July 08, 2011

skirting katil


Hari tu kan Cik Anis ada dapat voucher RM10 dari parkson lepas beli comforter bilik pengantin tu kan. Tak sedar dok simpan lama-lama rupanya expiry date da dekat. Wah rugi ni kalau tak guna walaupun hanya RM10. Jadinya hari selasa lepas kebetulan Cik Anis nak keluar pos barang sekejap Cik Anis pun singgah la ke parkson untuk cuci mata.




Mula-mula plan nak beli bathrobe untuk bride and groom, tapi tengok pilihan warna tak banyak pula. Jadinya tak jadi la beli. Lepas tu Cik Anis tawaf la bahagian comforter dan yang sewaktu dengannya tu kan dan Cik Anis ternampak la bed skirting. Wah bagus ni. Baru plan nak jahit sendiri tapi da kebetulan ada jual ni kita beli je la. Hehe. Pilihan warna tak banyak jugak tapi Cik Anis ambil je la warna dark brown. Rasanya ok kot dengan comforter purple yang Cik Anis beli hari tu. Warna gelap takde la nampak kotor kalau lama tak basuh. Haha.


Kalau ikutkan nak jahit skirting warna putih dengan design kembang macam ni. Dekat parkson ada jual juga design macam ni tapi warna semuanya tak match dengan comforter yang da beli dulu tu. Sangat frust. Tapi kalau rajin nak ber-DIY mungkin akan jahit juga satu set kot. Hehe.







Skirting yang Cik Anis beli lebih kurang macam ni la. Dari segi warna dan lipatannya. Katil pun lebih kurang macam ni jugak cuma kepala katil Cik Anis warna cream. Harap tak nampak warna-warni sangat la. =.='





Selain beli bed skirting ni, Cik Anis beli juga 2 pillow case warna pink belacan sebab nanti nak jadikan bantal untuk katil semua sekali 4 biji. Dalam set comforter tu cuma ada 2 pillow case warna purple bersulam jadinya Cik Anis akan matchingkan dengan 2 pillow case pink belacan plain ni. Cun!




Total belian kali ni? Tak sampai RM60 pun. Jimat.. ^_^


No comments: