November 04, 2011

patah tak tumbuh, tak hilang tapi berganti!

Salam.


Tajuk entry kali ni bukan lah peribahasa melayu yang suka-suki Cik Anis je nak ubah. Hehe. Tapi ada maksudnya tersendiri. Bagi Cik Anis la. Hehe.


Cik Anis tak pernah kongsi cerita hari pertunangan Cik Anis kan. Korang nak tahu ke? ;) Lain kali la ek. Kali ni Cik Anis sekadar nak berkongsi cerita tentang cincin tunang Cik Anis je. Hehe.


Cincin tunang Cik Anis bentuknya berlekuk-lekuk. Lepas tu ada permata halus-halus je. Bentuk cincin tu adalah pilihan EBS. Cik Anis hulur jari cari saiz je. Proses pembelian cincin tunang Cik Anis makan masa kurang dari sejam. Senang kan. Hihi.


Nak dijadikan cerita, pada hari berlangsungnya pertunangan kami tu Cik Anis terasa cincin tunang dan risik longgar! Biar betul. Baru beli dua minggu sebelum majlis da jadi longgar sangat. Tapi masa tu abaikan je la. Asalkan pakai tak melurut jatuh lepas tu hilang kira masih ok lagi la kan.


Masalah cincin longgar Cik Anis masih boleh abaikan lagi. Tapi satu hari tu kejadian yang tak disangka. Masa tengah sibuk cari fail projek dalam bilik fail dekat tempat kerja Cik Anis, entah macam mana masa Cik Anis nak masukkan fail dalam rak fail, cincin tunang Cik Anis tersangkut dekat fail lain bersebelahan fail yang Cik Anis pegang tu. Ukiran love pada cincin tunang Cik Anis bengkok ke atas! T_T


Bila da betulkan Cik Anis tengok ok je so biar je la kan. Tapi kemuncaknya adalah pada hari pernikahan adik EBS awal bulan september lepas. Ukiran love tu tersangkut pada handsock Cik Anis lepas tu patah terus!!! Waaaaa. Menceceh Cik Anis cari bentuk love tu dekat karpet hotel. Nasib baik jumpa. Cik Anis tak beritahu EBS pun cincin tunang patah. Senyap je. Haha.


Jumaat minggu lepas baru Cik Anis beritahu EBS kejadian yang menimpa cincin tunang ni. Dekat 2 bulan da patah baru ada keberanian nak beritahu. Hihi. Yang bagusnya EBS sendiri tak perasan cincin tu da takde satu love. Bagus betul. Hehe. Nasib baik EBS tak marah. Phewww lega. ;)


Cik Anis beritahu pada EBS hajat nak tukar cincin risik dengan cincin tunang ni, nak ambil saiz yang lebih kecik dan design yang hampir sama atau yang memang sama dengan design sedia ada ni. EBS kata ok je. Dia siap bagi cadangan tukar jadikan satu cincin je tapi cari yang tebal sikit. Takde la tanda dia nak bayar kan ke apa kan. Jadinya Cik Anis memang nak guna gaji Cik Anis je la untuk topup harga cincin baru nanti.


Rabu lepas kami ke kedai emas tempat beli cincin tunang sebelum ni. Kedai emas biasa-biasa je. Sekali tengok macam kedai da nak bankrupt pun. Hehe. Sekali bila tanya harga trade in dua-dua cincin ni, alamak tak berbaloinya harga dia. Bila minta dia tolong sambungkan semula love yang da patah tu, dia tak berani jamin bentuk love tu akan kekal sebab halus sangat. Takut lebur masa nak disambungkan tu. Huhu.


Akhirnya EBS bersuara,


"Takpelah kita tolak cincin tunang tu je. Cincin risik tu boleh pakai lagi kan. Cincin tunang tu nak simpan pun da patah. Baik cari lain."



Maka sesi pemilihan cincin tunang yang baru pun dilakukan dalam masa kurang 30 minit. Hihi. EBS pilih cincin yang kurang ukir dan lebih padu. Dengan harapan cik tunang dia ni takkan patahkan cincin lagi. Haha.



Bila sesi nak membayar pula, memang tak disangka EBS yang nak bayar cincin tunang yang baru ni. Alamak memang Cik Anis serba salah sangat. Yela da la ambik cincin baru kan, harga kena tambah lagi. Tapi da EBS kata takpe sebab dia ada duit lebih maka Cik Anis diamkan je la. *terharu sangat*



Maka sekarang Cik Anis da ada cincin tunang baru! Design yang lebih simple dan saiz yang lebih kecik dari cincin tunang yang terdahulu. Hehe.





