July 18, 2011

sesi survey lagi

Salam.


Aktiviti yang tidak dirancang pada hari Ahad.


Pagi semalam adik Cik Anis tengok-tengok dalam peti surat ada macam flyer. Ala biasa la kan orang selit-selit flyer dalam peti surat rumah tu kan.


Mula-mula adik Cik Anis nak buang je flyer tu. Sekali dia tengok flyer tu berkaitan dengan promosi kedai printing kad jemputan walimah, terus dia bagi pada Cik Anis. Hehe.


Promosi pada flyer tu macam menarik perhatian Cik Anis juga la. Range harga adalah sangat bajet. Tapi yang lebih menarik perhatian sebab kedai printing ni ada sediakan pakej OP sekali. Hahh lagi la rasa nak tengok kan.


Tengah hari lepas zohor terus keluar nak cari kedai ni. Dekat flyer alamat kedai baru, tapi kedainya masih dekat tempat lama. Sanggup juga Cik Anis telefon tanya kedai kat mana. Teruja sangat kan. Haha.


Paling rasa dihargai oleh vendor ni sebab dia sanggup datang buka kedai dia hari Ahad sebab Cik Anis nak datang survey servis dia. Yela waktu kedai ni buka isnin sampai jumaat, lepas tu sabtu sampai pukul 3 je. Mana la sempat Cik Anis nak pergi kan. Ahad je Cik Anis free. Dia pulak tutup. Tapi demi Cik Anis nak datang survey dia sanggup buka juga ahad lepas. Auww tacing i. Haha.


Layanan vendor ni adalah memuaskan hati Cik Anis. Apa je yang Cik Anis tanya semua dia jawab dengan ramah je. Design kad pun menarik dan sesuai dengan harga yang ditetapkan. Nak custom made kad sendiri pun free je takde cas tambahan.


Untuk pakej OP tu Cik Anis tak boleh nak review lagi sebab masa datang tu dia takde sampel hasil kerja tangan dia. Nanti bila da ada sampel dia akan call Cik Anis untuk datang tengok. Kalau hasilnya WOW mungkin Cik Anis akan book vendor ni sebagai official OP walimah Cik Anis nanti.


Owh range harga untuk pakej photog adalah kurang dari RM1.5K untuk cover semua event [nikah, sanding, outdoor], sticky album, custom album dan storybook. Berbaloi kan? Cuma kena tengok hasil kerja dia dulu baru boleh putuskan nak book atau tak. Yela takut harga murah, hasil pun 'murah'. Tak nak la kan. Huhu.


Cik Anis bukan setakat survey kad jemputan dan pakej OP je, tapi untuk doorgift, tshirt rewang, kad VIP pun semua Cik Anis minta dia quote kan harga. Senang berurusan semua perkara bawah satu vendor je. Untung-untung boleh dapat murah. Kan? Hehe.


Ok la. Nanti da dapat quotation semua ni dan da dapat tengok hasil kerja OP vendor ni, Cik Anis akan kongsi dengan b2b semua ek. Kalau berbaloi la.



p/s: 

Baru minggu lepas verangan nak DIY macam-macam, tengok-tengok minggu ni da pergi survey vendor. Apecer?? Haha. Da kerja ni tak cukup tangan la nak buat semua. Yang mana mampu kita DIY la ek. Hehe.



2 comments:

UyaRayza said...

wahhh nie mmg berjalan2 hbs nie hehehe

cik anis said...

weekend je la blh jalan sakan uya..hehe