September 29, 2011

sponsor

Salam.


Siapa yang sponsor siapa?


Hehe. Tajuk propa je tu. *wink*


Abang Cik Anis hari tu ada dapat satu bekas kaca macam mini bowl tau. Warna pink lagi. Tak tahu la dapat dekat kenduri kahwin ke jemputan rumah terbuka masa raya ke apa. Tapi orang lelaki bukan kisah sangat benda-benda ni kan. Jadinya mak Cik Anis la yang ambil bekas tu.


Yang ala-ala touching sikit ni sebab mak Cik Anis cerita la waktu mak Cik Anis belek-belek bekas tu, mak  Cik Anis terfikir pasal majlis walimah Cik Anis nanti.


Siap plan nak beli bekas macam tu untuk doorgift tetamu!


Harus la Cik Anis terkesima sekejap. Maklum la kalau ikut bajet sekangkang kera Cik Anis ni, memang macam tak mampu la nak bagi doorgift benda pada semua tetamu. Kalau bagi makanan insyaAllah Cik Anis mampu. Yela baru kerja terus menyimpan untuk majlis je kan. Bajet memang tight sikit la. Huhu.


Tapi daripada bunyi plan emak Cik Anis ni kan, macam nak sponsor! Haha. Yela emak Cik Anis cuma cakap pada Cik Anis macam ni je; 


Puan Emak: "Nanti pergi survey harga bekas macam tu dekat kedai. Cari yang kecik sikit la yang muat letak telur. Kalau harga ok boleh beli. Senang bagi bekas ni je. Tak payah bagi banyak-banyak benda."


Cik Anis: "Nak bagi bekas ni je? Habis paper bag kita tu?"
(Masa ni da susah hati kalau mak Cik Anis tak nak guna paper bag yang Cik Anis da beli tu.)


Puan Emak: "Yela, beli bekas ni, lepas tu masuk paper bag tu. Bagi tu je cukup la."


Kalau emak Cik Anis nak sponsor bekas tu, dengan hati terbuka Cik Anis rela pergi survey bekas tu secepatnya. Hehe.


Lepas ni tak payah susah-susah fikir nak bagi apa pada tetamu sebab emak Cik Anis da ada plan beliau sendiri. Cik Anis ikut je asalkan di sponsor. Haha. Kejam pulak rasa.


Sayang mak! ;)









Gambar ihsan Google.


Cantik juga bekas telur macam ni. Tapi disebabkan ini adalah sponsor dari emak Cik Anis, tak nak la pilih yang mahal-mahal. Yang biasa-biasa je pun cukup la.



Weekend ni nak ke Air Hitam lagi la. Boleh survey bekas telur macam yang mak Cik Anis berkenan tu. PISB yukk! ;)



p/s: Malam tadi tidur sampai mimpi-mimpi pergi shopping barang kahwin dengan EBS. EBS kata tu hari Ahad nanti la. Tanda jangan rebut-rebut masa shopping. Haha. Sabar je la. ;)


2 comments:

Creative Touch said...

hai..jom join contest spread love di sini. mana tahu jika anda salah seorang pemenangnya! jom join!

fieyzahantaran

Renee Meow said...

mmg chantek..! i pun suka doorgift camtu.. ;)