July 07, 2011

jiwang

Salam.


Sebenarnya kan, Cik Anis tak tahu la Cik Anis ni jiwang ke tak. Romantik ke tak. Haha.


Kadang-kadang tu teringin nak buat entry luahan perasaan a.k.a jiwang-jiwang ke ayat bunga-bunga ke.


Tapi rasa malu pulak sebab ramai b2b dan silent reader yang baca blog Cik Anis ni. Kawan Cik Anis pun ada la beberapa yang tahu kewujudan blog ni. Tu yang jadi malu sikit nak jiwang-jiwang dalam blog ni. Huhu. Tak masuk lagi anonymous yang annoying lagi kan. Haha.


Kesimpulannya, Cik Anis simpan dalam hati je la hasrat nak berjiwang ni. Hehe.


Cik Anis buat entry ni sebenarnya nak cakap satu je.


RINDU SANGAT DEKAT EBS!
>0<


Hihi.
Cukup la tu je luahan 'jiwang' malam ni.


EBS outstation dari isnin lepas, pagi tadi baru sampai rumah.
Isnin sampai saat entry ni ditaip kami cuma berhubung dengan hanya 7 sms sahaja.
Boleh bayangkan rasa rindu tu macam mana. Huhu.

EBS sibuk dengan pertandingan apa entah mewakili tempat kerja dia.
Dari minggu lepas bz sampai stay up dekat pejabat sampai pukul 3 pagi semata-mata untuk pertandingan ni. Pheww~


Sebab tak jadi nak berjiwang kan, makanya Cik Anis bagi korang yang baca ni satu lirik lagu ok! Hehe.



Rindu - Saiful

Rintik hujan mengatur jendela
Seakan bertanyakan berita
Apa khabar mu di sana
Moga kau bahagia sentiasa…

Reff 1;
Setiap bayu menghembus ke bumi
Seakan sentuhan jari mu
Apa kau juga begitu
Menanti penuh setia pada kasih kita

Reff 2;
Dengarkan diriku degupan cintaku bergetar
Dikala ku sebut nama mu,
Hati ku berdebar
Ingin ku selami semua apa yang kau rasa
Jarak yang memisah menguji kasih kita

Ku titipkan rinduku bersama bayu senja
Ku layarkan cintaku dibalik cahaya suria
Bahagia lah kiranya kau berada disisi
Sungguh kau ku kasih yang selalu ku rindui….

Ulang reff 1

Ulang reff 2

Ku titipkan rinduku bersama bayu senja
Ku layarkan cintaku dibalik cahaya suria
Bahagia lah kiranya kau berada disisi
Sungguh kau ku kasih yang selalu ku rindui….












^_^


*taip entry sambil layan lagu ni*


No comments: