August 08, 2011

aduyai cincin lelaki

Salam Isnin.


Entry di awal minggu da berkeluh-kesah. Hehe.


Ini adalah rentetan aktiviti hujung minggu Cik Anis.


Sabtu lepas, waktu sedang bertugas (katanya), dapat sms daripada EBS yang tiba-tiba memberi usul untuk pergi survey cincin perkahwinan kami. Sangat tiba-tiba tahu. Memandangkan sabtu lepas memang takde apa-apa aktiviti lepas waktu kerja maka Cik Anis pun terima je la pelawaan EBS tu. Siap dapat berbuka sama-sama buat pertama kali lagi. Hihi.


Kalau ikut pilihan Cik Anis, Cik Anis teringin nak tengok cincin palladium sebab harga lebih berpatutan tapi hari tu waktu Cik Anis tanya S.A kedai jewellery berkaitan cincin palladium, EBS tegur Cik Anis;


“Tak payah tanya palladium la. Kita cari platinum je.”


“Platinum kan mahal.”


“Alaa. Cincin kahwin beli sekali je kot. Apa salahnya mahal sikit.”


Uhuu. Baik la EBS. Kena la ikat perut lepas ni. =.=’


Tapi sangat frust kot. Banyak-banyak kedai emas dekat Kluang ni semua jual emas kuning dan putih je. Pergi kedai diamond pun semua guna emas putih. Takde yang lain pun.


S.A kedai tu beritahu kami ramai juga pasangan melayu angkat cincin dari kedai mereka. Uikss. Diorang yang beli ni tak tahu ke emas haram untuk lelaki walaupun sedikit?? Wallahualam.


Selain kedai emas, kami survey juga kedai silver. Tapi da EBS kata nak platinum juga kan. Jadi sekadar tengok-tengok je la kat kedai silver tu.


Aduyai. Susah betul nak cari cincin lelaki yang sesuai dekat Kluang ni. Next week mungkin kami akan survey dekat Johor Bahru. Cari kedai emas besar-besar sikit. Harap boleh jumpa cincin platinum sepasang.


B2b ada cadangan tak nak cari cincin platinum dekat mana dengan harga yang affordable?


Kalau boleh yang ada cawangan dekat Johor Bahru.





p/s: Sabtu dan Ahad memenuhi jemputan berbuka dekat luar je. Orang belanja. Alhamdulillah.


5 comments:

Gadis said...

cube try pegi jusco bukit indah..

kat g floor..

banyak kedai diamond segala bagai...

juz bgi cadangan...^_^

A 'n' M said...

Kalau cincin platinum try cari kat jusco tebrau city. kat situ ade a few kedai yg jual platinum.tp still kene tanya coz ade cincin yg campur emas jugak. Or try cari kat KSL City..Just sharing sbb aritu pun i round 1 JB cari cincin utk lelaki.. =)

Mr.F & Miss N said...

omg.. cik anis, sy dgn fiance br survey2 dkt jusco bkt indah semalam.. sgt ssh nk crk plantinum.. sterling.. yang ada suasa...~ try la tgk.. mmg ssh la nk crk.. huhu also xde idea lg nk crk kt mn ni..

CN said...

adui kopak lah.. hehe. dun worry. kt jb byk kdi. jgn terus amik. survey dulu. ada je yg affordable. :) cuba tgk kt jusco permas. ada kedai tepi pintu. my diamond kut nama dia. ritu tgk hrga affordable gak diamond cntik2...platinum xusha lak. g try la k. all the best!

Anonymous said...

Sorii..jz google berkaitan cincn platinum ni leh temasuk blog ni..nway sy shah..mmg tgh suvey cincn gk ni..smlm puas pusg kt cty sqre n ksl..platinum xdok la plak..kt c.s tu ade kdai mydiamond tp platinum xde juz branch kl je ade..ni skodeng2 blog ade tebaca yg kt semua house kt kl ade 70% diskaun..utk laki aftr less dapt la 200++..so klo xde gak kt jb ni mmg aku redah je kl..