December 05, 2011

OP booked! dan cerita disebaliknya. *drama*

Salam.



Dulu Cik Anis pernah mentioned da booked OP dekat Pameran Raja Sehari Plaza Angsana kan. Ada dalam entry ini.


Ok yang kali ni episod lain. Haha. Tiba-tiba ada episod lain pulak kan. Sejak bila mentioned nak buat episod pun tak tahu. Hehe.


Yang sebenarnya ada cerita yang nak dikongsikan.



Tahu tak,



Deposit da bayar pada OP yang dekat pameran pengantin tu tau.



Tapi,



Hari tu kan,



Cik Anis booked OP lain pulak!
>______<



Ini kerja gila tahu.
Deposit pada OP tu bukan sikit tapi sangat besar nilainya. Dan kalau ikut TnC, deposit takkan dipulangkan bila kita batalkan tempahan. Huhu.



Kenapa booked OP lain?

Entah. Masa Cik Anis tengok hasil karya OP dekat pameran pengantin ni, Cik Anis suka tengok hasil kerja dia. Tapi bila Cik Anis da view website dia, Cik Anis tak boleh nak suka langsung hasil karya dia. Serba serbi Cik Anis tak suka. Cik Anis cuba juga untuk suka tapi serius hati ni macam tak boleh nak terima hasil karya dia. Mungkin bukan mengikut selera jiwa Cik Anis.


Mula-mula nak tahankan je la. Mungkin hanya perasaan je kan. Tapi bila fikirkan OP ni tugasnya untuk capture moment indah pada majlis kita kan. Kalau kita awal-awal da tak boleh terima hasil kerja dia mesti la kita susah hati fikirkan hasil kerja dia untuk majlis kita nanti kan.


End up, Cik Anis cerita juga dekat EBS yang Cik Anis tak boleh nak suka hasil karya OP ni. EBS tanya betul ke nak cancel ambil dia. Cik Anis serba salah juga nak jawab sebab kos OP ni EBS yang akan bayar. Nak burn deposit tu memang rasa sayang sangat. Tapi nak terima sesuatu yang berharga untuk hari bersejarah kita dalam keadaan hati yang tak suka lagi la sayang kan. Majlis walimah tu cuma sekali je berlangsung. Setiap moment tak ternilai harganya kan. EBS pula menambah rasa bersalah Cik Anis bila dia kata dia tak kisah kalau deposit tu burn. Yang penting gambar majlis nanti tak disaster. Tu pun lepas Cik Anis btau dia "Harap-harap gambar kita nanti tak disaster la." Huhu.


Dalam pada tengah dilema nak cancelkan atau tak OP tu, Cik Anis boleh pulak survey pakej OP lain kan. Haha. Nampak gaya memang nak tukar OP jugak la ni. ;)


Ada beberapa OP yang Cik Anis email dan minta quotation. Semua memberikan kerjasama yang sangat baik. Semua OP yang Cik Anis suka, balas pertanyaan Cik Anis. Kemudian bermula la perbandingan hasil karya yang terbaik di antara yang terbaik dan perbandingan pakej yang lumayan.


Setelah fikir masak-masak sampai rentung terbakar *amboi perumpaan* Cik Anis pilih satu OP yang memang sangatttttt hebat hasil karya dia pada pandangan mata kasar Cik Anis ni. Well sebenarnya OP yang ni macam pilihan kedua juga. Pilihan pertama adalah OP dari selangor *cuba teka siapa* tapi OP ni tak available pada tarikh kami. Jadi Cik Anis pilih OP yang lagi satu ni. Memandangkan tarikh kami masih kosong terus Cik Anis booked dia. Tak nak terlepas OP kegemaran lagi. Hehe.


Macam mana dengan deposit OP pertama?


EBS suruh Cik Anis selesaikan sendiri. Kira Cik Anis yang kena call OP ni dan uruskan hal berkaitan deposit kami ni. Sama ada dapat semula, digantikan dengan barang atau burn. EBS tak nak uruskan sebab Cik Anis yang nak sangat tukar OP. Huhu. Part ni Cik Anis belum buat lagi. Mungkin weekend nanti ke baru call OP ni dan selesaikan semuanya. Harap-harap dipermudahkan urusan nak cancel booking ni.



Kesimpulan

B2B semua, please, please, korang buat la pilihan dengan bijak dan terancang ye. Survey sampai lebam nak guna OP mana untuk majlis korang nanti. Lagi satu ikut la kata hati. Macam Cik Anis sebenarnya awal-awal memang tak nak ambil pakej OP ni tapi sebab EBS macam berminat Cik Anis turutkan je. End up kami batalkan juga OP ni sebab jiwa Cik Anis memberontak tak nak guna khidmat dia. Jangan jadi macam Cik Anis ok. Sebelum korang pun akan menyesal kena fikirkan nasib deposit tu. Huhu.


Kalau ke pameran pengantin, pastikan korang tahu OP mana yang ada dekat situ so korang boleh tengok-tengok dulu hasil kerja mereka dekat website. Lepas tu boleh pergi ke pameran dan tempah diorang untuk majlis korang. Harga dekat pameran selalunya ada diskaun. Kalau terus redah pameran macam kami nanti jadi la macam situasi kami ni. Jangan menyesal kemudian hari ok!


Macam mana dengan nasib deposit kami? Tunggu next entry bila Cik Anis da call OP tersebut ok.


Nama-nama OP yang terlibat dirahsiakan. OP terbaru juga dirahsiakn. Lepas majlis baru reveal. Boleh? ;)



2 comments:

UyaRayza said...

i mengalami masalah yg sama tp pada vendor pelamin..deposit dh byr banyakkkkk..skang paksa diri suke..actually time kat pameran tgk gmbr2 sume cntik tp the problem is diorg mcm senyap jer..tanye x update ker x ade project ker diorg ckp ade tp diorg tak update fb n blog...aaaa memberontak nie..pilihan2 hati yg lain dh x available kn..redha huuuu

cik anis said...

kadang2 rasa nightmare lak bila booking dekat pameran pengantin ni kan..sebab diorang mesti tunjuk hasil yg cantik je..hakikatnya bnyk lg hasil diorng yg out jugak la..huhu..anis pun tak tahu la macam mana nak setelkan dgn 1st OP ni..deposit tu syg betul..huhu