February 23, 2011

kerja orang takde kerja

as-salam..

ada nampak perbezaan pada blog duahati-jadisatu ni tak?

hehe..



saya baru letak header blog DIY..^_^

sebenarnya saya buat header ni sekadar suka-suka je..kebetulan masa tengah buat kerja guna photoshop,  tangan ni saja nak merajinkan diri nak buat header blog pulak..maka jadi la yang dekat atas tu..simple je kan..maklum la tak berapa nak kreatif dan tak berapa nak pro guna photoshop ni..padahal punya banyak subjek masa degree nak kena guna software ni..tahu guna basic pun jadi la..hehe

err..mari berkenalan dengan orang dalam gambar tu..

ehem..

perkenalkan..yang lelaki tu la EBS (memang la EBS..takkan nak letak lelaki lain pulak kan.. ;p)..gambar tu pun hasil 'curi' dekat friendster beliau..diulangi..friendster ye..haha..gambar tu kalau tak silap pertengahan tahun 2009 kot..sebelum saya start praktikal dekat tempat kerja EBS..ini antara gambar EBS yang jadi favourite saya.. ^_^ (sori EBS, copy gambar tak btau awk..hee)

aaaa..yang sebelah kanan tu..saya la..cik anis..tak payah kenalkan la..haha (ambik gambar jarak dekat terus nampak kepala lebih besar dari EBS.. =.=')

bunga carnation purple violet = lambang cinta warna tema majlis kami nanti

ok la tu je sebenarnya untuk entry ni..nanti sambung cerita lain pula ye..till then..daa~


p/s: malu la pulak letak gambar sendiri dekat header..nak pakai header ke tak ek..hurm..


February 21, 2011

ilmu baru

as-salam..

alhamdulillah walaupun diduga weekend ni..saya masih mampu bertahan..entah..serius cakap..saya macam redha je apa nak jadi lepas ni..hanya doa pada Allah je yang saya panjatkan setiap masa..saya yakin kuasa doa..insyaAllah Allah ada untuk melindungi saya, keluarga saya dan bakal suami saya..insyaAllah..

tak perlu la nak jumpa bomoh ke pawang ke..nak minta pendinding la apa la..mengarut semua tu..cukup la saya ada Allah untuk saya..

ok, tukar topik..malas nak layan sangat masalah weekend lepas..insyaAllah keadaan akan kembali normal semula kan..kali ni saya ada nak share ilmu baru yang saya peroleh melalui pembacaan saya..bukan dari buku tapi dari blogwalking je..hehe..

antara info yang saya dapat..(maaf pada owner blog saya tak ingat entah dari blog mana info ni semua saya baca..sebab blogwalking jauh sangat sampai tak ingat blog sendiri..huhu)

1. kebanyakan pasangan melakukan pembaziran semata-mata untuk doorgift

kalau difikirkan, betul juga kan..kadang-kadang doorgift tu entah apa-apa je tapi harga bukan main lagi..kalau pada saya pula, tak salah nak bagi doorgift berbentuk benda tapi biar la benda tu ada manfaat nya..betul tak? ni bagi bukan-bukan..tetamu yang dapat pun tak tahu nak buat apa dengan doorgift tu..huhu..doorgift saya? rahsia..belum masa lagi nak reveal..hehe

2. buat persiapan awal

menurut blog yang saya baca ni..seeloknya buat la persiapan bila da timbul keinginan nak berumahtangga..tak kira la waktu tu masih belum bertunang atau apa..persiapan mungkin dari segi kewangan, persiapan ilmu rumahtangga ke..kan macam-macam persiapan yang boleh dimulakan dulu..nanti bila da sampai seru takde la rasa kelam kabut sangat nak setelkan banyak benda..ada logik juga point ni..kiranya tak salah pun saya buat persiapan dari sekarang walaupun saya belum dapat kerja dan tarikh nikah kami belum confirm..kan? kan? ;p

3. jimat dalam persiapan

point ni penting juga..untuk majlis yang hanya ambil masa 1 atau 2 hari sahaja tak payah la berhabis sampai tak ingat dunia..sedangkan dalam Islam pun tak digalakkan pun buat majlis besar-besaran..takut timbul perasaan riak dan nak menunjuk..cukup la dengan majlis yang sederhana tapi cukup semuanya..

