July 11, 2011

takziah untuk mereka

Salam.


9 Julai 2011.


Hari berlangsungnya perhimpunan BERSIH kan.


Hari tu pulak hari sabtu.


Mesti la ada beberapa pasangan pengantin yang pilih tarikh tu untuk majlis hari bersejarah mereka kan.


Cik Anis baca dekat Metro Ahad semalam ada satu pasangan pengantin buat majlis dekat tasik titiwangsa.


Pagi tadi Cik Anis blogwalking dekat blog strawberimanis pun ada cerita tentang majlis perkahwinan yang cik strawberi pergi hari sabtu lepas.


Dua majlis perkahwinan ni berlangsung dekat dalam KL la kan. Sangat simpati pada kedua-dua pasangan pengantin dan keluarga mereka.


Yela perhimpunan tu berlangsung dekat KL kan, hampir semua tempat ada sekatan. Dan dua majlis perkahwinan ni merupakan antara sebahagian daripada mereka yang terkena tempias ekoran daripada perhimpunan tersebut.


Disebabkan perhimpunan tersebut, tetamu yang da dijemput kebanyakannya tak dapat menghadirkan diri. Kena road block je da berapa lama kan. Belum kira yang tak berani nak keluar rumah lagi.


Kasihan buat sahabat pengantin kita ni. Buat persiapan untuk hari bersejarah mereka tapi semuanya lebur macam tu je. Nak batalkan majlis, da bayar macam-macam kan. Kad jemputan pun da di edar.


Apa-apa pun semoga mereka tabah dengan dugaan ini.


Takziah buat mereka.


Sayang sangat bila hari bersejarah jadi macam tu tapi itu semua ketetapan dari Allah kan. Kita sebagai hamba-Nya mesti redha dengan setiap musibah yang melanda.


3 comments:

zimie said...

anis, zimie pon ada baca gak pasal kes kahwin kat titiwangsa tu.kesian sgt.jemput 1800 org.yang datang 200org je.ya Allah.dugaan nye diorang.;(

cik_azie said...

kesian kan..jom sama2 brdoa moga hari bahagia kta brjln dgn lancar nti. AMIN

cik anis said...

zimie:

tu la. kesian sgt dekat family pengantin tu kan. memang sgt bg efek perhimpunan tu pd majlis diorang.


cik azie:

kesian sgt azie. harap-harap kejadian macam ni tak berlaku pd majlis2 kita kelak. ameen.