November 11, 2011

erti hidup pada memberi [update 14/11/11]

Salam.


Dulu-dulu Cik Anis pernah berkongsi koleksi buku karya Ustaz Hasrizal. (link) Owh tiba-tiba rasa da lama tak kongsi bahan bacaan baru dalam blog ni. Erm. Ustaz Hasrizal suka menekankan prinsip beliau iaitu "Erti hidup pada memberi". Kalau kalian da baca buku-buku beliau kalian akan faham apa yang dimaksudkan dengan erti hidup pada memberi ni. 


Menurut Ustaz Hasrizal, dalam hidup ni kita mesti lebih memikirkan apa yang kita bagi pada orang sekeliling daripada sibuk memikirkan apa yang orang bagi pada kita. Lebih kurang macam tu la maksud kata-kata prinsip tersebut.


Cik Anis juga pernah terbaca dalam blog mantan b2b sis nawal (blog da ditutup) yang dalam perkahwinan/perhubungan takde istilah give and take. Sebaliknya kita kena lebih menekankan apa sumbangan yang kita da bagi pada pasangan kita.


Sekadar berkongsi pengalaman sendiri, Cik Anis mula mengamalkan prinsip Ustaz Hasrizal ni sejak Cik Anis khatam ketiga-tiga buku karya beliau kira-kira setahun yang lepas. Tiada istilah give and take yang diamalkan sebaliknya lebih berusaha untuk mengamalkan prinsip erti hidup pada memberi.


Pada awalnya memang terasa agak pahit dan sukarnya nak amalkan sebab yela kita manusia biasa kan. Bila da selalu sangat kita memberi kadang-kadang terdetik juga dalam hati kenapa macam tak dihargai je. Kenapa tak dapat macam yang da diberi. Dan macam-macam lagi. Manusia biasa kan, iman pun ada turun naiknya.


Tapi kunci utamanya adalah SABAR. Sabar dalam usaha kita untuk berpegang pada prinsip erti hidup pada memberi tu. Sebab bagi Cik Anis sebelum status berubah menjadi seorang isteri ni la Cik Anis mesti berusaha mempraktikkan sesuatu yang baik untuk kebaikan rumahtangga yang bakal dibina kelak. Mungkin ada yang bercanggah pendapat mengatakan dalam rumahtangga mesti la ada give and take. Mana boleh give je memanjang. Owh itu terserah pada pendapat masing-masing ya. ;)


Apa yang Cik Anis boleh katakan, mengamalkan prinsip erti hidup pada memberi tanpa mengharapkan balasan rasanya adalah sangat manis. Masha-Allah memang tak disangka Cik Anis dapat balasannya seawal ini. Tapi memang rasa syukur sangat. Bukan nak gebang atau menunjuk-nunjuk tapi percayalah, sesuatu prinsip yang kita amalkan dengan seikhlas hati balasannya adalah tak disangka dan tak diduga! Itu yang Cik Anis rasakan la. ;)


Sampai saat entry ini ditaip, Cik Anis masih merasakan tidak layak untuk menerima apa yang Cik Anis peroleh sekarang ni. Nilainya terlalu besar kalau nak dibandingkan dengan apa yang pernah Cik Anis berikan. Balasan yang Cik Anis terima juga melebihi pemberian yang Cik Anis hulurkan sebelum ni. Sungguh! 


Alhamdulillah untuk segalanya. ^_^



p/s: Tak semestinya kita aplikasikan prinsip erti hidup pada memberi ni pada pasangan saja. Praktikkan untuk setiap orang di sekeliling kita. Keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan sesiapa sahaja. ;)


[update 14/11/11]

atas permintaan Dhiera, Cik Anis bagi contoh supaya dhiera lebih faham ye.. ;)


Macam mana pengaplikasian prinsip erti hidup pada memberi ni?


Sebenarnya prinsip ni senang je, melalui prinsip ini, kita lebih menekankan apa yang kita nak bagi pada orang. Bukan ke tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima kan? Lebih kurang macam tu la. Daripada kita memikirkan sumbangan orang pada diri kita adalah lebih baik kita sendiri memperbanyakkan sumbangan kita pada manusia sekeliling kita.


Contoh termudah kita tengok dalam sebuah keluarga, seorang isteri sentiasa sibuk menguruskan hal ehwal rumahtangga. Balik dari pejabat terus ke dapur, memasak, mengemas, sambung malam lipat kain, sediakan pakaian suami dan diri sendiri untuk ke pejabat esok pula dan banyak lagi tugas lain isteri. Kalau si isteri berpegang pada prinsip erti hidup pada memberi, dia takkan merungut dalam melakukan setiap tugasan tu. Isteri juga takkan membebel atau marah-marah pada suami sebab tak membantu dalam setiap kerja yang dilakukan. Sebaliknya si isteri akan sentiasa memastikan setiap yang dilakukan adalah yang terbaik untuk suaminya.


Nampak macam berat sebelah kan? Sebab isteri buat semua kerja tapi tak boleh merungut pada suami. Tapi cuba lihat dengan lebih mendalam. Kalau pada awalnya mungkin si suami langsung tak membantu, tapi bila hari-hari dia lihat isterinya buat setiap tugasan dengan sangat sempurna dan tak merungut, takkan tak tercuit langsung hatinya nak menghulurkan bantuan bersama bukan? Selepas tu, mungkin suami pula berusaha nak memberikan yang terbaik buat isteri dan keluarganya. Kemudian masing-masing saling berusaha untuk memberikan yang terbaik antara satu sama lain. Manis bukan? ;)


Konsep prinsip ini mudah. Tekankan pada MEMBERI dan tidak memikirkan tentang MENERIMA. Mungkin kita tak terima balasan segala pemberian kita pada saat ini tapi siapa tahu pada masa depan kita akan menerima yang lebih baik daripada pemberian kita pada hari ini.


Dhiera faham tak? Anis cuba terangkan secara mudah je ni. ;)

5 comments:

dhiera said...

anis, saya kurang paham dan saya nak lebih paham. bole explain details beserta contoh? berminat nak tahu~

cik anis said...

dhiera, nanti anis update entry ni dgn contoh ye..

dhiera said...

tq anis~

cik anis said...

dhiera, anis da update dgn contoh..harap contoh ni dhiera blh faham.. ;)

dhiera said...

ok ok. dah paham~ thanx ya anis~