October 06, 2011

review: majlis pernikahan hafiez dan athirah

Salam.


Baru berkesempatan untuk edit dan resize gambar sepanjang majlis pernikahan adik EBS 3hb september lepas. Hehe. Da sebulan pun majlisnya baru terhegeh-hegeh nak cerita. ;)


Secara ringkasnya, - sebab majlis pun da lama kan, ingat-ingat lupa je ceritanya- kami bergerak dari Yong Peng pagi sabtu 3 september tu dan sampai ke Klang dalam pukul 2 lebih. Petang tu sekadar rehat-rehat dekat hotel je la. Lepas maghrib baru semua bersiap-siap untuk ke rumah pengantin perempuan.


Tak nak cerita panjang, kita tengok gambar je eh.




Dengan adik-adik perempuan EBS dan FMIL.

Tema raya family EBS purple sebab diorang da tahu awal-awal tema majlis walimah belah Cik Anis nanti. Tu yang terus semua buat baju purple. Sweet gila. Hehe.




Gadis-gadis hantaran. ;)




Sesi melengkapkan borang dengan tok kadi. Yang belah kiri tu la adik EBS. Dia nampak lebih berusia dari EBS. Hehe.




Bakal biras Cik Anis. ;)




Akad nikah dilakukan oleh bapa pengantin perempuan sendiri.

Tak tahu berapa kali akad baru lepas. Bukan pengantin yang gemuruh tapi bapa pengantin perempuan yang gemuruh. Cik Anis dan EBS sampai naik boring tunggu saksi jawab sah. Huhu.




Selesai akad, pasangan mempelai laksanakan solat sunat berjemaah buat pertama kali. So sweet kan? ;)




Sesi 'batalkan air sembahyang'

Note: Dalam Islam, wudhuk suami dan isteri tak batal ye bila bersentuhan. Cuma adat Melayu je namanya 'batal air sembahyang'. Sila bezakan adat dan agama.




Pengantin baru.



Buat Hafiez dan Athirah;
Selamat pengantin baru!


Review berikutnya; hantaran dan pelamin ok!










No comments: