November 24, 2011

berurut dengan Cik Nab

Cerita pengalaman pertama berurut. Hehe.


Masih berkisar tentang aktiviti weekend lepas. Sabtu malam lepas isyak Cik Anis ditemani EBS ke rumah makcik urut.


Tahu je la masalah Cik Anis tentang period cycle ni kan. Huhu. Lepas makan vco dulu memang period cycle ok sekejap. Tapi bila Cik Anis da ambil beberapa botol, da takde pape kesan pun. Makan dengan tak macam sama je. Mungkin vco da tak serasi dengan sistem dalaman Cik Anis. Orang lain Cik Anis tak tahu la kan. Kesannya mungkin berbeza.


Sebelum cuba vco, Cik Anis pernah ambil ubat klinik. Kira cuba perubatan moden la kan. Tapi kesannya hanya nampak bila makan ubat je la. Bila da berhenti ambik ubat, terus jadi balik macam sebelumnya.


Hari tu Cik Anis teman EBS ke kenduri cukur jambul pegawai tempat kerja beliau. Tengah borak-borak dengan akak tu, Cik Anis dengar la dia cerita tentang makcik urut yang dia jumpa lepas dia nikah dulu. Terus la Cik Anis minta contact number mak cik urut tu. Hehe. Jadi kali ni nak mencuba cara tradisional pulak. Kita usaha lepas tu tawakal pada Allah la kan. Kalau sembuh Alhamdulillah.


Temujanji dengan makcik urut ni sabtu malam lepas la. Peramah je makcik ni. Muda je lagi dalam 40-an camtu la. Cik Anis cerita masalah Cik Anis lepas tu dia syorkan urut satu badan. Cik Anis ok je la. Maklum la orang takde pengalaman berurut, tak tahu la macam mana rasanya kan. Hehe.


Pengalaman pertama?


Tak tahan geli!! Haha.


Bayangkan makcik ni urut Cik Anis sambil bercerita dan beritahu keadaan dalaman Cik Anis. Dalam pada dia berborak dengan Cik Anis tu Cik Anis dok tahan ketawa je. Haha. Serius tak tahan geli. Ni sambil taip bila teringat makcik tu urut memang rasa nak gelak lagi. Haha.




Kalau ikut cerita Cik Nab ni, macam-macam;

  • badan Cik Anis banyak angin; dia kata belakang Cik Anis merah-merah banyak sangat sebab angin
  • urat ke tulang belikat ek, tersimpul ni yang buat selalu rasa mengantuk
  • Cik Anis ni jenis da penat tapi nak buat kerja lagi. Badan macam kena paksa. Huhu. (kerja banyak terpaksa la tolak rasa penat ke tepi)
  • Sensitif ni.(ngee)
  • Selalu stress. Lain kali ada masalah jangan pendam sendiri. Cari orang untuk luahkan. (baik la Cik Nab)
  • Badan ok, muka ok, senyum cantik (auww kemain Cik Nab puji) tapi acik rasa kau ni mesti lemah kan. Sikit-sikit nak nangis. (haha..betul la tu. Sensitif la ni)
  • Bahagian bawah perut buncit sebab kedudukan rahim tak betul. (huhu)



Banyak lagi komen Cik Nab ni tapi ni antara yang Cik Anis teringat la. Yang bahagian bawah perut tu memang Cik Nab urut untuk betulkan kedudukan rahim semula. Sakit? Tak payah cakap la. Bayangkan nak tahan rasa sakit dan geli dalam satu masa. Mana satu nak fokus dulu? Huhu.


Masa dia buat urutan tolak rahim tu memang senak sangat perut ni. Nasib masa pergi urut tu belum makan lagi. Huhu. Keesokkan harinya memang bahagian bawah perut ni sakit jugak la. Lagi-lagi bila terlanggar barang ke. Sakit. >_<


Cik Nab kata urut ni bagus tau. B2b yang tak pernah berurut cuba la. Tapi harap kalian bukan penggeli macam Cik Anis la. Hehe.


Cik Nab pun bagi nasihat, amalkan pakai panty dan pad herba sebab tu bagus untuk dalaman. Selain tu mesti ambil minuman kesihatan. Jamu tu optional la. Nak ambik boleh, kalau tak nak pun takde masalah.


B2b atau ex-b2b yang rasa nak cepat tukar title jadi ibu, cuba la berurut. Mungkin dapat membantu. Mengikut cerita pegawai EBS, lepas diurut dengan Cik Nab terus pregnant. Rezeki dia kan. ;)



Sebagai penutup;





Hasil rembatan bahan-bahan untuk DIY VIP doorgift di mydin jb. Hehe.




11 comments:

Asfiza said...

apa dalam plastik tuuu..nak tengok...hehehe :)

erin moshimoshi said...

kite pun b2b johor la . ehehhe sama kite ..

eh kalau perut bwh bncit rahim x betul ea? alamak erin mcm tu ke

Memory of A Time said...

dulu period cycle saya pun tak berapa nak ok... saje la nak suggest kalau2 cik anis berminat nak try makan jamu, bole try :

http://jamucantik.blogspot.com/

saya makan ni, so far ok, buang2 pun lawas, jerawat sangat kurang (me darah kotor, senang tumbuh jerawat) period pun stable...

and jamu ni pun murah, handmade, seller ni (kak hemo) pun sangat ramah n beri penjelasan panjang lebar...

=) just sharing. saya bukan agent ye.

ps : lulur seri pengantin dia sangat shedap baunya n bagus!

cik anis said...

as:

nanti anis tunjuk ye dear..tak siap lagi ni..hehe

cik anis said...

erin:

x semua macam tu erin..tp x mustahil juga perut bawah buncit tu ada masalah pd kedudukan rahim..lg2 kalau zaman sekolah dulu aktif sgt ke kan..kuat berbasikal ke..rahim mungkin blh jatuh..anis pn x sure sgt..

cik anis said...

memory of a time (alamak maaf xtau nama u dear..huhu)


thanks for the info ye.. ;)

Anonymous said...

salam anis..boleh x share cik nab ni tinggal kat mana dan berapa dia charges tuk sekali urut..thanks..

fainie_riz said...

I hr 2 pun g urt trdsional.mmg sdp la kalau nk comparekn dgn urt spa yg ala2 manja gitu.then akak 2 pun urt kn bwh pert.btl kn rahm.skt jgn ckp la.

Anonymous said...

maaf anis..boleh x share lokasi rumah cik nab..saya pun bakal berkahwin tahun hadapan..masih mencari tukang urut..tq

cik anis said...

cik anon:

anda di mana ye? cik nab ni di kluang.. ;)

cik anis said...

fainie:

kan? sakit sgt masa urut betulkan kedudukan rahim tu..kalau nak urut manja2 memang x yah la jumpa makcik urut..hehe