January 31, 2011

berkunjung ke sana

salam..

weekend anda best?

weekend saya seronok sangat!!!!
hati ni berbunga-bunga..sampai senyum pun nak sampai ke telinga..haha


berkait dengan entry sebelum ni, kali ni saya da boleh cerita sebab benda tu da pun berlaku..yang sebenarnya, weekend lepas saya da selamat berkenalan dan berjumpa dengan keluarga EBS!!! *pengsan*

sebenarnya kedatangan saya ke rumah keluarga EBS tak dirancang..memang sangat tiba-tiba..tu saya btau dalam entry lepas, benda yang tak disangka-sangka akan berlaku..hehe..kronologi kedatangan saya ke rumah EBS sebenarnya bermula bila saya beramah mesra dengan kak ngah EBS di facebook..saya tiba-tiba jadi rajin nak mengomen status kakak EBS..aaaa tgk gambar bawah ni je la kalau nak tahu apa yang kami borakkan..hee







lepas je setel sesi komen-komen tu saya pun cerita dekat EBS yang saya beramah mesra dengan kak ngah di fb..EBS pun baca la apa yang kami borakkan tu dan dia tanya saya:

So, bila nak datang??

hahhh ambik..dapat soalan cepumas..haha..

mula-mula macam blur tak tahu nak jawab bila..tapi da kebetulan kak ngah kata beliau sedang cuti sekarang maka saya kata weekend ni boleh je..dan dan tu juga EBS kata no hal...dan kami setkan hari sabtu lepas untuk saya berkunjung ke rumah keluarga EBS..

saya nebes ok..da la duduk berdepan dengan EBS pun da tak tahu nak nyuruk muka dekat mana, ini kan pula nak berjumpa keluarga EBS..owh harus la jantung berdegup cepat dari khamis malam tu lagi..haha..*tapi da sendiri tak sabar nak jumpa sekarang siapa suruh kan..haha*

bila da set hari, terus la buka almari tengok koleksi baju yang ada..haha..situasi normal bila nak jumpa orang yang agak penting..1st impression tu kena jaga elok-elok..saya risau juga ni..nak jumpa family EBS nak pakai apa kan..tapi end up saya set dalam kepala saya, JADI DIRI SENDIRI DAN JANGAN HIPOKRIT..saya pakai je la apa yang ada..asalkan sopan dan memang diri saya sendiri..lagi pun nak keluar beli baju pun da tak sempat..plan tiba-tiba kan..memang takde la nak beli baju baru ke apa..hehe..oh saya tak pakai baju kurung sebab rasa ayu sangat..tapi saya pakai blause dan skirt je..tapi tu pn rasa ayu sangat la pulak..haha..

tiba la pagi hari sabtu yang mendebarkan itu..terus tak tahu nak buat apa nak tunggu jam bergerak sampai ke angka 10 pagi..nak sambung tidur lepas subuh takut terlajak tak bangun pulak nanti..maka saya duduk diam je sambil fikir apa nak buat depan family EBS..serius memang nebes sungguh ok..da la cuaca pagi tu sejuk..sampai rasa pucat je muka sebab nebes sangat nak tunggu pukul 10..saya rasa b2b lain pun mesti macam ni juga kan bila 1st time nak jumpa family bakal suami..^_^

cerita dekat rumah EBS saya sambung next entry ye..penat pula menaip..till then..daa~

January 28, 2011

jantung berdegup cepat..dupdapdupdap

salam..

something happened last night..terus jantung nak degup laju-laju..mengantuk tapi mata xmo lelap sebab fikir pasal tu..tapi akhirnya tertidur juga la..hihi..

sesuatu yang tak disangka-sangka sebenarnya..rasa macam mimpi juga..apa dia? nanti bila da jadi baru saya buka cerita kat sini eh..bukan apa takut da excited cerita sekali tak jadi nanti lagi frust..so saya simpan dulu ek..kalau da jadi baru saya coretkan kat sini..

yang pasti perkara tersebut buat saya berdebar..nervous tau..semoga dipermudahkan segalanya..ameen~



















p/s: berdebar tapi hati bunga-bunga.. ^_^


January 27, 2011

kami tak pernah terima tempahan macam ni lagi

salam..

