December 15, 2011

pembelian yang tidak dijangka


Salam.


Masih ingat entry angan-angan Cik Anis nak DIY pelamin sendiri tu?


Rentetan luahan rasa dalam entry tu, Cik Anis cerita la pada EBS keinginan Cik Anis yang satu ni.


EBS tu biasa la, apa saja idea yang Cik Anis ceritakan pada dia, dia setuju je. Hihi.


Sebenarnya angan-angan nak buat pelamin sendiri ni macam 50-50 jugak la. Yela antara yakin dengan tak je boleh buat sendiri kan.


Nak dijadikan cerita, satu hari tu Cik Anis ajak EBS cuci mata dekat kedai perabot. Kami ke Cavenzi sebab Cik Anis suka tengok koleksi Cavenzi dalam paper tapi tak pernah sekalipun jejak kaki ke showroomnya. Hehe. Design perabotnya kebanyakan up-to-date la kan. Tujuan ke sana Cik Anis nak tengok koleksi sofa diorang. Mana tau ada yang sesuai untuk letak atas pelamin ke kan. ;)


Pusing-pusing. Belek-belek. Kami berkenan dengan satu design sofa ni. Sangat trendy. Sangat stylo. Harga pulak memang telan air liur je la. Haha.


Lepas tu SA tu re-calculate lagi dan lagi sampai la dapat harga yang murah la jugak kot. Cik Anis dan EBS da berkira-kira nak ambil ke tak. Nak buat keputusan bukan senang tau. EBS siap baring-baring dekat katil display lagi. Sabar je la. Haha.


Setelah fikirkan pro and con maka kami decide untuk.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ok tak payah nak suspen sangat la. Dari tajuk pun da tahu ini adalah entry berkaitan dengan satu pembelian kan. Hehe. Ye kami beli sofa untuk pelamin DIY kami. Da letak deposit pun. ^_^



Harga dia? 
Hampir sama dengan sebijik blackberry kot. Huhu.



Sofa ni kami cuma ambil yang two seater je walaupun set tu adalah 2 + 3 seater. SA tu suruh ambil satu set tapi kami tolak sebab mana la nak sumbat sofa besar-besar tu nanti kan. Nak pindah rumah lepas nikah pun tak tahu bila kan. Jadi lebih afdal ambil yang two seater je. Hehe.



Membazir?

Tak la. Setelah kami fikir-fikirkan, kalau bayar pada vendor, habis majlis semua barang bukan milik kita. Duit pun hilang macam tu je. Tapi bila beli sendiri, habis majlis, semua masih milik kami. Duit yang dikeluarkan pun masih nampak ada gantinya dengan barang kan? Bila pindah rumah nanti da ada sofa untuk rumah baru. ;)



Memandangkan sofa pun da letak deposit. Makanya nak tak nak pelamin nanti kena la DIY. Ayuh teruskan misi design pelamin DIY impian! Ecehh..



Sebagai penutup;






Mungkinkah design sofa pilihan kami seperti di atas?


Rahsia! ;)




4 comments:

FY said...

kalau beli sofa seperti gambar, boleh terus guna utk pelamin..lepas tu terus jadi hak milik kekal..hari2 pun terasa duduk atas pelamin..hehe

dhiera said...

tak sabar nak tengok pelamin DIY cik anis ni~

Cik Nasha said...

alamakkk..
rahsia2 pulakk.. :D
hitam itu menawan!

nida-razak said...

wa..bagus2..nanti sofa tu ley simpan kan..xsabarnya nk tengok..hehe