October 13, 2011

wedding b2b: rai bitbitterbuter dan dunia raja sehari 4 (part ii)

Salam.


Tak sempat nak mengadap blog beberapa hari ni. Hari ni baru boleh kongsi cerita aktiviti weekend Cik Anis yang lalu. Hehe.


Sabtu habis je kerja Cik Anis dan EBS terus menuju ke Batu Pahat untuk ke wedding Rai (Bitbitterbutter). Waktu kami sampai tu dalam pukul 2 lebih macam tu la kot. Rai dan hubby masa tu tengah bergambar dekat pelamin lagi.



Dekat wedding Rai ni Cik Anis dapat la bertemu mata dengan Bahirah (Put down your pen). Hehe. Maaf ye ira, anis ni tak pandai nak beramah mesra sangat. Kadang-kadang lost jugak tak tahu nak bercerita pasal apa. ;)



Bergambar kenangan dengan pengantin, b2b ira dan encik tunang beliau.




Tukar turn pulak. EBS pulak masuk bergambar. Hehe.




Sebelum berpisah singgah guetsbook dan photobook corner dulu.


Overall, Cik Anis sangat suka suasana majlis Rai. Deco, makanan, servis caterer, mc. Semua nampak teratur dan tenang je.


Buat Rai dan Alif, Selamat Pengantin Baru. Semoga rumahtangga yang terbina berkekalan hingga ke syurga. Barakallahu lakuma!


~~~~~~~~~~~~~~~~


Selesai menghadiri majlis Rai, Cik Anis dan EBS terus ke Johor Bahru. Tujuannya nak ke Dunia Raja Sehari 4 lagi la. Hehe. Sampai Angsana da lewat petang dan kami terus ke tujuan utama kami iaitu nak booking OP. Alhamdulillah deposit da bayar. Review tentang OP pilihan ni pun nanti Cik Anis buat satu entry lain ye. OP ni pilihan EBS. Kalau ikut Cik Anis memang nak ambil kawan kami je. Tapi da EBS nak pakej dari OP ni dan sanggup nak bayar harga tu, Cik Anis ikut je la. Jimat bajet Cik Anis. Kekeke.


Selesai aktiviti Sabtu kami. Bersambung ke hari Ahad pula. Cik Anis dan EBS sekali lagi turun je JB. Kali ni bawa adik lelaki Cik Anis sekali. Maklum la nak balik lewat malam berdua dengan EBS je tak manis la kan. Tu mesti bawa adik lelaki Cik Anis. Gigih betul demi dunia raja sehari 4 ni. Haha. Kali ni kami pergi sebab nak tunggu lucky draw pameran pengantin ni la. Tunggu sampai habis majlis pukul 10 lebih tapi takde rezeki nak menang satu pun lucky draw. Huhu. Tengah malam baru balik Kluang. Esoknya pula kerja. Memang terbaik la. Hehe.


Alhamdulillah part OP pun boleh kira da selesai. Lepas ni tinggal cari potential bridal pulak. Yang ni lambat sikit la kot. Projek DIY pun tak kongsi-kongsi lagi ni. Slow-slow ek. Hehe.


Macam da panjang gila entry kali ni. Cik Anis stop dulu ye. Tata!




8 comments:

cik nurulain said...

dear, u pnye tarikh bila ek....i thn depan end of january....

siapa OP? hehe. kepohchi gila tak menyabor tggu entry. :)

bahIRAh said...

hehe..lame ira tunggu cik anis update! anis, bole tak nak softcopy gmbar ira dgn cik anis yg last tu?nnt email ira ea

Renee Meow said...

chanteknyer raiiii...suke dress dia.. :D

anaztasias nora aira said...

best kan pi wedding blogger. xde rezeki lg nora nak jumpa korang hehe :)

cik anis said...

ain:

hehe..wedding anis insyaAllah next year juga..tp bkn bulan januari la..tarikh betul nanti anis inform dlm entry akan2 dtg ye.. ;)

OP tu nanti anis share ek..tungguuuu.. ;)

cik anis said...

ira:

hee..bz sikit 2 3 hari ni..japg anis email ek..

cik anis said...

reene:

rai cute tau..kecik molek je orang nya..hehe..dress dia cantik kan.. ;)

cik anis said...

nora:

nora kalau dtg kluang @ johor, inform2 la kt blog..nanti ada rezeki blh set date nak dating..hihi