weekend lepas saya dan adik jalan-jalan buang masa dekat shopping mall dekat bandar kluang ni..saja nak habiskan masa dengan adik perempuan saya sebelum dia kembali ke matrik..lepas tu kami tergerak hati nak survey satu butik pengantin yang ada dalam shopping mall tersebut..well untuk pengetahuan, majoriti butik pengantin kat kluang ni beroperasi dekat kedai biasa..kedai tepi jalan tu la..bukan dalam shopping mall..cuma ni je la satu-satunya butik pengantin yang menjalankan operasi dalam shopping mall..

kami survey la harga tempahan baju pengantin dan bla bla bla..soalan standard bila b2b pergi buat survey..then sampai bab pelamin..hehe..sebenarnya kalau ikut kepala saya ni, saya nak DIY pelamin saya dan EBS nanti..idea da ada jadinya tinggal nak jadikan realiti je la..

majoriti bahan untuk pelamin tu nanti adalah DIY..tapi saya memerlukan panel belakang, stage untuk pelamin dan bongkah kayu standard yang selalu ada dekat pelamin tu..then saya pun dengan konfiden tanya pada SA butik pengantin tu kalau nak sewa bahan-bahan tersebut kena berapa RM..tahu apa jawapan SA tu? 




tu hah tajuk entry ni la jawapan dia..haha..




adeh..rupanya tak pernah dibuat orang eh sewa bahan asas pelamin macam yang saya nak kan tu..hihi..balik dari survey tu saya cerita la pada mak saya..mak saya pun mulakan syarahannya..benda nak pakai satu hari watpe susah-susah nak buat..sewa je la..kihkih..saya pun tak tahu la..saya terlalu suka nak DIY sampaikan pelamin sendiri pun saya nak DIY..^_^

tapi rasanya masa hari besar kami nanti saya nak DIY juga la pelamin saya..baru la ada sentimental value gitu kan..kalau semua sewa macam tak terasa sangat penat lelah nak menjayakan majlis sendiri..tapi semuanya bergantung pada keadaan juga..kalau tenaga ni tak terdaya nak men-DIY pelamin tersebut mungkin memang kena sewa 100% je la.. ;p


tak sabar tunggu adik saya balik cuti lagi..nak survey butik pengantin lain pula..seronok rupanya masuk butik pengantin..terasa aura orang nak kahwin.. ^_^

January 21, 2011

pameran pengantin di plaza angsana jb

salam..



wah pameran pengantin dalam negeri johor..akhirnya ada juga..selalu baca blog b2b lain pameran pengantin majoriti area kl je kan..ni da ada dekat johor..teringin sangat nak pergi..harap-harap sempat la jejak kaki ke pameran ni sebelum 30hb ni..nak pergi dengan siapa ye..EBS? tak la..haha..

buat b2b johor yang lain jangan lupa pergi pameran ni tau..mana tahu boleh dapat banyak pakej murah-murah ke kan..saya teringin nak pergi sebab nak survey-survey je dulu..maklum la orang belum kerja ni mana boleh buat persiapan sungguh-sungguh..belum cukup syarat..huhu..

kalau ada rezeki insyaAllah saya sampai la di pameran ni..


January 19, 2011

dah booking wardrobe

salam..

sabtu lepas saya dah pun setelkan hal ehwal tempahan wardrobe baru untuk bilik saya a.k.a wardrobe untuk bilik pengantin nanti..pada mulanya agak frust juga la waktu sampai dekat kedai tu sebab warna pilihan yang saya nak iaitu purple violet takde dalam list yang tuan kedai keluarkan..terus rasa blank tak tahu nak pilih warna apa supaya matching dengan warna dinding dan tema majlis kami nanti..

tapi mungkin rezeki bakal pengantin kot..hihi..tuan kedai wardrobe tersebut sanggup tempah kan warna pintu wardrobe kami dari supplier mereka..so dapat la warna wardrobe idaman iaitu purple violet..so warna tema kami nanti confirm purple violet dan putih..alhamdulillah..

waktu tempah warna pintu wardrobe tu sempat lagi saya tukar design wardrobe saya tu..biasa la perempuan kan..selagi tuan kedai tak potong bahan lagi untuk wardrobe tu selagi tu ada je idea lain nak dibuat dekat design wardrobe tu..hehe..tapi lepas ni tak boleh tukar da..sebab nanti ayah saya bising asyik nak tukar design je..hee..

waktu tukar design tu pun penat argue dengan ayah saya..yela dua-dua ada idea masing-masing kan..tapi saya ni degil..nak ikut design sendiri juga..makanya ayah saya kena la mengalah dengan anak perempuan dia ni..haha..