4. mementingkan perkahwinan tapi bukan rumahtangga

faham tak ayat saya untuk point no.4 ni? maksudnya kebanyakan pasangan lebih mementingkan kesempurnaan majlis perkahwinan mereka..yela buat persiapan sungguh-sungguh kan..semua benda nak perfect gitu..tapi ramai yang TERlupa hidup berumahtangga tu yang lebih penting..hidup selepas majlis perkahwinan tu yang perlu kita utamakan..apa guna majlis perfect tapi lepas tu hidup kucar-kacir kan..hilang la nikmat sebenar pernikahan..

5. berhutang untuk majlis

yang ni sangat tidak bagus untuk diamalkan tau..seeloknya jangan la sampai berhutang semata-mata sebab nak buat majlis yang grand..buat la ikut kemampuan masing-masing..macam mak saya, awal-awal da pesan jangan sekali-kali berhutang sebab nak kahwin..kalau tak de duit postpone je majlis nya..err..ni mak saya cakap waktu saya masih belajar lagi la..bukan sekarang..hihi..alhamdulillah EBS pun da sediakan duit belanja untuk majlis kami nanti..tinggal tunggu saya dapat kerja je lepas tu insyaAllah hasrat kami nak bernikah tahun ni terlaksana..


rasanya cukup la lima point dulu untuk kali ni..nanti kalau saya blogwalking ke mana-mana dan jumpa info menarik saya akan kongsi lagi dengan b2b lain eh..buat owner yang rasa point saya ni adalah point dari entry anda, saya minta maaf ye tak bagi kredit sebab tak ingat da semua url blog mana yang saya baca tentang info-info ni..


February 16, 2011

jangan pernah jemu

salam..

entry kali ni saya malas pula nak cerita pasal persiapan saya..hehe..nanti la baru buka story ek..tiba-tiba rasa macam lambat lagi..kadang-kadang rasa macam da tak cukup masa..tapi semuanya macam blur..huhu..

kali ni kita cerita pasal buku pulak ye..bukan waktu dekat sekolah atau dekat universiti je kita kena baca buku tau..bila da habis belajar ni lagi la kena banyak baca buku..lagi macam-macam jenis buku kena baca..macam saya, buat masa ni saya lebih tertarik untuk baca buku berkaitan keagamaan dan ilmu rumah tangga.. (;p) dalam entry ni saya kongsi buku berkaitan ilmu rumahtangga dulu ek..buku lain insyaAllah di entry akan datang saya kongsikan juga..

antara buku berkaitan ilmu rumahtangga yang saya da khatam kan..





tiga-tiga buku ni merupakan satu kesinambungan..semuanya karya ustaz hasrizal..sangat menarik pengisian semuanya..sebab buku ni merupakan kisah catatan perjalanan rumahtangga ustaz hasrizal dengan isteri beliau..sangat banyak pengajaran yang boleh kita peroleh dari buku-buku ni..

buat b2b yang belum berkesempatan baca semua buku ni, saya cadangkan pergi la beli ye..insyaAllah tak menyesal..ala tiga buku ni tak sampai rm70 pun..tapi ilmu nya sangat la banyak..

owh lagi satu..kalau b2b da baca nanti, kongsi-kongsi la dengan pasangan anda..biar sama-sama dapat ilmu..takde la sebelah pihak je yang bersungguh cari ilmu rumahtangga kan..saya da pun bagi pada EBS salah satu buku ni tapi tak tahu la dia da habis baca ke belum..sibuk memanjang je EBS tu..huu..

ada banyak lagi buku yang menarik perhatian saya dekat pasaran sekarang ni..dalam koleksi saya buat masa ni pun ada beberapa buku lagi tak habis baca..nanti saya kongsi-kongsi dengan b2b lain apa buku saya baca ek..


***
mencari ilmu rumah tangga sebanyak mungkin agar dapat menyiapkan diri menjadi seorang isteri solehah buat seorang suami.. ^_^


February 14, 2011

eh eh da 23 tahun ke?

salam..

hari ni 14hb februari..

hari ni hari apa?

valentine's day?

oh tidak..tidak..

hari ni hari isnin la..

tapi tu bukan persoalannya..

sebenarnya..

hari ni..

hari ni kan..

erm..

nak tahu ke?

alaa..

sebenarnya hari ni kan..



cik anis kita da masuk 23 tahun uolss..ngee~

umur da bertambah setahun..alhamdulillah..

saya tak perlukan hadiah..cukup sekadar doa dari keluarga, sahabat dan b2b semua..

doakan agar impian saya dan EBS mahu bernikah pada tahun ini menjadi kenyataan..tolong ya..tu sudah cukup buat saya untuk ulang tahun kelahiran ke-23 ini.. ^_^






p/s: hadiah dr EBS? sy da dapat dari bulan 11 tahun lepas..sangat awal kan..apa dia biarlah rahsia..tepek dalam blog takut orang kata menunjuk pula.. ^_^

February 10, 2011

preparation setakat hari ini

salam..

kalau tengok dari countdown dekat sebelah ni, ada lebih kurang 4 bulan 3 minggu lagi sebelum 030711 kan..perasaan saya? ehehe..eksaited tapi masih dalam mood debar-debar sebab tak dapat kerja lagi..risau tau..saya harap sangat dapat menikah pada tarikh tersebut..maklum la..tak sabar nak bercouple dan bercinta dengan lelaki yang da halal untuk saya nanti kan..tapi kalau masih tak dapat kerja sampai bulan mei tahun ni (harap-harap dapat la kerja awal tahun ni kan) mungkin tarikh tersebut hanya tinggal angan-angan je la..T_T

setakat entry ini ditaip persiapan tu ada la buat sikit-sikit..dari 100% boleh dikatakan baru buat persiapan atau perancangan dalam 10% je kot..ke 5%..hahh camtu je la..saya siap sediakan wedding organiser untuk saya catatkan segala idea yang terlintas untuk majlis saya nanti..rasanya banyak benda yang akan saya DIY..kegemaran saya sungguh la nak ber-DIY ni..nanti saya senaraikan list apa yang saya da rancang nak DIY untuk majlis saya nanti dalam entry akan datang ye..

ada beberapa perkara saya da bincang dengan EBS dan da dapat kata sepakat..tu pun nanti saya story dalam entry lain eh..ok la sampai sini dulu..saya sedang gerakkan beberapa projek DIY ni..nanti saya story dalam entry akan datang ye..daa~


February 07, 2011

tahniah encik bakal suami ^_^

salam..

syukur ke hadrat Allah..salah satu doa kami sudah dimakbulkan..alhamdulillah bulan februari ni EBS da pun mendapat pengesahan jawatan..sekarang nak tunggu saya pula dapat kerja lepas tu insyaAllah kami dapat confirmkan tarikh nikah kami..insyaAllah..

seronok sangat bila EBS hulur pada saya surat pengesahan jawatan beliau sewaktu saya di rumahnya sabtu lepas..(alamak cerita hari sabtu lagi ^_^)..

dan pada pagi ini EBS dan adik lelaki saya sedang berjuang bersama-sama untuk satu temuduga kerja..insyaAllah kalau EBS lulus temuduga ni mungkin beliau akan beralih angin..goodluck EBS dan adik saya!!! chaiyok2.. ^_^

saya mohon juga jawatan yang sama dengan EBS dan adik saya ni tapi bukan rezeki saya untuk dipanggil temuduga..hari tu sedih tapi sekarang da boleh terima hakikat.. =)

February 03, 2011

bila cakap depan-depan

salam..

cerita hari sabtu tak habis lagi..hehe..ni part last da..lepas ni takde lagi..^_^

selama ni kan, saya dan EBS bincang tentang majlis kami hanya melalui sms atau chatting je tau..macam soal warna tema, idea tu idea ni..memang semua guna sms dan chatting je..call memang tak la..

waktu dalam perjalanan pulang dari rumah EBS petang sabtu tu adalah pertama kali kami bincang tentang majlis kami secara berdepan..tapi lebih pada bincang majlis untuk belah keluarga EBS la..tu pun effect dari kami pergi majlis kahwin kawan kak ngah EBS..

