July 31, 2011

sabtu ku yang sibuk

Salam.


Update ringkas tentang sabtu Cik Anis.


Semalam half day kerja la macam biasakan. Masuk kerja pagi tu relax je macam takde kerja. Siap boleh blogwalking dengan riang ria. Hehe.


Tapi kerja mula menimbun bila bos masuk. Aiyark. Lupa da hujung bulan. Banyak claim nak kena check. Nak kena update buku hutang. Nak semak quotation. Pheww.


Workspace pun menimbun dengan fail, buku hutang, claim dan segala mak nenek berkaitan kerja la sampai tak nampak meja pun. Haha.






Atas printer pun belasah letak fail projek. Atas keyboard pun boleh letak paperwork asal ada space. Penuh sesak meja pagi sabtu tu. Huhu.



Tengah khusyuk dan tawadhak mengadap segala kerja ni tiba-tiba Mr. Boss datang tempat Cik Anis;


"Pukul 1 nanti, BCB ok. Lunch."


Wah. Mr. Boss nak belanja semua staff makan kat hotel uolsss. Haha maaf teruja lebih. Hehe.


Sekali jeling dekat jam desktop, OMG da pukul 1:01 rupanya. Kerja semua tak habis lagi ni. Memang kelam kabut la mengemas kan. Makan free punya pasal. Hehe.




Hanya gambar tisu yang mampu Cik Anis abadikan. Nak ambik gambar depan boss malu la. Hehe.


Kami dijamu dekat chinese restaurant Prime City Hotel. Dalam VIP room lagi.


Mula-mula masuk Cik Anis macam susah hati juga sebab restoran makanan cina kan. Halal ke? Bila sup sampai Cik Anis ceduk-ceduk nak tengok apa ada dalam sup tu, Mr. Boss pun tegur;


"Jangan risau. Makanan sini semua halal."


Pheww lega di situ. Baru la boleh makan dengan girang. Haha.


Antara hidangan yang disediakan untuk kami:

sup sayur dengan marinated egg
ayam panggang
ikan merah kicap masin
kari udang dengan mini bun
kangkung rangup
tauhu apa entah
sayur goreng
nasi goreng cina


Ini je yang Cik Anis ingat. Rasa macam ada lagi. Serius banyak gila hidangan yang Mr. Boss order. Lepas tu siap tanya Cik Anis lagi, kalau nak makan nasi putih boleh order. Wahaha memang tak la kan. Malu kot. Da la baru join company ni kan. Hehe.


Paling terharu Mr.Boss sendiri bangun dari tempat duduk dia semata-mata nak letakkan tauhu, udang dan ikan dalam mangkuk staff-staff dia. Anak Mr. Boss merangkap manager company pun sama tolong servekan untuk kitorang. Terharu kot. Hehe.


Ok la. Entry ni da bukan ringkas da tapi meleret-leret. Hehe. Kena ceritakan sekarang sebab esok insyaAllah kita akan berpuasa. Tak boleh nak taip nanti teringat-ingat makanan sedap ini. Hihi.


Terima kasih Mr. Boss belanja makan!

^_^



p/s: Ahad hanya di rumah.




No comments: