April 28, 2011

tak tahu la labu~

Salam semua.


Hurm~ Buat masa ni Cik Anis takde pape cerita wed-prep yang nak dikongsikan.


Perjalanan persiapan memang totally zero untuk beberapa minggu sudah ni.


Nak kata sibuk sangat tak juga cuma tiba-tiba rasa nak bermalas-malasan je pulak sekarang ni. Hehe.


Peratus persiapan setakat hari tu [minggu sebelum Cik Anis start malas], ada la dalam 18% camtu.


Minggu ni pulak sibuk dengan tugas babysitter. Lagi la tak terusik segala plan DIY Cik Anis.


Nak kena panaskan semula enjin DIY ni, karang dok malas-malas sentiasa habis semua plan lari dari schedule. Huhu.


Penutup entry ini Cik Anis sajikan dengan gambar baby Cik Anis. Bukan Cik Anis masa baby, tapi baby yang Cik Anis sedang jaga. Hehe.



Lepas puas mengamuk waktu mandi terus tertidur sampai tak sempat sarung baju.




Muhammad khayal dengan bukunya.




Haaa. Da perasan ada orang ambil gambar dia.





Terus nak terkam. Hehe.



^_^


p/s: bila buat entry pasal baby terus rasa macam bukan blog b2b da tapi blog ibu-ibu gitu. Haha.



April 25, 2011

Muhammad sayang~

Salam.


Hari pertama menjadi babysitter kepada Muhammad. Fuhhhh~


Pagi waktu Kak Lin hantar Muhammad semua macam under control je. Rasa macam takde masalah nak jaga sampai pukul 2. Sekali bila Cik Anis start mandikan Muhammad pukul 9 pagi tadi hahh hambik. Terus Muhammad mengeluarkan suara tangisan Ziana Zain dia. Huhu.


Mungkin sebab baru first day kan. Muhammad pun macam terkejut agaknya kena air dekat tempat baru. Kira lepas kena air tu baru dia tersedar agaknya yang dia bukan dekat rumah pengasuh asal dia. Huhu.


Hari pertama Cik Anis jadi babysitter ni, Cik Anis dapat lenguh-lenguh tangan uolllssss. Haha. Lenguh sangat sebab Muhammad asyik nak berdukung je. Asal letak je nangis. Nak tak nak memang kena dukung je la kan. Baby 8 bulan tahu je la beratnya berapa kan. =.='


Tapi yang bagusnya tentang Muhammad adalah dia akan diam apabila kita baca zikir ke, selawat ke. Sangat behave. Nak mengelakkan dia menangis Cik Anis buka la astro oasis biar dia dengar selawat dan doa waktu nak masuk zohor tadi. Hehe.


Esok kena teruskan lagi. Cabaran menjadi babysitter. Chaiyok! Chaiyok! Cik Anis! ^_^









Muhammad tidur lepas puas menangis. Huhu.



bidan terjun

Salam semua.



Rajin kan Cik Anis tiba-tiba je update blog tengah malam macam ni. Hehe.



Cik Anis baru je balik daripada sambutan maulidur rasul anjuran tempat kerja EBS. Cik Anis dapat tahu ada sambutan maulid nabi ni pun pagi tadi. Da kebetulan malam ni Cik Anis takde apa-apa agenda lain so boleh je la join sambut sekali kan. Cik Anis pun tak tahu siapa penceramah yang dijemput. Cik Anis ingatkan ustaz sekitar Kluang ni je. Sekali bila da sampai dekat tapak majlis rupa-rupanya penceramah yang dijemput adalah Ustazah Siti Nor Bahyah!!!






Wah. Agak teruja juga sebab dapat tengok beliau dan suami secara live macam ni. Walaupun tengok dari jauh je la. Hehe. Rupa-rupanya ustaz dan ustazah ni da ada cucu berumur 3 tahun. Cik Anis baru tahu. Huhu.





Tapi tu bukan la perkara utama Cik Anis update blog tengah malam ni. Sebenarnya ada benda lain nak share. 







Waktu tengah dengar ceramah tadi tiba-tiba Cik Anis dapat panggilan telefon. Tengok-tengok rupanya Kak Lin, kakak usrah Cik Anis. Pelik juga sebab tiba-tiba je call kan. Tapi sebab suasana kat tapak majlis tadi agak bising jadinya kami ber-sms je la. Tahu apa beliau suruh Cik Anis buat??? 











Kak Lin minta tolong Cik Anis jadi babysitter untuk Muhammad anak beliau!!!!


OMG..Cik Anis nervous juga ni tiba-tiba kena jadi bidan terjun jadi pengasuh baby. Tak berapa ada pengalaman. Dulu waktu sepupu Cik Anis kecik Cik Anis jaga la juga tapi ada bantuan bibik. Kali ni kena jaga sendiri. Agak cuak juga. Lagi-lagi anak orang luar kan. Huhu. Tapi harapnya Allah permudahkan Cik Anis nak menjaga Muhammad. Muhammad ni sangat comel. Pipi gebu sangat. 


Cik Anis kena jadi pengasuh Muhammad pun sebab pengasuh asal Muhammad masuk wad siang tadi sebab nak bersalin. Jadi Kak Lin kena la cari pengasuh sementara untuk anak beliau. Cik Anis start jaga Muhammad mulai esok sampai cuti sekolah nanti. Kira-kira 6 minggu juga.







Harap Allah permudahkan proses Cik Anis nak menjaga Muhammad. Cik Anis anggap tugas ni macam kursus pendek sebelum jadi ibu buat anak-anak sendiri nanti. ^_^


Muhammad anak baik, esok ibu Anis jaga Muhammad sayang eh. ^_^




April 22, 2011

harapan




Salam.


Setiap orang ada harapan tersendiri kan?


Cik Anis pun ada harapan juga.


Kalau ada rezeki, harapnya dapat la.


Kalau Allah da tentukan di situ tempatnya, Cik Anis terima je.


Dengan senang hati.


Doakan Cik Anis ye.





^_^




April 21, 2011

sepatutnya..

Salam.


Sepatutnya kan,
blog 2hati-jadi1 ni adalah wedding journal Cik Anis dan EBS..
sepatutnya la kan..
hehe..


Tapi rasa-rasanya macam akan jadi blog carca-marba lak lepas ni..
sebab rasa macam semua benda berkaitan life pun nak coret kat sini..
nak buat blog lain rasa malas pula nak jaga banyak-banyak blog..


Kalau blog ni da jadi carca-marba harap-harap masih ada yang sudi baca la ek..
*risau*


Sebab suka sangat menulis jadi rasa tak boleh kalau tak menulis..
Walaupun apa yang Cik Anis nak tulis tu mungkin takde kaitan dengan hal nikah kahwin ni..
Hee..


^_^



April 20, 2011

kolej matrikulasi selangor

Salam.



Adehh penat lagi ni. Cik Anis dan mak ayah baru je balik dari ambil adik perempuan Cik Anis dekat matrik banting. Nak mengangkut segala harta benda aida dekat sana. Fuhhh. Menguji kekuatan betul. Teringat pula zaman Cik Anis masuk matrik dan universiti dulu. Mak ngan aida la yang banyak tolong mengangkut barang Cik Anis yang membukit tu. Sekarang kira macam kena menurun pula kat adik Cik Anis. Hehe.





adik Cik Anis posing depan matrik dia





Yeay! Lepas ni Cik Anis da ada geng merangkap P.A Cik Anis sepenuh masa. Adik Cik Anis ni la yang akan dikerah untuk membantu Cik Anis uruskan persiapan majlis Cik Anis nanti. Hehe.




wordless wednesday


Salam.






Hehe. Sekadar hiburan di hari rabu.

Cik Anis jumpa dalam akhbar mingguan malaysia keluaran bulan mac lepas kalau tak silap.


^^

April 18, 2011

belajar tidur awal

Salam.

Cerita ringkas je kali ni. Masih bukan berkaitan persiapan majlis Cik Anis dan EBS. Hehe.


Seperti yang Cik Anis selalu beritahu dalam entry-entry lepas, Cik Anis masih belum bekerja lagi. Jadi macam biasa la rutin orang belum bekerja ni mana sama dengan rutin orang da bekerja kan. Rutin tidur Cik Anis pun semestinya tak sama dengan rutin mereka yang da bekerja. Hehe.


Rutin tidur Cik Anis setiap hari adalah sekitar 1.30 pagi atau 2 pagi. Ni da kira awal la kalau nak bandingkan dengan dulu. Kalau dulu pukul 3 pagi pun rasa macam baru pukul 10 malam. =.='


EBS pun tahu rutin tidur Cik Anis macam ni. Tapi dia memang takdenya la nak tidur lewat macam Cik Anis kan sebab EBS kan kerja pagi. Biasanya memang EBS tewas la bab tidur ni kalau lawan dengan Cik Anis. Selalunya dia yang tidur dulu. Hehe.