EBS cakap harap-harap majlis kami nanti tak huru hara macam majlis tu..bagi dia biar la buat majlis seringkasnya asalkan semua cukup daripada buat gempak-gempak tapi semua kelam kabut..betul tu..saya setuju je sebab saya pun tak kisah majlis ringkas asalkan semua cukup..

lepas daripada tu, EBS pun cerita la nanti nak buat macam mana untuk majlis pihak lelaki..apa yang EBS cerita tu biarlah kami simpan dulu..takmo cerita kat sini lagi..tunggu da jadi baru boleh cerita..^_^
saya? setuju je..sebab saya pun memang tak kisah sangat majlis kami nanti besar ke kecil ke..asalkan kami dapat menikah tu da cukup..yang penting, jangan membazir.. =)

*********************************************

masuk cerita part lain..adehh banyak betul saya nak cerita..kalau boleh kisah satu hari sabtu tu saya nak coret..gila eksaited punya pasal..haha

waktu otw balik dari Batu Pahat tu, dalam kereta, kak ngah cerita la pasal plan majlis kak ngah nanti..da cerita-cerita, sekali kak ngah offer saya jadi pengapit..haha..perlu ke saya eksaited pasal ni? ;p

lepas daripada tu, kak ngah siap cakap kat EBS, "jom la kita kahwin sebelum raya ni"..huuu..saya pun harap sangat plan kami nak menikah bulan 7 ni akan termakbul..kalau kami dapat menikah bulan 7 ni memang EBS dan kak ngah kahwin dalam tahun yang sama la..cuma beza 2 bulan je..kak ngah insyaAllah awal bulan 5 ni..doakan kami ye..

February 02, 2011

takut tak kalau jadi macam ni?

b2b, pernah tak bayangkan situasi ni di hari bersejarah kita:

1. hujan lebat
2. bekalan air takde
3. saudara mara yang janji nak gotong-royong untuk masak boleh buat tak tahu je
4. masakan tak cukup masak
5. baju sanding tak muat


ngeri tak?


ini bukan la cerita rekaan tapi benar-benar terjadi..nak dijadikan cerita, hari sabtu sewaktu saya di rumah EBS, kak ngah EBS ajak saya dan EBS ke kenduri kahwin kawan nya..sebelum kami bergerak ke Batu Pahat kami singgah ke rumah pengantin dulu..oh ya, ini la kenduri yang EBS katakan pada saya tu..dalam kawasan kampung EBS juga..

semua yang saya listkan dekat atas adalah apa yang berlaku dalam majlis tu..serius ok..hari sabtu tu da la hujan turun je..kalau berhenti pun tak sampai sejam turun lagi..lepas tu kawasan kampung tahu je la kan..kawasan rumah pengantin tu tak berturap dengan tar makanya memang tanah lembik la jadinya..air bertakung sana sini..saya jalan pun kena angkat kain tinggi..sampai EBS pun siap pesan jaga kain elok-elok takut kotor..auww prihatin nya.. ;p

walaupun hujan lebat tapi bekalan air paip takde..yang ni saya dengar dari seorang mak cik penanggah tu yang cakap..sadis sangat..tak tahu la macam mana mereka nak basuh pinggan mangkuk tu semua..

point yang ketiga tu, kak ngah yang cerita..katanya family ni tak panggil jiran-jiran untuk tolong rewang sebab saudara mara mereka da janji nak tolong..sekali malam sebelum majlis sanding tu, semua saudara mara pengantin ni buat tak tahu dan menghilang macam tu je..sebab adik beradik tiri so dorang tak ambil serius sangat kot hal pengantin ni..something macam tu la..

menurut kak ngah lagi, pagi nak majlis tu kiranya pagi sabtu yang saya baru sampai tu baru la acara masak makanan untuk tetamu dimulakan..memang tak tahu la macam mana keadaannya kan..tapi yang pasti, ayam kampung yang saya ambil tu tak boleh makan!! liat tahap tak tahu nak makan macam mana..huhu..sampai makcik yang makan depan saya sambil makan sambil mengata dekat kawan dia..kalau pengantin dengar mesti sedih.. =.='

point last tu tak nak komen la..mungkin memang pengantin tu yang pilih baju design tu kan..so no komen..^_^

serius kalau saya dekat tempat pengantin tu saya rasa macam mimpi ngeri..semua orang nak majlis yang almost perfect kan..tapi bila jadi macam tu siapa mampu tolak takdir..ye tak? tapi saya harap hari bersejarah saya nanti jangan la ada perkara buruk berlaku..minta dijauhkan..ameen~


p/s: hati kembang semangkuk bila pengantin tanya pada kak ngah EBS saya ni siapa dan kak ngah jawab bakal adik ipar.. ^_^
p/s/s: waktu lalu bawah walkaway kat majlis tu, EBS berangan jalan berarak ngan saya..haha..malu saya.. ;p
p/s/s/s: 1st time attend wedding dengan EBS..lain woo feeling dia..dengan layanan EBS waktu tu..*luruh jantung* ;p

