July 29, 2011

tak cerewet kuasa dua

Salam.


Bila si tak cerewet bertemu dengan si tak cerewet maka jadi la gabungan si tak cerewet kuasa dua. Hehe.


Macam mana EBS rasa senangnya keluar cari barang dengan Cik Anis, macam tu la Cik Anis rasa senangnya keluar cari barang dengan EBS. Sangat pantas dan ringkas.


Selalunya lelaki mesti cerewet nak cari barang dia kan. Tapi EBS Ya Allah senang sangat nak cari barang dia. Kalau masuk satu kedai, confirm terus jumpa yang berkenan pada mata dia. Macam Cik Anis juga la. Hehe.


Hari tu Cik Anis teman EBS cari kemeja. Dalam setengah jam terus dapat 3 helai dalam satu kedai je. Senang sangat kan.  Decide warna, pattern dekat display lepas tu terus cari saiz, bayar, keluar. Selesai.


Cerita lain, Cik Anis dan EBS pergi cari samping untuk baju raya EBS. Punya la banyak kedai samping dalam satu kawasan tu, kami baru masuk kedai pertama. Pilihan tak banyak mana pun. Tapi ada sehelai tu memang matching dengan baju melayu EBS untuk raya tahun ni dengan baju melayu sedia ada dia. Belek-belek, lagi sekali, tak sampai setengah jam terus selesai urusan pembayaran. Mudah. Hehe.


Cerita Cik Anis pulak, [Cerita lama je pun. Nak selit jugak. Haha.] kami pergi cari kain untuk letak atas dulang masa tunang dulu. Kain tu kira untuk baju raya tahun ni la kan. Masuk kedai pertama, keluar semula. Bukan sebab cerewet tapi sebab harga kain kat kedai tu mahal sangat. Cik Anis bukan suka sangat kain mahal-mahal ni. Cheapskate kan. Haha. Masuk kedai kedua yang terletak sebelah kedai pertama je pun. Cakap je kat SA tu nak kain warna sekian sekian. Dia tunjuk pada Cik Anis, Cik Anis belek-belek kain tu, rasa teksturnya dan terus Cik Anis suruh dia potong. Senang kan. SA tu siap cakap lagi “akak la customer saya yang paling senang.” Haha.


Kami berdua memang tak cerewet. Owh sangat suka. Tak sangka EBS juga seorang yang tak cerewet macam Cik Anis. Cik Anis pun baru tahu sifat EBS yang ni. Maklum la kami masih dalam proses mengenali lagi. Seronok kan bila ada persamaan dengan pasangan kita. Hihi.



p/s: Weekend datang lagi! Nak plan projek DIY la. Hehe.

No comments: