik Anis dengan family EBS sangat lancar. Dari adik beradik ke mak ayah EBS, Cik Anis selesa dengan mereka. Tapi sebagai perempuan kan, apa-apa hal mestilah kita lagi risau macam mana nak pikat hati FMIL. Kira FMIL merupakan fokus utama untuk kita ambil hati dia. Baru la boleh jadi menantu kesayangan. Tak gitu? Haha.


Cik Anis senaraikan 10 tips untuk pikat hati FMIL. Tips ni bukan dari mana-mana buku tau. Tapi daripada apa yang Cik Anis buat je. Hehe.





1. Jadi diri sendiri

Yang ni letak dekat no.1 sebab yang ni paling penting. Nak jumpa FMIL dan family bakal suami kena la jadi diri sendiri kan. Kalau tersipu-sipu sikit tu kira ok lagi la. Tapi jangan sampai jadi hipokrit pulak. Nanti da nikah baru nampak sikap sebenar yang sangat berbeza dengan sikap yang dilakonkan tu takut timbul masalah lain pula kan. Lagi pun jadi diri sendiri la best. Tak payah nak tunjuk perfect sangat sebab semua orang ada kekurangan masing-masing kan.





2. Kenali karakter FMIL

Point kedua pula, kita kena kenali karakter FMIL kita. Macam Cik Anis, Cik Anis kenali karakter FMIL daripada pertemuan pertama kami. Dari situ baru kita boleh tahu FMIL ni orangnya macam mana. Lepas tu baru boleh cari tips yang sesuai nak pikat hati beliau.


Macam mak EBS ni, beliau seorang suri rumah. Jadi boleh tahu la kan masanya banyak habis dekat rumah je. Tahu la juga rutin harian suri rumah macam mana kan. FMIL Cik Anis seorang yang talkative macam EBS. Berlawanan dengan Cik Anis yang lebih pendiam. Jadi kat sini kena pandai la nak susun ayat nak borak dengan FMIL. Hehe.


Part paling best, FMIL Cik Anis juga seorang yang suka ber-DIY. Hehe. Yang ni Cik Anis baru tahu je. Sebabnya untuk majlis kak ngah EBS nanti, hantaran dan doorgift untuk pihak lelaki akan dibuat oleh FMIL Cik Anis. Tak sabar tunggu hasilnya nanti.





3. Bawa buah tangan bila melawat walaupun ditegah

Yang ni standard la. Kalau baca tips kat mana-mana pun mesti ada punya la point buah tangan ni. Jadinya kalau nak pikat hati FMIL mahupun family bakal suami keseluruhannya, jangan lupa bawa buah tangan setiap kali datang melawat ye.


Kadang-kadang bila Cik Anis bawa buah tangan memang FMIL akan cakap tak payah la. Membazir je. Tapi Cik Anis tetap akan bawa buah tangan sebab tu menunjukkan kita memang teruja nak datang melawat FMIL dan family bakal suami kita.


Kat sini pun Cik Anis nampak rasionalnya waktu tunang tak payah menonjol sangat pada family bakal suami sebabnya bila sekali kita datang dengan buah tangan atau tidak, kehadiran kita tu macam lebih disambut daripada yang selalu tunjuk muka sampai keluar masuk rumah bakal mentua pun orang da tak ambil kisah. Huhu.





4. Kerjasama
Apa yang penting?

Kerjasama!!!!

Kerjasama antara b2b dan bakal suami adalah sangat membantu dalam proses nak pikat hati FMIL ni.

Macam dalam situasi Cik Anis, EBS banyak bagi kerjasama dalam merapatkan Cik Anis dengan FMIL sebab dia suka mengusik Cik Anis bila mana Cik Anis berkunjung ke rumah family EBS. Sebagai balasan, Cik Anis usik EBS bila FMIL mula nak kenakan EBS. Kira berpakat dengan FMIL la kan. Hehe. Part ni paling seronok la sebab boleh hentam EBS dengan sokongan FMIL. Haha.





5. Bawa jalan-jalan

FMIL kan seorang suri rumah, masa dia pun banyak habis dekat rumah je la kan. Cara lain nak pikat hati FMIL ni adalah dengan bawa dia keluar jalan-jalan. Hehe.


Seronok bila dapat tengok muka FMIL Cik Anis excited nak keluar dengan Cik Anis dan EBS. Waktu ni kami pergi survey barang hantaran sama-sama. Cik Anis pun excited kot. Da la keluar dengan FMIL, pergi survey barang hantaran pulak tu. Hehe. [entry]





6. Ringan tulang

Yang ni penting juga ni. Kalau nak markah lebih kan, ringan-ringan kan tulang bila datang rumah family bakal suami ye. Tak dapat tolong banyak, tolong la sikit-sikit. Asalkan tak nampak kita datang ni sebagai tetamu semata-mata. Kata nak jadi sebahagian daripada keluarga bakal suami kan, so ambil la bahagian bila FMIL tengah buat kerja ke, kita tolong la apa yang patut.


Macam sepanjang Cik Anis pernah datang rumah EBS, memang takde banyak kerja pun nak ditolong. Kerja paling senang je sekadar basuh pinggan. Haha. Tu pun mak EBS dok ulang banyak kali, tak payah basuh la tinggal je kat sinki tu. Tapi agak-agak la kan. Setakat basuh pinggan apa la sangat. Hehe.





7. Surprise

Cik Anis suka bagi kejutan pada orang. Selalunya EBS la. Tapi kalau buat pada FMIL pun seronok juga. Macam lawatan mengejut Cik Anis dalam entry ini


Cik Anis datang tiba-tiba. FMIL Cik Anis masa tu tengah sibuk varnish bakul DIY untuk majlis kak ngah EBS. Terus FMIL pot pet kat Cik Anis sebab datang tak btau dulu. Haha. Cik Anis pun selamba je la menjawab: "Alaa makcik, saya nak surprisekan makcik." Cool kan? Haha. 


Sebab FMIL da kelam kabut waktu Cik Anis sampai tu, sampai lupa nak bersalam-salaman sebab FMIL terus pot pet kat Cik Anis. Terus Cik Anis mencelah, "Mak Cik, salam la dulu." Cool kan? Haha. Lepas tu memang lebih pada gelak-gelak je la. Hehe.





8. Keluar berdua

Ada berani nak buat ni? Haha. Cik Anis pernah keluar berdua je dengan FMIL Cik Anis. Alaa bukan pergi jauh pun. Cuma pergi kedai depan jalan utama kawasan perumahan EBS je. Lepas tu jemput adik EBS balik sekolah. Tu je. Hehe. 


Tapi bila keluar berdua ni la boleh merapatkan lagi Cik Anis dengan FMIL sebab kami borak-borak berdua je sepanjang perjalanan tu. Feeling borak berdua tanpa orang lain dengar adalah berbeza. Boleh membantu merapatkan hubungan dengan FMIL juga. Hehe.


Sekarang pula Cik Anis tengah cari masa yang sesuai nak keluar berdua dengan kak ngah EBS pula. Lagi-lagi sebelum beliau jadi isteri orang lepas ni. Harap-harap ada la kesempatan. Cik Anis tak nak hampakan permintaan kak ngah EBS. Huhu.





9. Cari point nak borak

Cik Anis kan pendiam, jadi kena pandai cari point untuk hidupkan suasana. Macam sekarang ni senang la sebab point asal jumpa je memang pasal wed prep la kan. Masuk cerita wed prep ni satu hari pun tak habis. Hehe. Lagi-lagi sekarang family EBS tengah sibuk dengan wed prep untuk kak ngah EBS, so point untuk borak pasal wed prep ni memang tak habis la.


Tapi tak la setiap kali borak sibuk tanya pasal wed prep je kan. Kena ambil tahu juga tentang family members yang lain. Tanya la juga perkembangan adik-beradik bakal suami juga. Kata nak masuk dalam family bakal suami kan. Hehe.





10. Buat anak dia bahagia ^_^

Ibu mana tak bahagia bila anaknya bahagia. Betul tak? Jadinya bahagiakan anak beliau. Secara automatik hati FMIL pun terpikat. Hehe.



***********************************************


Rasanya ni je la kot tips yang Cik Anis ada. Ni apa yang Cik Anis buat la. Lain orang lain caranya nak pikat hati FMIL. Kalau FMIL seorang wanita bekerjaya mungkin caranya berbeza sikit kan. Kalau FMIL seorang pendiam pun cara nak pikat hatinya mungkin berbeza juga. Apa-apa pun terpulang pada b2b macam mana nak pikat hati FMIL anda. Nak jadi menantu kesayangan kena la pandai pikat hati FMIL. Takkan nak pikat hati bakal suami seorang je kan. Hehe.


May 22, 2011

wedding theme: turquoise-white



Salam.






hantaran





cake





wedding attire






bridesmaid





dais





i love the most
wuuu..cantekkk~
T_T


source: google




p/s: bukan wedding theme Cik Anis dan EBS tapi wedding theme kak ngah EBS nanti. Hehe.

p/s/s: kak ngah EBS peminat tegar warna biru ;)


May 20, 2011

pertunangan sepupu

Salam.


Aktiviti ahad lepas, 15 mei 2011.


Sepupu Cik Anis selamat menjadi tunangan orang. Hehe. Nak cerita panjang macam malas. Makanya Cik Anis tepek gambar yang ada je la ek.





Saat cincin disarungkan




Selamat sudah




Sepupu Cik Anis ni sebaya dengan EBS. Hehe.




Hantaran dua-dua belah pihak
7 berbalas 9




Candid




Tradisi keluarga belah ayah Cik Anis. Kenduri biasanya hidang makanan atas dulang macam ni.




Kuih muih pelbagai warna. Banyak gila Cik Anis dan adik mengunyah hari ni. Haha.






Buat Kak Lin dan pasangan, semoga selamat naik ke jinjang pelamin hujung tahun ni.

Seronok Mak Uda Cik Anis hujung tahun ni dapat dua menantu terus sebab sepupu Cik Anis a.k.a adik Kak Lin ni pun akan bernikah hujung tahun ni jugak.






Selingan: Gambar curi sepupu kembar Cik Anis. Makin besar makin gojes. Huhu. Nak anak kembar nanti boleh tak? ;p





^_^