September 19, 2011

reception anak Mr Boss

Salam.


Review majlis akad nikah adik EBS tak buat-buat lagi tapi kita terus ke review majlis resepsi anak Mr Boss Cik Anis dulu la ek. Hehe.


Semalam, 18 September bertempat di Prime City Hotel, Cik Anis dan staff-staff lain dijemput bagi meraikan majlis perkahwinan anak sulung Mr Boss kami.


Ini adalah kali pertama Cik Anis menghadirkan diri ke majlis perkahwinan kaum cina. Walaupun berdarah kacukan cina, tapi memang belum pernah ada pengalaman menghadiri mana-mana majlis perkahwinan sepupu Cik Anis. Hehe.


Berbeza juga la flow majlis mereka dengan orang melayu. Kalau majlis kita, tetamu makan terus jumpa tuan rumah dan balik kan. Tapi untuk majlis kaum cina pula, hidangan disajikan satu persatu. Semalam je ada lapan hidangan jadi kena la tunggu sampai selesai kelapan-lapan hidangan baru boleh bersurai. Memang agak lambat juga la.


Makanan yang dihidangkan juga lebih pada lauk pauk je. Mula-mula appetizer, lepas habis makan tu baru sampai lauk-pauk pulak. Kira lebih pada meratah lauk la. Da hujung-hujung baru ada nasi goreng dan desert.


Apa pun, agak menarik dapat pengalaman macam mana majlis perkahwinan kaum cina diadakan. Tapi kalau tengok dari segi perbelanjaan memang tak setanding majlis perkahwinan melayu. Sangat tinggi kot kos majlis diorang. Huhu.


Sepanjang majlis ditayangkan video bride and groom. Auww sangat sweet ok. Terus tak sabar nak kahwin juga. Haha.


Sebagai penutup;

beberapa gambar yang sempat di ambil sepanjang majlis.



Cik Anis dengan kawan sekerja. Belakang tu adalah photobooth & guestbook corner. Tak sempat nak ambik gambar kat situ.




Ketibaan bride dengan ayahnya. Gambar gegar sikit sebab waktu ni semua lampu ditutup.




Centerpiece merangkap menu. Oh itu la bride and groom. Anak Mr Boss yang lelaki tu.




Sekian review dari Cik Anis.

For both bride and groom, Congratulation!!!



2 comments:

UyaRayza said...

ble tahan cntiknye eh hehehehe

cik anis said...

kalo tgk depan2 lagi cantik tau uya..hehe