December 30, 2011

Jari saya tak normal?



Salam.


Kisah suatu hari itu. Ewah.


Cik Anis borak-borak dengan EBS. Entah macam mana kami bercerita tentang tangan. Mungkin masa tu Cik Anis mengomel sebab cincin kot. Entah la tak ingat da. Haha.


Cik Anis memiliki jejari yang runcing. Wah perasan sangat! Haha. Pernah beberapa orang kawan mengeluarkan statement pada Cik Anis lebih kurang begini;


“Eh jari macam lelaki.”


“Panjangnya jari, macam lelaki.”


“Wah tangan nampak urat ngan tulang. Macam lelaki”


Dan lain-lain. Kenapa semua statement mesti kaitkan dengan lelaki? Haha.


Masa borak dengan EBS tu pulak, Cik Anis dapat statement yang ini;


“Mula-mula sebelum beli cincin dulu tu ingatkan jari tangan montok-montok sebab tengok badan macam berisi tapi bila tengok jari alahai keciknya. Halus benar.”


Hehe. Cik Anis berisi tahu. Banyak lemak@lemak banyak. ;) Certain bahagian badan boleh nampak rangka, certain pula gebus-gebus gitu. Haha. Tapi dari siku hingga ke jari adalah sangat halus. Tu sebab saiz cincin pun semakin kecik. Hehe.


Bila ada yang bertanya kenapa jadi macam ni? Cik Anis pun tak tahu nak jawab apa. Da Allah bagi macam ni, Cik Anis terima je la kan. ;)


EBS pula kata jari ni makin kecik sebab rajin buat kerja kot. Agaga. Tak tahu la pulak kebenaran yang itu. Mungkin sebab Cik Anis suka buat kerja DIY kan. Dulu ada bisnes handmade craft. Tanaga pada jari lebih banyak digunakan. Mungkin la itu salah satu sebabnya. Sekarang pulak sibuk nak men-DIY untuk wedding project pula kan. Makin meruncing la jari-jari ni. ;p


Tapikan, jari Cik Anis nampak tak normal bagi seorang perempuan dan nampak macam jari lelaki ke kalau kalian tengok gambar bawah ni?



Pakej tulang dan urat. Haha.




p/s: Gambar masa tunang dulu-dulu. Hihi.
p/s/s: Sepertinya cincin tunang yang baru tukar ni pun macam da nak longgar juga. Aiyok!


1 comment:

kaklong said...

biar la apa org nak kata, sume tu kuasa Allah..

kita redha yg penting kita hepi dgn anugerah Allah ini kan...btl x?