July 19, 2011

couple ring

Salam.


Cik Anis dan EBS da decide pilihan cincin nikah kami.


Kami pilih couple ring!!!


Yeay!! Suka!! Suka!!


^_^


Sebelum ni pening jugak la Cik Anis nak fikirkan cincin untuk EBS. Yela taste takut tak sama kan. Dulu pun teringin juga nak buat couple ring ni sebagai pilihan cincin nikah tapi takut EBS tak berkenan pulak. Tapi ditakdirkan, EBS tiba-tiba suarakan hasrat dia nak buat couple ring untuk nikah nanti. Haiii Cik Anis memang berbesar hati la setuju kan. Hehe.


Pilihan kami mungkin titanium untuk kedua-dua cincin. Tapi Cik Anis nak survey dulu la. Rasa macam berkenan dengan palladium. Cik Anis tak nak cincin emas da sebab masa tunang da dapat 2 cincin emas. Tu yang nak buat sama jenis dengan cincin EBS je untuk nikah nanti.


Design yang kami berdua da setuju adalah cincin kosong dengan batu tenggelam. Batu tu pulak warna purple. Tak tahu pulak nama spesifik nya apa. Tapi nak purple juga sebab warna tema kami. Hehe.


Antara design cincin dengan batu tenggelam yang sempat Cik Anis google.



Design 1

Suka yang ni. Simple. Cuma tukar batu tu jadi warna purple je.






Design 2

Ada bentuk sikit pada cincin tapi batu masih tenggelam.






Design 3

Ada jalur dekat bahagian tengah dengan bahagian tepi yang membulat.






Antara tiga-tiga design ni, Cik Anis berkenan dengan yang pertama.


Suka sangat design simple macam tu.


Nak minta tolong b2b, boleh bagi info tak dekat mana nak cari couple ring titanium atau palladium atau yang sewaktu dengannya. Terima kasih.


^_^



4 comments:

tqahmisdar said...

sokong yg pertama jugak.. cantik.. =)

Gadis said...

cube gi try tengok kat kedai Diamond..

rasenyer ader kot..

dier mcm kedai habib,poh kong ect....

Nur_cahayamataku said...

Salam..saya nak bagi pendapat sikit..he he saya pun berkenan design 1 sebab nampak cantik & elegan..he he

cik anis said...

tqah:

yup..no 1 cantik kan..simple yet exclusive gitu.. :)


gadis:

thanks for the info..ada masa blh pergi nanti.. ;)


nur:

wasalam..a'ah no 1 tu memang menarik perhatian betul..hehe