September 12, 2011

Review Ringkas Raya

Salam.


Mood nak update blog nampak gayanya sangat kelaut dua tiga menjak ni. Banyak cerita nak kongsi tapi tak tahu kenapa rasa malas betul nak taip cerita. Hehe.


Raya korang camne eh?


Raya Cik Anis tahun ni boleh dikatakan awesome! ;)


Mungkin sebab tahun ni pertama kali beraya sebagai tunangan orang dan mungkin sebab tahun ni InsyaAllah tahun terakhir beraya sebagai bujangan kan. Tu sebab feel lain sikit. Hihi.


Beberapa aktiviti hari raya tahun ini yang mesti Cik Anis kenang-kenangkan : -

  1. Duit raya pertama dapat dari Mr Boss. Tiga angka uolsss. Alhamdulillah rezeki
  2. Raya pertama beraya rumah pakcikmakcik dan atok saudara sekitar Johor.
  3. Raya kedua menghabiskan masa seharian beraya dekat rumah EBS. Penat melayan adik-beradik EBS yang gila-gila. Hehe.
  4. Raya ketiga pula, turn EBS beraya dan menghabiskan masa seharian dekat rumah family Cik Anis. Kena layan tetamu juga. Hehe.
  5. Weekend pula Cik Anis ikut family EBS ke Klang sebab adik EBS melangkah bendul. Dia nikah dulu. Nanti kalau ada masa Cik Anis review majlis pernikahan bakal adik ipar eh.
  6. Dua hari raya yang pertama Cik Anis rotate baju yang sama. Haha. Sebabnya EBS suruh pakai baju raya sedondon masa beraya rumah dia. Tapi Cik Anis da pakai baju tu masa raya pertama. Nak tak nak balik rumah terus basuh cepat-cepat. Huhu.

Buat masa ni, cuma ni je yang terlintas dalam kepala Cik Anis. Nanti ada lagi, Cik Anis update ek. Raya kan sebulan. ;)


Selamat meneruskan akiviti berhari raya semua!!!
Buat b2b, jangan lupa kawal makan ye. Nanti tak pasal-pasal kena berdiet pulak. Hehe.



Sebagai penutup entry;




Tema raya kami adalah purple. ;)

(Dengan adik-adik EBS.)


Tata!!!



No comments: