December 01, 2011

DIY: bunga pahar @ bunga telur

Salam.


Dari tajuk pun da tahu la kan nak cerita pasal apa.


Untuk majlis kami nanti, bunga pahar @ bunga telur untuk diletak atas pelamin tu adalah hasil buatan tangan Cik Anis sendiri.


Sebelum ada blog dulu, Cik Anis rajin jalan-jalan baca entry b2b lain. Banyak b2b kongsi idea bunga telur yang cantik-cantik. Lagi-lagi idea bunga telur DIY. Sangat teruja nak cuba buat sendiri juga.


Oleh itu, moh la kita ke kedai kraf untuk cari bahan-bahan yang patut.




Hasil rembatan:

Crepe paper putih dan violet - warna tema kami
Dawai halussss
Putik bunga warna putih
Lidi
Reben organza purple
Reben satin purple dan putih
Selotape putih
Kain net purple
Polistrene - takde kaitan dengan projek bunga telur. Tu untuk projek lain. Hehe.


Semua bahan ni beli tak ikut sukatan pun. Cik Anis beli je asalkan cukup untuk bentukkan satu bunga telur sebagai percubaan.


Lepas tu kena tunjuk pada QC.


QC?


Ye. QC.


Siapa lagi kalau bukan EBS. Haha.



Dia la bakal suami yang sangat ambil tahu setiap perkembangan persiapan majlis. Kalau takde perkembangan terbaru memang kena ceramah free je la. Hihi.


Cik Anis takde pengalaman buat bunga telur pun. Kira untuk majlis kami ni la pertama kali Cik Anis hasilkan bunga telur.


Hasilnya?


Next entry ye. Haha.




3 comments:

Epa Zarifa said...

wah, rajen & kreatif! nanti tunjuk tau! teaser pon jadilah :)

BLuRpL3 said...

x sabar nk tengok next...hehe

do come, visit & be our follower at http://blurplediary.blogspot.com/

do keep in touch =)

Alang Atie said...

Salam dear..semangat2 buat ok..neway, jom join GA by Alang at my blog and get lucky okayh!~^_^

http://pelangi-love.blogspot.com/2011/12/stickjom-tolong-vote-dan-dapat-ga.html