October 31, 2011

suka duka ber-pjj


Salam.


Menjadi rutin Cik Anis setiap kali online mesti nak blogwalking ke mana-mana blog b2b, mantan b2b atau blog apa saja la. Kiranya membaca blog ni da macam perkara wajib yang Cik Anis akan buat setiap kali online. Boleh kira macam satu ketagihan juga la kot. Hehe.


Antara entry yang selalu menyentuh perasaan Cik Anis bila setiap kali blogwalking adalah bila mantan b2b buat entry luahan perasaan tentang suka duka ber-pjj dengan pasangan masing-masing,  Cik Anis sendiri macam dapat merasa oh beratnya perasaan yang mantan b2b rasakan.


Walaupun Cik Anis insyaAllah takkan ber-pjj dengan EBS selepas nikah nanti tapi bila kita menyelami perasaan yang rakan-rakan kita alami sedikit sebanyak akan terbit rasa syukur dengan nikmat yang Allah kurniakan untuk kita kan?


Cik Anis syukur sangat sebab Cik Anis diberi peluang untuk mencari rezeki makan gaji di daerah kelahiran Cik Anis ni tanpa perlu ke luar daerah/negeri, sementara EBS pula bekerja  juga di daerah yang sama dengan Cik Anis walaupun buat masa ni EBS tinggal ni daerah  yang berbeza. Ulang-alik Yong Peng – Kluang – Yong Peng setiap hari. InsyaAllah selepas nikah nanti EBS akan menetap di Kluang terus.


Rakan-rakan Cik Anis pun ada beberapa orang yang pm Cik Anis dekat facebook minta tolong dapatkan kerja di daerah Kluang  ni. Tapi Cik Anis sendiri kerja dalam syarikat kecik je. Nak tolong carikan pun memang agak susah. Mungkin rezeki Cik Anis di sini, tapi rezeki mereka di daerah lain kan. Harap mereka sabar dalam pencarian mereka nak bekerja di daerah kelahiran kita ni. Huhu.


Buat mantan b2b dan b2b yang bakal ber-pjj dengan pasangan masing-masing nanti, di harap kalian semua kuat menghadapi suka duka ber-pjj ya? Sentiasa minta pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Sekian.



6 comments:

Miss Sunshine said...

saya bakal ber-pjj... kesiankan..
dahlah jauh dari family... bakal suami pulak kat sebelah negeri je, tapi MESTI naik flight.... sedih sangat.... tapi nak buat cmner... mungkin ada org lain lagi susah kan..

Cik Fifi said...

Saya pun berpjj juga..jauh merentas benua..

nuraien said...

hye cik anis..=)

kite pjj dr kawan,couple and now bertunang...insyallah lpas nikah berpjj skejap..br bersatu kot.hihi..memang byk kot duka and suka pjj nie.hihi=)

cik anis said...

hana:

tp hana da buat permohonan tukar tmpt mengajar kan? insyaAllah ada rezeki nanti da x pjj dgn bakal suami kan..anis doakan urusan hana dipermudahkan utk tukar tmpt mengajar..ameen.. ;)

cik anis said...

fifi:

merentas dunia? jauhnya..dekat mana tu?

cik anis said...

aien:

wahh dari dulu lagi ber-pjj ek? tp org kata pjj sblm dgn slps nikah ni beza sgt feeling dia..hehe..tp kalo lepas nikah aien pjj sekejap je ok la kan..lepas tu da blh say bye2 pada pjj..hehe