February 01, 2011

beramah mesra dengan keluarga EBS

salam..

ok sambung cerita weekend saya dengan keluarga EBS.. ^_^

pagi sabtu tu dalam 10 lebih camtu EBS datang jemput saya dari Kluang dan bawa saya ke Yong Peng..dalam kereta memang tak banyak cakap ok..tahu la saya yang nebes dan malu dengan EBS ni kan..haruslah saya lebih banyak diam tapi EBS pula yang banyak bercerita..saya senyum je la..malu..haha..

takde la jauh mana dua daerah ni..dalam 45 minit camtu saya da selamat sampai depan rumah EBS..hahhh..nebes..nebes..Tuhan je la yang tahu macam mana rasanya nak berjumpa bakal mentua..dengan adik beradik EBS..tapi sebab da sampai depan rumah kan, kena la kuatkan semangat nak melangkah..





tahu tak saya disambut oleh apa?





saya disambut oleh black out!!! haha..waktu saya sampai rumah keluarga EBS, bekalan elektrik boleh pulak takde..kata kakak EBS, baru je takde sebelum saya sampai..tapi takde hal la sebab cuaca hari sabtu tu adalah hujan, mendung, langsung tak terik pun matahari..so macam tak kisah sangat la takde elektrik ke apa kan..cuma memang rasa rumah tu sunyi la sebab tak pape bunyi..nak harap saya cakap memang tak la..saya dengar je adik beradik EBS borak..serius mereka sangat friendly..kakak EBS baik sangat..orangnya pun cumel ok..kecik je..terus saya rasa macam gergasi bila jalan sebelah dia..haha..

saya dekat rumah EBS tak lama pun..tak sampai 2 jam pun..tapi sepanjang dekat rumah asyik la EBS mengusik saya..amboi mentang-mentang la rumah dia kan..memang tak back up saya pun tapi lagi dia usik saya pulak..adik beradik EBS pun mengusik saya..adehh malu sungguh la..tak tahu nak nyuruk muka kat ne..maklum la bukan rumah sendiri..hanya mampu senyum je..haha..1st time jumpa pun da rasa seronok dan selesa dengan keluarga EBS..alhamdulillah..kena usik pun redha je la..walhal dalam hati gila suka..haha..

mula-mula saya ingatkan saya dekat rumah EBS sampai tengah hari tu je la sebab EBS kata ada kenduri tengah hari tu..sekali tak rupanya..EBS dan kak ngah bawa saya berjalan pula..huhu..lepas zohor kami terus bergerak ke Batu Pahat..ke BP Mall..kak ngah teringin nak makan sushi..beliau belanja saya juga..yeay!!! kami habiskan petang kami dalam BP Mall tu je la..seronok sangat jalan dengan kakak EBS dan adik beliau..nak cakap lagi, kak ngah adalah sangat friendly..baru 1st time jumpa da rasa rapat sangat..^_^

dalam pukul 6 macam tu saya pun balik ke Kluang..hujan sangat lebat..sampai family EBS dok usik saya suruh tidur rumah mereka je..auww..malu la..hee..adik bongsu EBS lagi cumel, siap bisik dengan emak EBS suruh saya tidur sana..alahai..tunggu akak dan abang bersatu baru akak tidur sana ye sayang..^_^

alhamdulillah..pertemuan pertama kali ni serius sangat menggembirakan saya..ahli keluarga EBS sangat la baik hati dan peramah..semoga pertemuan ini akan menjadi titik permulaan penerimaan mereka terhadap saya..saya seronok juga dapat habiskan masa bukan saja dengan EBS tapi dengan ahli keluarganya..serius rasa nak pergi sana lagi tapi tak boleh la...tak manis sebab saya dan dia belum ada pape ikatan lagi..segan pulak..mungkin pertemuan kedua adalah sedikit masa lagi di mana saat dua hati menjadi satu.. ^_^


p/s: ada beberapa story saya nak kongsi tapi next entry ye..