December 20, 2011

karikatur untuk majlis perkahwinan

Salam.


Masih ingat teaser Cik Anis yang ini?


Hehe. Benda ni da lama sebenarnya. Tapi Cik Anis tangguh-tangguh cerita sampai sekarang baru nak berkongsi cerita dalam blog 2hati-jadi1 ni.


Sebenarnya teaser tu adalah karikatur Cik Anis dan EBS. Hihi.


Tarikh Cik Anis tempah karikatur tu adalah awal bulan 7 lepas. Dekat 5 bulan tersimpan rapi cerita ni. Hehe.


Tujuan utama Cik Anis tempah karikatur ni adalah untuk jadi ikon kami untuk majlis kami nanti. Jadinya nanti kad jemputan, tq tag dan segalanya lah akan gunakan karikatur ni je. Nak letak muka sendiri Cik Anis segan la. Haha. Lagi satu nanti kalau orang buang-buang gambar kita tak seronok la kan. Baik guna karikatur je.




Karikatur 1 : saiz A3




Karikatur 2: saiz A4


Kos buat dua keping gambar ni cuma RM70 je. Murah ke mahal?


Masa Cik Anis baru ambil dari pelukisnya, adik Cik Anis pulak yang geram. Katanya muka Cik Anis dan EBS jauh beza sangat dengan gambar karikatur ni. Huhu. Cik Anis ok je. Sebab nak dapat 100% sama macam muka kita memang tak mungkin la kan. Yang ni pun da ok. ;)



Tapi malam tadi mak Cik Anis tengok gambar yang ada warna tu, mak Cik Anis kata muka Cik Anis ada iras, muka EBS je lain sikit. Hehe.



Cik Anis tunjuk gambar ni pada diorang dan suruh tukarkan posisi Cik Anis ke kanan dan minta lukiskan baju pengantin warna purple.



Antara gambar 1 dan 2 Cik Anis lagi suka gambar 1. Nampak lebih kemas. Gambar no.2 tu Cik Anis tak suka sangat sebab cara dia lukis karikatur Cik Anis posing tu semacam je. Haha. Baju pengantin pun tak macam baju pengantin. Huhu. Nasib baik gambar ada warna tu cantik. ;) Gambar 1 dan 2 merupakan pelukis yang berbeza.



Untuk majlis kami nanti gambar no.1 akan ambil alih sebagai 'kami' dalam segala bahan cetak. Hehe.


Dulu sebenarnya Cik Anis nak simpan je cerita ni. Nak reveal lepas nikah ke kan. Tapi macam tak seronok pulak sebab nanti nak bercerita tentang persiapan perkara-perkara yang melibatkan penggunaan karikatur ni takkan memanjang nak teaser sikit-sikit je kan. So terima la perkongsian penggunaan karikatur ni buat b2b semua. Hehe.


Ni kira DIY juga la kan tapi bukan Cik Anis yang lukis la. Hehe.


Sharing is caring.
Sharing is sexy.
;)


5 comments:

anaztasias nora aira said...

nora ada 1 tapi lupa nak bawa kuar masa kenduri haaha :)

Gadis said...

cantiknyer...=)

suke tgk...

cik.mila said...

lawo2..ritu ingat nak buat jgk tp buget ciput..hehe..salam kenal from b2b ganu :)

dhiera said...

gambar pertama macam tak ada iras sgt kot~

ain said...

cutenya... ^_^
nama pun karikatur, lebih kurang aje irasnya....

saya pun buat karikatur, lepas tu kena kritik kaw2 punye dari bakal adik ipar (dia sorang je komen lebih)...siap cakap, sape yang kata karikatur tu ada iras rupe saya n tunang, orang tu cuma nak amik hati saya je... bole? eii sabo je....

tapi saya pedulikan je la... bukan yang tukang komen tu bole lukis lagi better pun...ekekeke