Nak dijadikan cerita, hari tu entah apa mimpi EBS, tiba-tiba mengeluarkan arahan mandatori kepada Cik Anis supaya belajar masuk tidur awal. Jangan online je sampai tengah malam. Uhuu. [groomzilla mode ke apa ni? ]


Hehe. Mula-mula rasa macam kelakar lak bila bab masuk tidur pukul berapa pun boleh jadi isu. Tapi EBS kata dia risau nanti takde seri waktu sanding. Haha. Baik la. Cik Anis akan menurut perintah. Mari la kita belajar tidur awal lepas ni ye. No more stay up till late night. Huuu~







^_^



p/s: jom tidur!! ;p


dear nadua and kayrul

Salam.


Sabtu lepas, 16hb April sepatutnya Cik Anis ke Batu Pahat untuk memenuhi jemputan walimah b2b Johor, Puan Nadua (wah puan da..hehe) tapi maaf ye Nadua, takde rezeki kita nak berjumpa. Huhu. Baru la excited gila nak berjumpa dengan b2b Johor ni kan tapi tu la takde rezeki. Sabtu lepas Cik Anis ada kerja yang memerlukan perhatian Cik Anis. Pasal ni nanti Cik Anis cerita dekat entry lain eh. 






gambar prewed Nadua dan Kayrul.
Sorry Nadua, Cik Anis copy tanpa kebenaran. Hee.





Buat Nadua dan Kayrul, Selamat Pengantin Baru. Semoga kekal bahagia selamanya. Barakallah!!!




InsyaAllah ada rezeki nanti next time kita berjumpa ye. Jumpa dekat majlis b2b lain atau pun majlis Cik Anis nanti ke. Hehe.

April 15, 2011

catalyst virgin coconut oil



Minggu lepas sewaktu blogwalking ke blog b2b dan ex-b2b, Cik Anis terbaca tentang pengalaman ex-b2b yang sebaya dengan Cik Anis iaitu Hajar menggunakan catalyst virgin coconut oil. Cik Anis pun ada masalah period cycle macam Hajar juga la. Da macam-macam ubat juga Cik Anis cuba end up macam fedup nak cari penawar lagi. Tapi lepas baca pengalaman Hajar dengan catalyst vco ni Cik Anis terasa macam nak cuba juga la. Mana tahu dengan izin Allah masalah Cik Anis ni berjaya diatasi kan.

Mula-mula Hajar offer nak belikan dari kawan pejabat beliau tapi Cik Anis terlebih dulu da order online kat blog lain waktu tu. Hehe. Lain kali boleh beli kat Hajar pulak. ^^












Mula-mula Cik Anis order jenis liquid tapi stok da habis pula jadinya Cik Anis minta tukar dengan jenis softgel. Sabtu lepas baru Cik Anis dapat parcel ni. Hari tu juga terus mula makan. Setakat hari ni Cik Anis tak rasa apa-apa perubahan la. Cuma rasa macam kerap mengantuk pulak 2-3 hari kebelakangan ni. Tak tahu la tu memang simptom makan vco ni atau tak kan. Lagi satu hari ke-empat penggunaan vco ni Cik Anis perasan bila buang air tu macam ada bau ubat. Korang yang makan vco ni ada alami apa yang Cik Anis alami ni tak? Sebab Cik Anis takde ambil apa-apa ubat lain sekarang ni. Cuma makan vco ni je. Huhu. Ke tu tandanya toksin dalam badan sedang dinyahkan ek? 




Kat sini Cik Anis senaraikan antara kebaikan dan khasiat vco ni.



