December 13, 2011

wedding sepupu

Salam.


Sepatutnya semalam Cik Anis nak share beberapa gambar sekitar walimah sepupu Cik Anis ahad lepas. Tapi apakan daya diriku ini telah diserang sakit perut yang melampau-lampau. Huhu. Mak kata penangan air limau nipis dekat kenduri sepupu Cik Anis. Tapi yang peliknya cuma Cik Anis je yang kena cik cibir dan muntah-muntah. Orang lain steady je. Oh perut ku sensitif rupanya. Huhu.


Semalam ambil mc pun konon nak la ber-DIY sikit-sikit kan tapi memang tak larat langsung. Lepas pekena ubat terus tidur je satu hari. Harap-harap hari ini perut da kembali seperti biasa. Da kena pantang pedas dan masam untuk beberapa waktu ni. Risau kena serang cik cibir lagi. Huhu.


Ok berbalik kepada tajuk entry, ahad lepas merupakan walimah dua orang sepupu Cik Anis iaitu anak mak uda. Bulan lima lepas Cik Anis ada review majlis pertunangan sepupu Cik Anis ni. Dalam entry ini. Alhamdulillah dua-dua sepupu Cik Anis da selamat pun jadi suami dan isteri orang. Cik Anis menyusul kemudian. Hihi.


Tak banyak gambar yang diambil sebab sibuk melayan sepupu yang kecik-kecik. Tapi ada la sikit untuk dikongsi dalam blog ni. Hehe.



Cik Anis dan Kak Lin.

Kak Lin cucu perempuan pertama sebelah ayah Cik Anis dan Cik Anis cucu perempuan kedua. Jadi mari tunggu turn Cik Anis pula lepas ni. Haha.





Yang lelaki tu adik Kak Lin. Sama umur dengan abang Cik Anis.




Kak Lin dan suami.



Tema mereka adalah pink-purple. Tapi majoriti nampak purple la. Jadi secara tak sengaja tema kami adalah hampir sama. Takde tiru-tiru. Kebetulan je sama warna tema pulak. Hehe.


Buat Kak Lin dan suami, juga buat Rizan dan isteri,

Selamat Pengantin Baru.
Barakallahu Lakuma.
Semoga ikatan perkahwinan yang terbina berkekalan hingga ke syurga.
Aamiin.



Sebagai penutup;



Geram gila tengok baby ni. Chubby!!!





4 comments:

Blume Art said...

GUESTBOOK PROMOTION TILL 31 DEC 2011!
Customize with your own names :)

BLuRpL3 said...

cutenyer baby tu..comel sgt :-)

do come, visit & be our follower at http://blurplediary.blogspot.com/

do keep in touch =)

Cik Nasha said...

hai..
comelnya gambar last..
gambar 1st n 2nd confuse ler.. sama ke lain..?heheh..

cik anis said...

nasha:

gambar 1st kakak, gambar 2nd adik..dorg buat majlis serentak..hehe