:: front view ::

:: design yang saya buat guna 3ds studio max..nasib la tahu guna basic je kan..tapi nampak juga la bentuk wardrobe tu..hee ::








:: side view ::

design ni cuma bahagian dalam wardrobe tu je..nanti bahagian luarnya akan ada sliding door..saya nak tunjuk dengan detail pun agak susah sebab benda takde lagi kan..nanti da siap saya akan update design wardrobe saya ni eh..





:: wardobe tu bahagian luar lebih kurang macam ni tapi warna kayu tu tukar dengan warna purple violet dan cermin besar tu terletak di sebelah kiri sekali..hah lebih kurang camtu la bahagian luar wardrobe kami nanti ::



insyaAllah lepas CNY ni akan berlaku renovation besar-besaran dekat rumah saya..lebih-lebih lagi bilik saya la..habis semua syiling di buka nanti..dekat 3 minggu juga la tak dapat tidur bilik sendiri..sabar je la nanti..ok la sampai sini dulu ye..till then..daa~



January 17, 2011

purple violet dan carnation

salam..

saya dan EBS da decide warna tema untuk majlis kami nanti..pada awalnya EBS serahkan bulat-bulat pada saya..yela orang lelaki ni kadang-kadang tak kisah sangat pasal warna tema ni kan..bagi EBS asalkan dapat menikah da la..dia sangat simple..bagus juga kan..takde la kami bergaduh nak pilih warna apa untuk majlis nanti..hehe..

jadinya saya buat pilihan warna tema secara sendirian berhad tapi lepas tu saya minta pendapat dia juga la..da tentu majlis kami kan..kena la saling berkongsi pendapat gitu..warna pilihan saya adalah purple violet..purple yang tak gelap sangat dan tak cerah sangat..pertengahan je..bila saya btau pada EBS fuhh alhamdulillah EBS sangat suka warna tema tersebut..so kami pilih purple violet dan putih sebagai warna tema majlis kami nanti..ramai juga b2b lain pilih warna purple sebagai tema kan?

awal sangat tak kami decide warna tema ni? rasa macam awal sangat pula kan..tapi ada sebab lain sebenarnya..saya nak renovate bilik saya dalam waktu terdekat ni..renovate terus untuk jadikan bilik pengantin..jadinya wardrobe lama yang da berpuluh tahun guna tu mengikut rancangan nak ditukar dengan wardrobe baru..so saya kena la pilih warna pintu untuk wardrobe baru saya ni..saya nak tukar warna pintu wardrobe baru nanti biar sesuai dengan tema majlis perkahwinan saya..jadinya kena la saya pilih warna tema majlis awal-awal..macam tu la kisahnya..jadinya warna pilihan untuk wardrobe bilik saya nanti adalah purple violet..harap-harap ada la warna tu dekat kedai nak tempah wardrobe nanti..

carnation?
yup itu adalah bunga untuk majlis perkahwinan kami nanti..selalu ros yang menjadi pilihan kan..tapi saya nak kelainan la..jadi saya pilih carnation..banyak projek DIY nanti akan mengaplikasikan bunga carnation sebagai bahan asas..aaaa camne ayat saya ni..harap faham la ye..nanti saya update projek DIY saya dan apa yang saya buat dengan bunga carnation ni eh..

::bunga carnation purple violet::




yang kat bawah ni pulak antara idea yang saya nak untuk majlis kami nanti:




 

:: violet wedding dress ::
design mungkin macam yang kiri tapi warna macam yang kanan





:: pelamin putih - violet ::
tapi backdrop belakang tu mungkin bukan warna violet la..nanti tenggelam pula baju pengantin..saya pilih soft pink untuk backdrop





:: purple violet - white wedding cake ::
saya suka design yang kanan tapi kalau letak bunga carnation pada kek macam design kiri nampak menarik juga kan






:: purple violet - white hand bouquet ::
kalau semua purple violet tenggelam dek wedding dress pulak nanti






:: purple violet - white wedding invitation card ::
untuk kad pula sekarang masih mencari paper yang sesuai untuk kad kami nanti






