August 05, 2011

majlis perkahwinan vs majlis kesyukuran

Salam.

Majlis kesyukuran dan majlis perkahwinan. Ada beza tak?


Mengikut pemahaman Cik Anis yang tak berapa nak faham ni, hehe, dua-dua majlis ni adalah berbeza.


Majlis kesyukuran adalah majlis yang ringkas, serba sederhana, tak complicated dan jumlah tetamu yang sederhana. Mungkin sekadar saudara-mara dan jiran terdekat je.


Majlis perkahwinan pula seperti yang sedia maklum la kan; perlukan perancangan yang teliti, bajet yang besar, tetamu yang ramai dan agak complicated sikit nak melaksanakannya.


Antara dua pilihan majlis ni yang mana lebih menarik perhatian?


Mestilah majlis perkahwinan kan. Dekat situ la kita nak tunjukkan kebolehan kita ber-DIY, kebolehan kita merancang majlis kita dan kebolehan menjadi bridezilla juga. Haha.


Hari tu borak-borak dengan emak Cik Anis. Kami bincang la pasal majlis Cik Anis nanti. Kira-kira bajet secara kasar. Bincang secara santai je pun. Belum bincang secara formal lagi. Kemudian emak Cik Anis kongsi cerita perbualan antara emak dan ayah Cik Anis.


Emak Cik Anis kata kalau ikutkan ayah Cik Anis, dia nak buat majlis kesyukuran je. Senang. Lagi jimat. Buat seringkas mungkin la kan.


Cik Anis tak kisah yang mana-mana pun. Majlis kesyukuran boleh, majlis perkahwinan pun boleh. Yang penting nikah. Yang penting ikatan da halal. Tu je yang utama.


Walaupun ada banyak list DIY yang Cik Anis nak usahakan untuk majlis perkahwinan kami, bagi Cik Anis tak jadi masalah pun nak transfer hasil DIY tu untuk majlis kesyukuran. Guna je la kan.  Apa ada hal? ;) 


Yang penting keberkatan Allah dan keredhaan ibu bapa. Yang lain-lain tu jatuh nombor 2 je la. Hehe.





kap ba ra kap alif ta nun
keberkatan
;)
tapi nape dalam gambar tu takde alif??


2 comments:

hanizan said...

mmg beza 2 majlis tu...rumah hani nanti majlis perkahwinan, rumah en tunang lak majlis kesyukuran (ringkas,xde sanding n bagai2 tu) sekadar menyediakan makan utk org2 kampung...tp btul kata cik anis,yg penting nikah, sbb itu yg wajib kan...

cik anis said...

hanizan:

yup betul tu..majlis sanding atau kesyukuran mana-mana pun tak kisah sangat..asalkan dapat nikah..hehe