October 05, 2011

alahai adat

Masih ingat senarai pendek hantaran Cik Anis tempoh hari?


Hari tu kan, Cik Anis bincang la dengan emak Cik Anis tau. Cik Anis pun beritahu la emak Cik Anis, hantaran nanti tak nak la sirih junjung. Nak bagi barang je.


Sekali kan..


Mak Cik Anis kan...


Terus mengeluarkan kata-kata hikmatnya...


"Kau jangan nak ngada-ngada. Sirih tu kan mesti ada dalam hantaran. Orang makan ke tak ke yang penting bagi. Jangan nak moden sangat sampai benda macam tu pun kau nak tolak tepi."


Hihi. Kena sedas. ;)


So demi menghormati permintaan emak Cik Anis dan adat ni, maka bertambahlah jumlah dulang nanti. Dari 5 berbalas 7 kena la jadi 7 berbalas 9 pula.


Alahai adat. Tak memasal kena beli lagi bahan-bahan DIY untuk dulang Cik Anis tu.


Cik Anis bukan buta adat cuma benda ni bukan wajib pun. Kalau bagi pun sekadar menambah peruntukan kewangan untuk dulang hantaran je. Tapi demi menghormati emak Cik Anis dan adat ni maka buat je la.


Da bincang dengan EBS hari tu, dia kata tambah je la dulang. Letak sirih dengan makanan. Boleh la. Yang penting semua pihak puas hati.


Update senarai hantaran kami adalah macam ni:



From Cik Anis to EBS:

1. Wallet n belt
2. Perfume
3. Kemeja n slack
4. Kasut
5. Handphone
6. Naskah hadis
7. Set mandian
8. Sirih junjung
9. Kek/buah-buahan


From EBS to Cik Anis:

1. Handbag n purse
2. Kasut
3. Perfume
4. Jam tangan
5. GPS
6. Sirih junjung
7. Kek/buah-buahan



Yang ni pun belum 100% confirm lagi. Mungkin akan ada perubahan lagi lepas ni. Selagi tak beli selagi tu boleh bertukar. Hehe. Harap takde tambahan jumlah dulang lagi da la. Koyak poket nak tambah peruntukkan untuk dulang je nanti. Huhu.



5 comments:

Fariza said...

:) lain manusia lain caranya kan.
kdg2 bila fikir sirih junjung itu x perlu sbb skrg bukannya org mkn dan ada pembaziran. lgpun adat. tp jika org tua dh suruh, kenalah buat kan. fariza mmg kurang senang dgn stgh adat. dahulukan apa yg Islam suruh dahulu. entahlah. hik3. xpe.

Hunny Kitty said...

erm...kalao nak di ikootkan bebetul..hantaran tu pun tak bagi tak pe..so rasanya fair n square la kalo ada sirih junjung n barang2 lain kan? =) ...bukannyer susah sangat pun sirih tak de la mahal mana...positif ok

Miss Sunshine said...

hmm... memang dah jadi adat kan... tapi saya memang tak pernah terfikir nak gugurkan sirih dari list hantaran.. tapi org sekarang pun dah modenkan sirih tu kan... kalau dulu, sirih junjung tu memang tinggi menjunjung..
Takpelah, ikutlah cakap mak tu ye.. InsyaAllah, semuanya dipermudahkan.. ^_^

cik anis said...

fariza:

tu la kan..kalau ikut hati sendiri memang tak mahu..tapi sebab tak nak orang tua rasa kita buang adat 100% kena la hormat permintaan diorang..nasib baik minta tambah sirih junjung je..huhu


hunny:

dulu kalau ikut anis hantaran pun tak nak buat..tp mak kata ni nikah apa, semua benda tak nak buat..nanti org ngata nikah sebab ada benda nak tutup la tu..huhu..nak tak nak buat juga la hantaran..mak kata buat ikut adat biar nampak teratur..sirih memang tak mahal dear..pokok sirih depan tingkap bilik anis je..hehe

cik anis said...

hana:

hehe..tak tahu la nape anis boleh terfikir nak keluarkan sirih dari list hantaran..mungkin sebab selalu fikir antara benda perlu dengan tak kot..hehe..insyaAllah akan buat juga sirih demi menghormati orang tua dan adat.. ;)