July 19, 2011

kisah kacang, jerawat dan traffic light

Salam.


Sabtu lepas kan Cik Anis ada kerja sikit dekat JB. Berkaitan dengan hal masa depan. Apa dia biarlah rahsia dulu. Hehe.


Cik Anis ke sana ditemani encik tunang kesayangan. Auww. Tiba-tiba panggil encik tunang pulak kan. Tukar-tukar. Cik Anis ditemani EBS. Hehe.


Ok sebenarnya Cik Anis nak ke JB ditemani mak ayah Cik Anis tapi apakan daya pada hari yang sama, family belah ayah Cik Anis nak buat kenduri tahlil dekat kampung. Jadinya mak ayah Cik Anis tak dapat la hantar Cik Anis ke JB. Tu sebab kena minta tolong EBS temankan Cik Anis ke sana.


Apa kaitan EBS teman Cik Anis ke JB dengan tajuk entry ini?


Hehe.


Ceritanya macam ni,

Lepas selesai urusan Cik Anis di sana, kami pun bergerak nak balik ke Kluang. Cik Anis memang tak drive pun sepanjang pergi dan balik. EBS drive sepenuhnya. Terima kasih dear! Kesian EBS malam tu memang flat terus dia. Lepas hantar Cik Anis balik, dia kena patah balik Yong Peng pulak. Huhu.


Dalam kereta Cik Anis da siap la beli macam-macam kudapan. Saja nak buat hilang mengantuk sepanjang perjalanan tu kan. EBS suka asam, so Cik Anis beli asam untuk dia. Untuk Cik Anis pulak kacang.

Tragedi pun bermula;

Cik Anis: "Nak makan kacang tak?"

EBS: "Tak nak la."

Cik Anis: "Nape? Takut naik jerawat eh? Hee"

EBS: "Eleh mana ada jerawat pun"

Cik Anis: "Eleh tu ada jerawat."

EBS: "Kat mana? Takde la."

Cik Anis: "Tu tepi mata kanan tu. Tiru je. Orang ada jerawat tepi mata dia nak ada jerawat tepi mata jugak." [nampak sangat suka explore muka EBS. haha]

EBS: "Kat mana?"

Cik Anis: "Ada la tepi mata kanan tu. Cuba toleh sini"

EBS pun toleh kat Cik Anis. 90 darjah tahap pusingan kepala dia. Haha.

Tahu apa Cik Anis cakap lepas tu?

Hehe.


Cik Anis: "Eh da hijau.Cepat jalan"

EBS da kelam kabut waktu tu. Haha.

Sori sori.

Cik Anis kalau traffic light da tukar warna memang terus alert. Takde cerita pasal lain da. Hehe.


Bila kereta da gerak terus kena bebel dengan EBS.


EBS: "Saja je kan. Buat orang kelam kabut. Nak tengok jerawat la. Apa la. Nasib baik kete auto."

Hehe.

Cik Anis hanya mampu sengih macam kerang busuk je la waktu tu. Serius kelakar gila tengok EBS kelam kabut masuk gear apa sume. Haha.


Sori EBS. Tak sangka traffic light tu cepat sangat tukar warna. ;)






p/s: Taip entry ni sambil menghabiskan sisa kacang sabtu lepas. Lapar. Hee.

p/s/s: Sabtu lepas tak sempat pun pergi Matta Fair sebab nak cepat balik. Tapi takpe. Da ada plan B untuk pakej honeymoon nanti. Hehe.


5 comments:

anaztasias nora aira said...

eh eh saya ada sedare di kluang eheheh :)

cik anis said...

wah yeke?? cmtu nanti majlis anis kena dtg tau..hehe ;)

Gadis said...

hihii...

sweet;-)

en.kayrul dn cik nadua said...

cam tahu je g jb buat ape.haha :)

cik anis said...

gadis:

manes macam gula..hihi ;)


nadua:

eh mana tau ni?? tettt.. ;)