Kecantikan luaran:


  • Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik
  • Menghasilkan tenaga segera
  • Jika disapu, ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk mengurangkan infeksi, mencegah garis-garis halus
  • Mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dermatitis
  • Melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet



Kesihatan dalaman:


  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental
  • Memperbaiki percernaan dan penyerapan vitamin-vitamin dan asid amino
  • Melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetis
  • Mengurangkan stress pada pankreas dan sistem-sistem enzim tubuh
  • Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium untuk tulang dan gigi yang kuat. Ia juga melindungi diri dari serangan osteoprosis
  • Mencegah risiko sakit jantung
  • Mencegah atherosclerosis dan strok serta membantu menurunkan darah tinggi




Penggunaan vco ni pun ada memberikan kesan segera selepas penggunaan antaranya:


  • Melegakan pernafasan - mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong
  • Melawaskan pembuangan air besar dan air kecil - menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tak lawas serta membuang toksin melalui najis.
  • Meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh - vco akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan menjadikan badan lebih bertenaga
  • Mengurangkan keadaan mudah lapar
  • Mengurangkan kandungan lemak badan
  • Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi
  • Mempercepat penggantian sel-sel mati dengan yang baru





Macam-macam kebaikan dan khasiat vco ni kan. Kepada b2b atau sesiapa pun yang nak mencuba vco ni sila-sila la beli ya. Satu botol ni ada 60 softgel untuk penggunaan satu bulan. Murah je. Cuma rm39.90. Jenis liquid pun harganya sama. Selamat mencuba. Owh, Cik Anis bukan stokis mahupun agen. Sekadar sharing the info. Hehe.


p/s: kebaikan lain vco ni adalah memudahkan proses untuk bersalin. Bak kata mak Cik Anis. ^_^
p/s/s: lets pray for Hajar's little H. Dear, semoga semuanya selamat ye. Little H pasti kuat!!!

April 14, 2011

membesar bagaikan juara

salam semua..



Cik Anis dalam dilema ni. Eceh dilema la sangat. Hehe.



Sebenarnya macam ni, Cik Anis sebenarnya kan da lama tinggalkan tabiat minum susu setiap pagi dan malam. Huhu. Kalau dulu Cik Anis selalu amalkan minum susu segar setiap hari. Tapi habit ni da agak lama Cik Anis tinggalkan. Sejak peti ais dekat rumah ni rosak kejap hari tu. Sebab takde tempat nak simpan susu segar ni kan jadinya Cik Anis stop beli susu lepas tu sampai peti ais da repair pun Cik Anis tak beli lagi susu. Huhu. Ada la kira-kira sebulan lebih juga kot tak minum susu.



Macam sekarang ni pulak Cik Anis macam risau juga la sikit-sikit sebab rutin harian Cik Anis sekarang cuma minum air kosong je. Air manis memang jarang minum. Kalau buat milo ke selalunya Cik Anis buat milo-o je. Tak letak krimer sebab tak berapa suka. Cik Anis macam risau pula sebab takut kurang kalsium dalam badan. Yela sekadar minum air kosong je mana ada vitamin pun kan. Sekarang ni rasa macam nak kembalikan habit minum susu setiap hari. Yela umur da meningkat ni kena la alert sikit bab-bab kesihatan ni kan.


Agak-agak kan, susu apa yang best untuk Cik Anis minum ek? Cik Anis rasa nak beli susu tepung je lepas ni. Senang sikit sebab kalau simpan lama pun takde la jadi masam macam susu segar kan.



Cik Anis macam nak try minum anlene lepas ni tapi harga dia huhu.












Susu kambing pun elok juga sebab minuman Rasulullah kan. Tapi higoat ni agak mahal la juga bagi Cik Anis. Sekotak 15 sachet dalam RM36 camtu kot. Tak mampu rasanya buat masa sekarang ni.














Ke susu bawah ni je

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v




Minum nespray ok tak?

Hehe.

Harga agak berpatutan dari 2 susu dekat atas tu. Aishh da lama tak minum susu ni. Minum zaman kanak-kanak riang ribena dulu je kot. Hehe.






So rasanya susu mana yang patut Cik Anis minum sekarang??










p/s: EBS minum susu nespray sekarang ni. Tajuk entry tu adalah apa yang kawan EBS cakap kat EBS waktu EBS beritahu dia minum susu nespray. Haha.


April 13, 2011

wordless wednesday














menanti 20hb untuk dapatkan ini
cer teka apa??

^_^


April 11, 2011

kisah interview 2nd stage

Masih ingat dengan entry Cik Anis ke interview dua minggu lepas?



Ok ini adalah rentetan kisah interview 2nd stage Cik Anis hari tu. Baru ada kekuatan nak buka cerita. Huhu.



