August 12, 2011

kerana aku bukan ustazah

Salam Jumaat yang penuh barakah.


Sebenarnya hari ini Cik Anis tiada idea untuk menulis pun. Tapi pagi tadi mendapat satu sms daripada adik Cik Anis berkaitan satu perkara. Jadi elok la Cik Anis kongsikan dalam blog ni.


Ianya isu berkaitan cincin.
Memang sesuai sangat la dengan entry keluh kesah Cik Anis pada isnin lepas kan.
Minggu ni memang asyik tekankan isu cincin je.
Hehe.


Begini kisahnya.
Adik Cik Anis sms pagi tadi dan dia menyatakan ini:


“Ustazah aida kate emas pth tu bkn emas,tp platinum”


Translate bahasa melayu penuh:


“Ustazah aida (aida ni adik Cik Anis) kata, emas putih tu bukan emas tapi platinum.”


Ok.


Sms berikutnya:


“Ustazah tu kate sbb tu cmpuran emas..yg xley yg kte ley taw tu mas ble kte tgk”


Translate bahasa melayu penuh:


“Ustazah tu kata sebab tu campuran emas. Yang tak boleh yang kita boleh tahu itu emas bila kita tengok.”


Ok.


Boleh nampak apa yang Cik Anis nak beritahu sebenarnya?


1.      Ustazah tu samakan emas putih dengan platinum

2.      Ustazah tu bermaksud emas putih tu HALAL bagi lelaki sebab campuran emasnya kita tak nampak.


Dekat sini da jelas dan nyata la ustazah ni buat kesilapan dalam hujah dia kan. Sebab da jelas emas putih tu adalah emas dan platinum adalah platinum. Dan da jelas juga emas putih adalah HARAM bagi lelaki.


Memetik satu potongan ayat dari satu artikel yang Cik Anis baca:


Emas putih, 75% kandungannya adalah emas kuning (yg diharamkan)
apakah sama hukumnya dgn makanan yg 75% kandungannya adalah babi?
ataukah sama hukumnya dgn minuman yg 75% kandungannya adalah khamr?



Dalam bahasa Cik Anis,

Nasi goreng yang kita masak bila bercampur dengan 75% babi adakah nasi goreng tu masih dikira halal walaupun kandungan babi cuma 75% dan bukan 100%?

Perkara yang haram kalau dicampur dengan perkara yang halal adakah ianya dikira halal?




Isu satu:

Ye dia ustazah tapi dia juga manusia biasa yang buat salah. Sepatutnya sebelum dia keluarkan statement tersebut adalah lebih elok dia mengkaji dulu. Sebab menurut adik Cik Anis di situ cuma ustazah ni seorang je tenaga pengajar pengajian Islam wanita di situ. Bayangkan kalau ada pelajar perempuan yang bertanya hukum-hakam agama dari beliau dan menurut sahaja pendapatnya tanpa mengkaji. Apa jadi kalau pendapatnya itu bercanggah dengan ajaran Islam sebenar? Bimbang kalau ianya berkaitan akidah dan ustazah tersebut memberikan hujahnya hanya mengikut logik sahaja.



Isu dua:

Emas putih walaupun kandungan emasnya cuma 75%, ianya tetap emas. Emas walaupun hanya 1% tetap haram bagi lelaki tak kira apa sahaja campuran selepas itu.



Cik Anis harap semua faham bahawa emas itu adalah haram bagi lelaki walaupun sedikit. Kalau nak cari cincin pun cari la yang bebas dari emas. Platinum, palladium atau perak. InsyaAllah ketiga-tiga ini bebas dari emas.


Lagi satu, kalau nak berbicara soal agama adalah lebih baik kita bertanya pada yang pakar seterusnya buat kajian juga sebelum menerima apa yang di kata.


Semoga kita semua berada di bawah lindungan dan keberkatan Allah.
InsyaAllah.


Baca artikel ini berkaitan hukum lelaki memakai emas putih:



p/s: 
Cik Anis bukan pelajar aliran agama, bukan juga seorang ustazah tapi dengan membaca insyaAllah kita boleh menambah pengetahuan agama kita. Perlu bijak menapis segala maklumat yang diperoleh dan jangan menyerap semuanya tanpa usul periksa.


4 comments:

UyaRayza said...

platim pun ble pakai hehehe..beberapa peratus platinum and beberapa peratus silver hehehe..murah la dr platinum ter hehehe

Anonymous said...

Klu gi Habib semua wedding band emas putih utk bride, automatik cincin laki ialah suasa...so Xyah pk ssh2 psal cincin laki...confirm bukan emas...diorg buat mcm tuh (applied to wedding band)

SK diamond byk wedding band platinum..lg2 Diamonds n platinum...mmg sah platinum arr kan...but since platinum mmg mahal arr cikit kan...busuk2 over 3k

Nwy...mane jumpe cincin palladium? I was wondering where to get it in malaysia...may I know ape name kedai yg ade jual ring palladium? If u dont mind sharing

chenta nana said...

hi cik anis... nana datang singgah blog.... b2b jugak.. salam kenal ya :)
semoga semuanya berjalan lancar.. aminn

cik anis said...

uya:

a'ah..platim x silap dekat diamoney ada kan..


cik anon:

ada percanggahan pendapat tentang suasa untuk lelaki..ada yg kata boleh, ada yg kata x boleh..jadi lbh elok kita elakkan suasa utk lelaki..

Sk jewellery skrg ada mega sale..up to 50%..blh la tgk2 mana tahu dpt murah dari 3k.. ;)

erm..palladium agak susah nak cr kedai spesifik yg jual..kena tanya setiap kedai..tp kalau cmprn palladium dan platinum mgkn bnyk kedai yg jual..


nana:

salam kenal nana..ameen..semoga semuanya dipermudahkan utk anis dan nana juga.. ;)