Kenangan dengan cincin tunang yang lama. Sebab longgar asyik la nak berpusing-pusing cincin tu. Huhu.



Gambar full cincin tunang lama dan yang baru rasanya tak perlu la ek Cik Anis letak dalam entry ni. Risau ada yang fikir Cik Anis nak menunjuk pula. Tak seronok la kan.


Kisah cincin tunang Cik Anis ni; yang da patah tu memang takkan tumbuh lagi, walaupun tak hilang tapi dapat ganti yang baru. Hihi.


Buat EBS, terima kasih sebab sanggup keluarkan peruntukkan lagi sebab cik tunang beliau yang kasar sangat pakai cincin sampai patah ni. Huhu.


"Ya Allah, Kau murahkan rezeki bakal suamiku, bukakan seluasnya pintu rezeki beliau. Berkati hidupnya, limpahi rahmat dan keberkatan dalam hidupnya. Hanya Kau yang mampu membalas kebaikan yang beliau lakukan Ya Allah. Ameen."


12 comments:

Suria said...

cincin tunang suria pn dh longgar sgt dh, bleh berpusing²..nk pakai pn takut, kang sangkut²..hihi
cincin merisik plak yg asalnya bleh pakai sblh kiri je skang dh bleh pakai sblah kanan...hahah

emm, emas skang brpa 1gram yer..? bru nk g carik gelang nih... :(

Asfiza said...

cincin bertuannga s hilang sebiji permata dia..mcm mana eh nk buat?ni semua gara2 mndi sungai pakai cincin.
tunjuk kt Incik Naruto..berubah muka dia..:( cian dia...tak sengaja...huhu
cincin risik dan cincin bertunang as kena pakai jari tengah..kalau tak tercicir lah jawabnya..

cik anis said...

haha..mengalami situasi yg sama juga rupanya ek.. ;)

harga hari ni anis tak pasti pulak..tapi selasa lepas je 1g da rm180+ kot..tak ingat da..hehe

cik anis said...

as:

boleh pergi kedai emas dan minta pasang batu baru..kena cas harga batu la nanti..da pasang nanti blh tunjuk encik naruto semula..nanti dia senyum2 la semula..hehe

Fariza said...

hik3. fariza punya pun longgar. itu je saiz paling kecil. harus jaga baik2. :)

cik anis said...

fariza:

wah keciknya jari..saiz paling kecik pun longgar lagi..;) anis tukar saiz hari tu kurang 3 saiz terus..punya la banyak beza..sekarang cincin tunang sangat selesa pakai..hehe

K.I.N.A said...

wah, bertuah kamu cik anis..tp better cincin longgar dari tak ketat..aritu baca dekat blog SCR ade benda pengetat cincin..harga rm10 gitu..xigt nama die..boleh beli kat habib atau mana2 kedai emas..

dhiera said...

klo cincin longgar boleh potong. tp syg kan? jadi boleh beli lagisatu ring yang boleh ketatkan cincin dari sebelah dlm~ (tak ingat nama) wuwuwu

baik ye EBS tu. untung lah cik anis~

cik anis said...

kina:

cincin lama tu memang longgar sgt kina..jari anis pula entah kenapa makin kecik..masa beli dulu memang sedap2 je pakai..cincin baru ni pun xdela ketat@cukup2 saiz tp sedap2 je..nak buka masih senang.. ;)

cik anis said...

dhiera:

cincin longgar memang blh potong lepas tu lebihan tu kita blh jual semula pada kedai emas..tp cincin lama anis ukirannya yg patah..kedai emas pun x jamin kalau sambung semula dpt kekalkan ke tak bentuk love tu..sebab tu EBS suruh tukar cincin baru je.. ;)

Nur_cahayamataku said...

salam cik anis, saya pun ada masalah sama, cincin tunang dengan risik memang longgar siap boleh berpusing2 kat jari..takut juga kalao kita tak perasan dia tercicir ke...he he

dulu2 ingat nk beli cincin yang betul2 terletak kat jari..ngam2 size..terfikir pulak kang kalau jari tergemuk jadi sempit pulak nak pakai...saya pun beli la size yang besar sikit..

tapi bila lama2 pakai jadi longgar pulak..sekarang ni bila pakai cincin memang berjaga2 la, nak2 time buat kerja...kalau tak pakai cincin rugi pulak..dah beli tapi tak pakai..hmm

cik anis said...

rasanya normal kot jari kita akan makin kecik..hehe..sayang tak pakai sebab cincin tu pemberian tunang kan..tp kalau longgar sangat better g kecikkan..takpun beli pengetat cincin tu ke..takpun tukar baru..hihi.. ;)