July 14, 2011

Dia kata...



"Senangnya keluar cari barang dengan awak, tak cerewet."


Haha.


Rasa nak gelak guling-guling bila EBS cakap macam ni pada Cik Anis.


Ok la. Mungkin ini salah satu sifat Cik Anis yang EBS baru tahu kot.


Cik Anis bukan jenis cerewet nak cari barang.


Tak rajin nak survey banyak-banyak tempat untuk tengok benda yang sama.


Ye ye. Mungkin ada tempat yang bagi harga lebih murah kan. Tapi kalau kita da puas hati dengan harga di kedai pertama, da ada pilihan yang kita suka di kedai pertama, buat apa susahkan diri nak ke ke kedai kedua. Betul kan?


Lepas tu jadi berbelah bagi bila dekat kedai seterusnya pun ada pilihan yang menarik hati. Lagi la tak senang duduk nak buat pilihan kan.


Kira untung la EBS sebab Cik Anis tak macam tu. Nanti da nikah keluar shopping pun sekejap je. EBS mesti suka kan. Haha.


Tu sebab selalunya plan nak survey memang akan bertukar jadi satu pembelian.


Lepas tu tutup mata je. Tak nak tengok da barang tu bila keluar shopping lagi. ;)



p/s: Apa yang Cik Anis pergi beli dengan EBS ni?  R A H S I A !!! ;)


3 comments:

fainie_riz said...

hahahaha senangnye..sbnrnye lg byk survey, lg lmbt beli..tunang i dh naik berbulu dgn perkataan "survey" i..hihihii

cik anis said...

a'ah. tu yg malas nk survey bnyk. da jumpa yg berkenan, harga ok, beli je terus lepas tu tutup mata je. hehe.

cik anis said...

tunang fainie berbulu dgn perkataan survey, tunang anis pulak risau setiap kali survey je anis nak beli terus. haha. x menyabar. ;)