:: bunga telur / bunga pahar violet - putih ::
untuk bunga ni pun akan menggunakan bunga carnation juga..rasanya saya akan DIY bunga telur kami nanti..sedang mencari idea lagi





setakat ini dahulu coretan saya pada kali ini ok..nanti sebarang perkembangan akan saya update lagi..happy reading!!! ^_^

January 11, 2011

antara saya dan dia part ii

sambungan dari entry lepas...

lepas dari kejadian lamaran tu, saya dengan dia masih berkawan macam biasa..masih chatting seperti selalu..perasaan suka pun ada la sikit-sikit..tapi tak jatuh tahap cintan-cintan lagi la..saya pendekkan cerita terus sampai ke hari raya aidiladha yang lalu..EBS datang beraya ke rumah saya lagi..kali ni memang saya jemput..tu pun lepas mak keluarkan soalan "tak nak jemput dia datang beraya ke?" hehe..kebetulan mak ayah ada dekat rumah kan..boleh la kenal-kenalkan pada mak ayah..sebab waktu raya puasa tu mak ayah saya takde dekat rumah..EBS pun tak sempat jumpa..untuk kedatangan kali ni saya tabik spring pada EBS sebab beliau datang rumah saya sendiri je..memang sangat berani la jumpa mak ayah saya sorang-sorang macam tu kan..

pertemuan kali ni menjadi detik permulaan mak ayah tertarik pada EBS..sebab lepas dari tu terus mak puji-puji EBS..apa yang mak saya cakapkan biarlah rahsia..hehe..lepas dari tu jugak ayah saya pun da macam tak sabar nak terima menantu..da sibuk-sibuk ushar itu ushar ini..dan sekarang pun baru je panggil kontraktor nak renovate rumah pula..macam-macam nak ubah..mak ayah sepertinya sangat teruja nak terima menantu sulung dalam waktu terdekat ini..hee very sweet la my parents ni..^_^

beberapa hari lepas kedatangan EBS ke rumah saya, perasaan suka da bertukar sikit-sikit kepada perasaan cinta..hee..masing-masing macam da terbit perasaan lain dalam diri masing-masing..chewahhh..dan saat itu EBS menyatakan dia memang da serius nak jadikan saya isteri dia yang sah..makanya kini kami dalam usaha untuk menuju ke satu fasa baru dalam hidup kami iaitu melalui alam pernikahan sedikit masa lagi..

oh ya, kami memang tak bertunang mengikut adat melayu..sebab rasanya sekarang ni boleh dikatakan kami da jatuh hukum bertunang dalam Islam sebab saya rasa saya macam da terima lamaran dia tanpa saya sedar..huhu..mak ayah saya juga da beri kelonggaran pada kami tak perlu adakan majlis pertunangan..mereka lebih menggalakkan saya dan EBS menikah terus..lebih mudah kata mak..terima kasih mak ayah sebab memudahkan urusan kami yang satu ini..restu mak ayah atas hubungan ini juga sangat-sangat mengharukan saya..

maka kerana itu la kini saya gelarkan dia dengan panggilan EBS..sebabnya saya kini bersedia untuk menjadi isteri beliau..dan kami kini cintakan di antara satu sama lain..cuma yang membezakan kami dengan pasangan lain adalah kami tidak couple dan tidak dating selagi kami belum menikah..yup itu la kami kini..saya tak pernah keluar berdua-duaan dengan dia..dia tak pernah sentuh saya dan begitu juga saya tak pernah sentuh dia..panggilan kami antara satu sama lain juga cuma saya-awak sahaja hingga hari ini..dulu yela kau-aku kan..sekarang tak boleh la..kasar benor..haha..kami hanya akan berdating dan bercouple apabila kami telah halal di antara satu sama lain.. =)

doakan supaya dipermudahkan perjalanan kami untuk bersatu dalam tahun ini ya..doa-doa kalian saya harap dapat membantu impian kami ini menjadi kenyataan..ameen..


January 10, 2011

antara saya dan dia

salam

seperti yang dijanjikan, saya kongsi sedikit cerita saya dan EBS sebagai pengenalan dengan b2b dan readers sekalian ok.

cerita kami ringkas sahaja..saya mula mengenali EBS sewaktu saya menjalani latihan praktikal di tempat kerja EBS pada pertengahan tahun 2009 dan saya ditempatkan di jabatan tempat beliau bertugas..waktu tu saya takde la jatuh minat kat dia on the spot kan sebab waktu tu saya masih in a relationship dengan ex saya dan dia juga in a relationship dengan ex dia..kalau tak silap EBS break dengan ex dia sewaktu saya masih praktikal lagi tapi saya tak tahu cerita pun..malas nak ambik tahu hal orang..hehe..sepanjang saya praktikal tu kami kawan macam biasa je la..panggil pun kau-aku..memang macam kawan biasa-biasa la senang cerita..

saya tamat praktikal hujung tahun 2009 tu juga then saya pun habiskan pengajian saya yang berbaki satu semester lagi tu..waktu dalam semester baru tu saya memang takde la contact dengan dia sangat..yela saya ada ex saya kan..kadang-kadang je la saya chatting dengan EBS dekat facebook..kadang-kadang dia mesej saya tanya khabar..gitu je la..tu pun boleh kira la berapa kali je..memang kami tak rapat mana pun..

bila saya da habis study dan da balik ke kampung halaman, kadang-kadang saya singgah juga la tempat praktikal saya tu a.k.a tempat kerja EBS kan..saja nak melawat kakak-kakak tempat praktikal saya..serius saya datang bukan sebab dia ok..saya datang memang secara suka-suka je nak jumpa semua orang dekat jabatan tersebut..tapi kalau pergi sana memang EBS la yang rajin melayan saya..hehe..

nak dijadikan cerita, jodoh saya dengan ex saya tak panjang..terlalu banyak masalah tenggelam timbul dalam hubungan kami..dan akhirnya putus ditengah jalan..T_T 
ok lupakan pasal ex saya..da tak penting dalam catatan saya ini..kita sambung part lepas raya ok..hehe..

14 september 2010 saya buat makan-makan sikit dekat rumah..saya jemput staff tempat saya praktikal dan rakan sekolah saya..EBS pun saya jemput juga..ehem..sebenarnya waktu ni saya minat dekat staff lain yang kerja sama tempat dengan EBS..saya jemput dia dulu baru saya jemput EBS..hehe..owh cerita ni pun EBS da tahu da..hihi..tapi staff tu tak tahu pun saya suka dia..EBS je yang tahu..tu pun lepas saya cerita dekat dia la..^_^

dijadikan cerita lepas EBS datang beraya dekat rumah, hubungan kami makin rapat sebagai kawan..tiap malam dia cari saya, saya cari dia dekat chatting fb..borak pun entah apa-apa je kan..tapi saya seronok pulak layan dia..layan je kepala dia..dia pun layan je kepala saya yang kadang-kadang masuk air ni..hihi..satu hari tu EBS kongsi dengan saya video tajuknya bertunang tanpa ibu bapa..rasanya video tu agak glamer jugak waktu tu..masing-masing dok post dekat fb..then kitorang komen la pasal hukum tu kan..entah macam mana..jeng jeng jeng..

tengah malam 14 oktober, EBS dengan secara tiba-tiba melamar saya..saya ingatkan dia main-main je tau..rupa-rupanya dia serius ok..perasaan saya waktu tu? haha..debar-debar..da la dia lamar saya melalui chatting fb sahaja..tangan waktu tu da gigil-gigil nak reply mesej dia..huhu..waktu ni kami takde perasaan cintan-cintan pun..saya anggap dia kawan..dan dia juga anggap saya kawan..cuma saya senang dengan cara dia layan saya sebagai seorang kawan..sangat selamba..EBS bagi saya tempoh untuk jawab lamaran dia tu..huhu..susah achik nak jawab.. ;p

esoknya saya bincang dengan mak saya..ada orang lamar malam tadi..nak terima ke tak ek..saya cakap macam tu la lebih kurang..mak saya pun kata la..jangan terima dulu..tunggu dapat kerja..saya pun ok la..jawapan dari orang tua lebih membantu kan..makanya malam 15 oktober saya pun sampaikan apa yang mak saya cakap pada EBS..dia pun boleh terima dan dia bagi saya tempoh sampai saya dapat kerja untuk bagi jawapan sama ada nak terima atau tolak lamaran dia..tapi camne leh dapat title EBS sedangkan saya tak kerja lagi sekarang ni?


bersambung........




January 08, 2011

ini bukan blog berangan




tapi kalau berangan pun sikit-sikit je la.


