September 05, 2011

review ringkas ramadhan

Salam.


Kembali bersiaran setelah diam seketika. Hehe.


Di kesempatan ini, saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua yang sudi baca blog 2hati-jadi1 ini. Andai ada entry yang mengguris hati, menerbitkan rasa jelak pada yang membacanya, saya susun sepuluh jari memohon maaf atas kekhilafan diri ini.


Dalam bulan Syawal ini, rindu pada Ramadhan yang telah berlalu. Sempatkah untuk bertemu Ramadhan yang akan datang? Wallahulam.


Cik Anis tak banyak cerita aktiviti Ramadhan dalam blog ni jadi dalam entry ini teringin nak mencatatkan segala memori yang berlaku sepanjang Ramadhan yang lalu. Untuk kenangan. ;)


Perkara-perkara manesss sepanjang Ramadhan 1432H:-

  1. Pertamanya syukur sangat Ramadhan kali ni Cik Anis mampu berterawih penuh mengikut jumlah hari yang Cik Anis puasa. Walaupun penat bermusafir ke sana sini tapi tetap nak berterawih juga. Alhamdulillah.
  2. Niat nak khatam dalam bulan Ramadhan tercapai. Alhamdulillah.
  3. Niat tak nak ke bazar Ramadhan hampir berjaya. Tapi 2 kali gagal sebab kena jadi peneman orang lain. ;)
  4. Tak pernah terlintas nak berbuka dengan EBS tapi tak di sangka-sangka da 3 kali rupanya kami berbuka puasa bersama. ;)
  5. Niat nak belikan kuih raya untuk keluarga dan keluarga bakal mentua terlaksana.
  6. Sempat siapkan sepasang baju raya dari kain pemberian EBS. ;)
  7. Sempat jahit baju nikah tapi belum ada detail lagi. Masih kosong.
  8. DIY veil nikah. Masih dalam proses. Nanti Cik Anis share eh.
  9. Proses survey cincin perkahwinan kami bermula.
  10. Dapat beli bahan-bahan untuk DIY dulang hantaran.


Perkara-perkara tawar masin kelat sepanjang Ramadhan:-

  1. Mengalami gangguan emosi disebabkan kerja. Huhu. Nak berhenti kerja sekarang boleh tak? Tapi EBS kata kena cari kerja lain dulu baru boleh berhenti. Hati, bertabahlah. T_T


Ok la tu je untuk entry warming up. Nanti update review ringkas raya pulak ek.
Selamat memulakan kerja!



No comments: