July 10, 2011

ladies night

Salam.


Cerita aktiviti weekend Cik Anis.


Jumaat lepas, merupakan ladies night untuk family Cik Anis. Hehe.


Cik Anis, mak dan adik perempuan bertiga keluar dating.


Yang lelaki semua kita tinggal kan je dekat rumah. Haha.


Bukan buat apa pun. Cuma keluar makan-makan dan window shopping je.






Kami dinner di RFC. Pernah cuba?





Cik Anis punya. 
Yang ni set setengah ekor ayam panggang. Cik Anis share dengan adik Cik Anis. Yang atas ni sebahagian daripada setengah ekor tu la.






Mash potato RFC sedap. Cik Anis sukaaaaa.




Untuk yang tak tahu, RFC ni adalah Radix Fride Chicken, tapi tempat yang Cik Anis pergi ni branch dia yang guna nama Radix Chicken House. Tu sebab ada ayam panggang.

Radix ni bisnes orang Islam. Ayam diorang pun ayam organik. Sedap tau ayam panggang ni. Harga pulak standard restoran fast food la.


Ok setel bab makan, kami bergerak ke Kluang Mall pulak.


Kali ni nak cuci mata je.


Pacific ada sale woo. Mak dengan adik Cik Anis rambang mata tengok handbag.


Cik Anis?
Relax je dekat tepi. Tak minat la. Haha.


First time bawak mak Cik Anis pusing satu shopping complex sampai semua kedai tutup. Lepas tu ayah Cik Anis siap tanya lagi bila nak balik. Risau kat isteri dia la tu. Hihi.


Sabtu pulak, orang sibuk dengan BERSIH, Cik Anis kerja macam biasa la kan.
Polis trafik bersepah-sepah tu. Drive pun penuh berhemah gitu kan. Kalau tidak memang takdenya sopan macam tu. Haha.


Owh, orang sibuk dengan BERSIH, Cik Anis sibuk dengan bersih juga hari sabtu tu. Tapi bersihkan rumah je la. Kemas apa-apa yang patut. Hehe.


Ahad pulak, ada aktiviti menarik, tertarik berlaku. Yang ni takmo cerita la. Want to keep it as a secret till i'm ready to share with others. ;)


Till then, selamat bekerja esok!!!

^_^


3 comments:

anaztasias nora aira said...

pernah cuba ! hehehe bolehla... :)

Lieya said...

Member ckp RFC ni sedap... dah sedap kompom halal plak. tak ragu2 nak makan.

cik anis said...

nora:

rasa dia xla sesedap kfc kan..tp ok la sebab jenama org islam.. :)

lieya:

betul tu..lagi2 produk rfc ni organik..baik untuk kesihatan.. ;)