October 30, 2011

My Dream Veil Contest by Non-Cinderella Story

Salam.


Jalan-jalan blog b2b kemudian Cik Anis perasan Cik Anis telah di tag oleh b2b annor untuk join contest anjuran Cik Lijah. Cik Anis memang da plan nak join contest ni tapi bila da kena tag baru la ada semangat sikit nak mula mengarang. Hehe. Thanks ye annor sebab sudi tag Cik Anis. ;)





Kalau di tanya veil idaman Cik Anis untuk majlis walimah nanti, Cik Anis cuma mahukan sesuatu yang ringkas tapi menarik. Tak perlu perincian yang terlalu sarat untuk setiap bahagian veil tersebut.


Cik Anis impikan veil dari fabrik sifon dengan perincian sama ada patch lace atau sulam manik yang lebih tertumpu pada bahagian atas kepala sahaja. Ianya adalah alternatif untuk Cik Anis tidak perlu menggunakan tiara semasa majlis nanti. ;)


Dari segi pilihan warna, memandangkan baju sanding kami nanti bertemakan purple, Cik Anis mengimpikan veil dari tone purple yang lebih lembut daripada warna baju sanding kami nanti. Kemudian untuk perincian yang Cik Anis sebutkan di atas tadi, tone warnanya lebih gelap atau hampir sama dengan warna baju sanding kami.


Selain tu, untuk menambah seri pada veil tersebut, renjisan manik putih di tambah pada bahagian perincian tersebut supaya nampak mengikut tema purple-putih kami. 


Untuk panjang veil pula, Cik Anis sangat suka veil yang labuhnya setakat paras pinggang. Dengan panjang veil yang menutup hingga ke pinggang, dapat la meng-'cover' lebihan-lebihan lemak bila duduk bersimpuh nanti. Haha.


Puas cari gambar yang sesuai dekat Google tapi macam tak jumpa pulak yang mengikut spesifikasi Cik Anis. Kalau contest tak letak gambar kena disqualified tak? Hehe. Harap Cik Lijah faham penerangan dream veil Cik Anis kat atas ni.


Buat b2b yang nak join contest masih sempat lagi. Esok baru due date.


Good luck buat b2b yang join contest ni!!!






3 comments:

aNNor said...

Gud luck cik Anis! ;)

dhiera said...

good luck cik anis...

salam perkenalan!

zaren said...

yong peng?area mane.. =)