December 08, 2011

bila mereka bercerita tentang...

Salam.


Bila ramai b2b bercerita dilema dan angan-angan kasut untuk majlis perkahwinan mereka, Cik Anis nak cerita jugak! Haha.


Ok. Cik Anis tengok kebanyakan b2b banyak berkongsi keluh kesah tentang kasut impian mereka. Ada yang nak tempah, ada yang tak boleh decide nak tinggi yang macam mana dan macam-macam lagi.


Kalau tanya Cik Anis pula, pilihan kasut untuk majlis walimah Cik Anis bukan la custom made shoes dari mana-mana designer, bukan juga heels yang melangit tinggi tumitnya. Tapi....









Cik Anis pilih flat shoes je. Hihi.






Mungkin seperti ini cuma lebih bling-bling atau ber-brooch di depannya. Pilihan warna masih belum diputuskan lagi tapi kalau sedondon dengan baju meriah juga kan? Ngee..






Dulu-dulu Cik Anis pernah survey satu bridal ni, bila Cik Anis beritahu dia Cik Anis nak pakai flat shoes je masa sanding. Terus dia cakap "Tak cantik la takde tumit" =.="




Kenapa nak flat shoes je?

Bagi Cik Anis flat shoes adalah pilihan terbaik untuk Cik Anis. Sebabnya, Cik Anis dan EBS sama tinggi. Kira ok la kan pakai flat shoes je. Hehe. Walaupun EBS tak kisah pun kalau Cik Anis pakai wedges bila jumpa dengan dia tapi Cik Anis la rasa tak seronok sebab rasa 'galah' sangat la pulak. Haha. Untuk wedding nanti pun taknak la pakai wedges atau heels. Biar kami kekal sama tinggi je. Alaa kasut kan terlindung disebalik dress nanti. Tak kisah la kan ada tumit atau tidak. ;)




Tak cantik la nanti OP nak shoot kasut tengok flat je?

Yang ni bukan masalah. Hehe. Standard la bila OP nak shoot moment bride pakai kasut, kasut letak dekat atas karpet la dan macam-macam shoot berkaitan dengan kasut bride ni kan. Untuk part ni Cik Anis akan gunakan wedges. Kira wedges ni sekadar props untuk mencantikkan gambar je la. Ok kan? Hehe. Untuk bergambar dengan EBS dan untuk sanding Cik Anis akan sarung flat shoes je.







Tak membazir ke kena beli dua pasang kasut pulak?

Tak perlu beli pun. Kebetulan zaman muda dulu Cik Anis adalah penggemar wedges maka masih banyak koleksi wedges yang tak pernah dipakai lagi. Dan salah satunya adalah wedges warna purple! Memang masuk sangat dengan tema. Haha.



Wedges Cik Anis fully purple dan tiada aksesori tambahan. Material bling-bling sikit. ;)



Ok kan plan Cik Anis ni? 

Adalah satu kelebihan buat b2b yang lebih rendah dari pasangan sebab tak perlu fikirkan sangat pilihan tumit kasut kalian. Rasa berkenan je boleh cari. 1 inchi, 2 inchi mahupun 5 inchi. Tapi untuk situasi Cik Anis dan EBS yang sama tinggi ni memang pilihan terbaik adalah takde tumit langsung. Hehe.


Walaupun ada kasut lelaki yang bertumit tapi tahu je la kan kasut lelaki ni harga berkali ganda lebih mahal dari kasut perempuan. Tak nak la EBS membazir beli kasut bertumit semata-mata untuk majlis kami ni. Nanti takkan nak buat pergi kerja pulak kan. Tak kelaaaasss tau. Haha. Kasut perempuan murah je. Setakat flat shoes tu rasanya tak sampai RM50 pun boleh dapat. Hehe.





Tapi kalau susah sangat nak cari flat shoes yang memenuhi citarasa Cik Anis, Cik Anis beli ni je la;




Cara apa gayakan dengan wedding dress. Haha.






p/s: Eh tapi bila difikirkan lagi memang berkenan betul nak sarung sneakers je masa sanding nanti..Hahaha! XD


14 comments:

Asfiza said...

kasut yang last tu sempoi...hehehe...
wedding back to school...:)

tapi as suka kasut flat...selesa...jalan pun laju jer...hehehe

nur said...

style gila kot pakai sneakers..haha

Cik Lijah said...

hik2...cantek je dear....
saya pon peminat flat shoes...
tp gatal tgn beli kasut ms wed...
pastu tak pakai gak....membazir...

pakai yg kite rasa comfortable....bukan sbb cantek....

automatically kite akan jd cantek bile cukup yakin kaki melangkah kan..hehe

Cik Fifi said...

Saya pun tengah cari flat shoes. Walaupun chinta hati tinggi melampai tp nak juga pakai flat shoes. =)

bahIRAh said...

cik anis tahu kan ketinggian AFIQ?hohoho.. nangis Ira nak cari kasut tinggi.. nnt nak amik gmbar takde la masuk separuh je..huhu

Cik Nasha said...

untung la sama tinggi..
sy ni rendang..heheheh

*salam kenal..

cik anis said...

as:

hehe..sempoi kan? da lama x pakai sneakers..selalu layan sandal je..hehe

cik anis said...

nur:

haha..unik lain dari yang lain gitu.. ;p

cik anis said...

cik lijah:

yeah..setuju sgt dear..bila kita pakai apa yg kita selesa mesti kita lebih yakin kan.. ;)

cik anis said...

fifi:

heels nampak menarik tapi flat shoe nampak comel..hehe

cik anis said...

ira:

afiq sgt galah kot..huhu..sila berusaha cari heels.. ;)

cik anis said...

nasha:

hehe..untung sgt dear..nak cakap x yah dongak2..hihi

*salam kenal juga.. ;)

iedchan said...

hahah 1st time i dengar ade orang nak kasut flat...selalu bride nak yg palinggg tinggi tau

cik anis said...

hehe..nk buat macam mana da bakal suami sama tinggi..kena la lupakan angan2 nak berkasut tinggi..eh tp ada je la bride yg suka pakai flat shoe.. ;)