Hari rabu 23hb mac tu Cik Anis bertolak dari kluang lepas subuh ok. Dalam 6.15 pagi da gerak da sebab nak kena ke yong peng dulu jemput EBS untuk teman Cik Anis lagi. Thanks EBS sudi ambil cuti lagi. Hee. Jalan nak ke yong peng banyak takde lampu jalan. Cik Anis ni rabun malam, memang tak nampak jalan kalau drive dekat jalan takde lampu jalan ni. Tapi waktu tu tawakal je la. Hanya berpandukan lampu kenderaan depan je. Kalau depan takde kereta, Cik Anis tercari-cari la line jalan tu. Huhu.



Interview hari rabu tu start pukul 9 pagi dan Cik Anis sampai depan bangunan company tu betul-betul pukul 9. Hee. Jalan jammed u, tu pun nasib baik masih sempat lagi. Fuhh..



Interview hari tu ambil masa dekat 4 jam. Yup memang sangat lama. Yela swasta kan. Macam-macam la sikit interviewnya. Alhamdulillah interview untuk stage 2 tak la susah mana. Syukur juga sebab dalam 20 calon yang dipanggil untuk interview 1st stage hari isnin tu, Cik Anis antara top 5 yang dipanggil untuk 2nd stage interview ni. Dalam pukul 1 interview habis da. Manager company tu kata kalau dapat atau tidak, petang tu juga dia akan suruh PA dia call. Ok setel. Kesian kat EBS kena tunggu lama. Muka pun ketat je. Haha.



Habis interview kali ni kami terus balik kluang. Tapi macam biasa la kena singgah yong peng dulu kan. Hehe. Petang tu lepak-lepak jap kat rumah EBS then lepas asar baru Cik Anis gerak balik kluang. Tahu apa jadi??





















Cik Anis sampai depan pagar rumah, tak sempat nak belok masuk pagar rumah lagi ni, hp Cik Anis berbunyi. Jeng jeng jeng.





"Miss Haniza, congratulation u are accepted to join our company. Please bring bla bla bla...."





Cik Anis rasa nak melompat je waktu tu ok! Nasib baik la masa tu masih dalam kereta lagi. Hehe. Alhamdulillah rezeki. Dapat juga kerja akhirnya. Habis bercakap dengan PA tu, Cik Anis pun membelokkan kereta masuk ke garaj dengan senyuman lebar. Siapa la tak suka bila da lulus interview kan.



Tapi gembira tu tak berpanjangan pun. Sob3.




Masuk je dalam rumah, mak Cik Anis tanya dapat ke tak. Cik Anis jawab la dengan nada riang ria.

"Dapat! Kena buat passport lepas ni"

Bila ayah Cik Anis dengar je kena buat passport terus mak ayah Cik Anis tak percaya dengan company ni. Mula la mak ayah Cik Anis kata ni siap suruh buat passport apa semua ni nak jual dadah ke apa? =.='




Ok ini adalah tidak lawak. Memang itu lah tanggapan mak ayah Cik Anis. Dan2 tu juga ayah Cik Anis buat keputusan "Da, tak payah" Cuma tu je ayat yang ayah Cik Anis lontarkan. Huhu. Untuk melawan apa yang ayah Cik Anis da cakap tu memang tak la kan. Sebagai anak kena la dengar cakap orang tua. Walaupun masih ada kesempatan untuk Cik Anis jelaskan sebab kenapa company tu suruh buat passport tapi rasanya biar je la. Bukan rezeki kan.

Cik Anis hanya mampu masuk bilik dengan badan yang masih penat drive seharian, duduk termenung dan menangis. T_T


Nasib badan. 


Terus call EBS nak ngadu. Masa tu dengan hidung berair dok la sroot sroot waktu cakap dengan EBS. Da tak fikir apa da. Huhu. Malu pulak bila ingat semula. Tak pernah-pernah Cik Anis call EBS, tiba-tiba call terus nangis-nangis camtu. Huhu.




Dan sekarang ni, Cik Anis masih lagi memegang gelaran penganggur terhormat untuk 7 bulan berturut-turut. Sekian terima kasih.






Untuk memuaskan hati semua pihak dengan hati sendiri adalah sangat sukar. Tapi demi menghormati kedua ibu bapa, Cik Anis redha dengan apa yang berlaku ni. Pasti ada hikmah. Banyak hikmah sebenarnya. Sekarang Cik Anis hidup seperti biasa. Tiba-tiba rasa tak nak cari kerja da. Hehe.

