October 27, 2011

kisah dulang hantaran

Salam.


Hari tu kan Cik Anis ada cerita yang Cik Anis kena tambah jumlah dulang hantaran sebab kena sedas dengan emak Cik Anis kan. Hehe.


Beberapa weekend lepas Cik Anis dan EBS pun cari la bahan-bahan DIY untuk tambahan dulang tersebut. Da kata nak DIY kan, jadi kena la tambah bahan-bahan mentahnya.


Nak dijadikan cerita, Cik Anis pergi la ke kedai yang Cik Anis pergi masa beli bahan DIY dulang hantaran beberapa minggu lepas tu. Sedihnya. Bahan asas nak DIY dulang hantaran Cik Anis da habis stok kat kedai tu. Punya la hot item kononnya.


Sedih ok! Da la Cik Anis akan DIY hantaran dua-dua belah pihak. Nak tambah dua dulang setiap pihak tapi bahan DIY da takde stok pulak. Huhu.


Da susah hati da macam mana la lagi dua dulang ni. Takkan nak buat bentuk lain. Takkan nak tukar DIY bentuk lain pula sedangkan bahan untuk 5-7 hantaran da beli.


Tenang-tenang. Hehe.


Cik Anis cuba pergi branch kedai tu dekat area Kluang ni juga. Fuhhhh..lega sikit sebab dekat situ jumpa dua bahan asas nak DIY dulang hantaran Cik Anis dan EBS. Terus sumbat masuk bakul. Hehe. Tapi ada lagi bahan asas da takde stok jugak! Adoyai. Mana nak cari lagi ni. Huhu.


EBS relax je la. Dia kata takpe kita pusing dulu kedai ni cari alternatif lain untuk bahan lagi satu tu. Ok, menurut arahan. Hehe.


EBS jumpa satu benda ni dan dia tunjuk Cik Anis. Hurm ok juga. Walaupun berbeza tapi rasanya lepas di 'touch-up' nanti orang takkan perasan kot dulang kami nanti ada yang tak sama! ;)


Terus ambil dan sumbat dalam bakul. Hehe.


Ok setel part bahan asas DIY dulang hantaran. Bahan sampingan next time baru beli pulak. Sedikit lega di situ. Harap emak Cik Anis takkan tambah jumlah hantaran lagi. Karang entah ceruk mana nak cari bahan tambahan lagi. Hehe.



Sebagai penutup;







Teaser sikit bahan alternatif tu. Hehe.




4 comments:

Asfiza said...

bestnyer...dah nk buat hnataran dahh..:))

cik anis said...

belum nak buat lg dear..br beli bahan2 nya je..hehe

dhiera said...

apakah ini?

cik anis said...

haaa tu yang kita tak tahu.. ;)