Tak salah kalau nak ber-IMAGINASI


^_^

January 07, 2011

pemilihan tarikh 011011

salam..

tak tahu nak mulakan dari mana bila da buat blog ni..hehe..sebagai permulaan saya kongsi rahsia pemilihan tarikh nikah kami dulu la ye..sebenarnya tarikh ni baru je decide antara saya dan EBS (encik bakal suami) 5 januari lepas..tarikh ni baru decide antara saya dan dia saja la..kedua ibu bapa kami tak tahu pun lagi..tapi mereka da tahu la yang kami nak menikah dalam tahun ni..sebenarnya ada beberapa halangan sikit la untuk nak confirmkan betul-betul tarikh ni..sekarang ni apa yang boleh saya katakan tarikh 011011 tu adalah tarikh target kami untuk menamatkan zaman bujang kami..insyaAllah..

halangan terbesar buat masa ini adalah diri saya sendiri la..saya masih menganggur!!! haha..so agak susah nak dapat green light untuk menikah dalam waktu terdekat ni..sekarang ni da dapat green light tapi yang malap-malap je la..erk ada ke green light camtu? ;p mak ayah saya da izinkan cuma mereka suruh saya dapatkan kerja dulu baru boleh langsungkan majlis..untuk pihak EBS pula memang takde masalah da sebab beliau da ada kerjaya pun..tinggal tunggu pengesahan jawatan insyaAllah dalam awal tahun ni juga..saya memang agak tertekan juga la sekarang ni sebab da beberapa bulan habis study pun panggilan kerja tak dapat lagi kan..tapi harap-harap awal tahun ni ada la rezeki saya kat mana-mana..insyaAllah..ameen..

kalau ikutkan perancangan yang lebih awal, kami nak langsungkan majlis pertengahan tahun ni dalam awal bulan mei sebab nak sekalikan dengan majlis kakak EBS..tapi setelah berbincang dengan mak saya, mak saya kata cepat sangat tarikh tu..kelam kabut nak buat persiapan nanti..lagipun mak ayah saya pun da ada ura-ura nak renovate rumah untuk majlis saya yang akan bermula beberapa minggu dari sekarang..takut pulak tak sempat siap sebelum bulan mei nantikan..jadinya kami tak boleh la nak teruskan rancangan nak sekalikan majlis tersebut..

waktu kami berbincang pasal tarikh hari tu, EBS cadangkan nak buat bulan 11 nanti..antara 111111 atau 20112011..tapi tak boleh juga la..sebabnya insyaAllah tahun ni mak ayah saya nak menunaikan ibadah haji..bulan zulhijjah pula jatuh dalam bulan november so bulan november awal-awal memang da terkeluar list la kan..bulan ogos pun tak boleh juga sebab jatuh pada bulan puasa..kalau nk buat sebelum bulan puasa pun tinggal bulan jun atau julai macam dekat sangat da dengan majlis kakak EBS nanti..kesian pula pada family EBS tak hilang penat buat satu majlis da nak buat satu majlis lagi kan..makanya bulan yang tinggal adalah antara bulan september, oktober dan disember..

memandangkan september bulan syawal, macam tak best pulak mengganggu bulan nak beraya ni kan..so tak boleh! hihi..disember pula lambat sangat..huhu..kalau boleh saya nak menikah sebelum mak ayah berlepas ke tanah suci la..ada teman kat rumah..hihi..so kami tengok tarikh dalam bulan oktober..dan 011011 menjadi pilihan kami..insyaAllah harapnya pada tarikh tersebut termakbul la impian kami nak bersatu..saya harap sangat saya dapat panggilan kerja awal tahun ni..boleh la saya dapat the real green light dari mak ayah..boleh juga simpan duit..hihi..

nanti da bincang tarikh ni dengan mak ayah saya akan update lagi pasal tarikh ni ye..harap sangat tarikh ni LULUS!!! ameen..

lepas ni saya kongsi cerita antara saya dan EBS ok..sebagai pengenalan ringkas untuk pembaca blog baru ni.. ^_^

January 06, 2011

catatan pertama

as-salam

blog baru ini terbina sebagai satu platform untuk saya berkongsi kisah perjalanan penyatuan dua hati antara saya dan bakal suami saya..akan berkongsi segala cerita berkaitan perjalanan kami dalam menuju ke alam pernikahan dan ke gerbang perkahwinan insyaAllah dalam tahun 2011 ini..

salam kenal dan selamat membaca.. ^_^