April 10, 2011

Perkahwinan Yang Berkat Lebih Baik dari Kekal Sepanjang Hayat

entry ini di copy-paste sepenuhnya dari sini:  blog wanwma
kredit kepada empunya blog. =)

Seringkali kita mendengar ucapan ‘Selamat pengantin baru’, ‘Semoga kekal sepanjang hayat’ dan ‘Semoga bahagia ke anak cucu’. Ini adalah ucapan dan doa yang telah menjadi ikutan dan adat dalam masyarakat kita. Mungkin tidak ada apa-apa perkara yang salah yang kita perasan tentang hal ini. Tetapi sebenarnya terdapat banyak perkara yang bertentangan dengan ajaran Rasulullah.
Mari kita kembali kepada sejarah di zaman baginda,

Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata,
“Semoga berbahagia dan ramai anak.”
Mendengar yang demikian Aqil berkata,
“Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian.”
Mereka lalu bertanya,
“Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?”
Mereka lalu bertanya,
“Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?”
Aqil menjawab,
barakah2.jpg
(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.[1]
Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya,
“Apakah ini?”
Abdul Rahman r.a. menjawab,
“Saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma.”
Rasulullah s.a.w. bersabda,
barakah1.jpg
(semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash”[2]
Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata,
barakah3.jpg
(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)”[3]
Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan
“Semoga berbahagia dan banyak anak.”[4]
Dipetik dari Blog MyJodoh
Dari penerangan di atas, jelaslah kepada kita cara sebenar yang diajar oleh rasulullah untuk berdoa kepada pasangan pengantin. Mari kita susuli pula apakah yang terjadi dengan ucapan doa-doa yang salah. Kita berkata ‘semoga bahagia sehingga ke anak cucu’, tapi cuba fikir betul-betul, bagaimana selepas anak cucu? Adakah doa kita hanya untuk kebahagiaan mereka sehingga ke anak cucu sahaja?
Doa kedua yang agak popular, ‘Semoga kekal sepanjang hayat’, pernikahan kita adalah kerana Allah untuk bekalan di akhirat kelak. Jika berdoa semoga kekal hingga ke akhir hayat, bagaimana pula selepas akhir hayat? Apakah kebaikan perkahwinan yang kekal sehingga ke akhir hayat tetapi tiada keberkatan dalam perkahwinan tersebut? Apa akan terjadi jika pasangan suami isteri tersebut terpaksa berpisah kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan?
Masyarakat akan mula mengata, ahli keluarga sendiri akan merasa hina dan seumpamanya, padahal perpisahan yang berlaku itu adalah lebih baik dari meneruskan kehidupan mereka sebagai suami isteri. Apa yang kita mahukan dalam sebuah perkahwinan adalah keberkatan dan kebaikan. Seandainya musibah menimpa sehingga kita terpaksa berpisah, biarlah perpisahan itu dilakukan dengan baik dan ia tidak sesekali dipandang serong. Aturan Allah amat sempurna untuk kita. Ditemukan kita dengan pasangan suami atau isteri pertama untuk seketika, kemudian ditemukan pula dengan pasangan lain yang lebih sempurna.
Apa yang kita mahukan ialah sentiasa menjalani kehidupan yang berkat walau sesiapa pun pasangan kita. Siti Khadijah sendiri adalah seorang janda. Jika Allah tidak pisahkan Khadijah dengan bekas suaminya, bagaimana pula Siti Khadijah akan menjadi isteri manusia pertama paling sempurna dalam dunia ini?
Oleh itu, sentiasalah mengambil doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah dalam kehidupan kita. Jangan merekacipta doa-doa sendiri yang tidak punyai maksud yang baik.


p/s:  barakallah


April 07, 2011

cerita weekend

Weekend da nak datang lagi baru la Cik Anis nak update cerita weekend lepas. Almaklumlah mood nak mengarang tu menghilang sekejap lepas lama sangat tak online minggu lepas. Hehe. Weekend lepas Cik Anis agak padat juga la dengan aktiviti hidup. Penat juga bila dua-dua hari tak melekat dekat rumah. Huhu. 



Sabtu lepas saya memenuhi jemputan rakan sekolah saya untuk sama-sama ke usrah. Untuk tambah ilmu kan, saya pun tak sampai hati nak tolak sebab sebelum ni dia pernah ajak saya tapi saya terpaksa tolak sebab tak berapa sihat. Memandangkan kawan saya ni akan balik ke jakarta untuk sambung pengajian medic nya kat sana lepas ni makanya saya tak nak la lepaskan peluang berjumpa dan berusrah dengan beliau. Ini pengalaman pertama saya pergi usrah sebenarnya. Seronok rupanya! 



