September 20, 2011

tak padan dengan sakit

Salam.


Semalam, Cik Anis mc. Sakit mata kena ketumbit. Hihi.


Semalam juga, EBS pun mc. Batuk-batuk, selsema dan bengkak kaki sebab terlibat dengan aktiviti tempat kerja dia 3 hari berturut-turut.


Da dua-dua mc kan, memang tak padan dengan orang sakit la. Dua-dua merayap kot. Hehe. Nak buat macam mana, da dua minggu lebih tak jumpa. Rinduuuuuu. ;)


Semalam Cik Anis dan EBS menghabiskan masa dengan berjalan tak tentu hala. Mula-mula ke BP Mall dan tawaf satu mall tu sampai blur tak tahu nak ke mana sebenarnya. Hehe.


Sebab da tak tahu nak ke mana, EBS ajak makan dekat MB Air Hitam. Boleh la. Lepas tu boleh cuci mata dekat kedai-kedai kraf area situ kan.


Lepas makan kami singgah cuci mata dekat PISB. Cantik-cantik barang dekat situ. Sangat banyak doorgift yang menarik dan harga murah-murah pulak tu. Cik Anis da berkenan dengan satu doorgift tu. Maybe nanti akan beli untuk dijadikan doorgift VIP - untuk rombongan EBS.


Walaupun EBS kata jangan bezakan doorgift tetamu dengan family dia, tapi Cik Anis tetap rasa nak belikan juga doorgift tu untuk family EBS nanti. Degey ni. Hehe.


Sambil-sambil tu sempat juga cuci mata cari idea gubahan dulang hantaran. Walaupun da ada idea tapi apa salahnya tengok-tengok lagi idea lain kan. Mana tahu boleh cut cost lagi ke. Hehe.


Apa pun memang agak menarik kedai ni. Buat bakal pengantin yang masih mencari-cari doorgift yang sesuai, cuba la singgah ke PISB. Keluar tol Air Hitam, belok kiri dan terus je sampai nampak bangunan warna merah. Mesti rambang mata punya. Hehe.


Selesai aktiviti cuci mata dekat PISB, kami pulang ke Yong Peng. Hujan sangat lebat. Nasib baik EBS yang drive. Kalau Cik Anis memang tak berani la kot. Hehe.


Aktiviti orang yang tak padan dengan sakit. Harap-harap tak melarat la sakit-sakit kami ni. Wahai mata, cepat la sembuh ye. Tengok cermin macam mata kena tumbuk sebelah je. Huhu.


4 comments:

Nurul Husna Abidin said...

heheh..sbb time tu la u all free...mc ke tak mc ke, kuar jek...hehe...

cik anis said...

betul tu dear..nak harap hari lain memang x sempat la walaupun keje satu daerah..hehe

UyaRayza said...

cik anisss..uya slalu p bp n kluang hehehe..tunang org sane..suke beli bunga kat sana..byk pilihan and byk yg mcm bunga hidup..kt temerloh x adeeee heheh

cik anis said...

uya dtg kluang nanti roger2 la anis ye..mana tahu blh jumpa nanti.. ;)