September 22, 2011

flow majlis yang saya impikan

Salam. 


Reception Cik Anis nanti mungkin tak ada adat menepung tawar tapi pelamin ada la kot.


Terfikir juga duduk atas pelamin nak buat apa kan. Yela sesi menepung tawar takde. Takkan nak duduk macam tu je.


Jadinya Cik Anis nak tukar sikit flow majlis yang menjadi kebiasaan. Cik Anis nak selepas rombongan pengantin lelaki berarak, Cik Anis sambut mereka dan terus ke meja makan beradap/beradab. [mana satu?]. Kita makan dulu, bagi perut kenyang baru kasi gegar itu pelamin. Haha.


Pelamin tu sekadar untuk ambil gambar je la kot. Tapi lepas makan kena suruh MUA touch up semula sebab lipstick da kena lap. Haha.


Ramai je ex-b2b yang buat flow majlis macam ni kan. Ok je rasanya. Yang penting kena rancang betul-betul je la.


Selalunya yang menjadi kerisauan adalah lepas makan takut rombongan lelaki terus balik. Takut tak sempat nak bergambar dekat pelamin lagi. Tu je. Tapi insyaAllah boleh dielakkan. Kena beritahu rombongan awal-awal la lepas makan beradap/beradab ada sesi bergambar pula.


Flow ni belum finalize lagi. Ini cuma apa yang Cik Anis fikirkan. Harap-harap takde masalah pada mak ayah Cik Anis dan family EBS la.


Kalau nak terus naik pelamin lepas berarak pun boleh je. Takde masalah. Tapi serius tak tahu nak buat apa atas pelamin. Mungkin kena la adakan adat menepung tawar olok-olok. Macam mana tu? Alaa setakat tabur bunga rampai dan renjis air mawar je la. Takde beras kunyit, telur rebus or what so ever yang mengarut-ngarut tu.


B2b pilih flow yang mana satu?

8 comments:

Miss Sunshine said...

Hmm, sama lah macam kita.. tengah fikir ape nak buat untuk ganti tepung tawar..
ade yang suggest untuk buat salaman restu. instead of org naik utk tepung tawar, salaman restu ni, cuma bersalaman je lah.
ataupun, lepas berarak tu, pengantin naik pelamin, pastu papar video kat projektor.. then makan beradab

[e][cHa][ChA] said...

dear,
same goes to me
xde tepung tawar. xtahu gak nak buat ape. mayb lepas berarak tu trus naik pelamin. nak baya tol. gurau2 dulu. then baca doa2. amin. amik2 gamba sikit. then trus g makan. ok x?

Nurul Husna Abidin said...

Bese sesetgh org xde adat menepung tawar...juz salam2 dgn pengantin n sesi bergambar...dah pas sanding, baru makan...kenduri husna nanti maybe wat camni :-)

tqahmisdar said...

I suke flow dua2..cmne? hehe.. kalau takut sebelah laki balik lepas makan,maybe pengantin kena makan dulu sket siap2,baru naik pelamin, bolehla amik gmbr dulu, baru makan.. hehe

UyaRayza said...

knape x ade menepung tawar dear? kalo naik pelamin then doa atas pelamin then siap tue turun makan then bergmbr heehe..ble? hehehe

cik anis said...

hana:

salaman restu? 1st time dgr..hehe..ok juga idea ni kira tetamu salam pengantin lepas tu bg ucapan privately atas pelamin gitu kan..majlis anis kt rumah la dear..nk pasang projektor memang payah la kot.. ;)

chacha:

ok gak camtu..cuma mengikut pengalaman dalam majlis akak tunang anis dulu, bila ambil gambar atas pelamin makan bnyk masa, kesian dgn rombongan yg da lapar belum makan tengah hari lg..huhu..kena ada yg jaga masa la nanti takut pengantin pun khayal atas pelamin nak berposing je kan..hehe


husna:

salam2 pengantin tu kira sesetengah org je la kan? kalau semua tetamu nak salam atas pelamin, pengsan pengantin..hehe..


tqah:

suka dua2? cuba tqah buat dua2 flow dlm majlis nanti..menjadi tak? hehe..gurau2 je.. ;)


uya:

xde menepung tawar sb ada pendapat kata adat ni ikut kaum hindu..lg 1, tabur beras kunyit, gosok telur rebus dekat muka tu semua kan da dikira perbuatan karut..tabur beras pun dikira membazir sb beras tu makanan..idea uya tu ok juga.. ;)

Miss Sunshine said...

salaman restu tu... kita je punye idea.. haha.. tengah fikir ape frasa yang sesuai.. hmm, 'tepung tawar' tukar jadi 'rapat restu'.. bersalaman utk merapatkan ukhuwah & merestui.. hahaha.. ok tak?

cik anis said...

ok jugak frasa tu..lagi2 kalau dalam rombongan lelaki ada saudara mara yang kita belum pernah jumpa kan, masa salam atas pelamin tu boleh la kenal2..merapatkan ukhuwah la tu kan.. ;)