Sampai rasa menyesal sebab masa study dulu terpengaruh dengan senior kolej beraliran aspirasi yang suka fitnah budak GM ni berjumpa sebab nak menghasut la apa la. Padahal diorang berusrah ilmu agama. Oh gila menyesal sebab terpengaruh. =.=' Tapi syukur la masih diberi kesempatan untuk merasa nikmatnya berusrah ni. InsyaAllah lepas ni saya akan terlibat dengan satu kumpulan usrah yang kawan saya akan kenalkan pada saya sebelum beliau berlepas ke jakarta semula.



Cerita hari ahad pula, aktiviti saya bermula awal pagi lagi. Sebabnya saya diberi tanggungjawab untuk menjemput bakal biras dan bakal adik ipar saya dekat stesen keretapi kluang. Hehe. Pukul 4 pagi diorang da sampai tapi waktu tu saya masih diulit mimpi la kan. Haha. Pukul 8 baru saya jemput diorang. Kemudian kami bertiga bergerak ke yong peng. Yeay! Dapat jumpa bakal suami saya. Hihi. 



Oh ya walaupun EBS kerja dekat daerah saya tinggal dan tempat kerja beliau tak sampai 10minit pun dari rumah saya, tapi kami jarang jumpa tau. Jadi agak excited nak ke yong peng ahad tu. Hehe. Hahh lagi satu, kedatangan saya ke sana adalah rahsia pakatan dengan adik beradik EBS. EBS langsung tak tahu saya nak ke sana. Wow, I like surprising him. Haha. Tapi waktu saya sampai ada patut EBS masih diulit mimpi. Sabar je la. Da kena kejut dengan mak dia. Padan muka! Haha.



Selebihnya, masa saya dihabiskan dengan family EBS je satu hari tu. Seronok sangat walaupun kami cuma duduk-duduk borak-borak dekat rumah je. Yela da berjumpa ramai-ramai macam tu kan, gamat la jugak. Saya yang pendiam ni pun boleh jadi peramah terlebih sebab saya dengan bakal biras saya sekepala pulak. Haruslah dua-dua jadi peramah terlebih walaupun dua-dua pemalu sebenarnya. Hehe.



Weekend saya sangat indah untuk dikenang. Bila 2 pasang bakal pengantin ada dalam satu rumah, oh termasuk kakak EBS makanya 3 pasang bakal pengantin, haruslah topik majlis dan persiapan majlis menjadi topik utama perbualan kami sepanjang hari tu. ^_^



April 05, 2011

jom check gigi

salam selasa semua..

tadi Cik Anis blogwalking kat blog b2b johor, cik nadua (cik lagi kan? hehe) ada entry pasal scaling gigi. Eh eh. Terus rasa nak pergi jumpa dentist jugak. Hehe.

Kebetulan sekarang kan tengah kempen pemeriksaan gigi percuma anjuran colgate tu kan. Hah apa lagi meh kita ambil kesempatan atas peluang yang ada ni. Hehe. Terus Cik Anis call klinik gigi yang biasa Cik Anis pergi untuk buat appointment nak check gigi ni. So esok akan berdating dengan doktor gigi pula ye. Huhu. Da lama sebenarnya tak check gigi. Hihi. 

Sambil tu Cik Anis siap tanya juga la kos untuk scaling gigi. Ok la murah je. Cuma rm60. So esok mungkin akan buat scaling gigi jugak. Wah tak sabar nak dating dengan dentist. Haha.





:: nak gigi camni..huu ::



April 02, 2011

baru dapat online

Seminggu Cik Anis 'bercuti' dari online. Oh rindu gila nak mengadap blog. Banyak da tertinggal story b2b lain. Huhu. Cik Anis diam bukan la sebab sibuk atau merajuk dengan blog ke apa. Tapi modem streamyx rumah cik anis kena sambar kilat ahad lepas. Jadi terpaksa la 'bercuti' dari online. Ni pun baru ganti modem baru je. Huhu.

Ada banyak cerita nak kongsi ni. Nanti Cik Anis buat entry satu persatu ye. Harap masih ingat la jalan cerita yang nak dikarangnya ni. Hehe. Till then, happy weekend uoolssss..


p/s: Cik Anis ada aktiviti weekend ni. Nanti Cik Anis story minggu depan ok! ^_^